Post on 30-Jan-2018
PUSAT
TINGKATAN ENAM KATOK
GADONG
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BUKU PANDUAN
(GARIS PANDU DAN
PERATURAN)
2
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
MAKLUMAT AM A
VISI & MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
PROFIL PUSAT VISI DAN MISI 5
ALAMAT PERSURATAN DAN PERHUBUNGAN 6
PERHUBUNGAN 6 TEKS DOA PUSAT UNTUK PENUNTUT 7
B
IKRAR PELAJAR 8
PERATURAN AM DAN DISIPLIN PUSAT
1 TATATERTIB DAN PERADAPAN PENUNTUT 9-‐11 2 KEDATANGAN HARIAN PENUNTUT 10-‐12
3 PAKAIAN SERAGAM PUSAT 12 -‐ 14 4 RAMBUT 14
5 BARANG-‐BARANG SELAIN PERKAKAS PUSAT YANG DITEGAH 15 -‐ 16
6 TELEFON BIMBIT 16 7 KOMPUTER 'LAPTOP / RIBAR 17
8 WAKTU BELAJAR DAN DISIPLIN DALAM KELAS 17 9 KEBENARAN UNTUK KELUAR KELAS 18
10 PONTENG PUSAT 18 11 KEBENARAN UNTUK KELUAR PUSAT 19
12 PERKUMPULAN 19
13 DOA PUSAT 20 14 PERGERAKAN DARI BILIK KE BILIK 20
15 KAWASAN 'STUDENT CENTRE' / 'SC AREA' 20
16 WAKTU BELAJAR SECARA BERSENDIRIAN (PRIVATE STUDY PERIOD / PS PERIOD) 21
17 KEBERSIHAN KELAS DAN PERSEKITARAN PUSAT 21
18 MEMBAWA KERETA 22
19 MENUNGGU DALAM KAWASAN PUSAT 22 20 WAKTU REHAT 23
C
21 KANTIN PUSAT 23
HAL EHWAL AKADEMIK
22 LAPORAN KEMAJUAN AKADEMIK 24
23 HARI IBU BAPA (VIP DAY) 25 24 MASALAH AKADEMIK 25
25 UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN 25 -‐ 26
26 TIDAK HADIR UJIAN DAN PEPERIKSAAN 26
D
27 PENAHANAN PENUNTUT ENAM BAWAH 27
3
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
KEWANGAN
28 BAYARAN TAHUNAN 28 29 BAYARAN PUSAT 29
E
30 PENYAWAAN LOKER 29
KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL PELAJAR
31 DERMASISWA DALAM NEGERI ( ELAUN TUNJANGAN HIDUP) 30 32 SURAT AKUAN BELAJAR ( PAS PENUNTUT) 30 -‐ 31
33 PENUNTUT SAKIT 31 34 BAHAGIAN KEBAJIKAN PENUNTUT 32
35 UNIT KAUNSELING 32 36 UNIT BIMBINGAN BAKAT KERJA / UNIT PENGAJIAN TINGGI 32 -‐ 33
F
37 PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN LUAR CCA 34
KEMUDAHAN-‐KEMUDAHAN LAIN
38 SURAU PUSAT 34
39 PERPUSTAKAAN 35 -‐ 36 40 PAPAN KENYATAN (NOTICE BOARD) 37
41 BILIK-‐BILIK KULIAH, 'ART STUDIO', ICT, D & T DAN MAKMAL SAIN 37 42 KAD FOTOKOPI 38
43 KEMUDAHAN INTERNET 38 44 LETAK KERETA UNTUK PELAJAR DAN IBU BAPA DAN RUANG MENUNGGU 38
G
45 KEMUDAHAN SUKAN & PERKUMPULAN 39
KEHADIRAN PENUNTUT & PENGGUNAAN KEMUDAHAN-‐KEMUDAHAN PUSAT SEMASA HARI-‐HARI KELEPASAN AWAM
46 KEHADIRAN PENUNTUT SEMASA HARI JUMAAT, AHAD & HARI-‐HARI KELEPASAN AWAM 40
H
47 PENGGUNAAN SURAU DAN KEMUDAHAN-‐KEMUDAHAN PUSAT SEMASA HARI JUMAAT, AHAD & HARI-‐HARI KELEPASAN AWAM 40
I TEGAHAN & TINDAKAN TATATERTIB
48 TEGAHAN 41-‐42 49 PERHATIAN 42 50 TINDAKAN TATATERTIB BAGI BEBERAPA KES-‐KES RINGAN 43 51 TINDAKAN TATATERTIB BAGI BEBERAPA KES-‐KES BERAT 44
4
:
PENDIDIKAN BERKUALITI KE ARAH NEGARA YANG MEMBANGUN, AMAR DAN SEJAHTERA
QUALITY EDUCATION TOWARDS A DEVELOPED, PEACEFUL AND PROSPEROUS NATION
UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN YANG HOLISTIK (SEMPURNA) BAGI MENCAPAI POTENSI YANG PENUH BAGI SEMUA PROVIDE HOLISTIC EDUCATION TO ACHIEVE FULLEST POTENTIAL FOR ALL
(B) PROFIL PUSAT
VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
(A) MAKLUMAT AM
5
ENHANCED TEACHING AND LEARNING FOR INDIVIDUAL EXCELLENCE
TO PROVIDE OPPORTUNITY FOR ALL STUDENTS TO REALIZE THEIR POTENTIAL AND BECOME BETTER CITIZENS
ALAMAT PERSURATAN
VISI PTE KATOK
MISI PTE KATOK
6
PUSAT TINGKATAN ENAM KATOK (PTE KATOK), KG KATOK B, GADONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
TEKS DOA UNTUK PENUNTUT BERUGAMA ISLAM COLLEGE PRAYERS FOR MUSLIM STUDENTS
Bismillahir Rahmanir Rahim Ya Allah! Ya Tuhan Kami Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Berkuasa Berkatilah Setiap Usaha Kami Pada Menuntut Ilmu Yang Berkebajikan.
PENGETUA : 2483050 T PENGETUA AKADEMIK : 2483051 T PENGETUA PENTADBIRAN : 2483052 PONDOK KESELAMATAN : 2483054 KERANI PUSAT : 2483055 FAX NO : 2483053 E-MAIL ptekatok@moe.edu.bn
PERHUBUNGAN
7
Kurniakanlah Kepada Kami Ilmu Yang Berguna Bekal Hidup Masa Depan Kami, Bekal Membangun Bangsa Dan Negara Kami. Ya Allah! Kurniakanlah Rahmat Mu Kepada Kami Mudah-mudahan Kami Akan Menjadi Orang-orang Yang Beriman Dan Sentiasa Takwa Kepada Mu, Berguna Kepada Ugama Mu Berguna Kepada Bangsa Dan Tanah Air Kami. Serta Sentiasa Taat Setia Yang Tidak Berbelah Bahagi Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kami. Ya Allah! Peliharalah Sultan Kami Dan Kurniakanlah Taufik Dan Hidayat Mu Kepada Baginda, Mudah-mudahan Baginda Akan Sentiasa Menjadi Pemimpin Kami Ke Jalan Yang Engkau Redai Dan Makbulkanlah Hasrat Baginda Menjadikan Negara Brunei Darussalam Ini Sebuah Negara Yang Aman Makmur Dengan Islam Dijadikan Sebagai Cara Hidup Yang Engkau Redai. Ya Allah! Dengan Limpah Kurnia Mu Rakyat Negara Kami Akan Sentiasa Hidup Rukun Damai Di Dalam Negara Kami Yang Berdaulat Brunei Darussalam Ya Allah! Makbulkan Permohonan Kami Dengan Berkat Nabi Kami Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Amin!
IKRAR PELAJAR
STUDENTS’ PLEDGE
Kami, Pelajar-pelajar Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan Enam Katok,
Dengan Bertawakal Kepada Allah, Berikrar ……………
Akan Belajar Bersungguh-sungguh, Tekun Menghadiri Kuliah,
8
Rajin Membuat Kerja Pusat, Demi Mencapai Kecemerlangan Akademik,
Sebagai Manusia Yang Berilmu.
Kami Berikrar……………. Akan Mematuhi Peraturan-peraturan Pusat, Mengekalkan Dan Mempertahankan, Mutu Disiplin Yang Tinggi Dan Mulia, Bersopan Santun, Hormat Menghormati, Demi Mencapai Kemuliaan Insan, Warganegara Yang Berakhlak Tinggi.
Kami Berikrar……………. Akan Menjadi Warganegara Yang Berguna, Berjasa Kepada Agama, bangsa Dan Negara,
Dengan Mendukung Nilai-nilai, Melayu Islam Beraja,
Demi mempertahankan Kedaulatan, Agama, Bangsa, Raja Dan Negara.
1. TATATERTIB DAN PERADAPAN PENUNTUT
(C) PERATURAN AM DAN DISIPLIN PUSAT
9
1.1. Pelajar hendaklah sentiasa patuh kepada peraturan Pusat yang ditetapkan. 1.2. Pelajar hendaklah mengamalkan nilai-‐nilai murni seperti taat kepada raja, undang-‐
undang negara, ajaran agama, ibu bapa, guru-‐guru dan ketua-‐ketua mereka.
1.3. Pelajar hendaklah bercita-‐cita dan berkeyakinan bagi menjadikan diri mereka pelajar yang cemerlang, berdisiplin, bersopan santun, berbudi bahasa, bermoral tinggi dan sentiasa hormat kepada pengetua, guru-‐guru, kakitangan, ibu bapa/penjaga dan orang yang lebih tua serta rakan-‐rakan pelajar yang lain.
1.4. Setiap penuntut dikehendaki untuk sentiasa bersikap hormat, bersopan santun,
berdisiplin dan menjaga peradapan mereka samaada bersama guru-‐guru, ibu bapa, kakitangan, pelajar-‐pelajar yang lain, pelawat-‐pelawat dan orang-‐orang awam.
1.5. Pelajar hendaklah menghindarkan diri daripada pengaruh-‐pengaruh yang boleh
merosakkan diri sendiri dan nama baik Pusat, keluarga, agama, bangsa dan negara.
1.6. Pelajar lelaki dan perempuan (yang bukan muhrim) adalah ditegah berdua-‐duaan, baik di dalam Pusat mahupun di luar kawasan Pusat termasuklah semasa membuat lawatan sambil belajar.
1.7. Pelajar adalah ditegah sama sekali terlibat / melakukan perkara-‐perkara yang
bertentangan dengan peraturan dan undang undang Negara dan Agama.
1.8. Pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan sikap ”Pemedulian’, ’Berjimat Cermat’, Penyayang dan Bertanggungjawab terhadap keluarga, Pusat dan harta benda di dalamnya.
1.9. Pelajar hendaklah sentiasa bersikap terbuka, berfikiran ’Constructive’ dan
’Productive’. Sebarang pandangan dan cadangan yang membina bolehlah dihadapkan kepada pihak pentadbiran. Disamping itu juga sebarang keraguan, kekurangan, kemusykilan dan masalah yang dihadapi hendaklah disampaikan dan dibincangkan dengan pihak pengetua untuk pertimbangan, pandangan & penyelesaian.
2. KEDATANGAN HARIAN PENUNTUT
2.1. Semua penuntut diwajibkan hadir ke Pusat pada setiap hari perPusatan dan datang ke Pusat selewat-‐lewatnya 7:30 pagi.
Dari 7:20 pagi hingga 12:05 tengahari (sesi pagi)
Dari 1:30 Petang hingga 4:30 Petang (sesi petang)
Waktu PerPusatan
10
[tertakluk kepada jadual dan jumlah matapelajaran di sesi petang, jika ada].
2.2. Setiap hari perPusatan penuntut-‐penuntut dikehendaki berada di bilik pendaftaran masing-‐masing pada jam 7.30 hingga 7.45 pagi. Dalam waktu pendaftaran ini pelajar akan:-‐ • diambil kedatangan, • membaca doa Pusat, • menerima maklumat atau arahan-‐arahan dari pihak Pentadbiran, • dan lain-‐lain urusan Pusat seperti urusan peperiksaan, bayaran dan sebagainya.
2.3 Semasa waktu perPusatan , iaitu sebelum 12:05 tengahari atau sewaktu kuliah di sebelah
petang semua penuntut ditegah untuk keluar dan meninggalkan kawasan Pusat tanpa kebenaran .
2.4 Pelajar yang mempunyai jadual belajar di sesi petang diwajibkan datang dan berada
di Pusat ini sebelum jam 1:25 petang bagi sesi pembelajaran seterusnya.
Lewat hadir ke Pusat selepas jam 7:45 pagi.
2.5 Pelajar yang lambat datang ke Pusat iaitu selepas 7:45 pagi dimestikan melapor diri ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan dikehendaki untuk mengambil dan mengisi borang “LATE CHIT’ terlebih dahulu daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar .
• BORANG L1 – Sebelum 8:00 pagi • BORANG L2 – Selepas 8:00 pagi
b. Pelajar yang datang selepas jam 7.45 pagi akan di tanda (L1), dan (L2) bagi penuntut yang datang selepas jam 8.00 pagi .
Cuti Sakit & Cuti Pusat atas alasan yang dibenarkan
2.6. Pelajar yang tidak hadir Pusat atas alasan kesihatan atau sebab sebab yang dibenarkan adalah dikehendaki mematuhi peraturan berikut :
a. Ibu bapa / penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak Pusat secara bertulis (melalui Surat) dan jika sakit hendaklah menyertakan Sijil Akuan Doktor ( MC).
Waktu Pendaftaran
Memohon Cuti
Peraturan Lewat datang
11
b. Sebarang surat atau Sijil Sakit hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbiran dengan seberapa segera. Surat yang lewat dihantar dan diterima oleh pihak Pusat selepas 1 minggu dari tarikh sakit / cuti tidak akan dilayan.
c. Makluman melalui perkhidmatan telefon ke bahagian Pentadbiran hanya boleh digunakan oleh ibu bapa / penjaga untuk menyampaikan maklumat awal tentang ke tidak hadiran penuntut disebabkan sakit sahaja, pun yang demikian makluman secara bertulis atau Surat Akuan Doktor adalah masih dikehendaki.
d. Pihak Pusat berhak menolak sebarang Surat / Sijil Akuan Doktor yang difikirkan tidak sah.
2.6. Permohonan cuti keluar negeri seperti menunaikan fardhu haji atau umrah atau
urusan lain yang dibenarkan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pihak Pengetua Pusat. Permohonan cuti tersebut hendaklah dihadapkan 1 hingga 2 minggu lebih awal dari tarikh cuti yang dipohonkan.
3 . PAKAIAN SERAGAM PUSAT
Dimestikan memakai pakaian seragam Pusat yang lengkap iaitu seperti dalam gambar rajah berikut:
SCHOOL UNIFORM RULES Gir ls Boys
Do’s Don’ts Do’s Don’ts White tudong (hair must be neatly folded into headscarf or headnet)
No dyed hair No makeup No nose ring No coloured contact lens No coloured spectacles
Songkok (students are encouraged to wear it
No dyed coloured hair No “fashionable” hair do No cap No earrings/necklace No coloured contact lens No coloured spectacles No make-up
White tudong (hair must be neatly folded into headscarf or headnet)
No dyed hair No makeup No nose ring No coloured contact lens No coloured spectacles
Songkok (students are encouraged to wear it
No dyed coloured hair No “fashionable” hair do No cap No earrings/necklace No coloured contact lens No coloured spectacles No make-up
Peringatan : i. Bagi pelajar yang tidak hadir tanpa makluman, ‘Borang Maklum Balas’ akan dikirimkan kepada Ibu
bapa / penjaga khusus untuk meminta penjelasan dari mereka kenapa anak mereka tidak hadir Pusat; dan borang tersebut mestilah dikembalikan segera kepada pihak pentadbiran Pusat atau terus kepada pengetua.
ii. Peringatan bertulis dan surat makluman akan diberikan kepada ibu bapa / penjaga panuntut yang telah didapati tidak hadir ke Pusat selama tiga (3) hari berturut-‐turut atau lebih dalam sebulan tanpa makluman atau tidak diketahui sebabnya.
iii. Pelajar yang tidak hadir ke Pusat selama 7 hari atau lebih dalam sebulan dengan tidak diketahui sebabnya maka nama pelajar berkenaan akan dikelurkan sementara dari Buku Pendaftaran Pusat.
iv. Pelajar yang lambat datang ke Pusat tanpa sebab munasabah akan diberi amaran. Jika berterusan, pelajar berkenaan akan diambil tindakan sewajarnya.
v. Kedatangan kurang dari 85% sepanjang tahun akan ditahan dari naik ke Tingkatan Enam Atas . Menakala penuntut Tingkatan Enam Atas pula akan dikeluarkan dari senarai calon Pusat dan dikehendaki membayar yuran peperiksaan BC GCE AS / A2 / ‘A’ Level . (Rujuk Memorandum Pengarah Pusat-‐Pusat bilanganKP/DS/PTK/21/92Pt.5 (1860 bertarikh 8 Mei 1993)
Pakaian Seragam Pusat
12
Pakaian yang bersesuaian dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Pusat dan peraturan bagi acara-acara yang dipertandingkan dan diikuti.
White plain baju kurung (Inner lining is a MUST especially for thin material/clothing
Hair should not be seen Short hair (must not touch shirt’s neckline, ears or eyes and must be neatly combed.
No white denim shirt
College badge must be worn
No body fitting/ tight baju kurung
College necktie must be worn
No coloured inner T-shirt except white
College sarong (Inner lining or skirt must be worn)
No rolled sleeves No thing clothing No jewelry No painted/long finger nails
College badge must be worn
No big decorative buckle
White socks (Length above ankle
No thin material sarong No high heeled pointed shoes
Plain white shirt (short/ long sleeved)
No painted/ long finger nails
Black shoes (Shoes with low heel)
No slippers/ sandels/ sports shoes
Black belt (I inch width with simple buckle)
No bracelets
Black trousers No black jeans or denim trousers
White socks No anklets Black shoes No
slippers/sandels/sports shoes
PAKAIAN KEGIATAN KO-‐KURIKULUM
(CCA)
Peringatan : i. Dilarang keras memakai / mengenakan semua bentuk perhiasan termasuk pewarna rambut,
anting-‐anting, gelang tangan, rantai dan yang seumpamanya. ii. Pelajar ditegah bersolek, memakai barang-‐barang kemas dan lain-‐lain perhiasan di waktu
perPusatan iii. Pelajar tidak dibenarkan memakai kaca mata hitam atau kanta mata yang berwarna tanpa
sebab yang tertentu. iv. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai baju yang beraneka fesyen, jarang, bercorak-‐
corak, ketat dan melanggar ciri-‐ciri falsafah Negara Melayu Islam Beraja. v. Memakai baju/kemeja-‐T dalam yang beraneka warna atau corak adalah ditegah sama sekali. vi. Pelajar tidak dibenarkan berkuku panjang atau mewarnakanya Tindakan Tatatertib : Penuntut yang tidak memakai pakaian seragam Pusat yang lengkap akan diambil tindakan tatatertib. Ini termasuklah mengeluarkan surat amaran bertulis, kedatangan penuntut yang terbabit akan ditandakan ‘U’ dan setiap 3 kali keselahan akan dikira 1 kali tidak hadir Pusat, membuat kerja-‐kerja amal, dan digantong dari perPusatan sehingga peraturan tersebut dipatuhi.
13
4. RAMBUT
Bersih dan Kemas , Pendek (berada di atas paras kolar) Tidak menutupi dahi dan telinga Tidak melebahi 6 inci dari atas kepala.
Kotor dan Tidak Terurus, Panjang yakni melimpasi garis cuping telinga di sebelah belakang ……….kepala,
Melimpasi garis tengah dahi di sebelah hadapan muka, Menutupi kedua-dua kuping telinga sebelah kiri dan kanan kepala
i) KEGIATAN JASMANI ATAU PHISIKAL
Bentuk yang
dibernakan bagi
pelajar
perempuan
ii. Kegiatan Akli Dan Rohani
Bentuk yang
ditegah pelajar
lelaki
PEREMPUAN LELAKI
Kemeja ‒ T berlengan panjang Bertudung /menutup aurat mengikut kesesuaian aktiviti.
Seluar panjang ‘tractsuit’ hitam /biru atau pakaian yang bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan acara-acara yang dipertandingkan
Kasut sukan dan stoking putih Stoking putih Kasut putih / hitam
Kemeja‒ T Seluar panjang ‘tractsuit’ hitam /biru atau pakaian yang bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan acara-acara yang dipertandingkan
Kasut sukan dan stoking putih Kasut sukan dan stoking putih
Perempuan Lelaki
Pakaian Seragam Pusat yang lengkap
Bertudung /menutup aurat mengikut kesesuaian aktiviti.
Blazar
Pakaian Seragam Pusat yang lengkap
Blazar Tali Leher Pusat
14
atau sebahagian daripada bauk melimpasi paras tengah hidung
5.1. Semua penuntut ditegah dari membawa barang-barang lain selain perkakas Pusat yang lazimnya diperlukan oleh penuntut. Ini termasuklah
a. Alat eletronik (‘ipod’, ‘walkman’, discman’ dan seumpamanya) dan apa jua jenis
alatan permainan elektronik dan muzik kecuali dengan kebenaran;
b. Semua jenis benda yang tajam & tumpul yang boleh digunakan sebagai senjata merbahaya seperti pisau, alat-alat pemotong, tukul, ’screw driver’ dan seumpamanya;
c. Semua jenis alatan permainan termasuk bola , batang hoki, dan seumpamanya (kecuali hari CCA).
d. Semua jenis bahan letupan/mercun dan apa jua benda atau alatan yang boleh menghasilkan bahan letupan, mancis/pemetik api, dan seumpamanya;
e. Semua jenis rokok atau tembakau, gam untuk dihidu atau apa jua jenis racun terkawal atau bahan-bahan inhalan, dadah, minuman keras atau benda yang memabukkan dan ’chewing gum’;
f. Gambar, filem, kaset atau pita video, cekera padat /VCD/CD/DVD lucah dan seumpamanya;
g. Sebarang bentuk kad, kertas atau benda yang boleh digunakan untuk melakukan sebarang jenis perjudian;
h. Membawa kenderaan bermotor tanpa lesen dan kebenaran.
Peringatan : i. Sebarang gaya rambut yang tidak mencerminkan seorang pelajar seperti gaya rambut ala landak, ‘apro’, ‘spring’, berekor atau bert ingkat-t ingkat, mewarna rambut dan seumpamanya adalah t idak dibenarkan.
ii. Pelajar perempuan t idak dibenarkan mewarnakan rambut selain dari warna asal. Tindakan Tatatert ib: i. Pelajar-pelajar yang memil ik i rambut melebihi dari paras yang telah ditetapkan akan digunting dengan serta merta tanpa sebarang amaran; dan jika perkara ini berulang pelajar
tersebut tidak akan dibenarkan untuk berPusat (digantong Pusat) sehingga peraturan tersebut dipatuhi.
5. BARANG-‐BARANG SELAIN PERKAKAS PUSAT YANG DI TEGAH
15
5.2. Perkakas yang diperlukan untuk kegunaan act iv i t i CCA hanya akan dibenarkan dibawa dan digunakan di Pusat pada hari / waktu & di tempat latihan tersebut diadakan sahaja.
5.3. Pelajar juga di larang untuk melibatkan dir i di dalam kegiatan berikut :
a. menjadi ejen/penjual produk komersial dan sebagainya semasa berada diPusat;. b. ponteng atau lari dari kelas atau Pusat; c. menggunakan pemadam cecair seperti tip-ex, blanco dan seumpamanya; d. menyalahgunakan Internet/alatan permainan elektronik atau bahan multimedia; e. menggunakan bahasa/bahasa isyarat/perkataan-perkataan kesat atau lucah; f. menganiaya, mengancam, memeras ugut, mengganggu orang lain, menghasut dan
bergaduh /berkelahi; g. memugut atau merosakkan harta benda awam; h. melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah atau terlibat dengan
keselahan jenayah politik dan syar’ie i. melibatkan diri dalam sebarang kegiatan seks; j. terlibat dengan keselahan jenayah seperti mencuri, membunuh, membakar,
merompak, merogol dan lain-lain keselahan jenayah yang bertentangan dengan undang-undang keselamatan negara
6. TELEFON BIMBIT 6.1. Semua pelajar di larang untuk membawa dan menggunakan telepon bimbit di
Pusat. 6.2. Perhubungan diantara pelajar dengan ibu bapa / penjaga (jika benar-benar perlu)
bolehlah dibuat menggunakan telefon Pusat yang sedia ada.
Tindakan Tatatert ib: Telefon bimbit pelajar akan dirampas dan ianya hanya akan dikembalikan apabila telefon terbabit dituntut sendiri oleh ibu bapa / penjaga penuntut , dan pelajar berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi.
7. KOMPUTER ’LAPTOP’ / RIBAR
16
7.1. Pelajar adalah dibenarkan untuk membawa komputer ‘laptop’ / ribar ke Pusat dengan syarat:
a. Komputer tersebut digunakan untuk pembelajaran semata-mata. b. Keselamatan Komputer tersebut adalah tanggungjawab pelajar sendiri. c. Pihak Pusat t idak akan bertanggungjawab ke atas keroskan, kehi langan,
kecurian dan seumpamanya. d. Pihak Pusat berhak untuk memeriksa kandungan ‘laptop’ pelajar dari semasa ke
semasa, yang bertujuan untuk membenteras sebarang penyalahgunaan ‘laptop’ kearah perkara-perkara yang negatif dikalangan pelajar.
Tindakan Tatatert ib: • Pelajar yang didapati menyalahgunakan komputer tersebut akan diambil tindakan tata-tertib.
Ini termasuklah MERAMPAS komputer tersebut dan MENGHARAMKAN pelajar terbabit untuk membawa komputer itu dimasa hadapan.
8. WAKTU BELAJAR DAN DISIPLIN DALAM KELAS 8.1. Setiap penuntut hendaklah bertekad untuk menjadi ‘Pelajar Cemerlang; serta
berazam untuk mengharumkan nama, status dan imej Pusat.
8.2. Semua penuntut hendaklah sentiasa hormat dan patuh kepada guru-guru. Mereka mesti menunjukkan sikap dan disiplin yang baik setiap masa. Menjaga ketenteraman kelas masing-masing dan bersedia untuk mengikuti pelajaran.
8.3. Penuntut tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran guru mata-pelajaran disepanjang waktu belajar.
8.4. Penuntut yang lambat masuk kelas mestilah meminta izin kebenaran masuk belajar terlebih dahulu dan menyatakan sebab kelewatan tersebut kepada guru mengajar ketika itu.
Tindakan Tatatert ib: • Pelajar yang kerap kali lewat masuk ke kelas tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan tata-tertib yang sewajarnya.
9. KEBENARAN UNTUK KELUAR KELAS 9.1. Semua penuntut adalah t idak dibenarkan keluar dari kelas semasa waktu
belajar kecuali disebabkan oleh hal-hal kecemasan dan keperluan mendadak.
9.2. Penuntut hendaklah mendapatkan kebenaran keluar terlebih dahulu dari guru-guru mata pelajaran yang mengajar ketika itu. Jika tidak, pelajar yang terbabit akan dikira lari dari kelas (ESCAPE).
9.3. Tindakan akan diambil ke atas penuntut yang didapati berada di luar kelas dengan tidak ada tujuan tertentu.
17
10. PONTENG PUSAT 10.1. Penuntut yang meninggalkan kelas tanpa kebenaran, atau lari dari Pusat adalah dikira
ponteng (Escape). 10.2. Penuntut yang lari dari kelas atau Pusat akan dikira tidak hadir pada hari tersebut dan
kedatangan mereka akan di tanda ’E’ dan tindakan tegas akan diambil oleh pihak Pusat. 10.3. Perbuatan ponteng boleh menyebabkan penuntut tersebut digantung dari perPusatan dan
dicatat di dalam catatan Sijil Berhenti Penuntut. 10.4. Surat makluman ponteng dan tindakan ke atas pelajar tersebut akan dihantar kepada ibu bapa
/ penjaga penuntut. Tindakan Tatatert ib: Pelajar yang didapati ponteng akan diambil tindakan tata-tertib. Ini termasuklah a. Pembukaan Fail Persendirian Tindakan Tatatertib pelajar terbabit b. Kedatangan Harian dibuat E dan dikira KOSONG (boleh menjejaskan peratus kedatangan). c. Surat Peringatan d. Surat Amaran Keras e. Perjumpaan Ibu bapa / Penjaga f. Pemotongan Elaun ( bagi pelajar yang menerima elaun) g. D.O.C h. Digantung PerPusatan i. Lain-lain Tindakan Disiplin j. Catatan di dalam Laporan Penilian Pelajar dan Sijil Berhenti Pusat pelajar.
11. KEBENARAN UNTUK KELUAR PUSAT 11.1. Penuntut dilarang sama sekali keluar Pusat pada waktu perPusatan.
11.2. Penuntut hanya dibenarkan keluar Pusat atas urusan atau sebab-sebab yang tertentu dengan mendapat kebenaran dari Pegawai Kebajikan dan Kesejahteraan Penuntut atau Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu.
11.3. Kebenaran hanya akan diberikan dengan syarat : a. Pelajar hendaklah diambil / dijemput sendiri oleh ibu bapa / penjaga mereka atau
orang yang telah diamanahkan oleh ibu bapa / penjaga secara bertulis; b. Ibu bapa / penjaga mesti berjumpa sendiri dengan pegawai yang berkenaan dengan
mengisikan borang kebenaran keluar Pusat. c. Orang lain tidak dibenarkan membawa penuntut keluar kecuali menyertakan surat
wakil / surat pengesahan dari ibu bapa / penjaga penuntut secara bertulis.
11.4. Pelajar yang memandu kereta sendiri hanya akan diberikan kebenaran dengan syarat mereka mestilah mematuhi peraturan berikut :
a. Mempunyai lesen memandu yang sah dan tidak mansuh. b. Menghadapkan surat kebenaran / pengesahan dari ibu bapa / penjaga pelajar. c. Tidak dibenarkan membawa pelajar lain kecuali dengan kebenaran ibu bapa /
penjaga pelajar berkenaan dan / atau pihak Pusat. d. Pihak Pusat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecelakaan dan
kemalangan yang berlaku ke atas pelajar ketika di luar kawasan Pusat.
18
12. PERKUMPULAN 12.1. Perkumpulan pagi akan diadakan pada jam 7:30 pagi pada hari yang ditetapkan pihak
Pusat. 12.2. Semua penuntut dimestikan berada dikawasan perkumpulan setiap kali diadakan
dengan segera berbaris mengikut susunan kumpulan pendaftaran (Tutor Group) masing masing.
12.3. Kedatangan harian akan diambil oleh ’Tutor Group’ dikawasan perkumpulan tersebut.
12.4. Penuntut yang gagal berada di kawasan perkumpulan pagi sama ada bersembunyi di kelas atau tempat-tempat lain akan dikira lambat datang. Mereka tidak dibenarkan masuk kelas sehingga mendapatkan surat kebenaran masuk ’Late Chit’ dari Pegawai di Bahagian Hal-Ehwal Pelajar.
13. DOA PUSAT 13.1. Penuntut akan membaca Doa Pusat setiap hari sama ada di dalam kelas pendaftaran
atau sewaktu perkumpulan pagi ( selepas membersihkan kelas dan pendaftaran). Sekurang-kurangnya seorang pembaca doa yang berkelayakan akan dilantik oleh Guru ’Tutor’ untuk membaca doa Pusat. Teks Doa Pusat ada disediakan bagi setiap kelas.
13.2. Semasa membaca doa, setiap pelajar hendaklah senyap. Pelajar yang berugama Islam hendaklah menadah tangan dengan khusyuk dan tawaduk.
14. PERGERAKAN DARI BILIK KE BILIK 14.1. Setiap penuntut hendaklah bergerak dalam keadaan teratur dan tidak membuang
masa.
15. KAWASAN ‘STUDENT CENTRE’ / ‘SC AREA’ 15.1. Kawasan Student Centre hanya boleh digunakan oleh pelajar di waktu atau ’period
’Private study’ sahaja.
15.2. Kawasan ini disediakan untuk kegunaan para pelajar belajar secara bersendirian atau berkumpulan sewaktu ’Private study’ sahaja.
15.3. Semua penuntut bertanggungjawab memastikan yang kawasan tersebut sentiasa bersih dan kemas sepanjang masa.
15.4. Semua pelajar mestilah mempunyai kesedaran dan tanggungjawab ke atas kegunaan kebersihan dan keselamatan kemudahan-kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut.
15.5. Kotak-kotak atau sebarang sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
19
15.6. Pihak Pusat berhak untuk menuntup kawasan ’SC’ jika didapati ianya telah disalah gunakan oleh para pelajar.
16. WAKTU BELAJAR SECARA BERSENDIRIAN ( PRIVATE STUDY PERIOD / PS PERIOD) 16.1. Dilarang balik semasa waktu PS (Private Study). 16.2. Dilarang melepak semasa waktu ‘PS’. Tidak dibenarkan melepak di hadapan
Perpustakaan, dalam Surau dan blok pentadbiran.
16.3. Setiap pelajar hendaklah mengunakan waktu tersebut untuk membuat kerja atau tugasan yang diberikan oleh guru-guru, membuat ulangkaji, penyelidikan dan kerja-kerja yang berfaedah, manafaat dan berkaitan dengan pembelajaran seharian sama ada di bilik Perpustakaan, dewan makan atau pun di kawasan ‘Student Centre’.
16.4. Penuntut ditegah mengunakan waktu tersebut untuk membuang masa dan membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti bercerita-cerita kosong, ‘Escape’ dan menganggu pelajar lain membuat kerja Pusat atau belajar.
17. KEBERSIHAN KELAS DAN PERSEKITARAN PUSAT 17.1. Semua penuntut bertanggungjawab memastikan kelas tempat mereka belajar
sentiasa bersih dan kemas sepanjang hari . 17.2. Setiap penuntut mestilah mempunyai kesedaran dan tanggungjawab ke atas
kebersihan Pusat termasuk kemudahan-kemudahan yang disediakan.
17.3. Penuntut dilarang membuang sampah sarap sembarangan. Kotak kotak atau bekas-bekas minuman makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
17.4. Ditegah menconteng pada dinding-dinding bangunan dan harta benda Pusat.
17.5. Guru-guru dan kakitangan Pusat berhak untuk menegur atau mengarahkan pelajar- pelajar untuk mengutip sampah dan membuangnya ditempat yang dikhaskan / disediakan.
18. MEMBAWA KERETA
20
18.1. Pelajar- pelajar yang memandu kereta ke Pusat hendaklah mematuhi peraturan berikut :
a. Mempunyai lesen memandu yang sah dan tidak mansuh; b. Menghadapkan surat kebenaran / pengesahan dari ibu bapa / penjaga pelajar ke
pihak Pusat; c. Tidak dibenarkan membawa pelajar lain kecuali ahli keluarga yang terdekat (adik
beradik) atau dengan kebenaran ibu bapa penjaga pelajar berkenaan; d. Pihak Pusat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecelakaaan dan
kemalangan yang berlaku ke atas pelajar & penumpang ketika di luar kawasan Pusat;
e. Pihak Pusat tidak akan bertanggung jawab ke atas kehilangan atau kerosakan kenderaan yang dibawa ke Pusat;
f. Kereta pelajar hendaklah diletakkan di kawasan letak kereta yang telah disediakan untuk pelajar;
g. Pelajar tidak dibenarkan untuk meletakkan kereta mereka di kawasan yang dikhaskan untuk guru-guru dan kakitangan Pusat atau di tepi-tepi sepanjang jalan raya atau disepanjang laluan ke ‘Students Drop-off Points” atau pondok menurunkan dan mengambil penuntut.
h. Pihak Pusat berhak melaporkan kepada pihak yang berkenaan mengenai dengan pelajar yang memandu kenderaan tanpa memiliki lessen memandu yang sah.
19. MENUNGGU DI DALAM KAWASAN PUSAT 19.1. Penuntut yang awal datang ke Pusat dinasihatkan supaya akan terus masuk ke dalam
kawasan Pusat dan tidak menunggu atau merayau-rayau di kawasan luar Pusat.
19.2. Penuntut yang lewat dijemput pulang oleh ibu bapa / penjaga terutama sekali pada waktu hujan dan petang dinasihatkan untuk menunggu dan berteduh di dalam kawasan Pusat (di pondok ‘students drop-off points’)dan tidak menunggu di luar pagar Pusat atau disepanjang atau ditebing-tebing longkang jalan raya.
20. WAKTU REHAT 20.1. Penuntut tidak dibenarkan membawa semua jenis makanan dan minuman ke dalam
kelas .
21. KANTIN PUSAT 21.1. Penuntut tidak dibenarkan membeli / makan / minum kecuali pada waktu rehat sahaja.
21
21.2. Penuntut tidak dibenarkan membawa keluar sebarang makanan dan minuman serta peralatan dan perkakas kantin ke dalam kelas, bilik Student Centre atau ke tempat lain di kawasan Pusat .
21.3. Penuntut dimestikan makan / minum di dalam kawasan kantin atau kawasan yang dibenarkan sahaja dan sama-sama bertanggungjawab memelihara kebersihan.
21.4. Pembayaran makanan dan minuman yang dijual adalah secara tunai sahaja. 21.5. Penuntut adalah digalakan untuk membawa bekalan makanan dan minuman sendiri. 21.6. Penuntut dinasihatkan untuk makan makanan dan minum minuman yang berkhasiat,
bersih dan halal.
22. LAPORAN KEMAJUAN AKADEMIK 22.1. Kemajuan akademik penuntut akan dipantau dan dinilai dari semasa kesemasa melalui
penilaian yang dilakukan pada setiap ujian dan peperiksaan. Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan tentang kemajuan akademik penuntut melalui LAPORAN KEMAJUAN AKADEMIK (Academic Progress Report).
22.2. Penuntut akan dinilai dari dua sudut iaitu dari segi daya usaha dan tahap
pencapaian mereka dalam tiap-tiap mata-pelajaran yang diikuti.
a. Daya Usaha
(D) HAL EHWAL AKADEMIK
22
Daya usaha penuntut akan diukur dari segi minat, komitmen, kedatangan, penumpuan dalam pembelajaran, inovasi dan motivasi dan juga ketepatan menghantar kerja-kerja projek, kelas dan rumah.
b. Tahap Pencapaian Manakala tahap pencapaian penuntut akan diukur berdasarkan kepada ujian bulanan, tugasan dalam bilik darjah dan kerja-kerja rumah. Tahap pencapaian akan dinilai menggunakan abjad A, B, C, D, E dan U.
22.3. Laporan Kemajuan akademik tersebut (Academic Progress Report) akan diserahkan kepada ibu bapa / penjaga melalui penuntut. Pihak Ibu bapa / penjaga diminta memaklumkan kepada pihak Pusat setelah menerima laporan tersebut dengan mengisi dan mengembalikan Borang Pengakuan Penerimaan (Acknowledgement Form) melalui Guru Kumpulan.
22.4. Laporan Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Kelayakan akan diserahkan kepada ibu bapa / penjaga semasa Hari Ibu Bapa (VIP,s day).
23. HARI IBU BAPA (VIP DAY)
23.1. Hari Ibu Bapa bertujuan memberi peluang Ibu bapa / penjaga berjumpa dan berbincang
dengan Guru kumpulan (Group Tutor) dan pensyarah tentang kemajuan pembelajaran penuntut. Laporan peperiksaan penilaian akhir tahun dan peperiksaan kelayakan akan diserahkan kepada Ibu bapa / Penjaga semasa perjumpaan ini.
23.2. Ibu bapa / Penjaga akan dijemput menghadiri Hari Ibu Bapa ini melalui surat mengikut
jadual Tutor Group penuntut. Sekiranya ibu bapa / penjaga tidak dapat mengahadiri perjumpaan ini pada hari yang dijadualkan maka Ibu bapa / penjaga dialu-alukan membuat perjanjian pada hari berlainan atau Ibu bapa / penjaga bolehlah berhubung terus kepada pensyarah berkenaan atau melalui Timbalan Pengetua Akademik.
23.3. Ibu bapa / penjaga diminta untuk terus bekerjasama dengan pihak Pusat dalam
memeduli perkembangan pelajaran anak-anak mereka dengan memberi dorongan, nasihat dan apa jua bentuk motivasi kearah meningkatkan pencapian pelajaran mereka.
24. MASALAH AKADEMIK 24.1. Penuntut-penuntut yang menghadapi masalah akademik mestilah berbincang dengan
pensyarah masing-masing seawal yang mungkin bagi mengelakkan masalah ini berpanjangan. Penuntut-penuntut digalakkan mengunakan masa PS (Private Study) untuk berjumpa dengan pensyarah untuk maksud tersebut.
23
24.2. Disamping pensyarah, pelajar yang berkenaan juga digalakkan untuk mendapatkan khidmat guru kaunseling Pusat.
25. UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN 25.1. Dalam satu tahun akademik penuntut akan dinilai sebanyak empat kali iaitu tiga ujian
bulanan dan satu peperiksaan. Penuntut enam bawah akan menduduki peperiksaan akhir tahun manakala penuntut enam atas akan menduduki peperiksaan kelayakan.
25.2. Selain dari peperiksaan yang dijalankan secara dalaman penuntut juga diberi peluang
untuk menduduki peperiksaan awam seperti yang tersenarai di bawah. Sekiranya penuntut berhasrat untuk menduduki peperiksaan tersebut, maka bayaran bagi peperiksaan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh penuntut berkenaan.
Senarai uj ian dan peperiksaan (Dalaman dan Awam)
Menengah Enam Bawah (Tahun Pertama) Menengah Enam Atas (Tahun Kedua)
Ujian Bulanan 1 Ujian Bulanan 1 Ujian Bulanan 2 Ujian Bulanan 2 Ujian Bulanan 3 Ujian Bulanan 3
Peperiksaan Akhir Tahun Peperiksaan kelayakan BC-GCE Peringkat ‘AS’ November (OPTIONAL ‒ Bayaran Peperiksaan adalah ditanggung oleh penuntut sendiri)
BC-GCE Peringkat ‘AS’ Jun (OPTIONAL ‒ Bayaran Peperiksaan adalah ditanggung oleh penuntut sendiri)
BC-GCE Peringkat ‘A2’ November (Percuma bagi penuntut yang terdiri dari Warga Negara Brunei Darussalam iaitu pemegang kad pintar berwarna kuning)
26. TIDAK HADIR UJIAN DAN PEPERIKSAAN 26.1. Penuntut yang tidak hadir ujian bulanan , Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan
Kelayakan atas sebab-sebab dibenarkan seperti sakit maka pelajar berkenaan adalah dikehendaki untuk menghadapkan Surat Akuan Doktor untuk membolehkannya menduduki ujian / peperiksaan yang sama pada hari-hari berikutnya.
26.2. Penuntut yang tidak hadir ujian bulanan dan / atau peperiksaan tanpa alasan yang
dibenarkan akan dikira ‘O’ dan markah tersebut akan dimasukkan ke dalam kiraan markah purata peperiksaan/ujian.
24
27. PENAHANAN PENUNTUT ENAM BAWAH 27.1. Penuntut Enam Bawah hanya akan dinaikkan ke tingkatan selanjutnya atau dibenarkan
menduduki peperiksaan awam BCGCE ‘AS’ dan ‘A2’ sebagai calon Pusat sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut :
a. Lulus Ujian dan Peperiksaan ‒ dengan memperolehi markah tidak kurang dari 50% dari
markah purata Ujian dan Peperiksaan Kelayakan yang diadakan sepanjang tahun. b. Kedatangan Pusat mesti mencapai 85% dari jumlah keseluruhan hari perPusatan di
sepanjang tahun. c. Mempunyai disiplin yang bersih dan tidak melanggar sebarang peraturan Pusat dan tidak
mempunyai rekod disiplin yang buruk.
27.2. Yang demikian pelajar yang mempunyai rekod pembelajaran yang lemah dalam semua ujian bulanan dan peperiksaan akhir tahun atau/dan peratus kedatangan kurang dari 85% dan / atau mempunyai rekod keselahan disiplin tidak akan dinaikan ketingkatan enam atas (Rujuk Surat Pemberitahuan Pengetua dan Memorandum Pengarah Pusat-Pusat bilangan KP/DS/PTK/21/92Pt.5(186) bertarikh 8 Mei 1993).
27.3. Senarai penuntut yang ditahan akan dikeluarkan semasa Hari Ibu Bapa (VIP Day)
25
28. BAYARAN TAHUNAN
Diwajibkan bagi semua penuntut. 28.1. BAYARAN TAHUNAN BAGI PELAJAR LELAKI bil Jenis-jenis yuran & Bayaran Jumlah Bayaran
Setahun 1. Yuran Pusat $ 20.00 2. Yuran Ko-Kurikulum $ 5.00 4. Majalah Pusat $ 20.00 5. Lencana Pusat $ 2.00 6. Tali Leher $ 10.00 7. T-Shirt $ 17.00 JUMLAH $ 74.00 28.2. BAYARAN TAHUNAN BAGI PELAJAR PEREMPUAN bil Jenis-jenis Yuran & Bayaran Jumlah Bayaran
Setahun 1. Yuran Pusat $ 20.00 2. Yuran Ko-Kurikulum $ 5.00 4. Majalah Pusat $ 20.00 5. Lencana Pusat $ 2.00 6. T-Shirt $ 17.00 JUMLAH $ 64.00
29 . BAYARAN PUSAT (SCHOOL FEES) DAN PENDAFTARAN Diwajibkan bagi penuntut yang memagang Kad Pengenalan Merah dan Hijau sahaja.
29.1. Penduduk Tetap / kad pengenalan merah
Jenis Bayaran Jumlah bayaran Yuran Penerimaan ( Entrance Fee)
$ 100
Pelajar Aliran Sastera $ 130 sebulan Pelajar Aliran Sains $ 130 sebulan Pelajar Mengulang $ 50.00 satu subjek Sastera
$ 60.00 satu subjek Sains
(E) KEWANGAN
26
29.2. Penduduk Bukan Rakyat / Kad Pengenalan Hijau
Jenis Bayaran Jumlah bayaran Yuran Penerimaan ( Entrance Fee)
$ 100
Pelajar Aliran Sastera $ 200 sebulan Pelajar Aliran Sains $ 225 sebulan
$ 50.00 satu subjek Sastera Pelajar Mengulang $ 60.00 satu subjek Sains
Peringatan : Pelajar yang gagal membayar yuran 3 BULAN BERTURUT-TURUT akan dikeluarkan dari senarai perPusatan.
30. PENYEWAAN LOKER 30.1. Penuntut yang memerlukan loker bolehlah menyewanya dengan kadar berikut :
Tempoh Kadar Sewa 2 tahun $ 20.00 1 tahun $ 10.00
Cagaran/’deposit’ $ 10.00 30.2. Cagaran / Deposit penyewaan hanya akan dikembalikan selepas kunci locker dikembalikan
dan setelah diperiksa locker dalam keadaan baik dan bersih. 30.3. Pelajar yang berminat adalah dikehendaki untuk berjumpa dengan Guru Kanan Kewangan
untuk keterangan lebih lanjut .
31. DERMASISWA DALAM NEGERI ( ELAUN TUNJANGAN HIDUP) 30.1. Elaun Tunjangan Hidup
• Layak bagi mereka yang memegang kad pengenalan kuning sahaja. Tinggal dalam lingkungan 8 km ke atas dalam kawasan tadahan Pusat.
• Setiap pemohon dimestikan mempunyai akaun simpanan di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) atau Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).
30.2. Pert imbangan Khas 1. Penuntut-penuntut yang memegang kad pengenalan kuning yang tinggal dalam lingkungan 4.8 - 7.9 km dan terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau susah boleh memohon kemudahan dermasiswa di atas.
30.3. Borang permohonan
(F) KEBAJIKAN DAN HAL ELWAL PELAJAR
27
Borang permohonan boleh didapati daripada Pegawai Kesejahteraan dan dikembalikan kepada Pegawai Kesejahteraan Pelajar tidak lewat 2 minggu dari tarikh pendaftaran masuk ke Pusat ini.
32. SURAT AKUAN BELAJAR (PAS PENUNTUT) 32.1. Penuntut yang bukan rakyat Brunei hendaklah mempunyai surat akuan dan pas belajar
yang sah dan diperbaharui sebelum tarikh pas mansuh.
32.2. Urusan bagi mendapatkan Pas tersebut adalah urusan atau tanggungjawab ibu bapa/ penjaga pelajar sepenuhnya .
32.3. Borang permohonan bagi memohon atau memperbaharui pas belajar penuntut boleh diperolehi dan dihantar terus ke:
Unit Pengakuan Belajar Jabatan Pusat-Pusat Blok 2J , Kondominium Ong Sum Ping Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.
32.4. Borang pengesahan bagi Pas penuntut hendaklah dihadapkan kepada Pegawai
Kesejahteraan Penuntut untuk ditandatangani.
32.5. Penuntut yang menduduki atau sedang menunggu keputusan peperiksaan BCGCE ‘AS’ / ‘A2’ Level boleh membuat permohonan selepas keputusan dikeluarkan.
32.6. Satu salinan Surat Akuan Belajar Penuntut hendaklah diserahkan kepada Pendaftar Pusat.
32.7. Permohonan yang lewat dihantar dan dihadapkan akan dikenakan bayaran tambahan perkhidmatan sebanyak $ 10.00 bagi setiap permohonan ( rujukan : Memo Jbt. Pusat-Pusat, Bil:5/1995)
32.8. Penuntut yang tidak mempunyai Pas Pelajar setelah 3 bulan pendaftaran dibuka akan digantung dan dikeluarkan daftar Pusat sehingga Surat Akuan Belajar penuntut yang sah diperolehi.
32.9. Pelajar yang sudah memiliki Sijil Kerakyatan, ‘Resident Permit’ / ‘Entry Permit’ hendaklah menghadapkan salinan Surat Beranak, Sijil-Sijil berkenaan dan surat akuan belajar yang terakhir kepada Bahagian Pengakuan Belajar, Jabatan Pusat-Pusat untuk dikecualikan dari membuat pas penuntut.
33. PENUNTUT SAKIT 33.1. Pelajar yang kurang sihat adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan Pegawai
Kesejahteraan Penuntut .
33.2. Pelajar yang demam biasa seperti demam panas, sakit perut, sakit kepala, dan seumpamanya akan diberi ubat jika perlu dan ditempatkan di dalam bilik khas ‘SICK BAY’ sehingga pelajar berkenaan dijemput sendiri oleh ibu bapa / penjaga mereka.
33.3. Ibu bapa / penjaga yang mengambil anak-anak mereka yang sakit adalah dinasihatkan untuk membawa mereka terus ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera.
28
33.4. Penuntut-penuntut yang berhajat hendak berjumpa doktor hendaklah dibawa dan diambil oleh ayah / ibu atau ahli keluarga sahaja.
33.5. Pelajar-pelajar yang sakit tenat, kemalangan atau kecemasan sahaja yang akan dihantar ke rumah sakit. Pelajar yang sakit tenat, kemalangan atau kecemasan akan dihantar ke rumah sakit dengan serta merta tanpa meminta kebenaran daripada ibu bapa / penjaga terlebih dahulu. Pun yang demikian, ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan mereka adalah dikehendaki untuk terus datang ke hospital-hospital / klinik-klinik yang berkenaan.
34. BAHAGIAN KEBAJIKAN PENUNTUT 33.1 Pegawai Kebajikan dan Kesejahteraan Penuntut Pusat adalah bertanggungjawab bagi
perkara-perkara berikut : a. mengawasi hal ehwal penuntut meliputi pendidikan, keugamaan, suka-duka dan kesihatan. b. memproses dan mengurus permohonan kemudahan dermasiswa penuntut selaras dengan garis pandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
c. mengurus dan mengawas penyediaan pengangkutan penuntut ketempat-tempat lawatan, pertandingan dan seumpamanya.
d. menjadi penghubung diantara Pusat dengan ibu bapa / penjaga penuntut. 35. UNIT KAUNSELING 35.1. Unit kaunseling Pusat adalah bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat,
bimbingan, pertolongan kepada setiap penuntut samaada yang berkaitan dengan pembelajaran, pemilihan mata pelajaran atau kursus sama ada secara individu atau kelompok, atau memberi khidmat kaunseling kepada pelajar-pelajar yang berkeperluan.
35.2. Pegawai Kaunseling akan memberikan perkhidmatan kepada penuntut-penuntut yang memerlukannya dan juga penuntut-penuntut yang difikirkan memerlukan kaunseling. Ada masanya kehadiran ibu bapa diperlukan, dan sehubungan dengan itu, ibu bapa / penjaga adalah dikehendaki untuk meluangkan masa untuk berjumpa dengan Pegawai Kaunseling Pusat.
36. UNIT BIMBINGAN BAKAT KERJA/ UNIT PENGAJIAN TINGGI 36.1. Membantu penuntut-penuntut dalam proses transisi dari pra-universiti ke peringkat
universiti dan pengajian tinggi. Misi unit ini adalah melaksanakan satu komitmen dalam mencerna potensi pelajar menuju ke arah pengajian tinggi bagi menyahut keperluan negara dalam mengembangkan dan mengoptimakan potensi tenaga sumber manusia yang berilmu dan berkamiharan dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh Negara Brunei Darussalam. Justeru visi unit ini adalah menuju ke arah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan yang berkualiti seperti yang tercatat dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam 2007-2011.
29
36.2. Membantu penuntut-penuntut, penjaga dan ibu-bapa dalam memberi nasihat dan
bimbingan, serta bertugas sebagai fasilitator bagi permohonan kepada UCAS, UBD, UNISSA, ITB, Kursus Perubatan Otago University, kursus-kursus dan universiti serta institusi pengajian tinggi yang lain, dan permohonan bagi biasiswa-biasiswa seperti :
Biasiswa Sultan Scholar Biasiswa German / Russia / Mesir Biasiswa MINDEF ( Biasiswa Supreme Commander RBAF dan Biasiswa RBAF
Biasiswa JPKE Biasiswa Singapura
Biasiswa Brunei Shell Biasiswa Korea / China Biasiswa Jepun Biasiswa New Zealand
36.3. Pemudah cara bagi persediaan-persediaan untuk menghadiri temuduga untuk
permohonan biasiswa dan juga dalam persediaan untuk membuat 'CV writing'.
36.4. Bertanggungjawab untuk memberi khidmat konsultasi, nasihat dan bimbingan mengenai pilihan kursus-kursus pendidikan dan vokasional di peringkat univeristi dan peringkat lanjutan. Ini dilaksanakan melalui taklimat, ceramah dari universiti ‒ universiti dan institusi-institusi pendidikan tinggi, lawatan kerjaya, bengkel kerjaya, program penempatan (attachment program) di institusi-institusi Perkhidmatan Awam dan Sektor Swasta.
36.5. Melaksanakan ‘Projek dimana pelajar-pelajar akan dibimbing untuk membuat perancangan lebih awal khusus yang berhubungkait dengan kursus yang mereka ingin ikuti di peringkat universiti dan pengajian tinggi selepas peperiksaan ‘A’ level nanti.
36.6. Membimbing tentang strategi dan perancangan yang teratur kearah mencapai halatuju dengan cara yang lebih berkesan. Di samping memberi bimbingan yang fokus, Unit Pengajian Tinggi juga mempunyai wawasan agar hasil bimbingan yang fokus itu akan dapat memberi sokongan dan dorongan terhadap meningkatkan pencapaian akademik penuntut-penuntut di Pusat ini.
37. PENGLIBATAN DALAM KEGIATAN LUAR CCA 37.1. Setiap pelajar dikehendaki untuk memilih dan melibatkan diri dalam satu kegiatan luar
bagi perkembangan mental, fizikal dan rohani. Walau bagaimanapun jika ibu bapa mendapati pelajaran anak mereka terjejas kerana aktibiti-aktibiti CCA segeralah berhubung dengan pihak Pengetua untuk penyiasatan lanjut.
37.2. Surat Pemberitahuan / makluman CCA dan Borang Kebenaran untuk mengikuti CCA sama ada yang dilaksanakan di Pusat atau di luar Pusat atau CCA yang dikendalikan
30
oleh Pusat-Pusat lain atau jabatan-jabatan yang berkaitan akan dikeluarkan kepada ibu bapa / penjaga dari semasa ke semasa.
38. SURAU PUSAT 38.1. Semua penuntut-penuntut yang berugama Islam yang ‘stay back’ tengahari adalah
dikehendaki untuk bersembahyang Zohor di Surau Pusat.
38.2. Penuntut tidak dibenarkan untuk melepak di dalam Surau.
38.3. Tidak dibenarkan membawa apa jua jenis atau bentuk makanan dan minuman ke dalam Surau Pusat .
38.4. Semua Penuntut adalah bertanggungjawab untuk memelihara kebersihan dalam dan luar kawasan Surau .
38.5. Keselamatan semua perkakas dan peralatan yang terdapat dalam Surau adalah tenggungjawab bersama.
38.6. Penuntut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan memelihara keselamatan dengan mematuhi panduan dan arahan pengunaan surau dengan betul.
39. PERPUSTAKAAN 39.1. Waktu Perpustakaan Dibuka
Hari : Setiap hari perPusatan iaitu hari Isnin - Khamis dan Sabtu ( Tutup pada hari-hari cuti kelepasan awam.) Jam : 7:45 pagi ‒ 4:30 petang 39.2. Keahlian dan Pendaftaran
Semua pelajar dimestikan menjadi ahli Perpustakaan. Setiap pelajar dikehendaki mengisikan borang keahlian yang boleh didapati di Kaunter Perpustakaan dan mengembalikan bersama 4 keping gambar berukuran Kad Pengenalan.
39.3. Kad Ahli Perpustakaan
a. Pelajar yang menjadi ahli akan diberi 2 keping kad ahli perpustakaan bagi membolehkan pelajar meminjam 2 buah buku untuk tempoh 2 minggu.
b. Kad tersebut adalah untuk kegunaan pelajar itu sendiri dan tidak boleh dipindah milik atau dipinjamkan kepada pelajar lain.
c. Sebarang pertukaran alamat atau kehilangan kad ahli hendaklah dilaporkan kepada pihak Perpustakaan dengan serta merta.
(G) KEMUDAHAN-‐KEMUDAHAN LAIN
31
d. Kad ahli Perpustakaan hendaklah diserahkan kembali untuk dibatalkan jika pelajar hendak berhenti / meninggalkan Pusat.
39.4. Kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan
Perpustakaan Pusat terbahagi kepada 2 bahagian :
a. Perpustakaan Atas - Bahagian Perbincangan berkumpulan b. Perpustakaan Bawah : Bahagian Rujukan
39.5. Peminjaman
Kemudahan pinjaman bagi bahan perpustakaan adalah seperti berikut: i. Buku ii. Bahan-bahan Terbitan Bersiri iii. Bahan-bahan Rujukan iv. Koleksi Buku Berbintik Merah ( Red Spot) v. Bahan-bahan Pendang Dengar vi. Kertas-Kertas Soalan Peperiksaan vii. Bahan-bahan Perpustakaan yang lain
39.6. Majalah dan Suratkhabar
a. Hanya majalah dan suratkhabar terbaru sahaja dipertunjukkan di atas rak b. Majalah dan surat khabar kebelakangan ada disimpan di bilik stor dan jika pelajar ingin meminjam sila berjumpa Pegawai Perpustakaan untuk mendapat kebenaran.
39.7. Peraturan Perpustakaan a. Pengguna tidak dibenarkan makan, minum atau tidur didalam Perpustakaan. b. Pengguna dilarang membuat bising, berkelakuan tidak senonoh atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran diperpustakaan.
c. Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan sempurna. d. Pengguna bertanggungjawab atas keselamatan dan penjagaan bahan yang dipinjam.Menanda atau menconteng, merosak atau memusnahkan apa jua yang ditakrifkan sebagai harta benda perpustakaan adalah satu keselahan . Setiap kerosakan atau kehilangan bahan perpustakaan yang dipinjam adalah tanggungjawab peminjam dan denda gantirugi akan dikenakan.
e. Barang-barang yang berukuran terlalu besar seperti beg, bakul, kantung, kotak, bungkusan dan lain-lain tidak boleh dibawa masuk ke Perpustakaan.
f. Semua benda yang dibawa masuk ke perpustakaan seperti buku, folder dan fail hendaklah ditunjukkan kepada kakitangan pepustakaan untuk diperiksa sebelum dibawa masuk dan keluar dari perpustakaan.
g. Bahan kepunyaan perpustakaan tidak boleh dibawa keluar kecuali peminjaman telah dibuat secara resmi. Pengguna yang didapati membawa keluar tanpa kebenaran akan diambil tindakan tatatertib.
h. Kakitangan perpustakaan berhak menegur, menasihat atau mengambil tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
i. Penjelasan lanjut mengenai peraturan perpustakaan akan diberikan oleh Pegawai Perpustakaan dan dimuatkan di dalam Buku Peraturan Perpustakaan.
39.8. Denda bagi buku dikembalikan lewat, hi lang dan rosak
32
a. Bagi setiap buku yang lewat dikembalikan akan dikenakan denda sebanyak 10 sen sehari bagi setiap buku atau bahan terbitan bersiri dan 20 sen sehari bagi setiap buku daripada Koleksi Buku Berbintik Merah.
b. Pengguna yang telah merosakkan atau menghilangkan buku perpustakaan yang dipinjam mestilah membayar 2 kali ganda harga asal buku atau menggantikan buku yang rosak atau hilang dengan yang baru.
40. PAPAN KENYATAN (NOTICE BOARD) 40.1 Setiap pelajar dikehendaki untuk menyemak dan membaca semua maklumat-maklumat
yang terlekat di atas papan-papan kenyatan disetiap kawasan Pusat, terutama sekali yang terletak di Blok Pentadbiran Pusat.
40.2. Maklumat-maklumat yang dilekatkan di papan-papan kenyatan Pusat adalah merangkumi
maklumat pendidikan, maklumat semasa, CCA, Kerjaya dan apa jua maklumat yang berkaitan dengana Pusat dan hal-ehwal penuntut.
40.3. Sebarang notis dan apa jua bahan yang hendak dilekatkan di papan kenyataan Pusat
hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak Pentadbiran terlebih dahulu. 41. BILIK-‐BILIK KULIAH, ‘ART STUDIO’ , ICT, D&T DAN MAKMAL SAIN 41.1. Setiap pelajar dikehendaki untuk memastikan semua jendela dan alat eletrik seperti hawa
dingin, lampu, kipas angin dan seumpamanya ditutup sebelum kelas dikosongkan dan ditinggalkan.
41.2. Setiap pelajar adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua bilik-bilik kuliah dan khas sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
41.3. Papan kenyataan yang terdapat di dalam bilik-bilik kuliah hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya, khususnya digunakan untuk melekatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran penuntut.
41.4. Penuntut-penuntut tidak dibenarkan berada dalam bilik-bilik makmal atau bilik-bilik khas atau kuliah selepas kuliah.
41.5. Makan minum atau membawa barang-barang makanan ke dalam bilik makmal, bilik-bilik khas atau kuliah adalah ditegah sama sekali.
42. KAD FOTOKOPI
33
42.1. Kad fotokopI boleh dibeli dari Kaunter Perpustakaan yang berharga $12.00. Sebuah (1) mesin fotokopi yang menggunakan kad ini terletak di dalam Perpustakaan.
43. KEMUDAHAN INTERNET 43.1. Penuntut yang berhajat menggunakan kemudahan internet (melayari web) dikehendaki
mengambil password kepada mana-mana Pegawai ICT di jabatan ICT dan hendaklah diaktifkan dalam tempoh 24 jam setelah mengambilnya.
43.2. Kawasan seperti di dalam makmal ICT (ICT Lab1 dan ICT Lab2), Perpustakaan dan
‘Student’s Centre’ tidaklah memerlukan password kerana signal wireless connection adalah kuat dan penuntut bolehlah menggunakan laptop atau macbook sendiri dengan mengaktifkan (enable/on) fungsi WiFi ‒ Wireless Fidelity.
44. LETAK KERETA UNTUK PELAJAR DAN IBU BAPA DAN RUANG MENUNGGU 44.1. Letak kereta bagi penuntut-penuntut dikhaskan di kawasan lapang yang berbatu berdekatan
dengan Padang Arena dan Dewan Serbaguna.
44.2. Pelajar-pelajar ditegah untuk meletakkan kereta ditempat yang dikhaskan untuk Pensyarah-Pensyarah dan Kakitangan Pusat.
44.3. Bagi mengelakkan kesesakan, ibu bapa / penjaga diminta menurunkan anak mereka di kawasan yang dikhaskan di luar pagar pusat (sepertimana yang diarahkan oleh Pengawal Keselamatan Pusat), kecuali pada waktu hujan ibu bapa bolehlah menurunkan atau mengambil anak-anak mereka di Blok Pentadbiran atau ‘Students’ drop-off point’.
44.4. Petak-petak letak kereta di depan Blok Pentadbiran atau di sepanjang tepi jalan menuju ke Blok Pentadbiran adalah dikhaskan untuk kakitangan Pentadbiran, pelawat-pelawat dan pembekal berurusan dengan Pusat.
44.5. Ibu / bapa adalah dipersilakan untuk masuk dan menunggu di ruang-ligar Blok Pentadbiran.
Tempat ini adalah diusahakan khas untuk keselamatan dan kemudahan ibu / bapa. 45. KEMUDAHAN SUKAN & PERKUMPULAN 45.1. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di Pusat ini adalah seperti berikut:
• Dewan Serba Guna ( Multi-Purpose Hall) • ‘Track , Grand Stand & Padang Arena • ‘Student Centre’
45.2. Adalah tanggungjawab semua pelajar dan pengguna untuk sama-sama memastikan kebersihan dan keselamatan semua harta-benda yang terdapat di dalam bangunan dan kawasan-kawasan tersebut.
34
45.3. Pelajar adalah tidak dibenarkan untuk membawa orang awam / luar untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat ini tanpa kebenaran pihak pentadbiran Pusat terlebih dahulu.
45.4. Pelajar-pelajar dan semua pengguna adalah dikehendaki untuk mematuhi semua arahan dan peraturan pengunaan dan penyewaan kemudahan-kemudahan tersebut yang ditetapkan oleh pihak Pentadbiran Pusat.
45.5. Sebarang kerosakan yang disenghajakan akan dituntut gantirugi iaitu mengikut nilai kerosakan yang akan ditetapkan oleh pihak pentadbiran Pusat.
46.1. Semua penuntut tidak dibenarkan berada di dalam kawasan Pusat kecuali pelajar-pelajar
yang telah diberikan kebenaran oleh pihak Pusat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan seumpamanya.
46.2. Disepanjang mengikuti kegiatan tersebut, keselamatan semua harta benda dan kemudahan Pusat adalah tanggungjawab semua pelajar, tenaga pengajar, guru-guru pengawas dan pegawai-pegawai yang berkaitan.
46. KEHADIRAN PENUNTUT SEMASA HARI JUMAAT, AHAD & HARI-‐HARI KELEPASAN AWAM
(H) KEHADIRAN PENUNTUT & PENGGUNAAN KEMUDAHAN-‐KEMUDAHAN PUSAT SEMASA
HARI-‐HARI KELEPASAN AWAN
47. PENGGUNAAN SURAU DAN KEMUDAHAN-‐KEMUDAHAN PUSAT SEMASA HARI JUMAAT, AHAD & HARI-‐HARI KELEPASAN AWAM .KEHADIRAN PENUNTUT SEMASA HARI JUMAAT, AHAD & HARI-‐HARI
KELEPASAN AWAM
35
47.1. Semasa hari-hari kelepasan awam termasuk hari Jumat dan Ahad, orang awam ( ramai) tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan Pusat dan seterusnya ditegah untuk menggunakan sebarang kemudahan dan harta benda ( termasuk Surau Pusat) yang terdapat di Pusat ini.
47.2. Sebarang pengunaan kemudahan dan harta benda Pusat tanpa kebenaran akan dilaporkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
48. TEGAHAN 47.1. Sebagai seorang pelajar berikut ialah beberapa perkara yang pelajar mesti hindari /elakkan.
a. membawa/membuat/mengedar atau minum minuman keras atau benda yang memabukkan;
b. membawa/menyimpan/memiliki/mengedar/menyalahgunakan sebarang dadah atau ganja, rokok atau tembakau, gam untuk dihidu atau apa jua jenis racun terkawal atau bahan-bahan inhalan;
c. menyimpan, membawa barang untuk sebarang bentuk perjudian, dan melakukan sebarang jenis perjudian;
d. memiliki/ menyimpan/membawa apa jua bentuk / benda yang ditakrifkan boleh digunakan sebagai senjata yang membahayakan;
e. membawa/membuat bahan letupan/mercun, mancis/ pemetik api dan meletupkannya; f. membawa / memakan ‘chewing gum’ di Pusat dan di tempat-tempat perkumpulan
rasmi; g. menjadi ejen/penjual produk komersial dan sebagainya semasa berada diPusat;. h. ponteng atau lari dari kelas atau Pusat; i. menggunakan pemadam cecair seperti tip-ex, blanco dan seumpamanya; j. membawa alat permainan elektronik ke Pusat dan menyalahgunakan Internet/alatan
permainan elektronik atau bahan multimedia; k. membawa, memiliki atau menampal, mengedar gambar atau mendengar kaset atau
menonton Video/ CD/VCD/DVD lucah dan seumpamanya; l. menggunakan bahasa/bahasa isyarat/perkataan-perkataan kesat atau lucah; m. menganiaya, mengancam, memeras ugut, mengganggu orang lain, menghasut dan
bergaduh /berkelahi; n. memugut atau merosakkan harta benda awam; o. membawa kenderaan bermotor tanpa lesen dan kebenaran; p. melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah atau terlibat dengan
keselahan jenayah politik dan syar’ie
(I) TEGAHAN & TINDAKAN TATATERTIB
36
q. melibatkan diri dalam sebarang kegiatan seks; r. terlibat dengan keselahan jenayah seperti mencuri, membunuh, membakar,
merompak, merogol dan lain-lain keselahan jenayah yang bertentangan dengan undang-undang keselamatan negara
PERHATIAN : GARIS PANDU DAN PERATURAN YANG TERKANDUNG DI DALAM BUKU INI ADALAH
TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.
PIHAK PUSAT BERHAK UNTUK MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN , PINDAAN DAN
PENGUBAHSUAIAN KE ATAS KANDUNGAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN,
SELARAS DENGAN KEPERLUAN SEMASA DAN AKTA PENDIDIKAN NEGARA.
SEKIAN,
WASSALAM