Kertas Kerja RIMUP Terentang
-
Upload
juragan-takumi -
Category
Documents
-
view
2.066 -
download
12
Transcript of Kertas Kerja RIMUP Terentang
KERTAS KERJA
AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP)
2008
1. Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ialah hasil ilham Perdana Menteri, Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah.
KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain. Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dalam kegiatan khas secara bersama. Program RIMUP mempunyai tiga komponen utama iaitu akademik, kokurikulum dan sukan, serta e-integrasi dan akan dilaksanakan melalui kegiatan dalam enam bidang berikut:
– Aktiviti kecemerlangan akademik– Aktiviti kesukanan dan permainan– Aktiviti kokurikulum– Aktiviti khidmat masyarakat– Aktiviti meningkatkan patriotisme – Aktiviti virtual melalui e-integrasi
KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.
KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kearah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.
2. Konsep
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
3. Matlamat
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.
4. Objektif Rancangan
Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.
Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.
5. Sekolah Terlibat.
5.1 SK Terentang, KM 34 Jln ChinChin, 77000 Jasin, Melaka.
6. Program Yang Akan Dijalankan
6.1 Program Padu Anak Malaysia - Pertandingan Sukan Untuk Perpaduan.
6.1 Program Padu Anak Malaysia
6.1.1 Pengenalan
Program Padu Anak Malaysia Adalah satu program yang dapat membentuk generasi muda berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
6.1.2 Jenis Aktiviti
Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan dan Aktiviti Sukan Rakyat. ( Sila Rujuk Lampiran 1 )
6.1.3 Matlamat
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
6.1.4 Objektif
Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki dan tangan dengan betul serta dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan kaum serta kerjasama antara satu sama lain.
6.1.5 Sasaran
Seramai 157 orang pelajar iaitu semua pelajar Sekolah Kebangsaan Terentang.
6.1.6 Tarikh dan Masa
(Isnin) bermula jam 9.00 pagi.
6.1.7 Jawatankuasa
7. Perbelanjaan program
BIL BUTIRAN JUMLAH1 Program Pertandingan dan aktiviti sukan
(RM 400.00 X 3 buah sekolah) RM 1 200.002. Program Sambutan Hari Raya
(RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X 3 buah sekolah) RM 960.00
3 Prorgam Lawatan Sambil Belajar(RM 960.00 X 3 buah sekolah) RM 2 880.00
4 Topi untuk pelajar(RM 10.00 X 32 orang murid setiap sekolah X 3 buah sekolah) RM 960.00
JUMLAH RM 6 000.00
8. Butiran Perbelanjaan
8.1 Program Pertandingan dan Aktiviti Sukan
Hadiah Murid 96 murid X RM 10.00 = RM 960.00Air Minuman 6 kotak X RM 12.50 = RM 75.00 Glass paper 12 helai X RM 1.00 = RM 12.00Cellotape 6 biji X RM 2.50 = RM 15.00Brown paper 60 helai X RM 0.50 = RM 30.00Runcit RM 36.00 X 3 sekolah = RM 108.00
JUMLAH A = RM 1 200.00
9. Kesimpulan
Harapan agar Program RIMUP ini mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan padu daripada semua pihak lebih-lebih lagi sekolah-sekolah yang terlibat. Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan malahan PIBG juga boleh melibatkan diri dalam program seumpama ini. Semoga integrasi antara kaum dapat di padukan serta disatukan menjadi masyarakat Malaysia yang aman dan makmur.
Disediakan oleh: Disemak Oleh:
Disahkan oleh:
Lampiran 1
Tahap Satu
Tajuk : Sukan Rakyat
Pengenalan : Kegiatan sukan yang pelbagai jenis atau acara yang dimainkan oleh rakyat biasa dengan menggunakan peralatan di sekelilingnya.
Jenis Aktiviti : Lari Dalam Guni.
Matlamaat : melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Objektif : 1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul.2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan gerakan kaki dan tangan dengan betul.3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahap Satu
Syarat : 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta.2. Peserta perlu berlari dalam guni sejauh 15 meter dan
berpatah balik ke tempat permulaan.3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan, peserta kedua mengambil alih dan meneruskan larian sehingga peserta terakhir.4. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai pemenang pertandingan.
Tahap Satu
Tajuk : Sukan Rakyat
Pengenalan : Kegiatan sukan yang pelbagai jenis atau acara yang dimainkan oleh rakyat biasa dengan menggunakan peralatan di sekelilingnya.
Jenis Aktiviti : Isi Air Dalam Botol.
Matlamaat : melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Objektif : 1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul.2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan gerakan kaki dan tangan dengan betul.3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahap Satu
Syarat : 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta.2. Peserta perlu berlari sejauh 15 meter dan mengisi air
dalam botol mengunakan straw, kemudian mereka perlu berpatah balik ke tempat permulaan.
3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan, peserta kedua mengambil alih dan meneruskan larian sehingga peserta terakhir.5. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai
pemenang pertandingan.
Tahap Satu
Tajuk : Sukan Rakyat
Pengenalan : Kegiatan sukan yang pelbagai jenis atau acara yang dimainkan oleh rakyat biasa dengan menggunakan peralatan di sekelilingnya.
Jenis Aktiviti : Cari gula gula dalam tepung.
Matlamaat : Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Objektif : 1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul.2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan gerakan kaki dan tangan dengan betul.3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan Sasaran : Semua Murid Tahap Satu
Syarat : 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta.2. Peserta perlu berlari sejauh 10 meter dan meniup tepung
untuk mencari gula gula di dalam tepung tersebut, kemudian berpatah balik ke tempat permulaan.
3. Setelah peserta pertama sampai ke tempat permulaan, peserta kedua mengambil alih dan meneruskan larian sehingga peserta terakhir.6. Pasukan yang pertama menamatkan larian dikira sebagai
pemenang pertandingan.
Tahap Dua
Tajuk : Permainan
Pengenalan : Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Jenis Aktiviti : Futsal.
Matlamaat : melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Objektif : 1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul.2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan gerakan kaki dengan betul.3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan Sasaran : Semua Murid Lelaki Tahap Dua
Syarat : 1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta, salah seorang ialah penjaga gol.2. Jumlah pemain minimal untuk mengakhiri pertandingan.3. Kaedah pergantian: "pergantian melayang" (semua pemain kecuali penjaga gawang boleh memasuki dan meninggalkan lapangan pada bila bila masa saja; pergantian penjaga gawang hanya dapat dilakukan jika bola tak sedang dimainkan dan dengan persetujuan
pengadil)4. Masa permainan ialah 15 minit bagi setiap suku masa dan
masa rehat selama 5 minit.
Tajuk : Permainan
Pengenalan : Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular pada awal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika.
Jenis Aktiviti : Bola Jaring.
Matlamaat : Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Objektif : 1. Dapat mempelajari teknik permainan yang betul.2. Dapat mengkoordinasi deria penglihatan dengan gerakan kaki dan tangan dengan betul.3. Dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan Sasaran : Semua Murid Perempuan Tahap Dua
1. Syarat : PERALATAN
Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring.
Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang
gol.
1.1 BOLA
Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupayan
seperti bola keranjang. Bola tersebut mempunyai saiz 5, berdiameter 99-
102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau
kulit.
1.2 GELANGGANG
Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan
tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan
terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk
gelanggang tertutup.
Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang,
sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai
Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines).
Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat
bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan
bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai
Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm.
Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak
yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan
lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula
terletaknya bulatan tengah.
Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga,
terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan
gol.
Kawasan tengah
10.14 m
1.3 TIANG GOL
Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 3.05
m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi
berjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.
2. PEMAIN, KEDUDUKAN DAN HAD KAWASANNYA
Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang iaitu 7 orang pemain di
gelanggang dan 3 orang sebagai simpanan. Setiap orang pemain
mempunyai tugas dan had kawasan yang berlainan antara satu sama lain.
Berikut merupakan senarai tugas 7 orang pemain bola jaring:
1) Penjaga gol (GK)
2) Pertahanan gol (GD)
3) Pertahanan sayap (WD)
4) Pemain tengah (C)
5) Penyerang sayap (WA)
6) Penyerang gol (WD)
7) Penjaring gol (GS)
WA GD
GA WD
Berikut merupakan kedudukan pemain di dalam gelanggang (ketika membuat
hantaran tengah):
GS C GK
3
1 2 4 5
Berikut merupakan had kawasan bagi setiap pemain:
PEMAIN HAD KAWASAN
Penjaga gol (GK) 1, 2
Pertahanan gol (GD) 3, 4, 5
Pertahanan sayap (WD) 3, 4
Pemain tengah (C) 2, 3, 4
Penyerang sayap (WA) 2, 3
Penyerang gol (WD) 3, 4
Penjaring gol (GS) 1, 2
3. TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN
2.1 Penjaga gol (GK)
Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan
lawan baik di dlam kawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga
gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara tugasnya ialah menjaga
kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan.
GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).
2.2 Penahan gol (GD)
Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan
penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan
tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh
menghalang hantaran atau mengawal mana-mana pemain dalam kawasan
tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang
penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola
dari hantaran tengah.
2.3 Penahan sayap (WD)
Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan.
Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan
kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan.
WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola di
hantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan
membuat jaringan, WD akan mengawal WA.
Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku
semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.
2.4 Pemain tengah (C)
Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana
ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat
hantaran tengah di awal permainan. Kasawan C hampir meliputi
keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan
kecuali di kawasan D.
2.5 Penyerang sayap (WA)
Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas
utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA
selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol
dengan kerjasama pemain tengah.
2.6 Penyerang gol (GA)
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan
bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol.
GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai
penyerang.
2.7 Penjaring gol (GS)
Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS
mestilah mahir membuat jaringan.
3. PENGADIL
Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri daripada
seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa. Pengadil
bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang, peralatan, pakaian pemain
sebelum permainan dimulakan serta mengawal permainan semasa ia berlangsung.
4. PAKAIAN
Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai. Kebiasaannya
pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang, stoking, kasut dan bip. Bip
dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain. Nama tugas
ini tertera di bahagian depan dan belakang bip.
5. CARA BERMAIN
Bilangan keseluruhan pemain bagi satu pasukan dalam satu gelanggang
ialah tujuh orang. Ini bermakna ada 14 orang orang pemain dalam satu
gelanggang. Tempoh masa juga telah ditetapkan oleh pengadil dan
diketahui oleh pemain.
5.1 PERMULAAN PERMAINAN
Sebelum permainan dimulakan, pengadil akan menentukan pasukan yang
mana akan membuat lontaran mula. Kebiasaannya, lontaran ini ditentukan
melalui undi melontar syiling. Setiap ketua pasukan akan memilih tanda
belakang atau depan syiling tersebut. Bagi ketua pasukan yang dapat
memilih dengan tepat akan membuat lontaran mula. Manakala bagi pihak
ketua pasukan lawan akan memilih kawasan gol yang digemarinya.
Sebelum pengadil meniup wisel untuk memulakan permainan, setiap
pemain akan berada di kawasan masing-masing. Manakala C (centre) akan
bersedia di kawasannya untuk memulakan lontaran mula.
5.2 TEMPOH PERMAINAN
5.3 PEMAIN GANTI
Markah dikira mengikut bilangan jaringan gol. Bola akan dimasukkan ke
dalam bakul jaring yang berlubang. Penjaga gol (GK) akan melindungi
bulatan golnya daripada dimasuki pihak lawan. Jika pasukan lawan
berjaya menembusi kawasan ini maka pemain itu akan mencuba
menjaringkan gol. Jaringan gol dibuat apabila bola dilontar masuk ke
dalam jaring dari atasnya. Gol hanya boleh dijaringkan oleh GS dan GA
sahaja.