Post on 13-Nov-2015
description
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni VisualRancangan Mengajar Satu Minggu
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Masa: 10.00 -11.00 pagi
Kelas
: 4M (35 orang murid)Bidang
: Menggambar Catan Tema dan Tajuk: Alam Semula Jadi
Pemandangan di Tepi PantaiStandard Pembelajaran
:1.1 Persepsi Estetik
1.1.1Unsur Seni
1.1.1.1Bentuk 1.1.1.2Warna 1.1.1.3Ruang 1.1.2Prinsip Rekaan
1.1.2.1Harmoni 1.1.2.2Ritma dan
Pergerakan 1.1.2.3Imbangan
1.2 Aplikasi Seni
1.2.1Media
1.2.1.1Alat 1.2.1.2Bahan 1.2.2Penggunaan
media
1.2.2.1Teknik1.3Ekspresi Kreatif
1.3.1
1.3.2
1.3.31.4 Apresiasi Seni
1.4.1
1.4.2
1.4.3
Objektif Pembelajaran
:Pada akhir pembelajaran, murid dapat
1) Memahami bahasa seni visual iaitu bentuk, warna, ruang, harmoni, ritma dan pergerakan serta imbangan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan catan.
2) Mengaplikasi pengetahuan dan memahami bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik.
3) Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber,kajian dan teknologi dalam penghasilan catan.4) Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,sejarah seni dan budaya.
Aktiviti P&P
:1) Guru menunjukkan contoh gambar pemandangan di tepi pantai dan bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada catan.2) Guru memperkenalkan media yang digunakan untuk menghasilkan catan. 3) Guru menunjuk cara melakar gambar pemandangan di tepi pantai dengan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan serta penggunaan ton warna untuk menimbulkan bentuk.4) Murid menghasilkan catan mengikut kreativiti masing-masing.
5) Murid mempamerkan karya masing-masing dan menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan catan.
EMK
:Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Nilai Murni
Bahan Bantu Belajar
:Media - berus lukisan ,palet, kertas lukisan dan cat air .
Penilaian P&P
: Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat catan berdasarkan
empat standard kandungan.
Refleksi
:Pada akhir pembelajaran33 orang murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 2 orang murid yang tidak dapat mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang.
Rancangan Mengajar Dua Minggu
Minggu Pertama
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Masa: 10.00 -11.00 pagiKelas
: 4K (35 orang murid)
Minggu : 2 (1/2)Bidang
: Menggambar catan Tema dan Tajuk: Alam
Semula Jadi Pemandangan di Tepi PantaiStandard Pembelajaran
:1.1 Persepsi Estetik
1.1.1Unsur Seni
1.1.1.1Bentuk 1.1.1.2Warna 1.1.1.3Ruang 1.1.2Prinsip Rekaan
1.1.2.1Harmoni 1.1.2.2Ritma dan
Pergerakan 1.1.2.3Imbangan
1.2 Aplikasi Seni
1.2.1Media
1.2.1.1Alat 1.2.1.2Bahan 1.2.2Penggunaan
media
1.2.2.1Teknik
Objektif Pembelajaran
:Pada akhir pembelajaran, murid dapat
1) Memahami bahasa seni visual iaitu bentuk, warna, ruang, harmoni, ritma dan pergerakan serta imbangan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan catan.
2) Mengaplikasi pengetahuan dan memahami bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik.
Aktiviti P&P
:1) Guru menunjukkan contoh gambar pemandangan di tepi pantai dan bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada catan.
2) Guru memperkenalkan media yang digunakan untuk menghasilkan catan.
3) Guru menunjuk cara melakar gambar pemandangan di tepi pantai dengan memberikan penekanan pada ruang dan imbangan . 4) Murid-murid menghasilkan lakaran gambar pemandangan di tepi pantai.
EMK
:Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Nilai Murni
Bahan Bantu Belajar
:Media kertas lukisan, pensel
Penilaian P&P
: Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat catan berdasarkan
dua standard kandungan.
Refleksi
:Pada akhir pembelajaran33 orang murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 2 orang murid yang tidak dapat mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang.Penghasilan karya akan diteruskan pada minggu hadapan.
Minggu Kedua
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Masa : 10.00 -11.00 pagi
Kelas
: 4K (35 orang murid)
Minggu: 3 (2/2)Bidang
: Menggambar catan Tema dan Tajuk: Alam Semula Jadi
Pemandangan di Tepi PantaiStandard Pembelajaran:1.3Ekspresi Kreatif
1.3.1, 1.3.2, 1.3.31.4 Apresiasi Seni
1.4.1, 1.4.2, 1.4.3
Objektif Pembelajaran
:Pada akhir pembelajaran, murid dapat
1) Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber,kajian dan teknologi dalam penghasilan catan.
2) Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,sejarah seni dan budaya.
Aktiviti P&P
:1) Guru mengulang isi pembelajaran minggu lepas.
2) Guru menunjuk cara mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan ton warna untuk menimbulkan
bentuk.
3) Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan catan.
4) Murid menghasilkan catan mengikut kreativiti masing-masing.
5) Murid mempamerkan karya masing-masing dan menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan catan.
EMK:Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Nilai Murni
Bahan Bantu Belajar:Media - berus lukisan ,palet, kertas lukisan dan cat air .
Penilaian P&P
:Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat catan berdasarkan
empat standard kandungan.
Refleksi
: Pada akhir pembelajaran35 orang murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
Langkah Pengajaran
Persepsi Estetik1) Guru menunjukkan contoh gambar pemandangan di tepi pantai.
2) Guru menunjukkan contoh catan.
3) Guru menyatakan definisi catan.
4) Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada catan.
Aplikasi Seni1) Guru menyatakan media yang akan digunakan.2) Guru menunjuk cara melakar gambar
pemandangan di tepi pantai dengan
memberikan penekanan pada ruang dan
imbangan.
3) Guru menunjuk cara mewarna lakaran dengan menekankan penggunaan ton warna untuk menimbulkan bentuk.
4) Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan catan.
1)
2)
Ekspresi Kreatif1) Murid menghasilkan catan mengikut kreativiti masing-masing.
Apresiasi Seni1) Murid mempamerkan karya masing-masing.
2) Murid menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan catan.
RPH disediakan oleh : Kumpulan Dua(catan)
Ahli kumpulan: 1) Nor Azurah bt. Muhamad Julaini
SK Sungai Judah (A)
2) VALARMATHI A/P VEERASENAN
SJK (T) PULAU CAREY SELATAN
3) Tan Pei Boon
SJK ( C ) Peng Ming