Post on 24-Feb-2018
IHYA’ RAMADHAN 20 (28 Ramadhan 1434H)
Jom Bayar Zakat
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Taubah: 103:
يهم بهاخذ من رىم وت زك .... االية . أموالهم صدقة تطه
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk)…”
Pengertian Zakat
Perkataan zakat dari segi bahasa ertinya bertambah, berkembang, menjadi bersih,
menjadi suci dan seumpamanya.
Adapun dari segi istilah, zakat adalah nama dari kadar tertentu yang dikeluarkan dari
harta-harta tertentu untuk dibahagikan kepada golongan-golongan tertentu dengan syarat-
syarat tertentu.
Kadar harta yang dikeluarkan untuk diberikan kepada golongan-golongan tertentu
dinamakan zakat kerana ia membersihkan, mensucikan, menambah kebaikan dan
keberkatan, baik kepada harta maupun kepada orang yang mengeluarkannya seperti ayat di
atas.
Hukum dan Kedudukan Zakat
Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima, yang diwajibkan pada bulan Sya’ban
tahun kedua Hijrah. Perintah zakat di dalam Al-Quran pada ghalibnya
bergandingan dengan perintah solat, seperti pada surah Al-Baqarah: 43:
ة وآتوا الز كاة واركعوا مع الر اكعين الوأقيموا الص
“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang
rukuk”.
Surah Al-Baqarah: 110:
ما وأقيموا الص الة وآتوا الز كاة وما ت قدموا الن فسكم من خير تجدوه عند الل و إن الل و ب
ت عملون بصير
“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu
usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”.
Kerananya, orang yang mengingkarinya dihukumkan kafir.
Pandangan Islam Terhadap Kewajipan Zakat
Islam tidak menganggap zakat sebagai derma atau tanda kemurahan hati orang yang
mengeluarkannya, tetapi sebagai hak fakir miskin, hak masyarakat dan hak Allah SWT.
Dasar pandangan tersebut adalah bahawa seseorang tidak akan dapat mengumpulkan
harta kekayaan kalau bukan kerana kurnia pemberian Allah SWT dan adanya saham
masyarakat, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Seseorang tidak dapat
berniaga jika tidak ada pembeli, tidak dapat membuka kilang jika tidak ada tenaga kerja atau
buruh, dan lain-lainnya. Firman Allah SWT dalam surah Al-Dzaariat ayat 19:
وفي أموالهم حق للس ائل والمحروم "Dan pada harta-harta mereka, ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang
tidak mendapat bahagian (yang tidak meminta)”.
Begitu juga firman Allah SWT di dalam surah Al-Ma’aarij: 24-25:
( للس ائل والمحروم 42وال ذين في أموالهم حق معلوم )
“Dan orang-orang yang dalam hartanya terdapat bahagian tertentu, bagi orang
(miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau
meminta)”.
Zakat ini merupakan hak dan kewajipan, maka orang yang tidak mahu atau ingkar
membayar zakat mesti dipaksa dan boleh diperangi, seperti yang telah dilakukan oleh
Khalifah Abu Bakar r.a. dan disepakati oleh para sahabat lainnya. Zakat merupakan salah
satu ibadah yang juga telah disyariatkan sebelum Islam, seperti dinyatakan di dalam surah
Maryam: 31, 55, dan surah Al-Anbiya: 73. Dalam kewajiban zakat ini tidak disyaratkan baligh
dan berakal, kerana ia wajib dikeluarkan dari setiap harta yang mencapai nisab yang dimiliki
secara sempurna oleh seorang muslim atau muslimah yang merdeka (bukan hamba
sahaya), meskipun yang memilikinya itu anak kecil atau orang gila.
Catatan:
Dalam mazhab Hanafi, tidak wajib zakat ke atas harta anak kecil atau orang gila,
berdasarkan dalil-dalil berikut:
1. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Taubah: 103:
يهم بها رىم وت زك االية ...... خذ من أموالهم صدقة تطه
“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan
dan mensucikan mereka …”
Zakat untuk membersihkan, sedang anak kecil dan orang gila tidak mempunyai dosa.
Kerananya tidak ada yang perlu dibersihkan dari mereka.
2. Rasulullah SAW bersabda:
رأ، وعن الن ائم جت ى رفع القلم عن ثالثة : عن المجنون المغلوب على عقلو حت ى ي ب
يست يقظ، وعن الص بي حت ى يحتلم.
“Diangkat hukum dari tiga golongan: dari orang gila yang akalnya tidak berdaya
sehingga ia sembuh, dari orang yang tidur sehingga ia bangun, dan dari anak kecil sehingga
ia mimpi (baligh)”.1
Hadith ini menunjukkan bahawa anak kecil dan orang gila tidak dikenakan kewajiban
apapun juga. Pandangan tersebut ditolak dengan alasan-alasan berikut:
i. Bahawa pembersihan dan pensucian yang disebut di dalam firman Allah SWT
tersebut bukanlah merupakan syarat wajib, tetapi ia merupakan salah satu
1 Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Ali dan Umar r.a. (Sahih Al-Jami’ al-Shaghir
1/659).
hikmat, sebagaimana halnya dengan hikmat zakat fitrah yang disepakati
wajibnya oleh Hanafi dan Syafiie.
ii. Mengenai hadith Nabi SAW di atas, kita tidak mengatakan wajib atas mereka,
tetapi atas harta mereka. Orang yang mengurus harta mereka dituntut untuk
mengeluarkan zakat dari harta tersebut, sebagaimana dituntut untuk
mengeluarkan darinya harga benda yang dirosakkan oleh keduanya.
iii. Imam Haramain menyatakan bahawa tujuan dari zakat adalah untuk
menolong fakir miskin dan lain-lainnya untuk memenuhi hajat mereka dan
harta anak kecil dan orang gila juga dapat melaksanakan fungsi tersebut.
iv. Imam Abu Ishaq al-Syirazi mengatakan bahawa anak kecil dan orang gila
juga layak untuk mendapat pahala dengan dikeluarkan zakat dari hartanya.
v. Imam Syafiie telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Umm bahawa Rasulullah
SAW bersabda:
تامى حت ى ال تذىب ها أو تست هلكها الص دقة.اب ت غوا فى أموال الي
“Niagakanlah harta anak-anak yatim agar ia tidak dihabiskan oleh zakat”
Al-Daruqutni, di dalam Sunannya, telah merekodkan dari Abdullah Bin Umar r.a.
secara marfu’ sabda Nabi SAW:
ركو حت ى تأكلو الص دقة. من ولي يتيما لو مال ف ليت جر لو، وال ي ت
“Barangsiapa yang menjadi wali anak yatim yang memiliki harta, maka hendaklah ia
berniagakan untuknya, dan janganlah ia membiarkan harta itu sehingga habis dimakan
zakat”
Imam Malik, di dalam kitabnya Al-Muwatta` meriwayatkan dari Umar Bin Khattab r.a.
bahawa beliau berkata:
ات جروا فى أموال اليتامى، حت ى ال تأكلها الص دقة.
“Niagakanlah harta anak-anak yatim agar tidak habis dimakan zakat”
Kalaulah harta anak kecil tidak diwajibkan ke atasnya zakat, tentunya tidak akan habis
dimakan zakat2.
2 Mughni al-Muhtaaj 1/408-409, Rawdhat al-Taalibiin 2/149-150, Al-Hawi al- Kabiir 4/3-8, 114-118,
Fath al-Mu’iin: 2/147-149, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazdzdab 5/324-331, Al-Dirasaat al-Fiqhiyah ‘Ala Madzhab
al-Imam al-Syafi’I 409-410., Al-Ibadat Fi al-Islam 253-258. Al-Fiqh al-Manhaji 1/278-280.
Pembahagian Zakat
Zakat terbahagi kepada:
i. Zakat Harta: Iaitu Harta yang diwajibkan zakat ialah harta yang
berkembang atau bertambah. Sedang harta yang beku tidak dikenakan
zakat agar jangan habis kerananya. Zakat harta ini terbahagi kepada tiga
bahagian:
a. Zakat yang berkaitan dengan benda, iaitu:
i. Zakat binatang ternak;
ii. Zakat tumbuh-tumbuhan; dan
iii. Zakat emas dan perak (termasuk zakat wang).
b. Zakat yang berkaitan dengan nilai atau harga (zakat barang
perniagaan).
c. Zakat barang galian (ma’din) dan harta terpendam (rikaz)
ii. Zakat Fitrah
Zakat Binatang Ternak
Jenis binatang yang dikenakan zakat hanyalah unta, lembu (kerbau) dan
kambing. Adapun lain-lainnya, seperti kuda, ayam dan sebagainya tidak dikenakan
zakat, kecuali bila untuk diniagakan, maka dikenakan zakat barang perniagaan.
Jumlahnya mestilah mencapai nisab. Nisab unta adalah 5 ekor. Kurang dari
5 ekor tidak wajib zakat. 5 ekor sehingga kurang dari 25 ekor unta, tiap 5 ekor unta
zakatnya 1 ekor kambing (iaitu kambing biri-biri yang berumur satu tahun atau
kambing biasa yang berumur dua tahun).
25 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina yang berumur satu tahun.
36 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina yang berumur dua tahun.
46 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina yang berumur tiga tahun.
61 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina yang berumur empat tahun.
76 ekor unta zakatnya 2 ekor unta betina yang berumur dua tahun.
91 ekor unta zakatnya 2 ekor unta betina yang berumur tiga tahun.
121 ekor unta zakatnya 3 ekor unta betina yang berumur dua tahun.
Kemudian dalam setiap 40 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina yang
berumur dua tahun, dan dalam setiap 50 ekor unta zakatnya 1 ekor unta betina yang
berumur tiga tahun. Nisab lembu (kerbau) 30 ekor. Tiap 30 ekor zakatnya 1 ekor
lembu (kerbau) betina yang berumur satu tahun, dan tiap 40 ekor zakatnya 1 ekor
lembu (kerbau) betina yang berumur dua tahun.
Nisab kambing 40 ekor, zakatnya 1 ekor kambing (biri-biri yang berumur satu
tahun atau kambing biasa yang berumur dua tahun).
121 ekor kambing zakatnya 2 ekor kambing.
201 ekor kambing zakatnya 3 ekor kambing.
400 ekor kambing zakatnya 4 ekor kambing, dan seterusnya setiap 100 ekor
kambing zakatnya 1 ekor.
Hawl, iaitu berlalu tempoh satu tahun memilikinya. Dalam masa satu tahun ini,
ia tetap berada dalam pemilikannya. Apabila dalam masa tersebut hilang atau
terputus pemilikannya ke atas binatang ternak itu, maka hawlnyapun terputus.
Begitu juga apabila dalam masa itu ia menukarkan binatang ternaknya dengan
binatang lain, baik dari jenis yang sama atau dari jenis yang berbeza, maka hawlnya
terputus dan dimulai baru dari tarikh pertukaran tersebut.
Binatang ternak tersebut digembalakan di padang rumput yang mubah, iaitu
sesiapa saja boleh menggembalakan ternaknya disitu tanpa diambil bayaran.
Apabila makanannya disediakan, atau sebagian besarnya disediakan, maka tidak
diwajibkan zakat, jika tanpa makanan yang disediakan binatang ternak itu tidak
boleh hidup. Kalau tanpa makanan yang disediakan binatang itu boleh hidup, maka
wajib dikeluarkan zakatnya.
Memilikinya secara sempurna. Apabila pemilikannya tidak sempurna, seperti
pemilikan wakaf atau harta yang diwakafkan, maka tidak diwajibkan zakat ke
atasnya. Apabila sekumpulan binatang ternak ini dimiliki oleh lebih dari satu orang
secara kongsi sepenuhnya, dalam erti kata setiap ekor darinya adalah milik
bersama, maka zakatnya seperti kalau ia dimiliki oleh satu orang3. Penjelasan lebih
lanjut dapat dilihat di dalam huraian mengenai zakat al-khlitain.
Zakat Tumbuh-tumbuhan
Apa yang dimaksud dengan zakat tumbuh-tumbuhan ialah zakat buah-
buahan dan biji-bijian yang dijadikan makanan yang mengenyangkan, iaitu:
a. Dari buah-buahan hanyalah kurma dan anggur saja yang dikenakan zakat.
b. Dari biji-bijian yang boleh menjadi makanan yang mengenyangkan, boleh
disimpan lama dan yang ditanam oleh manusia, seperti gandum, beras, jagung,
adas dan berbagai jenis kacang atau biji-bijian yang seumpamanya.
Adapun sayur-sayuran dan jenis-jenis lain dari tumbuh-tumbuhan tidak
diwajibkan zakat ke atasnya.
Mengenai zakat tumbuh-tumbuhan ini tidak disyaratkan hawl, sebab zakatnya
wajib bila telah nampak baiknya buah-buahan, seperti dengan merahnya kurma atau
mulai berisinya anggur atau biji-bijian. Hanya zakatnya itu tidak dikeluarkan
melainkan setelah dikeringkan, sebagaimana dinyatakan di dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Abu Daud daripada ‘Attab Bin Usayd bahawa beliau berkata:
أمر رسول اهلل صل ى اهلل عليو وسلم أن يخرص العنب كما يخرص الن خل، وت ؤخذ زكاتو
زبيبا كما ت ؤخذ صدقة الن خل تمرا
“Rasulullah SAW memerintah agar anggur ditaksir seperti ditaksirnya kurma, dan
dikeluarkan zakatnya berupa zabib (kismis: anggur yang sudah dikeringkan), sebagaimana
dikeluarkan zakat kurma berupa tamar (kurma yang sudah dikeringkan)” 4
3 Mughni al-Muhtaaj: 1/368-381, Rawdhot al-Taalibiin: 2/151-212, Al-Hawi al-Kabiir: 4/9-113, 161-187,
Fathal-Mu’iin: 2/164-171, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazdzxdab 5/337-450. Al-Dirasaat al-Fiqhiyah ‘Ala
Madzhab al-Imam al-Syafi’I :410-416 dan 427431. 4 ‘Aun al-Ma’bud 4/491, hadith no. 1588
Adapun nisab kurma dan anggur ialah bila setelah dikeringkan mencapai 5 wasaq atau
300 gantang. Dan nisab biji-bijian: apabila disimpan bersama kulitnya 10 wasaq atau 600
gantang, dan bila disimpan setelah dibwang kulitnya 5 wasaq atau 300 gantang.
Dalam melengkapi nisab, hasil satu tahun digabungkan satu dengan yang lainnya,
meskipun berbeda waktunya, selama yang terakhir telah keluar sebelum yang pertama
nampak baiknya. Adapun yang ditanam berkali-kali dalam setahun, maka yang diketam
dalam tahun yang sama digabungkan. Begitu juga dalam menyempurnakan nisab ini, yang
satu jenis disatukan, seperti gandum dengan syair.
Mengenai kadar yang wajib dikeluarkan: apabila untuk penyiramannya tidak
memerlukan biaya yang besar, seperti dengan air hujan atau air sungai, maka zakatnya 10
persen. Tetapi apabila penyiramannya memerlukan biaya yang besar, seperti dengan alat
penyiram atau kincir atau lain-lain, maka zakatnya 5 persen saja. Apabila penyiramannya
dengan kedua-duanya, umpamanya setengahnya dengan air hujan atau air sungai dan
setengahnya lagi dengan alat penyiraman, maka zakatnya 7 ½ % (tujuh setengah peratus).
Tetapi bila dengan air hujan atau air sungai itu lebih banyak atau lebih sedikit, maka
mengikut peratusannya.
Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, Nasai dan Baihaqi meriwayatkan dari Jabir Bin
Abdillah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
فيما سقت الس ماء واالن هار والعيون العشر، وفيما سقت الس انية نصف العشر.
“Pada tumbuh-tumbuhan yang disiram oleh air hujan atau sungai atau air mata air,
zakatnya satu per sepuluh (10%), dan pada tumbuh-tumbuhan yang disiram dengan alat
menaikkan air dari perigi, maka zakatnya satu per duapuluh (5%)5
Apabila tanah milik seseorang, sedang tumbuh-tumbuhan milik orang lain pula,
maka yang wajib mengeluarkan zakatnya adalah orang yang memiliki tumbuh-
tumbuhan, seperti halnya dalam zakat perniagaan, yang wajib mengeluarkan zakat
adalah peniaga yang memiliki barang-barang dan bukan orang yang memiliki
bangunan yang dijadikan kedai6.
5 Sahih Al-Jami’ al-Shaghir Wa Ziyadatuh 2/786, hadith no. 4271.
6 Mughni al-Muhtaaj: 1/381-388, Rawdhot al-Taalibiin: 2/231-256, Al-Hawi al-Kabiir 4/188-254, Fath al-
Mu’iin: 2/159-164. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazdzdab 5/451-594. Al-Dirasaat al-Fiqhiyah ‘Ala Madzhab al-
Imam al-Syafi’I :425-426.
Zakat Emas dan Perak
Tidak wajib zakat kecuali bila mencapai nisab: nisab emas 20 mithqol atau 20
dinar (kurang lebih 85 gram, ada juga yang mengatakan 90 gram atau 93.6 gram),
dan nisab perak 200 dirham (kurang lebih 624 gram). Abu Daud meriwayatkan dari
Ali r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ها الحول ففيها خمسة دراىم، وليس عليك شيء إ ذا كانت لك مائ تا درىم وحال علي
ها ي عنى فى الذ ىب حت ى تكون لك عشرون دينارا، فإذا كانت لك عشرون دينارا وحال علي
الحول ففيها نصف دينار.“Jika anda mempunyai 200 dirham dan telah berlangsung atasnya satu tahun, maka
zakatnya 5 dirham. Tidak wajib atas anda sesuatu dalam emas sehingga anda memiliki 20
dinar dan telah berlangsung atasnya satu tahun, maka zakatnya setengah dinar”.7
Kadar yang wajib dikeluarkan adalah 2 ½ % (dua setengah persen). Disyaratkan hawl dan
memilikinya secara sempurna. Emas dan perak yang dipakai sebagai perhiasan oleh
perempuan tidak dikenakan zakat. Kerana mata wang kertas sekarang ini mempunyai
sandaran emas, sedang mata wang emas atau perak itu sendiri sudah tidak digunakan,
maka apabila mata wang tersebut sudah senilai dengan nisab emas, maka wajiblah
dikeluarkan zakatnya, iaitu dua setengah peratus. Jika telah setahun dimiliki secara
sempurna8
Hutang Dan Kewajiban Zakat
Apakah hutang mencegah wajibnya zakat? Mengenai masalah ini terdapat 3
pandangan: Pertama: yang termaktub dalam kitab-kitab Imam Syafiie yang
kemudian (qawl jadid), yang dianggap paling sahih oleh kebanyakan ulama Syafiie,
bahawa hutang tidak mencegah wajibnya zakat. Kedua: iaitu pandangan Imam
7 ‘Aun al-Ma’bud: 4/447, hadith no.1558.
8 Mughni al-Muhtaaj: 1/389-394, Rawdhot al-Taalibiin: 2/256-265, Al-Hawi al-Kabiir: 4/255-287,323-329,
Fath al-Mu’iin: 2/149-159, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazdzdab 6/2-46. Al-Dirasaat al-Fiqhiyah ‘Ala Madzhab al-
Imam al-Syafi’I :417-420.
Syafiie sebelum berhijrah ke Mesir (qawl qadim) mengatakan bahawa hutang
mencegah wajibnya zakat. Ketiga: iaitu pandangan para ulama Syafiie aliran
Khurasan, yang sependapat dengan pandangan Imam Malik, membedakan antara
harta zahir yang berkembang dengan sendirinya, seperti binatang ternak, tumbuh-
tumbuhan dan barang galian, dan harta batin yang tidak berkembang dengan
sendirinya, seperti emas, perak, barang-barang perniagaan dan rikaz. Mereka
mengatakan bahawa hutang mencegah wajibnya zakat pada harta batin, dan tidak
mencegah wajibnya zakat pada harta zahir9.
Zakat Barang Perniagaan
Apa yang dimaksud dengan barang perniagaan ialah barang-barang yang
diperoleh dengan akad pertukaran dan dimaksudkan untuk diperniagakan pada
waktu diperolehinya tersebut. Jelasnya, sesuatu barang tidak akan menjadi barang
perniagaan melainkan dengan terpenuhinya dua syarat, iaitu:
Pertama: Memilikinya dengan pertukaran atau pembelian. Barang-barang
yang diperoleh bukan dengan pertukaran, seperti yang diperoleh dengan jalan
pusaka, wasiat, pemberian dan seumpamanya, maka tidak menjadi barang
perniagaan dengan diniatkan untuk diperniagakan, kecuali bila barang-barang
tersebut ditukarkan dengan barang-barang lain, atau hasil penjualan barang-barang
tersebut dibelikan barang-barang lain dengan niat untuk diperniagakan, maka
barang-barang yang diperoleh dengan jalan pertukaran atau pembelian itu menjadi
barang-barang perniagaan.
Kedua: Niat untuk memperniagakannya pada waktu akad untuk memilikinya.
Bila seseorang membeli barang-barang untuk dipakai sendiri, maka barang-barang
tersebut tidak akan menjadi barang perniagaan dengan diniatkan untuk
diperniagakan kemudiannya. Tetapi sebaliknya, bila seseorang membeli barang-
barang dengan niat untuk diperniagakan, kemudian setelah memilikinya ia berniat
untuk memakainya sendiri, maka barang-barang tersebut menjadi barang pakaian
sendiri dan tidak lagi sebagai barang perniagaan.
359 Al-Majmu’ Syarh al-Muhazdzdab 5/344-350, Rawdhat al-Taalibiin 2/197-198
1. Bila barang-barang itu berupa barang-barang yang diwajibkan zakat
pada bendanya dan mencapai nisab, seperti emas, 30 ekor lembu atau benda-
benda lainnya yang dikenakan zakat, maka yang wajib hanya satu zakat saja, iaitu,
yang paling sahih, zakat benda, kerana dalil wajibnya lebih kuat, iaitu nas-nas Al-
Quran dan hadith-hadith, seperti telah dihuraikan di atas, sedang dalil wajibnya
zakat barang perniagaan adalah zanni, iaitu hadith-hadith ahad berikut:
a. Abu Daud meriwayatkan dari Samurah Bin Jundub r.a. bahawa beliau
berkata:
فإن رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم كان يأمرنا أن نخرج الص دقة من ال ذى نعد للب يع .
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan kami untuk mengeluarkan
zakat dari barang-barang yang kami sediakan untuk diperniagakan”10
b. Imam Syafi’ie meriwayatkan di dalam kitab Al-Umm, bab Zakat al-Tijarah
(2/46) dari Abu ‘Amr Bin Himas bahawa ayahnya Himas berkata:
رضي اهلل عنو وعلى عنفى أدمة أحملها، ف قال: أال ت ؤدى مررت على عمر بن الخط اب
ر ىذه وأىب فى القرظ. ف قال: ذاك مال ، زكاتك، يا حماس؟ ف قلت: يا أمير المؤمنين ما لى غي
ها الز كاة.فضع. ف وضعت ها ب ين يديو، فحسب ه ا، ف وجدىا قد وجبت فيعا الز كاة، فأخذ من
“Aku terserempak Umar Bin Khattab r.a. dan aku membawa kulit yang sudah
disamak di atas tengkukku. Umar berkata: Apakah anda tidak mengeluarkan zakat anda
wahai Himas? Maka akupun menjawab: Wahai Amir al-Mukminin, aku tidak mempunyai
selain ini dan kulit-kulit yang belum disamak dalam timbunan daun qarz (daun pohon yang
boleh digunakan untuk menyamak kulit). Maka beliau berkata: Itu adalah harta, maka
letakkanlah! Maka aku meletakkannya di hadapan beliau. Maka beliau mengiranya, dan
mendapati bahawa ia telah wajib dikenakan zakat, maka beliau pun mengambil zakat
daripadanya”.11
10
‘Aun al-Ma’bud 4/424, hadith no.1547. 11
Sila rujuk kitab Al-Hawi al-Kabiir 4/290 dan footnote no.1.
Pandangan lain menyatakan bahawa yang wajib dikeluarkan adalah zakat
yang lebih menguntungkan bagi fakir miskin. Berdasarkan kedua pandangan ini, jika
seandainya sebelum genap setahun barang-barang tersebut ditukarkan dengan
barang-barang lain, maka mengikut pandangan pertama, yang mewajibkan zakat
benda, hawlnya terputus dan bermula dari awal hawl zakat barang perniagaan
apabila barang tukarannya itu juga diniatkan untuk diperniagakan dan bukan berupa
barang yang dikenakan zakat pada bendanya. Apabila tukarannya juga berupa
barang yang dikenakan zakat pada bendanya, maka bermula dari awal hawl zakat
benda itu. Mengikut pandangan kedua, yang mewajibkan zakat yang lebih
menguntungkan bagi fakir miskin, hawlnya tidak terputus dan wajib dikeluarkan zakat
barang perniagaan.
Dalam zakat barang perniagaan ini disyaratkan hawl dan nisab. Mengenai
bilakah dianggap atau diambil kira nisab barang perniagaan ini, terdapat 3
pandangan. Pandangan pertama, iaitu yang dianggap paling sahih mengikut Imam
Syafiie dan kebanyakan ulama Syafiie, nisab dikira atau dilihat pada akhir hawl saja,
kerana zakat barang perniagaan bersangkutan dengan nilai atau harga, dan
menilainya setiap masa adalah menyukarkan, maka yang dianggap adalah masa
wajibnya, iaitu akhir hawl. Atas dasar pandangan ini, bila seseorang membeli
barang-barang untuk diperniagakan dengan harga kurang dari nisab, maka hawlnya
sudah bermula dari saat dibelinya barang-barang tersebut, dan apabila pada akhir
hawl mencapai nisab, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya.
Pandangan kedua, antara lain dikemukakan oleh Abul Abbas Bin Suraij,
nisab dikira atau dilihat pada seluruh hawl, dari awal hingga akhir. Apabila pada
pertengahan hawl nilainya kurang dari nisab, maka terputuslah hawl tersebut, dan
akan bermula dari awal dari saat ia mencapai nisab kembali. Dasar pandangan ini
adalah dengan mengqiyas kepada zakat binatang ternak dan zakat emas dan perak.
Pandangan ketiga, nisab dikira atau dilihat pada awal dan akhir hawl saja,
dan bukan pada seluruh hawl. Apabila pada pertengahan hawl nilainya kurang dari
nisab, hawl tersebut tidak terputus dan wajib dikeluarkan zakatnya pada akhir hawl
bila ia mencapai nisab kembali.
Nisab zakat barang perniagaan sama dengan nisab emas dan perak, begitu
juga kadar wajibnya, iaitu 2 ½ % (dua setengah persen). Nisab barang perniagaan
ini mengikut modalnya, bila modalnya emas, maka nisabnya pun nisab emas, dan
bila modalnya perak, maka nisabnya pun nisab perak. Dan kerana pada masa kini
sandaran mata wang adalah emas, maka nisab barang perniagaan tentunya juga
nisab emas pula, iaitu 20 dinar atau 20 mithqal12.
Zakat Al-Khalitain
Apa yang dimaksud dengan zakat al-khalitain ialah zakat harta yang dimiliki
oleh dua orang atau lebih yang dicampur dengan niat perkongsian atau
seumpamanya, baik harta tersebut berupa ternak atau lain-lain. Percampuran
tersebut ada dua macam, iaitu:
Pertama: khaltah ‘iyaan atau khaltah syuyu’, iaitu percampuran harta yang
dimiliki oleh dua orang atau lebih secara berterusan dan tidak boleh dipisahkan,
yakni masing-masing pemilik tidak dapat membedakan di antara hartanya dengan
harta rakannya. Yang mereka tahu hanyalah bahawa mereka memiliki sebagian
tertentu dari harta yang bercampur tersebut.
Harta yang bercampur seperti itu, dalam mengeluarkan zakatnya, seolah-olah
dimiliki oleh satu orang apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Jika harta yang bercampur itu dari jenis yang sama. Jika salah satunya
kambing dan yang lainnya lembu, maka percampuran tersebut tidak memberi kesan,
yakni keduanya tetap terpisah.
2. Jumlah keseluruhan harta yang bercampur itu mencapai nisab atau
lebih. Jika tidak mencapai nisab maka tidak wajib dikeluarkan zakatnya, meskipun
maing-masing pemilik atau salah satunya memiliki harta lain yang kalau dicampur
akan mencapai nisab.
12
Mughni al-Muhtaaj: 1/397-401, Rawdhat al-Taalibiin: 2/266-280. Al-Hawi al-Kabiir: 4/290-319, Fath
al-Mu’iin: 2/153-155, Al-Majmu’ Syarh al-Muhazdzdab 6/47-75. Al-Dirasaat al-Fiqhiyah ‘Ala Madzhab al-
Imam al-Syafi’I :4421-422.
3. Percampuran tersebut berterusan selama satu tahun, sekiranya ia
merupakan harta yang disyaratkan haul. Jika setiap pemilik telah memiliki nisab
sebelum dicampur, maka percampuran tersebut tidak memberi kesan, dan masing-
masing mengeluarkan zakatnya sendiri-sendiri. Sekiranya bukan merupakan harta
yang disyaratkan haul, seperti tanaman dan buah-buahan, maka yang disyaratkan
hanyalah berterusannya percampuran tersebut sehingga masaknya buah-buahan
dan keras atau berisinya biji-bijian.
Kedua: khaltah mujawarah, iaitu percampuran yang tidak sebati, kerana
masing-masing pemilik masih membedakan hartanya dan menentukan bagiannya.
Harta yang bercampur seperti ini, dalam mengeluarkan zakatnya, hanya dianggap
sebagai dimiliki oleh satu orang apabila memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Jika harta tersebut berupa binatang ternak, tidak dibezakan
kandangnya, tempat pengumpulannya, makan, minum dan tempat memeras
susunya. Kemudian, ternakan tersebut berada dibawah pengawasan pengembala
yang sama dan mempunyai baka jantan yang sama.
2. Sekiranya harta zakat itu berupa tanaman, disyaratkan tidak dibedakan
penjaganya dan tempat pengeringan buah-buahannya.
3. Sekiranya ia berupa barang perniagaan, disyaratkan tidak dibezakan
kedai dan tempat simpanan atau gudangnya, begitu juga alat jualan, seperti
timbangan dan seumpamanya.
Jika syarat-syarat tersebut terpenuhi, maka harta campuran tersebut
dianggap sebagai harta yang dimiliki oleh seorang dalam mengeluarkan zakatnya.
Tetapi jika tidak demikian, seperti kandangnya berbeda, tempat pengumpulan
sebelum membawanya ke padang rumput berbeda bagi ternakan, tempat
pengeringan buah-buahnya berbeza atau penjaganya berbeza bagi tanaman, atau
gudangnya berbeza bagi barang perniagaan, maka percampuran tersebut tidak
memberi kesan.
Zakat al-khalitain ini kadang-kadang meringankan, seperti jika dua orang
memiliki 80 ekor kambing, masing-masing 40 ekor. Setelah berlalunya haul, wajib
dikeluarkan zakatnya seekor kambing. Sedangkan jika tidak dicampur, maka
zakatnya dua ekor, kerana masing-masing wajib mengeluarkan seekor.
Tetapi, ia juga kadang-kadang memberatkan, seperti jika dua orang tersebut
memiliki 40 ekor kambing yang cukup haulnya, maka wajib dikeluarkan zakatnya,
iaitu seekor kambing. Sedangkan seandainya tidak dicampur, maka masing-masing
tidak wajib mengeluarkan zakatnya.
Zakat Fitrah
Zakat ini disebut zakat fitrah kerana ia diwajibkan atas manusia dengan
sebab fitrahnya (kejadiannya) atau ia disebut zakat fitrah dengan sebab al-fitru min
al showm (berbuka daripada puasa) dengan berakhirnya bulan Ramadan dan
masuknya malam ‘Idul Fitri. Zakat ini juga disebut zakat badan (zakat al-abdan).
Mengenai siapakah dari kaum muslimin yang mesti dikeluarkan zakatnya, terdapat 3
pandangan:
Pandangan pertama: zakat ini wajib atas setiap muslim dengan masuknya
awal malam ‘Idul Fitri. Ertinya: kalau ada seorang muslim yang meninggal dunia
setelah terbenamnya matahari akhir Ramadan atau dilahirkan sebelum terbenamnya
matahari hari tersebut, maka wajib dikeluarkan zakat fitrahnya.
Pandangan ini merupakan pandangan Imam Syafiie setelah berhijrah ke
Mesir (qowl jadid). Asas pandangan tersebut ialah apa yang diriwayatkan dari Ibnu
Umar r.a bahawa Nabi SAW mewajibkan sedekah berbuka dari Ramadan; dan
berbuka dari Ramadan ini hanyalah dengan terbenamnya matahari akhir bulan
Ramadan atau awal malam ‘Idil Fitri. Dan juga kerana zakat fitrah ini dijadikan
sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa; dan berakhirnya puasa dengan
terbenamnya matahari akhir Ramadan.
Pandangan kedua: zakat fitrah wajib dengan terbitnya fajar ‘Idul Fitri, kerana
ia merupakan ibadat yang berkaitan dengan ‘Id. Ertinya: orang yang meninggal
dunia pada malam ‘Idul Fitri sebelum fajar, tidak wajib dikeluarkan zakat fitrahnya.
Sebaliknya, anak yang dilahirkan pada malam tersebut, sebelum fajar, wajib
dikeluarkan zakat fitrahnya. Pandangan Imam Syafiie sebelum berhijrah ke Mesir
(qowl qodim) adalah demikian.
Pandangan ketiga: zakat fitrah wajib dengan kedua-duanya sekali. Ertinya:
orang yang meninggal dunia sebelum fajar atau pun anak yang dilahirkan sesudah
terbenam matahari akhir Ramadan, tidak wajib dikeluarkan zakat fitrahnya.
Orang yang tidak mempunyai kelebihan makanan dari yang diperlukan
olehnya dan oleh orang-orang yang berada di bawah tanggungannya pada malam
hari raya dan siangnya, tidak diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah.
Apabila seseorang tidak mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan zakat
fitrah untuk semua orang yang berada di bawah tanggungannya, maka hendaklah ia
mendahulukan zakat fitrahnya sendiri, kemudian bapa, kemudian ibu, kemudian
anak yang besar.
Kadar yang mesti dikeluarkan sebagai zakat fitrah untuk setiap orang satu sa’
(satu gantang) dari makanan yang dimakannya setiap hari, apakah ia berupa beras,
gandum atau pun lain-lainnya, sebagaimana dijelaskan di dalam hadith yang
diriwayatkan daripada Ibnu umar r.a. bahawa beliau berkata:
ف رض رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم صدقة الفطر من رمضان على الن اس صاعا من تمر
او صاعا من شعير على كل حر او عبد ذكر او ان ثى من المسلمين.
“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah (berbuka) dari bulan Ramadan
satu sa‟ (satu gantang) dari tamar (kurma yang sudah dikeringkan) atau satu sa‟ syair
sejenis gandum) atas setiap muslim yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau
perempuan”.
Hadith tersebut diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, hanya dalam riwayat Bukhari
ada tambahannya, iaitu:
كان ي عطون ق بل الفطر بي وم او ي ومين .و
“Mereka mengeluarkannya sebelum hari raya „Idul Fitri satu hari atau dua hari”.
Begitu juga Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa’id r.a. bahawa beliau
berkata:
كن ا نخرج زكاة الفطر صاعا من طعام او صاعا من شعير او صاعا من تمر او صاعا من
اقط او صاعا من زبيب.
“Kami mengeluarkan zakat fitrah satu sha‟ dari makanan atau satu sa‟ dari sya‟ir
atau satu sa‟ dari tamar atau satu sa‟ dari susu kering atau satu sa‟ dari kismis (zabib)”.
Dari penjelasan di atas, meskipun zakat fitrah tidak wajib melainkan dengan
terbenamnya matahari akhir bulan Ramadan, namun demikian bila ia dikeluarkan sebelum
waktu tersebut, dalam erti sebelum diwajibkan, hukumnya adalah jaiz (boleh atau sah),
seperti dinyatakan oleh Ibnu Umar r.a. riwayat Bukhari. Hanya waktu yang terbaik untuk
mengeluarkan zakat fitrah ialah daripada terbitnya fajar hari ‘Id (raya) sampai sebelum
dimulainya solat ‘Id, seperti yang dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan agar zakat
fitrah dikeluarkan sebelum keluarnya manusia untuk solat ‘Id.
Begitu juga Abu Dawud meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau berkata:
ىرة للص ائم وطعمة للمساكين فمن ف رض رسول اهلل صلى اهلل عليو وسلم زكاة الفطر ط
.ل الص الة فهي زكاة مقبولة، ومن اد اىا ب عد الص الة فهي صدقة من الص دقات اد اىا ق ب
“Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang
yang berpuasa dan sebagai pemberian makan bagi orang miskin. Barangsiapa yang
menunaikannya sebelum solat, maka ia merupakan zakat yang diterima; dan barangsiapa
yang menunaikannya sesudah solat, maka ia merupakan sedekah biasa”.
Maksudnya: bila dibayar sesudah solat hukumnya boleh, tetapi makruh. Dan
haram mentakhirkan zakat fitrah sampai masa terbenamnya matahari.
Bagaimana Kalau Tidak Bayar Pada Waktunya?
Orang yang tidak mengeluarkan zakat fitrah pada hari raya, diwajibkan
mengqadanya pada hari lain.13
Hikmat Pensyariatan Kewajiban Zakat
1. Zakat memelihara dan menjaga fungsi sosial daripada harta yang
diperoleh oleh seseorang dalam menegakkan keadilan mayarakat, menolong
memenuhi hajat orang-orang yang kurang bernasib baik dan juga untuk
kepentingan-kepentingan umum yang bergantung kepadanya kehidupan ummat dan
kesejahteraannya.
2. Zakat merupakan sumber kewangan yang penting untuk
menyelesaikan berbagai masalah ekonomi dan kemasyarakatan.
3. Zakat membersihkan jiwa orang-orang yang berharta dari berbagai
sifat yang hina, seperti: kikir (bakhil), tamak, zalim dan mementingkan diri sendiri;
dan juga membersihkan jiwa orang-orang yang kurang bernasib baik daripada
penyakit iri hati, dengki, dendam, benci dan sebagainya.
Dengan demikian, zakat telah mendekatkan hubungan antara kedua
golongan tersebut dan mempertemukan hati mereka serta menjalin rasa saling
hormat-menghormati, bantu-membantu, tolong menolong dan kasih-mengasihi.
4. Zakat membersihkan harta itu sendiri dari kotoran syubhat yang
mungkin ada dalam usaha memperolehnya. Dan kerananya, ia memberikan
keberkatan kepada harta dan juga kepada yang mengeluarkannya.
5. Dengan kewajiban zakat, Islam telah menggalakkan orang-orang yang
berharta untuk mengembangkan atau memutar hartanya, kerana harta yang beku
atau tersimpan akan susut dimakan zakat.
6. Zakat adalah sebagai tanda kesyukuran orang yang mengeluarkannya
ke atas ni’mat Allah dan juga sebagai tanda kesedaran atau keinsafan bahawa
segala harta kekayaan yang dimilikinya adalah pemberian, anugerah dan rahmat
dari Allah SWT.
13
Al-Majmu’ Syarh al-Muhazdzdab 6/103-140, Al-Dirasaat al-Fiqhiyah ‘Ala Madzhab al-Imam al-Syafi’I
:432-436, Rawdhat al-Taalibiin 2/291-307, Al-Hawi al-Kabiir 4/376-433, Fath al-Mu’iin 2/171-175, Mughni al-
Muhtaaj 1/401-408.
7. Kewajiban zakat juga berfungsi mengawasi agar perkembangan
pendapatan setiap individu tidak melebihi pertimbangan keadilan dan agar
perkembangannya tunduk dibawah asas kecukupan bagi semua manusia.
8. Kewajiban zakat juga membantu menghapuskan faktor pengangguran
yang timbul akibat ketiadaan modal untuk memulakan kerja atau usaha.
Hikmat Zakat Fitrah
1. Sebagai pembersih atau pensuci jiwa orang yang berpuasa.
2. Mencukupkan keperluan makanan orang-orang fakir dan miskin,
sekurang-kurangnya, pada hari raya, agar pada hari tersebut mereka tidak meminta-
minta, sebagai disabdakan oleh Rasulullah SAW:
اغنوىم عن السؤال فى ىذا اليوم
“Cukupkan mereka daripada meminta-minta pada hari ini”).
Zakat juga menampal kekurangan dalam ibadat puasa, seperti halnya sujud sahwi
menampal kekurangan dalam solat.14
Wallahu ‘Alam Bissowab
-Disediakan oleh: syafiie@kkr.gov.my
UNIT INTEGRITI, KKR
14
Al-Ibadat Fi al-Islaam 258-268,