Post on 06-Oct-2015
Gotong-royong RIMUP 2009Mereka bertungkus-lumus berganding tenaga untuk menyiapkan taman RIMUP...WEDNESDAY, JULY 1, 2009KONSEP, MATLAMAT & OBJEKTIFRANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP)KONSEP RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.MATLAMAT Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu: Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/konsep-matlamat-objektif.html
ARKIB : 17/09/2012Program RIMUP pupuk sahsiah, perpaduan murid pelbagai kaum
Murid program RIMUP yang membuat persembahan pada acara Gala Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya di pekarangan PPD Johor Bahru, Johor baru-baru ini.SERAMAI 210 orang murid dari daerah Johor Bahru berjaya melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang menggalakkan penyertaan para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru, Ahmad Taufik Hamzah berkata, program berbentuk sambutan kemerdekaan dan jamuan Aidilfitri yang melibatkan 12 sekolah serta 20 guru itu turut menggalakkan penglibatan masyarakat setempat."Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, bersemangat muhibah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu," katanya kepadaUtusan Malaysiapada majlis itu di perkarangan Pejabat PPD Johor Bahru, Johor baru-baru ini.Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor Abd. Ghani selaku tetamu kehormat dan program itu dirasmikan oleh PPD Johor Bahru, Bahrom Ali.Pelbagai aktiviti diadakan pada program itu seperti senam robik, larian kemerdekaan, permainan sukan tradisional, tayangan video dan ceramah kemerdekaan.Turut diadakan adalah pertunjukan tarian Akustika Raya, persembahan pertuturan berirama, koir-koir patriotik dan percikan bunga api.Secara keseluruhannya, kata Ahmad Taufik, program tersebut dapat merealisasikan objektifnya dalam memupuk sahsiah dan perpaduan di kalangan murid daripada pelbagai kaum.Menurutnya, ini kerana RIMUP turut menanamkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang serta melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120917/pe_02/Program-RIMUP-pupuk-sahsiah-perpaduan-murid-pelbagai-kaum#ixzz3RO0P9SVp Utusan Melayu (M) Bhd
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120917/pe_02/Program-RIMUP-pupuk-sahsiah-perpaduan-murid-pelbagai-kaum
DALAM KENANGAN1990 - 2011 (KHAIRIAH BINTI ABDUL KADIR) HOME VISI MISI DASAR KANTIN TRANSISI BOSS UBK DISIPLIN RIMUP PIBGRIMUP
KONSEP: RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran.
MATLAMAT:Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasiMalaysiayang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
OBJEKTIFRIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:RANCANGAN:1.Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat rendah dan menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.2.Mewujudkan saling kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.3.Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.4.Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.AKTIVITI RIMUP
PENGANJURUnit Hal Ehwal Murid (HEM)
TAJUKJemputan Sukan Mahkota Sari (SUKMAS)-Lari berganti-ganti
TARIKH/HARI30 Jun 2011
MASA8.00 hingga 12.30 tengahari
TEMPATPadang SK Mahkota Sari, Gerik Perak
PENDAHULUAN
Program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan semua kaum di daerah ini melalui riadah dan semangat kesukanan kaum iaitu Melayu, Cina dan India bagi mengukuhkan lagi persaingan yang sihat dan perpaduan di kalangan semua murid yang terlibat. Di samping itu juga, program diharapkan dapat mencungkil bakat dalam bidang sukan terutamanya sukan olahraga. Diharapkan dengan pendedahan sebegini akan dapat membajakan semangat perpaduan di kalangan murid yang berbilang kaum demi untuk keamanan Negara.
MATLAMAT
1. Memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar yang terlibat dalam program ini dan seterusnya dapat membina semangat kerjasama yang tinggi sesama mereka.2. Mencungkil bakat dalam bidang sukan olahraga agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.3. Menyemai sikap hormat menghormati terhadap kebudayaan yang diamalkan oleh kaum lain.4. Menimbulkan kebanggaan di dalam diri pelajar yang mewakili sekolah dan kaum masing-masing di Negara Malaysia.5. Menjalin sikap kesamaan sebagai warganegara Malaysia dan dapat mengeratkan silaturrahim.
OBJEKTIF
Adalah diharapkan agar semua pelajar yang mengikuti program akan dapat manfaat dan menjalinkan semangat muhibbah di kalangan mereka. Di samping memupuk semangat hormat menghormati serta saling faham memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum.
RASIONAL
Program ini adalah penting untuk mendedahkan semua pelajar mengenai sukan olahraga dan nilai-nilai integrasi yang positif di kalangan pelbagai kaum di Negara Malaysia agar kesinambungan perpaduan antara kaum dapat dipupuk setiap masa agar tidak timbul perselisihan faham serta menimbulkan semangat toleransi yang jitu demi memelihara perpaduan yang menjadi teras kekuatan Negara.
JAWATANKUASA
1. Jawatankuasa Program RIMUP SJK (C) Chung Wa Gerik2. Jawatankuasa Program RIMUP Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari Gerik3. Jawatankuasa Program RIMUP SJK (T) Gerik
KUMPULAN SASARAN
1. 10 Orang pelajar dari SJK (C) Chung Wa Gerik2. 10 orang pelajar dari SJK (T) Gerik3. 10 orang pelajar dari SK Mahkota Sari Gerik
JUMLAH PELAJAR = 30 ORANG
ATURCARA PROGRAM
MASAAKTIVITITINDAKAN
8.00 PagiBerkumpul di padang sekolah SK Mahkota Sari, GerikAJK Program-Pengurus Peserta
8.15 PagiTaklimatProgram SuaikenalAJK Program
8.40 PagiAktiviti Sukan Bermula:Lari Berganti-ganti 4 x 100 meter - LelakiLari Berganti-ganti 4 x 100 meter - PerempuanAJK SUKMAS- Olahraga
10.30 PagiAcara Penyampaian Hadiah & CenderahatiAJK Khas- Hadiah & Cenderahati
11.00 PagiJamuan RinganAJK Khas- Makanan
12.00 TengahariMajlis Bersurai
Penutup :
Acara jemputan sukan olahraga ini telah berjaya mempamerkan dan mewujudkan semangat kerjasama di kalangan murid yang berbilang kaum dari kesungguhan dan kerja berpasukan yang telah ditunjukkan. Objektif program ini telah berjaya direalisasikan dari aktiviti yang disediakan dan telah mencapai matlamatnya.Hubungan mesra yang ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibat mencerminkan bahawa perpaduan dapat diwujudkan melalui aktiviti yang mencabar seperti sukan olahraga ini. Tiada halangan dan sekatan untuk membentuk kerjasama di kalangan murid yang berbilang kaum dan seterusnya diharapkan akan menjamin kekukuhan semangat perpaduan di kalangan mereka pada masa hadapan.
RIMUP : LARI BERGANTI-GANTI SERTA LARIAN 1MURID 1SUKAN1MALAYSIATEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARITARIKH : 30 JUN DAN 2 JULAI 2011PESERTA : 1. MURID SKMS 2. MURID SJK(TAMIL) GERIK 3. MURID SJK CHUNG WA GERIK 4. MURID SK SRI ADIKA RAJA
Sebagaimana biasa Program RIMUP akan memilih hari sukan di SKMS sebagai budaya beramah mesra melalui larian (lumba lari berganti-ganti). Ianya telah dijadikan sebagai satu acara wajib.Setiap sekolah akan menghantar dua pasukan, iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan untuk berlumba.
Larian akan dikendalikan oleh pegawai yang terlibat.Sebelum berlumba mereka digalakkan beramah mesra.diantara satu sama lain.
Sebahagian daripada ibu bapa yang turut hadir memeriahkan hari SUKMAS 2011
Peserta dari SJK (Tamil) Gerik
Peserta dari SJK Chong Wa Gerik
Bersama guru pengiring
2011 RIMUP di adakan bersama rakan satu daerah.Tarikh : 26.3.2011Hari : Sabtu
Ia di laksanakan di Padang Sekolah SKSAR dalam keadaan berselut tetapi membawa pengalaman indah kepada setiap pelajar dan guru-guru.
Persiapan awal sebelum pelajar-pelajar bertolak ke sekolah SKSAR
Mengumpulkan surat kebenaran dari ibubapa, untuk keselamatan pelajar.
Wakil pelajar lelaki
Sebahagian dari pelajar lelaki yang mewakili sekolah dalam program RIMUP
Pelajar perempuan yang turut serta didalam program RIMUP
Add caption
Taklimat ringkas sebelum bertolak. Semoga semua pelajar dalam keadaan baik-baik sahaja.Selain disediakan hadiah setiap pelajar diberi Tshirt setiap orang.
SKMS sebagai pengerusi Permainan Bola Baling. Pertandingan diketuai oleh Cikgu Nizam da dibantu oleh cikgu Sahar. Pertandingan berjalan lancar walaupun di [padang yang sangat becak....
Pelajar disajikan dengan makan yang sedap . Juadah minum pagi berupa bihun goreng, kuih badak, dougnat dan air raibina, manakala makan tengahari menunya ialah nasi putih,kari daging, sayur campur, ayam masak merah,sambal dan ulam,buah tembikai dan air raibina juga,
Bergambar bersama rakan rimup dari SJKT dan SK Tasek.
Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa hadiah dan pengacaraan.....diacarakan secara rimup juga......dalam 3 bahasa. Penyampaian hadiah dan sijil juga berjalan lancar...
Terima kasih kepada PPD, Perpaduan, dan Rukun Tetangga yang bersama-sama menjayakan program ini.