Post on 12-Jan-2016
description
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : 4 Delima
Tarikh : 3 Februari 2014
Masa : 60 minit (7.45 – 8.45 pagi)
Tema : Sains Hayat
Unit : Proses Hidup Manusia
Tajuk : Gerak Balas Terhadap Rangsangan
Standard Kandungan : 3.3 Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan
Standard Pembelajaran :
3.3.1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan dengan menjalankan aktiviti
3.3.2 Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan seharian
Objektif Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh :
1. Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan semasa menjalankan aktiviti
2. Memberikan sekurang-kurangnya 3 contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan seharian.
Aktiviti P & P :
1. Permainan Bayangan
2. ‘Awak buat, Awak Tahu’
3. Kerja kumpulan
4. Lembaran kerja
4. Penyoalan
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah memberi tindakbalas terhadap cahaya dalam kehidupan seharian.
Kemahiran Saintifik : memerhati, berkomunikasi,
Kemahiran Berfikir : menghubungkait, mencirikan,
Tabiat Berfikir : Mengumpul data melalui semua deria
Sikap saintifik dan nilai murni : bekerjasama, mensyukuri nikmat Allah
EMK : Kreativiti dan inovasi – menggunakan pelbagai deria untuk mengesan rangsangan
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : Bahan maujud, Internet
Pentaksiran / Penilaian P&P :
B2D5E1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan dan memberi contoh dalam kehidupan seharian
Refleksi : 1. Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai objektif P&P.
2. Tindakan susulan (Pemulihan / pengukuhan / pengayaan)
Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran :
Fasa/Masa Kandungan Aktiviti P & P Catatan
Orientasi / Persediaan
Permainan Bayangan
1. Panas matahari
2. Bunyi suara Lembu
3. terpijak tahi lembu
4. Duduk tepi pantai
5. Minum air kelapa
1. Murid mendengar arahan daripada guru dan membuat apa yang disuruh oleh guru.
2. Murid diperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari ini.
KPS : komunikasi
Pencetusan Idea / Imaginasi
‘Awak Buat, Awak Tahu’
1. Lidah – merasa makanan
2. Hidung – menghidu wangian
3. Kulit – merasa sakit
1. Beberapa aktiviti kecil disediakan oleh guru bagi menjelaskan organ-organ deria rasa.
2. Murid diperjelaskan makna Perkataan rangsangan dan tindak balas.
3. Murid disoal secara lisan
ABM : bahan maujud
KPS : memerhati
KB : mencirikan, menghubungkait
4. Telinga – Mendengar bunyi dentuman / hentakan
5. Mata – berkelip atau mengecil apabila mengenai cahaya
tentang deria rasa.
4. Murid mendengar dan menjawab setiap soalan yang diberi oleh guru.
Penstrukturan idea / Perkembangan
Kerja berkumpulan 1. Setiap kumpulan murid diberi satu helaian kertas mengandungi situasi yang berbeza.
2. Murid membincangkan gerakbalas daripada situasi tersebut dalam kumpulan.
3. Guru memantau perjalanan kerja setiap kumpulan.
ABM : Kertas mahjong
Nilai murni : bekerjasama
KB : menghubungkait
Aplikasi idea / tindakan
Latihan Pengukuhan 1. Murid diberi helaian kertas soalan.
2. Murid menjawab soalan yang diberikan.
3. Jawapan dibincangkan bersama murid.
ABM lembaran kerja
Refleksi / Penutup
Kesimpulan 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pengajaran hari ini.
Nilai murni :
Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta alam sekitar.
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah.
lembaran kerja aktiviti :
Nyatakan deria yang terlibat dan gerak balas yang berlaku.
SITUASI 1 :
1. Aminan berjalan kaki di tepi jalan raya yang penuh dengan kereta yang lalu-lalang.
Deria :
Gerak balas :
2. Tiba-tiba Aminah terpijak duri.
Deria :
Gerak balas :
3. Darah mengalir keluar daripada kaki Aminah.
Deria :
Gerak balas :
4. Setelah mendapatkan rawatan di hospital, Aminah membeli aiskrim yang dijual di tepi jalan. Rasanya sangat sedap.
Deria :
Gerak balas :
5. Sepanjang perjalanan ke rumahnya, terdapat pemandangan kaki bukit yang indah.
Deria :
Gerak balas :
Nyatakan deria yang terlibat dan gerak balas yang berlaku.
Situasi 2
1. Semasa Ali pulang mengaji, dia melalui satu lorong gelap untuk sampai ke rumahnya berpandukan lampu samar-samar daripada rumah yang berdekatan.
Deria :
Gerak balas :
2. Tiba-tiba Ali mendengar sesuatu dari dalam semak berdekatan.
Deria :
Gerak balas :
3. Tanpa berlengah lagi, Ali terus pecut seribu. Apabia sampai sahaja di rumahnya, Ali perasan yang dia telah terpijak tahi ayam semasa berlari tadi.
Deria :
Gerak balas :
4. Ali masuk ke dalam rumah dan melihat ahli keluarganya sedang menonton televisyen bersama.
Deria :
Gerak balas :
5. Ali terus menuju ke dapur dan mengambil kek yang berada di dalam peti sejuk.
Deria :
Gerak balas :