Resusitasi kardio pulmonari (cpr)

Post on 05-Dec-2014

3.291 views 6 download

description

CPR

Transcript of Resusitasi kardio pulmonari (cpr)

RESUSITASI KARDIO PULMONARI

(CPR)

Prinsip Pemulihan Pernafasan

• Pengaliran darah beroksigen ke otak dipuluhkan dengan segera menerusi pernafasan bantuan dan mampatan dada (pemulihan pernafasan jantung-paparu atau CPR).

• Defibrisi hendaklah dilaksanakan serta-merta.

• Mangsa hendaklah dibawa ke hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan pakar.

A

BC

Menilai Mangsa Kecederaan

• Suatu peilaian yang pantas ke atas mangsa kecederaan yang rebah dapat membantu anda melaksanakan tindakan yang paling penting mengikut keutamaan.

• Cara berikutnya akan menunjukkan bagaimana anda harus menggunakan penilaian untuk melaksanakan tindakan serta-merta, dan mungkin menyelamatkan nyawa serta membuat keputusan bagi melaksanakan tindakan yang harus diambil.

Memastikan Mangsa Sedar

• Seseorang mangsa kecederaan yang berada dalam keadaan “kesedaran berubah” yang teruk akan meracau, mengerang atau bergerak sedikit.

• Seseorang mangsa kecederaan yang langsung tidak sedarkan diri tidak akan menunjukkan gerakbalas.

Membuka Saluran Udara• Buang sebarang halangan

daripada mulut mangsa.• Letakkan dua jari di bawah dagu

mangsa, angkat rahangnya.• Letakkan sebelah lagi tangan

anda pada dahi mangsa dan condongkan kepalanya ke belakang.

• Jika anda mengesyaki kecederaan pada leher atau kepala si mangsa, berhati-hatilah mengendalikan kepalanya.

Memastikan Pernafasan

• Letakkan muka hampir dengan mulut mangsa.

• Lihat dan rasa pernafasannya.

• Lihat pergerakkan dadanya.• Dengar bunyi pernafasannya.• Rasa pernafasannya ke atas

pipi anda.• Lihat, dengar dan rasa

selama 5 minit sebelum membuat keputusan.

Memastikan Nadi Karotid

• Dengan kepala tercondong ke belakang, rasa halkum mangsa dengan dua jari anda.

• Rasa selama 5 saat sebelum membuat keputusan bahawa pergerakan nadi atau denyutan nadi telah terhenti.

Kedudukan Pemulihan

• Seseorang mangsa kecederaan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan.

• Kedudukan ini menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak.

• Kepala, leher dan bahagian belakang hendaklah diletakkan dalam keadaan lurus, manakala anggota badan yang terbongkok akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

• Jika anda terpaksa meninggalkan mangsa keseorangan untuk meminta bantuan, maka selamat jika ditinggalkan dalam kedudukan pemulihan.

Langkah (1)

• Membongkok disisi mangsa. Buka salur udara dengan mencongdongkan kepala dan mengangkat dagunya.

• Luruskan kaki mangsa.• Letakkan lengan mangsa

yang paling hampir dengan anda dalam sudut tepat terhadap badannya.

• Bengkokkan siku dan tapak tangan ke atas.

Langkah (2)

• Angkat lengannya yang satu lagi ke atas dada.• Pegang tangan mangsa, dengan

keadaan tapak tangan ke atas dan letakkannya yang hampir dengan anda.

Langkah (3)

• Dengan menggunakan tangan yang anda yang satu lagi, pegang paha mangsa yang jauh dari anda.

• Angkat lutut magsa ke atas, dan pastikan tapak kakinya terletak mendatar di atas tanah.

Langkah (4)• Dengan keadaan tangan tertekan

ke atas pipinya, tarik paha mangsa ke arah anda, dan dalam keadaan mengiring.

• Condongkan kepala ke belakang untuk memastikan salur udara sentiasa terbuka.

• Betulkan bahagian atas kaki, supaya kedua-dua paha dan lutut terbengkok pada sudut tepat.

• Dail 994 untuk mendapatkan bantuan

• Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin semasa menunggu

Langkah (5) Tekanan Dada• Dengan keadaan mangsa

terbaring, terlentang di atas permukaan yang datar, berlutut disisinya dan cari tulang selangka terakhir dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah anda.

• Sorotkan jari anda ke atas sehingga kepada titik tengah pertemuan sempadan tulang selangka dengan tulang dada.

Langkah (1)

• Letakkan bahagian belakang tapak tangan anda yang sebelah lagi ke atas tulang dada, sorot ke bawah sehingga ia sampai kepada jari telunjuk anda.• Lakukan tekanan pada titik ini.

Langkah (2)

• Tindihkan tangan anda dan selang-selikan jari-jari anda.

Langkah (3)

• Dengan membengkokkan disisi mangsa dan keadaan lurus tekanlah secara tegak ke atas dadanya.

• Tekanlah lebih kurang 4 – 4 cm, kemudian lepaskan tanpa mengangkat tangan anda.

• Ulangi tekanan sehingga kadar kira-kira 80 tekanan seminit.

Memastikan Pernafasan Bayi

• Buka salur udara bayi dengan mengangkat dagu dan mencondongkan kepalanya dengan perlahan-lahan

• Lihat dan dengar pernafasan bayi.

Memastikan Peredaran Darah Bayi

• Adalah sukar untuk merasa denyutan nadi karotid pada bayi. Oleh itu, gunakan denyutan nadi brachial

• rasa selama 5 saat sebelum membuat keputusan bahawa tidak terdapat denyutan nadi.

Pernafasan Bantuan Bagi Bayi• Pernafasan bantuan hendaklah

dilakukan ke atas bayi pada kadar dua kali ganda yang dilakukan ke atas orang dewasa dan kanak-kanak.

• Kaedah yang digunakan ialah teknik mulut ke mulut ke hidung.

• Lekatkan mulut anda dengan rapat di sekeliling mulut bayi dan tutup hidungnya.

• Hembus dalam peparunya sehingga dada bayi bergerak naik.

Tekanan Dada Bagi Bayi

• Baringkan bayi di atas permukaan yang teguh.

• Pastikan kedudukan yang betul, andaikan satu garisan antara dada bayi.

• Letakkan hujung jari anda di bawah titik garisan tengah, tekan pada kadar 100 tekanan seminit, sedalam 1.5 – 2.5 cm.

• Gabungkan dengan teknik pernafasan bantuan.

Tekanan Dada kanak-kanak Yang Belum Bersekolah

• Cari kedudukan yang sesuai pada bahagian dada seperti yang anda lakukan pada orang dewasa.

• Dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, tekan pada kadar 100 tekanan seminit dan sedalam 2.5 – 3.5 cm.

• Gabungkan dengan pernafasan bantuan, dan beri 5 tekanan bagi satu hembusan pernafasan.

Urutan CPR

• Apabila seseorang mangsa kecederaan tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas, anda mesti melakukan kombinasi teknik pernafasan bantuan dan tekanan dada.

• Urutan teknik ini dinamakan “pemulihan pernafasan peparu-jantung” atau CPR.

• Jika anda keseorangan, anda mesti mendapatkan bantuan sebelum melakukan CPR.

• Dalam setiap kes, anda haruslah melakukan teknik pemulihan dengan bersungguh-sungguh samada sehingga denyutan nadi kembali pulih atau bantuan profesional tiba untuk mengambil alih tugas.

TAMAT