Post on 07-Feb-2018
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
1/46
CONTOH-CONTOH SOALAN
UJIAN BERTULIS
Contoh 1:
Dana unit amanah yang pertama dilancarkan oleh PNB ialah:
A. Sekim Amanah Saham Nasional
B.Skim Amanah Saham Bumiputera
C. Amanah Saham Wawasan 2020
D. Amanah Saham Nasional 2
Contoh 2:
Kegiatan ekonomi sektor sekunder adalah seperti berikut KECUALI:
A. Memproses kayu
B. Mengetin nanas
C. Membina loji kilang
D. Memelihara ikan air tawar
Contoh 3:
Kos sebuah mesin adalah RM25,000. Susutnilai terkumpul ialah RM14,000 manakala belanjasusutnilai bagi tahun tersebut adalah RM1,600. Berapakah nilai bersih mesin tersebut dalam KunciKira-kira?
A. RM11,000
B. RM14,000
C. RM9,400
D. RM23,400
1. Melanggan unit-unit amanah pada harga berubah-ubah dengan sejumlah wang yang tetap
setiapbulan seperti pelaburan dalam Amanah Saham Nasional 3 - Imbang adalah strategi...
A. Kos minumumB. Kos maksimumC. Kos pemurataan ringgitD. Perhitungan kos
2. Permodalan Nasional Berhad adalah anak syarikat milik penuh...
A. Yayasan Pelaburan BumiputraB. Majlis Tindakan Ekonomi Negara
C. Yayasan Perkhidmatan BumiputeraD. Yayasan Tun Ismail Mohd Ali
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
2/46
3. Berikut adalah faktor-faktor yang perlu difahami oleh para pelabur sebelum melabur dalamunit-unit
amanah kecuali:
A. PulanganB. RisikoC. Kategori danaD. Bilangan pelabur
4. Bilakah tahun kewangan berakhir bagi Amanah Saham Gemilang - Pendidikan?
A. 30 AprilB. 31 Mac
C. 31 DisemberD. 31 Ogos
5. Maksud peribahasa ini: "Air pun ada pasang surutnya"
A. Setiap sesuatu ada pasangannyaB. Bercakap hendaklah berhati-hatiC. Ada masanya untung ada masanya rugiD. Orang baik, takkan kotor bahasanya
6. Namakan badan kawalselia bagi pasaran modal di Malaysia?
A. Bursa Malaysia BerhadB. Bank Negara MalaysiaC. Suruhanjaya Sekuriti
D Amanah Raya Berhad
MAKLUMAT KORPORAT
Permodalan Nasional Berhad (PNB)
ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk
menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi
peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai
pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka
negara. Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras
PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam
syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi
yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang
di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah
dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.
Daripada skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang
dilancarkan pada 20 April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu Amanah Saham 1Malaysia
(AS1M) yang dilancarkan pada 5 Ogos 2009, PNB melalui anak syarikat milik penuhnya,
Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan penting dalam membawa anjakan
paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam
aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan
pulangan dalam pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat Malaysia daripada setiap lapisan
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
3/46
masyarakat dan taraf pendapatan terhadap unit saham amanah PNB membuktikan keupayaan
PNB untuk menggembleng lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun setakat kini.
Dengan wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh banyak syarikat besar dan
strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah peneraju industri dalam bidang masing-
masing seperti kewangan, insurans, perladangan, hartanah, automatif, logistik, infrastruktur,
farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi nilai pelaburan, PNB melakukan beberapa siri aktiviti
korporat, di mana syarikat di bawah portfolio PNB disusun semula, digabung dan diambil alih
bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan mencapai manfaat sinergi, lantas membolehkan
PNB mencapai matlamat untuk pulangan yang konsisten.
Visi Kami
Kami akan menjadi sebuah organisasi pelaburan bertaraf dunia, unggul dan berjaya dalam
pelbagai bidang yang diceburi.
Misi Kami
Kami adalah organisasi pelaburan utama yang beriltizam untuk meningkatkan kekayaan
ekonomi masyarakat
Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara untuk
manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Nilai Kami
Untuk membina budaya organisasi moden dan progresif, kami telah merumus satu set nilai
yang mencerminkan
tradisi yang kaya dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan yang kami percaya sepenuh hati
dan menjulang sepanjang masa.
kuran Kejayaan
ami mengukur kejayaan kami dengan
encapaian kepemimpinan industri, pulangan
ersaingan dan perkhidmatan terbaik kami
epada pelanggan, serta suasana amanah dan
ertumbuhan peribadi untuk pekerja kami.
Nilai
Kami percaya bahawa kejayaan organisasi kami
bergantung pada pemahaman dan pemenuhan
kehendak pelanggan dalaman dan luaran kami dan
kami berusaha menyampaikan produk dan
perkhidmatan yang berkualiti.
Integriti
Kami komited kepada amalan etika yang paling
tinggi dalam apa jua yang kami lakukan. Kami
akan berusaha melakukan perkara yang betul.
Staf
Kami membantu pekerja kami memperbaiki kemahiran
mereka. Kami memupuk suasana saling menghormati,
sikap berterus terang dan amanah, yang boleh dicapai
oleh semua ke tahap tertinggi potensi masing-masing.
Kami menghormati maruah setiap pekerja kami dan
komitmen mereka terhadap kesejahteraan keluarga
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
4/46
mereka.
Prestasi
Kami meletakkan jangkaan dan matlamat yang
tinggi untuk memenuhi komitmen kami. Kami
berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam
industri kami. Keterbukaan kepada perubahan,
kepada pengujikajian dan kepada pengejaran
kecemerlangan, mencirikan sikap kami terhadap
setiap aspek pekerjaan kami.
Kerjasama
Kami memupuk kepercayaan dan berkerjasama melalui
komunikasi berterus terang di semua peringkat
organisasi kami. Kami percaya bahawa kami akan
berjaya hanya jika kami bekerjasama sebagai satu
pasukan dan penyertaan sepenuhnya oleh semua adalah
penting untuk mencapai kejayaan dalam misi kami.
Ketangkasan
Kami memfokuskan pada ketangkasan bertindak
untuk mendapat kelebihan bersaingan. Kami
percaya bahawa mendahului semua, bertindak
tangkas, bekerja keras dan bertekad
menyelesaikan kerja adalah ciri-ciri organisasi
yang berjaya.
Kebijaksanaan
Kami mesti mempunyai kebolehan untuk menguasai dan
mendisiplinkan diri kami dan melayani sumber kami
dengan penuh hormat. Kemahiran dan pertimbangan
yang baik adalah penting dalam penggunaan sumber
kami. Kebijaksanaan adalah teras budaya kami dan akan
membantu kami mengekalkan sifat boleh dipercayai
kami sebagai institusi pelaburan.
KEPIMPINAN
Warisan Abadi untuk Generasi Masa Depan
Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) ditubuhkan pada 9 Januari 1978, di bawah bimbingan
Jawatankuasa Kerja yang disokong oleh Kerajaan Malaysia, sebagai badan penyelaras bagi
aktiviti pelaburan dalam sektor korporat oleh agensi-agensi Kerajaan, syarikat-syarikat
Bumiputera dan individu Bumiputera.
Strategi dan pelan utama YPB adalah untuk memastikan bahawa saham-saham syarikat yang
diperuntukkan kepada Bumiputera dikekalkan dengan prospek pemilikan saham yang semakin
meningkat dari masa ke masa. Antara dasar-dasar yang digubal oleh YPB adalah:
Pembentukan dana sebagai entiti perniagaan dengan kuasa untuk
melabur dalam semua bentukpelaburan; dan
Pembentukan dana unit amanah untuk mengagihkan pelaburan di
kalangan Bumiputera.
Dengan dana permulaan sebanyak RM200 juta yang terdiri daripada saham-saham yang telah
dipindahkan oleh Kerajaan untuk YPB, pelaburan ini dan juga pelaburan lebih daripada 11.6 juta
pemegang unit telah sejak berkembang menjadi lebih dari RM255 bilion dan adalah warisan
untuk generasi masa depan rakyat Malaysia.
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
5/46
Bersedia untuk Menempa Kejayaan Sejak dari Awal
Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB
adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-
syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan.
Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya
bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini
ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang
lebih kecil.
Sejak penubuhannya pada 17 Mac 1978, PNB telah berjaya menggembleng dan mengumpul
lebih daripada RM220 bilion dari pemegang unit dan dana proprietari untuk pelbagai pelaburan
dalam kira-kira 200 anak-anak syarikat di Malaysia. Pelaburan PNB kini termasuklah pegangan
saham yang besar dalam syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby Berhad, Malayan Banking
Berhad, UMW Holdings Berhad, I & P Group Sdn. Berhad, S P Setia Berhad, Chemical
Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB
Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad dan Prolintas.
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
LEMBAGA PENGARAH
LEMBAGA PENASIHAT SHARIAH
PENGURUSAN KANAN
Yayasan Pelaburan Bumiputra
Pengerusi YPB
Perdana Menteri
Malaysia
Timbalan
Pengerusi YPB
Timbalan Perdana
Menteri Malaysia
YAB Dato' Sri Mohd
Najib Bin Tun Hj
Abdul Razak
YAB Tan Sri Dato'
Haji Muhyiddin Bin
Mohd Yassin
http://www.pnb.com.my/about_m.php#board_of_trusteehttp://www.pnb.com.my/about_m.php#board_of_trusteehttp://www.pnb.com.my/about_m.php#board_of_directorshttp://www.pnb.com.my/about_m.php#board_of_directorshttp://www.pnb.com.my/about_m.php#shariah_advisory_boardhttp://www.pnb.com.my/about_m.php#shariah_advisory_boardhttp://www.pnb.com.my/about_m.php#senior_managementhttp://www.pnb.com.my/about_m.php#senior_managementhttp://www.pnb.com.my/about_m.php#senior_managementhttp://www.pnb.com.my/about_m.php#shariah_advisory_boardhttp://www.pnb.com.my/about_m.php#board_of_directorshttp://www.pnb.com.my/about_m.php#board_of_trustee7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
6/46
Menteri
Perdagangan
Antar abangsa dan
Industri
Menteri Kewangan
I I
Pengerusi PNB
YB Dato' Sri Mustapa
Bin Mohamed
YB Dato' Seri Haji
Ahmad Husni Bin
Mohamad Hanadzlah
YABhg Tun Ahmad
Sarji Bin Abdul Hamid
PENGHORMATAN KEPADA TUN ISMAIL
TOKOH SEPANJANG ZAMAN
Contoh unggul kejujuran, integriti, rendah diri, kesetiaan, ketekunan, kesederhanaan dan
profesionalisme, inilah kata-kata yang paling tepat untuk menggambarkan Allahyarham Tun
Ismail bin Mohamed Ali, rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan Gabenor, BankNegara Malaysia dan Gabenor Bank Pusat Asia yang paling lama berkhidmat.
Dilahirkan pada 16 September 1918 di Port Klang, Selangor, Tun Ismail menghabiskan masa
pendidikan awalnya di Batu Road Boys School dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. Beliau
merupakan orang Melayu pertama dianugerahi biasiswa Queen yang berprestij untuk
meneruskan pengajiannya di Cambridge University. Beliau lulus dengan Ijazah Ekonomi pada
1941 dan kemudian diterima masuk ke Middle Temple Inns of Court, London, sebagai seorang
barrister.
Setelah sembilan tahun berada di luar negara, beliau kembali ke Malaysia pada 1946 dan
memulakan tugasnya dalam Perkhidmatan Awam Malaya dengan memegang pelbagai jawatan
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
7/46
bermula dengan tugasan singkat di Kedutaan Malaya di Amerika Syarikat hinggalah
menyandang jawatan penting sebagai Pengarah Eksekutif Bank Dunia dan seterusnya sebagai
Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1962 dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad pada
1978.
Sepanjang 18 tahun beliau di Bank Negara, iaitu dari 1962 hingga 1980, Tun Ismail meletakkan
asas bagi sistem kewangan yang kukuh. Beliau dikenali sebagai seorang yang berintegriti dan
baik hati di kalangan orang-orang yang mengenalinya. Beliau merintis kepada amalan kerja dan
etika yang tinggi ke atas dirinya sendiri dan ke atas mereka yang bekerja dengannya.
Sekalung Budi Buat Tun Ismail Mohamed Ali - Galeri Tun Ismail Mohamed Ali
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad, kerana telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Galeri PNB pada
pagi ini.
Sebagai mengenang jasa dan sumbangan Pengerusi Pertama PNB, Allahyarham Tun Ismail bin
Mohamad Ali, Galeri PNB ini akan dinamakan Galeri Tun Ismail Mohamad Ali. Allahyarham Tun
Ismail adalah Pengerusi Pertama PNB sejak PNB ditubuhkan pada 17hb Mac 1978, dan
berkhidmat sehingga 17hb Oktober 1996. Allahyarham menjadi penasihat PNB selepas dari
tarikh tersebut sehingga beliau kembali kerahmatullah pada 6hb Julai 1998.
Di samping penubuhan galeri ini, PNB juga telah mewujudkan Yayasan Tun Ismail Mohamad Ali.
Yayasan Tun Ismail Mohamad Ali ditubuhkan bagi mengenang jasa sumbangan besar dan tak
ternilai Allahyarham Tun dalam sektor awam dan korporat Malaysia dan antarabangsa.
Allahyarham Tun, penerima biasiswa Queen, ialah rakyat Malaysia pertama yang dilantik
sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau bersara pada tahun 1980 selepas 18 tahun
berkhidmat dengan cemerlang. Yayasan Tun Ismail Mohamad Ali mengiktiraf dasar kewangan
beliau yang berhemat, tegas dan bijaksana ketika beliau menyandang jawatan Gabenor Bank
Negara.
Sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, yang ditubuhkan dengan bantuan beliau, dan
dengan bimbingan beliau yang berhemat dan berpandangan jauh, dana unit amanah di bawah
PNB telah berjaya menggembleng dana daripada masyarakat Bumiputera dan menjadi dana unit
amanah yang terbesar di negara ini. Ini semua adalah hasil keyakinan lebih daripada 7 orang
juta pemegang unit yang melabur hasil pendapatan dan simpanan daripada titik peluh mereka.
Oleh itu, ia merupakan penghormatan bersesuaian, untuk menamakan yayasan dengan nama
tokoh yang berwawasan dan yang telah menjadikan PNB sebuah institusi pelaburan terkemukahari ini, dan contoh kepada dunia.
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
8/46
Objektif Yayasan Tun Ismail Mohamad Ali adalah untuk memberi biasiswa kepada pelajar yang
telah mendapat tempat di universiti terkemuka di United Kingdom, seperti Universiti Cambridge
iaitu alma mater Allahyarham Tun, untuk meneruskan pengajian ijazah dalam undang-undang,
ekonomi, kejuruteraan, perakaunan dan sains bahan, sama ada di peringkat sarjana muda atau
sarjana. PNB akan meneruskan usaha Tun Ismail untuk melahirkan usahawan Bumiputera
dengan kelayakan akademik yang kukuh, dan dipupuk dengan nilai-nilai kejujuran danprofesionalisme.
Yayasan ini juga komited dalam meningktan kualiti pendidikan dan penyelidikan intelektual, dan
ia telah memperuntukkan sejumlah besar wang dalam menaja dua buah kerusi profesorial atas
nama Tun Ismail Mohamad Ali di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dalam bidang ekonomi dan undang-undang.
Yayasan ini sedang membiayai penulisan dan penerbitan biografi Allahyarham Tun dan hampir
siap.
"PNB juga telah menubuhkan sebuah arkib menggunakan bilik pejabat Allahyarham Tun di PNB
sebagai tempat simpanan artifak dan dokumen beliau untuk tujuan penyelidikan akademik."
Saya sendiri telah berkhidmat dengan Allahyarham Tun Ismail selama 13 tahun, iaitu bermula
dari tahun 1985 semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian dan Pengerusi RIDA, apabila beliau melantik saya sebagai salah seorang ahli
Lembaga Pengarah PNB. Selepas itu selama satu tahun (September 1995 - September 1996)
saya menjadi Timbalan Pengerusi PNB. Dari bulan Oktober 1996 sehingga beliau kembali ke
rahmatullah, Tun Ismail adalah Penasihat PNB. Kami mempunyai tarikh lahir yang sama, iaitu
16hb September. Walaupun Allahyarham Tun bertubuh kecil, saya dapati sikap tegas dan
personalitinya yang bersemangat menjadikan beliau menonjol di khalayak ramai. Secara
peribadi, Tun yang saya kenali adalah seorang yang merendah diri dan bercita rasa sederhana.
Beliau pernah berkata: Merendah diri di hadapan ketua anda adalah satu kewajipan; merendah
diri di hadapan orang bawahan anda adalah satu sikap mulia. Tun melihat dalam dunia lama
ada sikap-sikap yang terpuji. Kejujuran, integriti, rendah diri, kesetiaan, kerja keras,
kesederhanaan dan profesionalisme.
Galeri Tun Ismail Mohamad Ali ini adalah sebuah life galleryatau galeri hidup di mana bahan-
bahan pamerannya akan ditukar setiap enam bulan sekali. Sempena majlis perasmian ini dan
sebagai mengabdikan sumbangan dan jasanya, maka sebahagian besar ruang Gelari Tun Ismail
Mohamad Ali mempamerkan foto-foto dan koleksi peribadi beliau yang sebahagian besarnya
belum pernah disiar oleh mana-mana media atau dilihat oleh masyarakat umum. Di samping itu,galeri ini turut memaparkan foto-foto yang berkaitan dengan latar belakang PNB dan
penganjuran agenda tahunan negara, iaitu Minggu Saham Amanah Malaysia.
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
9/46
Pada kali ini juga, turut dipamerkan adalah lukisan-lukisan pelukis-pelukis berbakat negara
sebagai usaha untuk mengenengahkan karya dan bakat mereka. Adalah diharapkan bahawa
usaha PNB ini sedikit sebanyak akan memberi peluang kepada para pelukis ini untuk
mempamerkan hasil seni mereka dengan tujuan untuk memartabatkan hasil seni lukis negara.
Saya akhiri dengan merakamkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan YABhg
Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali kerana telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan
Galeri Tun Ismail Mohamad Ali ini."
Ucapan Sekalung Budi Buat Tun Ismail Mohamed Ali oleh YABhg Tun Ahmad Sarji bin
Abdul Hamid Majlis perasmian Galeri Tun Ismail Mohamed Ali di bangunan PNB 24
Disember 2001.
PENGURUSAN ASET
PNB merupakan salah satu pengurus aset terkemuka di Malaysia. Kami mempunyai kepakaran
untuk menguruskan pelbagai portfolio yang memberikan pulangan kompetitif kepada pemegang
unit. Kami memastikan kepentingan pelabur kami dilindungi pada setiap masa.
Kami mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dan rekod prestasi yang terbukti dalam
menguruskan pelbagai aset pelaburan yang terdiri daripada ekuiti dan hartanah di peringkat
domestik dan antarabangsa. Pasukan pelaburan profesional kami yang berdedikasi sentiasa
berusaha untuk memperkenalkan produk-produk baru dan memastikan pelaburan yang dibuat
memberikan pulangan yang kompetitif.
Sebagai pemain utama dalam industri unit amanah, PNB telah mengukuhkan reputasinya
sebagai sebuah institusi yang layak menggerakkan dan menguruskan dana rakyat. Penyertaan
lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun dalam produk yang kami tawarkan mencerminkan
keyakinan orang ramai terhadap prestasi dan kebolehan kami.
Kejayaan ini telah dicapai melalui pengurusan dana yang memberi pulangan yang mapan dan
kompetitif; dengan mengekalkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi serta berhemah
dalam merangka strategi pelaburan kami.
Proses PelaburanKami mengamalkan proses pelaburan yang dinamik dan berdisiplin berdasarkan:
Analisis fundamental dan berasaskan penyelidikan
PNB melabur dalam syarikat-syarikat kukuh yang menjana pulangan pelaburan yang positif
sama ada daripada peningkatan modal dan / atau pendapatan dividen. Pemilihan saham adalah
berdasarkan kepada analisis dan penelitian teliti pasukan pasukan penganalisis kami yang
kemudiaannya akan mengemukakan cadangan pelaburan.
Pendekatan atas ke bawah dan bawah ke atas
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
10/46
Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor makroekonomi, dan fundamental
syarikat yang tertentu. Ia dilaksanakan oleh pasukan penganalisis dan ahli ekonomi dalaman
kami. Khidmat penganalisis dan ahli ekonomi luar juga memberi sokongan dalam membentuk
pandangan alternatif mengenai keadaan ekonomi, sektor dan saham.
Penekanan kepada pengurusan risiko yang aktif
PNB menggabungkan beberapa lapisan pengurusan risiko di seluruh rantaian proses pelaburan
yang direka untuk mengesan dan bertindak balas kepada pelbagai trend dan pergerakan
pasaran untuk menghadkan risiko kelemahan portfolio dan memaksimumkan pulangan jangka
panjang. Walaupun kami adalah pelabur jangka panjang, peruntukan aset yang dinamik dan
keseimbangan yang tepat pada masanya terhadap portfolio kami akan membantu
mengurangkan turun naik pasaran.
Pematuhan kepada keperluan peraturan
PNB ditadbir dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti
Suruhanjaya Sekuriti. Kami mempunyai Jabatan Pematuhan sebagai sebahagian daripada
mekanisme kawalan dalaman. Jabatan ini memantau aktiviti pelaburan PNB dalam perkara-
perkara yang berkaitan dengan keperluan pematuhan dan peraturan yang ditetapkan oleh Akta
Syarikat serta peraturan Suruhanjaya Sekuriti.
Di samping itu, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pelaburan kami yang disegani sentiasa
bersedia untuk membimbing operasi dan prosedur pelaburan kami.
(seterusnya)
Kewangan Korporat
Sebagai pengurus pelaburan terbesar di Malaysia yang menguruskan dana berjumlah lebih
RM255 bilion, kami telah melabur di dalam lebih daripada 200 syarikat di Malaysia yang terlibatdalam pelbagai sektor utama ekonomi. Ini merupakan sebahagian daripada syarikat-syarikat
yang mewakili sektor-sektor peneraju ekonomi negara.
Antara syarikat-syarikat pelaburan utama kami yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti
dan cemerlang ialah Malayan Banking Berhad, I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad,
dan Sime Darby Berhad. Di samping itu, kami juga melabur dalam syarikat-syarikat multinasional
seperti Goodyear Malaysia Berhad dan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Berhad.
Fungsi pemantauan prestasi pelaburan kami pada dasarnya tertumpu kepada pemantauan
industri utama untuk memastikan perlaksanaan pemantauan yang berkesan dan menyeluruh.
http://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.php7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
11/46
Fungsi ini dikendalikan oleh empat kumpulan yang dikhususkan kepada industri- industri utama
seperti berikut:
Kewangan dan PerbankanPerdagangan
Perladangan dan Utiliti
Pembinaan, Logistik dan Pembangunan Hartanah
Perdagangan, Perkhidmatan dan Produk Pengguna
Produk Perindustrian dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
Untuk melindungi pelaburan pemegang-pemegang unit kami, kami memantau syarikat-syarikat
pelaburan kami secara berterusan melalui analisis mendalam serta penglibatan proaktif dengan
pihak pengurusan dan lembaga pengarah syarikat-syarikat pelaburan. Kami percaya bahawa ini
satu langkah yang penting untuk memastikan syarikat-syarikat pelaburan kami berusaha untuk
mencapai prestasi yang membanggakan dan peningkatan nilai.
Peningkatan Nilai
Kami percaya bahawa peningkatan nilai pelaburan adalah kunci kepada pulangan jangka
panjang yang berkekalan. Dengan latar belakang ini, kami percaya syarikat-syarikat harus
berusaha untuk berkembang secara organik serta meneroka inisiatif untuk mewujudkan nilai
pemegang saham.
(seterusnya)
Tadbir Urus Korporat
Kami memegang sepenuhnya kepada prinsip dan amalan terbaik seperti yang diajukan oleh Kod
Tadbir Urus Korporat Malaysia dan kami sentiasa menegaskan agar pengarah-pengarah
namaan PNB yang dilantik di dalam syarikat-syarikat penerima labur kami menyebarluaskan
prinsip yang sama ini.
(seterusnya)
Perkhidmatan Kewangan dan Insurans Automotif
Malayan Banking Berhad UMW Holdings Berhad
Etiqa Insurance & Takaful Sime Darby Berhad
MNRB Holdings Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
Takaful Ikhlas
Malaysian Industrial Development Finance
Berhad
Perladangan Hartanah
http://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.maybank2u.com.my/http://www.umw.com.my/http://www.etiqa.com.my/English/Pages/default.aspxhttp://www.simedarby.com/http://www.mnrb.com.my/home/home.asphttp://www.mnrb.com.my/home/home.asphttp://www.perodua.com.my/http://www.perodua.com.my/http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/default.asphttp://www.midf.com.my/http://www.midf.com.my/http://www.midf.com.my/http://www.midf.com.my/http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/default.asphttp://www.perodua.com.my/http://www.mnrb.com.my/home/home.asphttp://www.simedarby.com/http://www.etiqa.com.my/English/Pages/default.aspxhttp://www.umw.com.my/http://www.maybank2u.com.my/http://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.php7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
12/46
Sime Darby Berhad I & P Group Sdn Berhad
Sime Darby Berhad
S P Setia Berhad
Logistik dan Infrastruktur Pharmaceutical and Kimia
NCB Holdings Berhad Chemical Company of Malaysia Berhad
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd
Perindustrian dan Peralatan Tenaga, Minyak dan Gas
UMW Holdings Berhad UMW Holdings Berhad
Sime Darby Berhad Sime Darby Berhad
Pembuatan dan Kejuruteraan
UMW Holdings Berhad
Pengurusan Dana Antarabangsa
Teras utama operasi antarabangsa PNB, selain daripada menggembleng dan mengembangkan
dana yang diperuntukkan, adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kewangan dan produk,
dan memberi latihan kepada kakitangan tempatan, serta mempertingkatkan pengalaman dan
pendedahan mereka di arena pelaburan antarabangsa. Seperti yang tertera dalam misi syarikat,
PNB akan terus berusaha mempertingkatkan prestasinya dan arena kewangan antarabangsa
memberinya platform untuk mencapai misi tersebut.
Pengurusan dana ekuiti luar negara ini lebih berbentuk dana milik PNB yang diuruskan melalui
mandat global yang tersendiri. Dalam usahanya untuk memberi latihan dan memperluaskan
hubungan kerja dengan rakan sejawat antarabangsa, PNB menggunakan kepakaran pengurus
dana antarabangsa dan mengekalkan sebahagiannya lagi untuk diuruskan sendiri. Indeks
saham Morgan Stanley Capital International (MSCI) telah digunakan untuk tujuan
penandaarasan.
Di samping mandat tersendiri ini, PNB juga bergiat dalam pelaburan alternatif yang memberi
pulangan mutlak dalam bentuk dana ekuiti modal persendirian yang ditawarkan oleh pengurus-
pengurus pakar dana antarabangsa.
Sejak penubuhan unit pelaburan antarabangsa pada tahun 1988, PNB telah menjalinkan
hubungan dengan syarikat-syarikat sekuriti saham, pelaburan dan pengurus harta, pemegang
amanah, dan syarikat-syarikat pelaburan seperti PNB di peringkat global.
abatan Pengurusan Dana Antarabangsa,
uala Lumpur
ada bulan Julai 1988, unit Pengurusan Dana
PNB (UK) Limited
Pejabat di London ini memberi tumpuan
kepada pasaran di United Kingdom, Amerika
http://www.simedarby.com/http://www.inp.my/http://www.simedarby.com/http://www.spsetia.com.my/corporate/http://www.ncb.com.my/http://www.ccmberhad.com/http://www.ccmberhad.com/http://www.prolintas.com.my/http://www.prolintas.com.my/http://www.umw.com.my/http://www.umw.com.my/http://www.simedarby.com/http://www.simedarby.com/http://www.umw.com.my/http://www.umw.com.my/http://www.simedarby.com/http://www.simedarby.com/http://www.umw.com.my/http://www.umw.com.my/http://www.prolintas.com.my/http://www.ccmberhad.com/http://www.ncb.com.my/http://www.spsetia.com.my/corporate/http://www.simedarby.com/http://www.inp.my/http://www.simedarby.com/7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
13/46
ntarabangsa telah ditubuhkan untuk melaksanakan
ortfolio pelaburan langsung luar negara PNB. Ia juga
ertujuan untuk melatih tenaga pakar dalaman dalam
idang pelaburan antarabangsa untuk menjana
ulangan pelaburannya yang kompetitif di luar negara.
Syarikat dan lain-lain pasaran Eropah, dan
menguruskan dana milik sendiri PNB dalam
instrumen ekuiti. Penubuhan pejabat di
London memberikan kelebihan bagi PNB
untuk mencari peluang-peluang baru untuk
aktiviti-aktiviti lain dalam bidang kewangankorporat, penyelidikan, latihan kakitangan dan
pendidikan.
Alamat Perhubungan:
PNB (UK) Limited
5th Floor, 74 Coleman Street
London EC2R 5BN
The United Kingdom
Tel: (+44) 020-7382 1500
Faks: (+44) 020-7382 1501
ingapore Unit Trusts Limited
ingapore Unit Trusts Limited (SUT) telah ditubuhkan
ada 17 Ogos 1959 dengan nama Malayan Unit Trust
imited. SUT mula menggunakan namanya sekarang
ada 6 Mei 1960. SUT menjadi sebuah syarikat ahli
umpulan PNB selepas diambil alih oleh PNB
nternational Limited (Labuan), anak syarikat milik
enuh PNB, pada tahun 2000.
angkah ini membolehkan PNB untuk mendapatkan
endedahan lanjut dalam pengurusan unit amanah di
eringkat antarabangsa, seterusnya meningkatkan
engetahuan produk pelaburan terbaru yang boleh
isesuaikan dan diperkenalkan ke dalam pasaran
alaysia dari semasa ke semasa.
lamat Perhubungan:
ingapore Unit Trusts Limited
Robinson Road
04-00 ASO Building
ingapore 048544
el: (+65) -6532 3761
aks: (+65) -6532 3764
PNB Asset Management (Japan) Co Ltd
Dalam usahanya untuk memperluaskan
perniagaan di luar pasaran domestik, PNB telah
menubuhkan sebuah lagi pejabat global di
Tokyo, Jepun pada tahun 2008. Dengan
pembukaan pejabat Tokyo ini, PNB kini
mempunyai tiga buah pejabat di luar negara
iaitu Singapura, United Kingdom dan Jepun.
Tokyo telah dipilih kerana statusnya sebagai
salah satu pasaran modal yang paling maju di
Asia serta kedudukannya yang dekat dengan
kuasa besar ekonomi baru iaitu China. PNB
Asset Management (Japan) Company Ltd
beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan
aset bersama pejabat global lain PNB dan kini
menguruskan sebahagian daripada jumlah
pelaburan antarabangsa PNB dengan penekanan
mandat ekuiti ke atas ekuiti Jepun dan Asia
Utara.
Alamat Perhubungan:
PNB Asset Management (Japan) Co Ltd
The New Otani Garden Court
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
14/46
aman web:http://www.sut.com.sg 19F, 4-1, Kioi-Cho
Chiyoda-ku, Tokyo 102-0094
Japan
Tel: (+81) 3-6261 0017
Faks: (+81) 3-6261 0015
UNIT AMANAH & REIT
Perniagaan unit amanah PNB diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang
menguruskan 11 dana unit amanah, dan Amanah Mutual Berhad (AMB) yang menguruskan 15
dana. ASNB memenuhi segmen pasaran individu-individu tempatan, manakala AMB pula
memenuhi segmen pasaran yang merangkumi individu-individu tempatan dan bukan tempatan,
dan institusi- institusi. Untuk melengkapkan perniagaan unit amanahnya, PNB juga memberi
tumpuan kepada amanah pelaburan hartanah (REIT) yang diuruskan oleh Pelaburan Hartanah
Nasional Berhad (PHNB). REIT yang diuruskan oleh PHNB ialah Amanah Harta Tanah PNB
(AHP) yang disenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 1989. Selain dari REIT, PHNB
juga mengurus sebuah tabung amanah persendirian, iaitu, PNB Property Trust.
http://www.sut.com.sg/http://www.sut.com.sg/http://www.sut.com.sg/http://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.sut.com.sg/7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
15/46
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional
Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk mengurus dana-dana unit amanah yang
dilancarkan oleh PNB. ASNB juga bertanggungjawab untuk mendidik para pelabur mengenai
faedah melabur dalam unit amanah melalui penganjuran seminar perancangan kewangan atau
lebih dikenali sebagai Seminar 360, pada setiap hari di seluruh negara.
Sejak pelancaran unit sulungnya Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981,
PNB telah melancarkan sepuluh dana unit amanah yang lain iaitu Skim Amanah Saham
Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Nasional 2
(ASN 2), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham
Nasional 3 Imbang (ASN 3), Amanah Saham Gemilang (ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan &
ASG-Persaraan), dan yang terbaru Amanah Saham 1Malaysia (AS 1M). Daripada 11 dana unit
amanah ini, lima daripadanya ialah dana ekuiti berharga tetap, manakala selebihnya ialah dana
ekuiti harga berubah-ubah yang merupakan dana-dana pendapatan, pertumbuhan dan
seimbang.
ASNB melalui anak syarikat milik penuhnya Amanah Mutual Berhad (AMB) menguruskan 15
dana unit amanah lain yang membolehkan individu serta pelanggan korporat mengambil
bahagian dalam dana berprestasi dengan pelaburan yang pelbagai seperti dalam ekuiti, bon,
instrumen pasaran wang jangka pendek dan lain-lain instrumen pasaran modal. Lima (5)
daripada dana ini adalah berlandaskan Syariah.
Dana unit amanah terbesar kami iaitu ASB menawarkan ciri-ciri unik yang jauh berbeza daripada
dana unit amanah konvensional yang ditawarkan oleh institusi-institusi lain. Ciri-ciri uniknya
termasuk:
Pendaftaran pelaburan minimum serendah RM10 (AS$3.20) dan pelaburan tambahan
minimum yang lebih rendah iaitu RM1.00.
Produk berharga tetap yang diurusniagakan pada harga RM1.00 seunit.
Berisiko rendah dengan pulangan yang kompetitif, lebih tinggi dari segi sejarah
daripada simpanan biasa dan kadar simpanan tetap 12-bulan.
Kecairan yang tinggi
Tiada tempoh bertenang dan pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa.
Perkhidmatan boleh didapati di lebih daripada 1,700 rangkaian ejen termasuk Maybank,
CIMB
Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia di seluruh negara.
ASNB melalui anak syarikat milik penuhnya Amanah Mutual Berhad (AMB) menguruskan 15
dana unit amanah lain yang membolehkan individu serta pelanggan korporat mengambil
bahagian dalam dana berprestasi dengan pelaburan yang pelbagai seperti dalam ekuiti, bon,
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
16/46
instrumen pasaran wang jangka pendek dan lain-lain instrumen pasaran modal. Lima (5)
daripada dana ini adalah berlandaskan Syariah.
ASNB adalah syarikat unit amanah pertama di negara ini yang menawarkan kemudahan dalam
talian untuk membuat pelaburan tambahan dalam unit ASB, ASW 2020, ASM, ASD dan AS 1M.
Kemudahan ini boleh didapati melalui Maybank2u.com, CIMB Clicks, affinOnline.com dan RHBNow. Ia memberi pelabur pilihan tambahan untuk berurus niaga pada bila-bila masa, di mana
sahaja.
Pelabur ASB juga boleh memilih untuk membuat pelaburan tambahan melalui skim potongan
gaji serendah RM10 sebulan. Sementara itu, AS1M, ASW 2020, ASD, ASN 2, ASN 3 dan
pemegang unit ASG boleh melabur melalui Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP).
Laman Web:http://www.asnb.com.my
PENAFIAN: Prospektus Induk bagi tabung unit amanah ASNB bertarikh 30 JUN 2013. telah didaftarkan dengan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. dan boleh diperolehi di pejabat ASNB dna ejennya. Unit akan diterbitkan setelah
penerimaan borang pendaftaran seperti yang terdapat di dalam prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila baca
dan fahami kandungan prospektus tersebut. Jumlah keseluruhan pulangan pelaburan mungkin turun atau naik.
Pelaburan dalam unit amanah adalah tertakluk kepada risiko pengurusan dana, risiko inflasi dan risiko kuasabeli.
Prestasi masa lalu tabung unit amanah ASNB bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Sebelum melabur. sila
pertimbangkan yuran dan bayaran yang dikenakan.
HARTANAH & HOSPITALIT I
PNB menjalankan perniagaan hartanahnya melalui beberapa buah syarikat dan bahagian.
Tumpuan kepada perniagaan hartanah adalah sejajar dengan hala tuju masa depan PNB untuk
menjana pendapatan daripada sektor ini.
Bermula dengan bangunan pertamanyaMenara PNB di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
pada tahun 1984, portfolio hartanah PNB telah berkembang sehingga mencapai kedudukan
penting dari segi nilai dan sumbangannya kepada Kumpulan. Selama sedekad yang lalu, PNB
telah secara agresif meningkatkan aset hartanahnya melalui pembelian hartanah, pembangunan
dan penstrukturan semula.
http://www.asnb.com.my/http://www.asnb.com.my/http://www.asnb.com.my/http://www.asnb.com.my/7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
17/46
PNB juga aktif dalam pembangunan hartanah melalui pegangan strategik dalam beberapa buah
syarikat, termasuk Kumpulan I&P Sdn Bhd dan Sime Darby Berhad.
Hari ini, aset hartanah PNB terdiri daripada bank tanah yang besar dan pelbagai hartanah
komersil, termasuk bangunan pejabat, apartmen perkhidmatan, kompleks membeli-belah dan
kedai-kedai runcit.
nara PNBB Darby Park
nara Tun Ismail Mohamed Ali
B Damansara
anga International Building
nara MIDF
nara MBSB
gunan UTM SPACE
nara HeiTech Village
CSF Computer Exchange 1 (CX 1) CSF Computer Exchange 2 (CX 2)
CSF Computer Exchange 5 (CX 5)
Bangunan Setia 1
Plaza Damanasara Blok B
Plaza Damansara I
Plaza Damansara II
The Epicure
Kolej Ilmu
Kompleks Sukan Perdana
Sebagai sebahagian daripada pelan strategik dalam pasaran ini, beberapa portfolio hartanah
PNB seperti Menara PNB, Wisma Bank Islam dan PNB Darby Park, Menara Tun Ismail
Mohamed Ali dan Bangunan PNB Damansara telah disuntik ke dalam PNB REIT.
PNB juga telah memulakan kerja-kerja menaik taraf Bangunan MAS 35 tingkat di Kuala Lumpur
dan pembinaan sebuah menara hotel baru 50 tingkat bersebelahan dengannya, yang dijangka
akan siap pada tahun 2017.
Sebagai sebahagian daripada pelan strategi syarikat untuk mempelbagaikan pegangan, PNB
telah beralih kepada pasaran hartanah antarabangsa.
PNB mengorak langkah meneroka pelaburan hartanah luar negara dengan pembelian Santos
Place, sebuah bangunan pejabat gred-A 37 tingkat bertaraf 6-Star Green Star yang terletak di
32, Turbot Street, Brisbane, Australia (Santos Place). Pembelian itu telah dimuktamadkan pada
tahun 2010.
Selepas menyempurnakan pengambilalihan Santos Place, PNB terus memperkukuhkan
pemilikan hartanahnya di peringkat antarabangsa dengan pembelian tiga bangunan komersil di
United Kingdom, iaitu, Milton & Shire Houses yang terletak di 1, Silk Street, London EC2, One
Exchange Square terletak di 175 Bishopsgate, London EC2 dan 90, High Holborn yang terletak
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
18/46
di London WC1 . Ketiga-tiga pembelian tersebut telah disempurnakan pada suku pertama tahun
2012.
Santos Place ialah sebuah bangunan pejabat Premium Gred-A yang
merupakan bangunan yang terbesar di Australia yang menerima
pengiktirafan 6-Star dengan 5.5 NABERS penarafan tenaga. Antara
penyewa utama bangunan ini ialah Petronas, Santos, Aurecon dan
Nielson Properties.
Website:http://www.santosplace.com.au
Milton & Shire Houses terletak diantara Silk Street dan Milton Street
dan berhampiran dengan stesen keretapi bawah tanah Moorgate dan
Barbican. Keseluruhan bangunan tersebut disewa sepenuhnya kepada
Linklaters Business Services.
One Exchange Square ialah sebuah bangunan pejabat dan ruang sewa
Gred-A yang terletak dalam lingkungan pejabat Kompleks Broadgate di
tengah-tengah Kota London berhampiran Stesen Liverpool Street. One
Exchange Square ini disewakan kepada European Bank of
Reconstruction and Development dan lain-lain peniaga.
90 High Holborn terletak di Midtown, di tengah-tengah Kota London.
Bangunan ini mengandungi pejabat, ruang niaga dan tempat letak
kereta yang disewakan sepenuhnya kepada OMD Services Limited.
Perniagaan hospitaliti PNB pada masa ini terdiri daripada PNB Darby Park Executives Suites di
Kuala Lumpur dan PNB Ilham Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Hotel Perdana di
Kota Bharu, Kelantan.
http://www.santosplace.com.au/http://www.santosplace.com.au/http://www.santosplace.com.au/http://www.santosplace.com.au/7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
19/46
Sebuah bangunan 39 tingkat terletak di lokasi strategik di Jalan Binjai
dan mudah dikunjungi melalui Jalan Ampang dan Persiaran KLCC. Ia
terletak dalam pusat perniagaan Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh
mercu tanda terkenal seperti Menara Berkembar KLCC,
InterContinental Hotel, Menara Citibank, Bangunan Lembaga Tabung
Haji, Menara PNB dan Stesen LRT Ampang Park.
Ia merupakan pangsapuri servis terkemuka dengan 340 buah bilik yang
dilengkapi dengan ruang komersial seluas 109.161 kaki persegi,
restoran khusus dan kemudahan moden. Ia telah dibuka pada bulan
Jun 2000 dan diuruskan bersama dengan PNB Management Services
Sdn Berhad dan Darby Park (Management) Pte Ltd.
Laman web:http://www.pnbdarbypark.com
PNB Ilham Resort terdiri daripada enam buah blok bangunan rendahberangkai yang menghadap Selat Melaka. Ia terletak di lokasi eksklusif
iaitu Tanjung Tuan Lagoon, kira-kira 16km dari bandar Port Dickson.
Suasana yang tenang dan persekitaran semula jadi yang menakjubkan
menjadikannya satu destinasi percutian yang sempurna untuk
keluarga.
Pusat peranginan ini mempunyai 52 unit pangsapuri 3 buah bilik tidur
dan 4 buah bilik tidur serta bilik latihan dengan fungsi kontemporari,
dan kemudahan rekreasi termasuk pusat rekreasi dalaman, bilik
karaoke, kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan denai
semula jadi.
Laman web:http://www.ilhamresort.com
PNB Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan yang telah diperolehi pada
tahun 2008, telah menyelesaikan proses menaik taraf yang mempunyai
272 bilik.
Laman web:http://www.hotelperdanakotabharu.com
PENDIDIKAN & CSR
PNB telah melaksanakan pelbagai program pendidikan yang menyeluruh sebagai sebahagian
daripada sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke arah meningkatkan
pembangunan modal insan untuk negara. Sebagai institusi pelaburan utama di negara ini,
inisiatif pendidikan kami memberi tumpuan kepada pelaburan dan aktiviti kewangan yang
berkaitan. Usaha-usaha ini disasarkan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat dari
sekolah menengah dan pelajar universiti sehinggalah golongan profesional dan orang awam.
http://www.pnbdarbypark.com/http://www.pnbdarbypark.com/http://www.pnbdarbypark.com/http://www.ilhamresort.com/http://www.ilhamresort.com/http://www.ilhamresort.com/http://www.hotelperdanakotabharu.com/http://www.hotelperdanakotabharu.com/http://www.hotelperdanakotabharu.com/http://www.hotelperdanakotabharu.com/http://www.ilhamresort.com/http://www.pnbdarbypark.com/7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
20/46
Kolej ILMU PNB
KELAB PELABURAN
BIJAK 1MALAYSIA
SEMINAR PELABURAN
360 1MALAYSIA
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline1http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline1http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline1http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline2http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline2http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline3http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline3http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline3http://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline3http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline3http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline3http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline2http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline2http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline2http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline1http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline1http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline17/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
21/46
MINGGU SAHAM
AMANAH MALAYSIA
KUIZ PELABURAN
PNB 1MALAYSIA
PROGRAM
BIASISWA
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline4http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline4http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline4http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline4http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline5http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline5http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline5http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline6http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline6http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline6http://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline6http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline6http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline6http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline5http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline5http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline5http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline4http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline4http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline47/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
22/46
YAYASAN TUN ISMAIL
MOHAMED ALI BERDAFTAR
PNB INVESTMENT
INSTITUTE SDN BHD
PERKHIDMATAN SOKONGAN
Penyelidikan dan Pembangunan
Penyelidikan adalah teras yang penting di dalam semua bentuk perniagaan yang berkaitan
dengan pelaburan. Atas dasar tersebut, fungsi utama Jabatan Penyelidikan dan Analisa
Teknologi adalah menjalankan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif ke atas syarikat, industri,
pasaran saham dan teknologi. Para juruanalisa professional kami sentiasa mengikuti
perkembangan setiap sektor bagi mengenalpasti kemungkinan yang akan berlaku yang akan
memberi kesan ke atas syarikat, pelanggan, pembekal dan pesaing mereka. Ini adalah untuk
memastikan bahawa portfolia yang dilaburkan oleh PNB sentiasa mempunyai nilai yang
bertambah untuk tempoh jangka panjang.
Proses penyelidikan di PNB mengenalpasti syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi dan
stabil, jangka hayat produk yang panjang, serta di dalam sektor yang memberangsangkan. Ini
merangkumi tanggungjawab bagi mengenalpasti syarikat, sebaliknya yang mempunyai risiko
tinggi dan prospek yang kurang memberangsangkan, bertujuan sebagai amaran awal kepada
PNB dari melabur di dalam syarikat atau sector industri tersebut.
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline7http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline7http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline7http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline7http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline8http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline8http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline8http://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline8http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline8http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline8http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline7http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline7http://www.pnb.com.my/aset_m.php#inline77/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
23/46
Proses penyelidikan di PNB juga melibatkan aktiviti meramal dan mengenalpasti perkembangan
di dalam teknologi, pengurusan, polisi kewangan dan fiskal, di samping faktor politik sosial yang
boleh mempengaruhi perundangan, permintaan dan penawaran, serta harga input bagi
pengeluaran di dalam pasaran tempatan dan luar negara yang berkaitan. Analisa teknologi pula
memfokus ke arah mengenalpasti perubahan di dalam teknologi yang berpotensi untuk
membentuk industri baru menggantikan teknologi yang lapuk atau tidak digunakan lagi.
Jabatan Penyelidikan dan Analisa Teknologi juga memfokus kepada perbandingan global, di
mana bersesuaian, membabitkan syarikat persendirian, syarikat awam atau syarikat modal
teroka di dalam sektor yang sama, yang beroperasi di dalam pasaran, perundangan dan
ekonomi yang pelbagai.
Perubahan dan aliran di dalam industri unit amanah juga sentiasa diikuti bagi memastikan PNB
kekal berdaya saing dan terus menyumbang sebagai warga korporat yang bertanggungjawab
kepada bangsa, agama dan negara. Falsafah dan budaya korporat kami menggalakkan
kemajuan professional bagi melahir dan seterusnya mengekalkan juruanalisa yang bertauliah
dan berpengalaman bagi memastikan penyelidikan yang komprehensif di dalam bidang
kemahiran masing-masing.
Teknologi Maklumat
Sambutan hangat pelabur terhadap tawaran awal ASN pada tahun 1981 memerlukan PNB
menaikkan taraf sistemnya untuk menangani permintaan. Usaha ini meletakkan PNB sebagaipengguna teknologi canggih sehingga ke hari ini. Penglibatan PNB dalam penggunaan dan
pemanfaatan kuasa ICT di Malaysia kurang diketahui, tetapi ia telah membantu meningkatkan
tahap mutu perkhidmatan beberapa agensi utama.
Pada tahun 1981, strategi aksesibiliti PNB bergantung kepada rangkaian agensi pihak ketiga dari
seluruh negarasatu inovasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kekal unik di dunia.
PNB perlu membina satu rangkaian dalam talian yang mampu menghubungkan agen-agen
dalam masa sebenar. Walaupun ini dapat dilaksanakan dengan agak mudah dengan bank-bank
yang menjadi ejen PNB, Pejabat Pos merupakan satu cabaran yang besar pada masa itu kerana
sistem komputernya adalah minimum dan Internet masih lagi bertahun-tahun di hadapan. Untuk
mengatasi masalah ini, pada tahun 1990, PNB telah menanggung kos pengkomputeran sistem
transaksi Pejabat Pos untuk memastikan pelabur mempunyai akses dalam talian untuk
pelaburan mereka dengan PNB. Projek ini juga membolehkan Pejabat Pos kemudiannya
memanfaatkan sistem yang dipasang ini untuk menguruskan transaksi untuk pelanggan-
pelanggannya yang lain seperti Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia, agensi-agensi kerajaan
seperti JPJ dan JPN, dan syarikat-syarikat sektor swasta seperti Astro dan Maxis.
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
24/46
(seterusnya)
Pengurusan Kualiti
Tinjauan
Kualiti ialah asas di sebalik kejayaan perniagaan kami. Sebagai sebuah organisasi perkhidmatan
kewangan dan pelaburan utama dengan kepentingan besar dalam ekonomi tempatan dan global
yang berubah-ubah, PNB bangga bahawa semua produk dan perkhidmatan yang diberikan
kepada pihak berkepentingan, rakan perniagaan dan pelanggan dengan standard kualiti
tertinggi.
Di PNB, pengurusan kualiti menyeluruh dilihat sebagai satu usaha bersepadu untuk
mendapatkan kelebihan daya saing melalui penambahbaikan yang berterusan bagi setiap aspek
proses perniagaan organisasi ini. Ini ialah asas kepada falsafah yang membentuk PNB hari ini.
Dari penggunaan kaedah kuantitatif hingga kepada peningkatan perkhidmatan, sama ada masa
kini atau untuk masa hadapan, PNB percaya bahawa keperluan dan kehendak pelanggan perlu
didahulukan. Dengan menggunakan sistem pengurusan kualiti menyeluruh yang
mengintegrasikan teknik pengurusan asas, usaha penambahbaikan yang sedia ada dan alat
teknikal di bawah pendekatan berdisiplin yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan yang
berterusan, PNB yakin dapat memberi kepuasan kepada pelanggan di semua peringkat.
ISO
ISO (Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa) merupakan gabungan antarabangsa badan
pemiawaian negara-negara di dunia yang mengeluarkan Standard Antarabangsa. Standard
Antarabangsa ini menyatakan spesifikasi produk, perkhidmatan dan amalan yang baik, yang
terkini ke arah pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Tujuannya adalah untuk
memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa dengan
menyediakan satu set standard yang diiktiraf dan dihormati oleh sesiapa sahaja.
Sekretariat Pusat ISO terletak di Geneva, Switzerland dan ia telah ditubuhkan pada tahun 1947.
ISO mempunyai keahlian dari 163 buah negara dan 3,368 buah badan teknikal yang menjaga
pembangunan standard.
Standard Antarabangsa ISO memastikan produk dan perkhidmatan adalah selamat, dipercayai
dan berkualiti baik. Di dalam dunia perniagaan, ia adalah alat strategik untuk mengurangkan kos
dengan mengurangkan pembaziran dan kesilapan dan meningkatkan produktiviti. Ia membantu
syarikat-syarikat mengakses pasaran baru, memberi peluang sama rata bagi negara-negara
membangun dan memudahkan perdagangan global yang bebas dan adil.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001
http://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.phphttp://www.pnb.com.my/aset_m.php7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
25/46
ISO 9001adalah Standard Antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Ia
menyediakan organisasi satu set prinsip yang memastikan pendekatan sistematik kepada
pengurusan aktiviti perniagaan untuk mencapai kepuasan pelanggan secara konsisten.
Keperluan ISO 9001disokong oleh lapan prinsip pengurusan:
organisasi yang berfokuskankepada pelanggan
kepimpinan
penglibatan semua pihak
memastikan pendekatan proses
pendekatan yang sistematik kepada pengurusan
pendekatan fakta dalam membuat keputusan
hubungan pembekal yang saling menguntungkan
penambahbaikan yang berterusan
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
MS ISO 9001:2008 dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM), iaitu badan standard
dan akreditasi kebangsaan. Standard Malaysia ini sama dengan ISO 9001:2008, Sistem
Pengurusan KualitiKeperluan, yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa
(ISO). Standard Malaysia adalah sejajar dengan atau mengguna pakai standard antarabangsa
setakat yang mungkin.
Jabatan Standard melantik SIRIM Berhad sebagai ejen untuk membangunkan Standard
Malaysia. Jabatan ini juga melantik SIRIM Berhad sebagai ejen pengedaran dan penjualan
Standard Malaysia.
SIRIM QAS International Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan SIRIM telah menerima
tauliah daripada Jabatan Standard Malaysia (STANDARD MALAYSIA) dan the United Kingdom
Accreditation Service (UKAS) untuk melakukan audit MS ISO Sistem Pengurusan Kualiti (QMS)
dan memperakui organisasi yang ingin menerima pensijilan MS ISO QMS.
PNB telah berurusan dengan SIRIM QAS International untuk pensijilan MS ISO 9001:2008.
PERNIAGAAN
Pengurusan Kualiti
Pensijilan ISO(bagi menggantikan Akreditasi ISO 9002)
Komitmen PNB ke arah meningkatkan kualiti amalan pengurusan dan proses kerja dalam usaha
penambahbaikan yang berterusan dibuktikan melalui pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS
ISO 9001.
Dengan menerima pakai Standard Antarabangsa, sistem pengurusan kualiti di PNB telah
mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan harapan
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
26/46
pelanggan dengan mengaplikasikan lapan prinsip utama pengurusan ISO yang merangkumi
kepimpinan, fokus kepada pelanggan, pendekatan sistem dalam pengurusan, pendekatan fakta
dalam pengurusan, hubungan pembekal yang saling menguntungkan dan penambahbaikan
yang berterusan.
Sejajar dengan permintaan yang berubah-ubah dan keperluan persekitaran hari ini yang
kompetitif, PNB sentiasa mengikuti perkembangan terbaru Piawaian Antarabangsa. Kenaikan
taraf pensijilan ISO kepada semakan terkini mencerminkan kesediaan PNB untuk terus
meningkatkan dan menyokong aspek-aspek perniagaan yang penting seperti kecekapan,
integrasi, ketekalan dan ketelusan dalam organisasi.
Perjalanan dan komitmen PNB ke arah penambahbaikan berterusan dalam Sistem Pengurusan
Kualitinya ditunjukkan dalam jadual di bawah:
SYARIKAT MS ISO
9002: 1994
TARIKH PENSIJILAN
MS ISO
9001:2000
MS ISO
9001:2008
Amanah Saham Nasional Berhad 17 Disember 1997 5 November 2002 5 November 2009
Permodalan Nasional BerhadIDRA 19 Oktober 1998 27 September 2002 12 Ogos 2009
Pelaburan Hartanah Nasional Berhad 3 September 1999 17 September 2002 27 Ogos 2009
Bahagian Hartanah PNB 5 Oktober 1999 6 November 2002 10 September 2009
PNB ILHAM Resort 29 Ogos 1999 29 Ogos 2006 1 Ogos 2009
PNB Darby Park - 3 November 2006 7 Ogos 2009
MS 1900:2005 Sistem Pengurusan Kualiti - Keperluan dari Perspektif Islam
Standard Malaysia ini telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal bagi Sistem Pengurusan
dari Perspektif Islam di bawah kuasa Jawatankuasa Standard Industri untuk Standard Halal. Ia
bertujuan untuk memastikan organisasi diuruskan selaras dengan prinsip-prinsip dan amalan
sistem pengurusan kualiti dari perspektif Islam. Sebagai tambahan kepada ISO 9001 yang sedia
ada, keperluan Syariah telah digabungkan.
PNB Darby Park dan PNB ILHAM Resort telah berjaya memperoleh dan mengekalkan pensijilan
MS 1900:2005 masing-masing sejak 10 Oktober 2008 dan 1 Oktober 2010. Dengan pensijilan
tersebut, PNB Darby Park dan PNB ILHAM Resort dijamin dapat menyediakan perkhidmatan
yang mengikut landasan Syariah seperti dapur dan restoran halal, pangsapuri bersih, dan
perkhidmatan pelanggan yang cekap dan boleh dipercayai.
APAKAH TABUNG UNIT AMANAH
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
27/46
Tabung unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang
ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional.
Unit amanah ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di
antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat Ikatan yang didaftarkan dengan
Suruhanjaya Sekuriti menerangkan hak-hak, tanggungjawab dan liabiliti pemegang amanah dan
pengurus.
Tabung unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain
yang dibenarkan di bawah Garis panduan Tabung Unit Amanah.
Pengurus tabung perlu mematuhi keperluan Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan
2007 yang diperbaharui dari semasa ke semasa, Garis Panduan Tabung Unit Amanah dan undang-
undang serta peraturan lain yang berkenaan. Juru audit bebas dilantik untuk menyediakan laporan
akaun unit amanah setiap tahun.
FAEDAH MELABUR DALAM UNIT AMANAH
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
28/46
Kepelbagaian
Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan
mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan jumlah
wang yang besar dan banyak. Pelaburan melalui tabung unit amanah membantu mengurangkan
risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur
dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus
dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaianpelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan.
Pengurus yang profesional
Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh
pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur
dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.
Pentadbiran yang mudah
Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jikadibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara
langsung oleh pelabur.
Kecairan
Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila masa dalam
waktu perniagaan.
Berkemampuan untuk melabur
Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskanoleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam
sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan
daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang sedikit sekiranya mereka
melabur terus dalam pasaran saham.
RISIKO YANG BERKAITAN UNIT AMANAH
RISIKO AM
Risiko Pengurusan Tabung
Pemilihan saham-saham yang akan membentuk aset bagi tabung unit amanah merupakan satu
proses yang subjektif. Jenis saham yang dipilih oleh seorang pengurus portfolio mempunyai risiko
turun naik yang berbeza berbanding portfolio yang dipilih oleh pengurus portfolio lain.
Risiko Pematuhan
Ketidak patuhan ke atas peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993 dan
lain-lain peraturan yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Unit Amanah dan Surat Ikatan, mungkin
akan memberi kesan ke atas wang pelabur.
Risiko Kecairan
Pelaburan yang mudah dikeluarkan mempunyai kecairan yang tinggi. Tabung unit amanah yang
melabur dalam bon adalah terdedah kepada risiko kecairan yang rendah disebabkan oleh pasaran
bon di Malaysia tidak secair pasaran saham. Oleh itu, tidak mudah untuk menjual dan membeli bon
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
29/46
pada harga pasaran. Keadaan ini mungkin akan memberi kesan kepada kemampuan tabung untuk
membayar balik pelabur apabila tabung unit amanah itu dibubarkan.
Risiko Inflasi / Risiko Penurunan Kuasa Membeli
Inflasi merupakan antara risiko utama kepada pelabur dalam jangka masa panjang di mana ia boleh
mengakibatkan ketidakpastian terhadap nilai hadapan sesuatu pelaburan. Dalam suasana inflasi,
sekiranya pulangan pelaburan lebih rendah daripada kadar inflasi, ianya akan menurunkan nilai
sebenar pelaburan/kuasa membeli.
Risiko Pembiayaan Pinjaman
Melabur di dalam unit amanah melalui pinjaman lebih berisiko berbanding apabila menggunakan
wang sendiri. Tabung unit amanah membuat pelaburan di dalam pasaran saham dan instrumen
pasaran modal yang lain dan ini menyebabkan nilai unit-unit akan turun naik mengikut
portfolionya. Apabila pasaran saham mencatat penurunan, pelabur terpaksa mengeluarkan lebih
wang untuk menampung margin pinjaman mereka. Begitu juga apabila kadar faedah meningkat,
pelabur akan menanggung kos pinjaman yang tinggi seterusnya berkemungkinan mengalami
kerugian modal pelaburan mereka.
RISIKO PELABURAN
Risiko Pasaran Modal
Pelabur perlu memahami bahawa tabung unit amanah adalah terdedah kepada turun-naik pasaran
modal yang terdiri daripada pasaran saham dan lain-lain pasaran sekuriti. Pasaran modal
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi, pergerakan kadar faedah,
prestasi pasaran modal antarabangsa dan polisi fiskal sesebuah negara.
Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam pasaran ekuiti, prestasinyaakan dipengaruhi oleh prestasi pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran saham antarabangsa dan
polisi fiskal negara tersebut.
Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap,
prestasinya akan dipengaruhi oleh pergerakan kadar faedah dan polisi fiskal.
Risiko Khusus / Risiko Saham
Risiko khusus atau risiko saham merupakan risiko yang berkaitan dengan syarikat yang menerbitkan
saham tersebut. Risiko ini berkait rapat dengan risiko pengurusan syarikat yang tidak cekap,
perubahan kehendak pengguna, persaingan kempen pengiklanan, tindakan perundangan dan
suasanan industri yang kompetitif.
SIAPA YANG SELALU MELABUR DALAM UNIT AMANAH
Unit amanah adalah satu mekanisma tidak langsung untuk menyertai dalam instrumen pasaran
modal Umumnya ia adalah pelaburan berisiko rendah. Oleh itu ia amat bersesuaian bagi pelabur
yang ingin membuat pelaburan dalam jangkamasa yang panjang tetapi kesuntukan masa dan
kemahiran untuk mengawasi sendiri prestasi pelbagai instrumen pasaran modal.
YURAN DAN CAJ
Dalam pelaburan unit amanah terdapat yuran dan caj yang dikenakan kepada pelabur sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung. Caj secara langsung yang perlu dibayar adalah caj jualan/
perkhidmatan permulaan semasa urus niaga belian dan jualan unit dilakukan, yuran jualan balik dan
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
30/46
caj perkhidmatan bagi pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Dalam menguruskan tabung unit amanah, terdapat beberapa yuran yang dikenakan seperti yuran
pengurusan, yuran pemegang amanah, ganjaran juru audit, dan lain-lain yuran profesional, kos/caj
dan perbelanjaan percetakan laporan tahunan dan baucer pengagihan pendapatan serta lain-lain
perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan unit amanah.
Anda dinasihatkan agar mempertimbangkan semua yuran dan caj yang dikenakan sebelum
membuat pelaburan.
RANGKA KERJA BADAN KAWAL SELIA UNIT AMANAH DI MALAYSIA
Penubuhan dan operasi tabung unit amanah adalah tertakluk di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 dan garis panduan yang dipantau dari semasa ke semasa dan diuruskan oleh
Suruhanjaya Sekuriti, sebuah badan kawal selia untuk tabung unit amanah di Malaysia. Mengikut
undang-undang, surat ikatan perlu didaftarkan pada Suruhanjaya Sekuriti dan perlantikan pengurus,
pemegang amanah, pengurus pelaburan, lembaga pengarah, pegawai ketua eksekutif, ahli
jawatankuasa pelaburan dan ahli jawatankuasa syariah perlu diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.
BAGAIMANA MENGUKUR PRESTASI UNIT AMANAH
Bagi mengukur prestasi tabung unit amanah, pelabur perlu memahami definasi asas pulangan
pelaburan.
Jumlah Pulangan
Perubahan di dalam Nilai Aset Bersih (NAB), dengan andaian pengagihan pendapatan akan
dilaburkan semula dan tiada transaksi jualan balik dibuat sepanjang tempoh tersebut.
Purata Pulangan Tahunan
Jumlah pulangan untuk tempoh tersebut di bahagikan dengan bilangan tahun dalam tinjauan.
Pulangan Pengagihan Pendapatan (bagi tabung unit amanah berharga tetap)
Pengagihan pendapatan dibahagikan dengan harga tabung, yang ditetapkan pada RM1.00 se unit.
Penanda Aras
Walaupun prestasi masa lalu tabung unit amanah tidak dapat menunjukkan prestasinya untuk masa
hadapan, prestasi masa lalu sebuah tabung unit amanah boleh digunakan sebagai perbandingan
dengan penanda aras dan tabung unit amanah lain yang mempunyai objektif pelaburan yang sama.
Penggunaan penanda aras yang sesuai dengan objektif tabung atau kelas aset banyak memberi
faedah kerana kelas aset yang berbeza mempunyai prestasi yang berlainan mengikut keadaan
pasaran. Sebagai contoh, kebanyakkan tabung ekuiti melabur dalam ekuiti Malaysia menggunakan
penanda aras Komposit Indeks Kuala Lumpur (KLCI) atau mana-mana indeks Bursa Malaysia. Bagi
tabung imbang pula, ia akan menggunakan penanda aras yang mempunyai kombinasi kelas aset.
Contohnya, 50:50 iaitu kombinasi KLCI dan 3-bulan KLIBOR. Apabila memilih tabung unit amanah,
pelabur harus memilih tabung yang secara konsisten mencatat prestasi melebihi penanda aras atau
pesaingnya.
PERBANDINGAN UNIT AMANAH DAN INSTRUMEN PELABURAN LAIN
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
31/46
Semua instrumen pelaburan mempunyai tahap risiko dan pulangan berbeza. Secara amnya, perbandingan risiko
dan pulangan bagi pelbagai pelaburan boleh diringkaskan seperti berikut:-
Jenis Pelaburan Tahap RisikoTahap Jangkaan
Pulangan
1 Produk Derivatif Kewangan Tinggi Tinggi
2 Pelaburan dalam saham
3 Hartanah
4 Unit amanah
5 Deposit tetap
6 Tunai Rendah Rendah
Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia,
merupakan usaha ASNB untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai aspek-aspek perancangan
kewangan. Usaha yang menyeluruh ini diadakan setiap hari, sepanjang tahun, meliputi 140 buah
daerah di seluruh Malaysia.
Angka 360 memaparkan satu putaran lengkap 360 darjah. Seminar ini mengguna angka ini bagi
menggambarkan pendidikan sepanjang hayat dan usaha ASNB untuk menukar persepsi serta
sikap rakyat Malaysia daripada tiada kesedaran tentang pentingnya perancangan kewangan
kepada individu yang berpengetahuan dan sedar akan kepentingan perancangan kewangan.
Melalui Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia, ASNB menyediakan kemudahan perancangan
kewangan untuk individu seawal umur 6 bulan sehinggalah ke umur persaraan.
Latar Belakang Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia
Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat
(CSR) PNB untuk mendidik masyarakat umum tentang perancangan kewangan dan pelaburan
dalam unit amanah ASNB, sebagai salah satu instrumen untuk merancang kewangan. Inisiatif inibermula pada tahun 2003 dan pada mulanya ia dikenali sebagai Seminar Perancangan
Kewangan. Bermula tahun 2008, seminar ini diadakan setiap hari dan namanya telah ditukar
kepada Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia.
Peserta seminar dikategorikan mengikut kumpulan sasar yang terdiri daripada pelajar sekolah
menengah, pelajar institusi pengajian awam dan swasta/institusi pendidikan guru/maktab/pusat
latihan, komuniti tidak bekerja, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat. Kategori lain
ialah badan beruniform, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, persatuan/pertubuhan bukankerajaan (NGO) dan pemegang unit ASNB.
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
32/46
Penceramah seminar pula terdiri daripada Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) dan
Perancangan Kewangan Berdaftar (RFP) dari ASNB. Manakala, modul yang digunakan bagi
setiap seminar disesuaikan mengikut kumpulan sasar.
OBJEKTIF & PENCAPAIAN
Objektif
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan dalam kalangan
masyarakat.
Memperkenalkan unit amanah ASNB sebagai instrumen pelaburan yang kompetitif bagi
merangka pelan perancangan kewangan melalui aktiviti seminar.
Meningkatkan jumlah pelabur baru yang melabur dalam unit-unit amanah ASNB.
Menggalakkan pelabur memiliki lebih daripada satu akaun unit amanah ASNB.
Memberi khidmat nasihat berkaitan perancangan kewangan dan meningkatkan kualiti
perkhidmatan kepada para pelabur.
Pencapaian Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia
Dari 1 Januari 2008 hingga 30 September 2013, ASNB telah berjaya mengadakan seminar ini di
140 buah daerah seluruh Malaysia. Ini termasuklah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat telah mendapat manfaat melalui
pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa seminar.
Bermula tahun 2008 sehingga 2013, jumlah peserta bertambah dari tahun ke tahun. Setakat
September 2013, jumlah keseluruhan peserta menyertai Seminar 360 1Malaysia ialah sebanyak
333,114 peserta. Kesemua peserta ini merangkumi kumpulan sasar seperti pelajar, pekerja, suri
rumah, persatuan dan lain-lain.
kim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh KerajaanMalaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur disamping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewanganterlibat.
Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlahRM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1Malaysia)Iyang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentifyang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.
*ASNB ialah anak syarikat milik penuh PNB yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit amanah AS1Malaysia.
CIRI-CIRI ISTIMEWA SKIM
Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham1Malaysia (AS 1Malaysia)I. Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5
tahun.
Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyaiminimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
33/46
CIRI-CIRI PINJAMAN
Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah. Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I. Permohonan masih dibuka tertakluk kepada unit-unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang masih ada
atau sehingga notis penutupan dikeluarkan.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;3. Peserta didapati muflis; atau4. Peserta meninggal dunia.
MAKLUMAT TABUNG
Nama Tabung SEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)
Jenis Pertumbuhan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 20 April 1981
Objektif Bagi menjana pulangan yang berpatutan dalam bentukpengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal kepada
pemegang-pemegang unit melalui pelaburan dalam kepelbagaian
portfolio.
Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan
mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke
panjang
Kelayakan Bumiputera Malaysia
Akaun Dewasa(18 tahun ke atas)
Akaun Remaja( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak
kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6
bulan hingga 18 tahun ke bawah).
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad
MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga SeunitHarga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang
unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Bentuk Pelaburan Buku Pelaburan
Sijil
Pelaburan Permulaan MinimumBuku Pelaburan - 10 unit
Pelaburan Tambahan Minimum Buku Pelaburan - 1 unit
Sijil - Gandaan 1,000 unit
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.
Saiz Tabung 2.5 bilion unit.
Caj Jualan 5% dari NAB seunit.
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta merta
Tempoh Bertenang Tiada
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
34/46
Tahun Kewangan Berakhir Disember 31
Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan
Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB
berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah
had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus
Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya
mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangantabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut,
yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk
pengagihan pendapatan, jika ada.
PRESTASI TABUNG
Tahun Berakhir 31 Disember 2011 2012 2013
Kadar Pengagihan
Pendapatan Seunit (sen)6.05 6.30 6.45
Jumlah Pulangan (%) 5.33 11.42 11.36
NAB Seunit Tertinggi (RM) 0.8841 0.9046 0.9391
NAB Seunit Terendah (RM) 0.7703 0.8127 0.8225Sumber: Peti
MAKLUMAT TABUNG
Nama Tabung AMANAH SAHAM NASIONAL 2 (ASN2)
Jenis Pertumbuhan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 9 Jun 1999
Objektif
Memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit untuk
mendapat pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan
pulangan modal pada tahap risiko yang berpatutan melalui
pelaburan dalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya
dalam ekuiti sekuriti Malaysia selaras dengan Suratikatan, Garis
Panduan dan undang-undang sekuriti.
Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan
mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana kepanjang
Kelayakan Warganegara Malaysia Bumiputera 18 tahun ke atas
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad
MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga SeunitHarga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang
unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Bentuk Pelaburan Buku Pelaburan
Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan Permulaan MinimumBuku pelaburan - 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum Buku pelaburan - 100 unit
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
35/46
KWSP - RM1,000
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.
Saiz Tabung 2.5 bilion unit.
Caj Jualan 5% dari NAB Seunit (Bukan KWSP)
3% dari NAB Seunit (KWSP) -Berkuatkuasa 1 Januari 2008
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik
Serta merta, kecualimereka yang melabur melalui Skim
Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan
dimasukkan semula ke KWSP.
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir Jun 30
Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan
Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB
berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah
had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus
Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya
mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan
tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut,
yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk
pengagihan pendapatan, jika ada.
PRESTASI PRODUK
Tahun Berakhir 30 Jun 2011 2012 2013
Kadar Pengagihan
Pendapatan Seunit (sen)5.50 6.50 7.10
Jumlah Pulangan (%) 20.27 6.56 14.13
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.2350 1.2588 1.3783
NAB Seunit Terendah (RM) 1.0192 1.0504 1.1948Sumber: Petikan dari laporan tahunan Amanah Saham Nasional 2 yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.kan dari
laporan tahunan Sekim Amanah Saham Nasional yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.
MAKLUMAT TABUNG
Nama Tabung AMANAH SAHAM NASIONAL 3 IMBANG (ASN3)
Jenis Imbang
Kategori Ekuiti dan lain-lain instrumen pasaran modal
Tarikh Pelancaran 16 Oktober 2001
Objektif
Untuk menjana pertumbuhan modal dalam jangka masa
sederhana hingga jangka masa panjang menerusi pelaburan
dalam portfolio yang seimbang dan melalui pelaburan semula
pengagihan pendapatan, sekiranya ada.
Pelabur Sasaran
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta
mengharapkan pertumbuhan modal bagi tempoh jangka masasederhana ke panjang
Kelayakan Warganegara Malaysia 18 tahun ke atas
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
36/46
MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga SeunitHarga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang
unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Bentuk Pelaburan Buku Pelaburan
Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan Permulaan MinimumBuku pelaburan - 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum Buku pelaburan - 1 unit
KWSP - RM1,000
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung
Saiz Tabung 1.0 bilion unit.
Caj Jualan 5% dari NAB Seunit (Bukan KWSP)
3% dari NAB Seunit (KWSP) - Berkuatkuasa 1 Januari 2008)
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik
Serta merta, kecualimereka yang melabur melalui Skim
Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan
dimasukkan semula ke KWSP.
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 30 November
Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan
Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB
berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah
had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus
Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya
mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan
tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut,
yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk
pengagihan pendapatan, jika ada.
PRESTASI TABUNG
Tahun Berakhir 30 November 2011 2012 2013
Kadar Pengagihan
Pendapatan Seunit(sen)6.00 6.30 6.40
Jumlah Pulangan (%) 3.17 11.64 10.86
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.1510 1.2010 1.2331
NAB Seunit Terendah (RM) 1.0522 1.0495 1.1124Sumber: Petikan dari laporan tahunan Amanah Saham Nasional 3 yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.
MAKLUMAT TABUNG
Nama
Tabung
ASG - Amanah Saham
Pendidikan
ASG - Amanah Saham
Kesihatan
ASG - Amanah Saham
Persaraan
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
37/46
JenisPertumbuhan dan
pendapatan
Pertumbuhan dan
pendapatan
Pertumbuhan dan
pendapatan
Kategori Sekuriti pendapatan tetap
dan lain-lain instrument
pasaran
Ekuiti
Sekuriti pendapatan
tetap dan lain-lain
instrument pasaran
Tarikh
Pelancaran17 Mac 2003
Objektif
Menyediakan peluang
pelaburan yang menjana
pertumbuhan dan
pulangan jangka panjang
yang berpatutan bagi
memenuhi sebahagian
atau kesemua keperluan
kecairan berkala
pemegang-pemegang unitdan membolehkan mereka
memenuhi keperluan
perancangan kewangan
untuk pendidikan mereka
dan /atau anak-anak dan
/atau individu di bawah
agaan mereka.
Menyediakan peluang
pelaburan yang menjana
pertumbuhan dan
pulangan jangka panjang
yang berpatutan bagi
memenuhi sebahagian
atau kesemua keperluan
kecairan segera untuk
membolehkan pemegang-pemegang unit
menampung keperluan
perbelanjaan kesihatan
secara berterusan bagi diri
mereka dan /atau anak-
anak dan /atau individu di
bawah jagaan mereka.
Menyediakan peluang
pelaburan yang menjana
pertumbuhan dan
pulangan jangka panjang
yang berpatutan dan
pengaliran pendapatan
yang stabil untuk
membolehkan
pemegang-pemegangunit dan /atau anak-anak
dan /atau individu di
bawah jagaan mereka
memenuhi sebahagian
atau kesemua keperluan
persaraan mereka
Pelabur
Sasaran
Pelabur yang memahami
risiko dan pulangan
pelaburan dan mencari
peningkatan modal bagi
angksa masa panjang
dan mementingkan
keperluan kewangan
untuk pendidikan
Pelabur yang memahami
risiko dan pulangan
pelaburan dan mencaripeningkatan modal bagi
angksa masa panjang dan
mementingkan keperluan
kewangan untuk
perbelanjaan kesihatan
Pelabur yang memahami
risiko dan pulangan
pelaburan dan mencari
peningkatan modal bagi
angksa masa panjang
dan mementingkan
keperluan persaraan
Kelayakan Warganegara Malaysia
Akaun Dewasa(18 tahun ke atas)
Akaun Bijak(18 tahun ke atas sebagai Penjaga untuk kanak-
kanak 6 bulan ke atas dan 18 tahun ke bawah)
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad
MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga SeunitHarga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang
unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.
Bentuk Pelaburan Buku Pelaburan
Skim Pelaburan Ahli KWSP
Pelaburan Permulaan MinimumBuku Pelaburan- 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum Buku Pelaburan- 1 unit
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
38/46
KWSP - RM1,000
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.
Saiz Tabung 1.0 bilion unit
Caj Jualan 5 % dari NAB seunit (Bukan KWSP)
3% dari NAB seunit (KWSP) - Berkuatkuasa 1 Jan 2008
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik
Serta merta, kecualimereka yang melabur melalui Skim
Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan
dimasukkan semula ke KWSP.
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac
Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan
Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB
berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah
had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus
Induk.
Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya
mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan
tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut,
yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk
pengagihan pendapatan, jika ada.
PRESTASI PRODUK
ASG - Amanah Saham Pendidikan
Tahun Berakhir 31 Mac 2011 2012 2013
Kadar Pengagihan
Pendapatan Seunit (sen)5.60 7.00 7.10
Jumlah Pulangan (%) 15.04 6.67 7.16
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.1015 1.1112 1.1192
NAB Seunit Terendah (RM) 0.9271 0.9788 1.0275
ASG - Amanah Saham Kesihatan
Tahun Berakhir 31 Mac 2011 2012 2013
Kadar Pengagihan
Pendapatan Seunit(sen)6.10 7.10 7.20
Jumlah Pulangan (%) 16.33 6.54 6.79
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.1568 1.1628 1.1710
NAB Seunit Terendah (RM) 0.9584 1.0166 1.0747
ASG - Amanah Saham Persaraan
Tahun Berakhir 31 Mac 2011 2012 2013
Kadar Pengagihan
Pendapatan Seunit (sen)5.10 7.05 7.30
Jumlah Pulangan (%) 14.44 10.35 10.67
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.1479 1.2094 1.2702
7/21/2019 rujukan ku kuiz pnb
39/46
NAB Seunit Terendah (RM) 0.9762 1.0531 1.1270Sumber: Petikan dari laporan tahunan Amanah Saham Gemilang yang telah diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.
MAKLUMAT TABUNG
Nama Tabung AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2 (ASB 2)
Jenis Pendapatan
Kategori Aset Campuran
Tarikh Pelancaran 2 April 2014
Objektif Menjana pulangan jangka panjang yang konsisten di samping
memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai
pelaburan di dalam portfolio aset campuran.
Pelabur Sasaran Dana ini sesuai untuk pelabur yang mempunyai profil yang
berikut:
Memahami risiko dan pulangan pelaburan;
Mencari instrumen pelaburan jangka panjang yang berpotensi
untuk menjana pulangan tahunan yang lebih baik daripada kadarpulangan purata Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysia
Government Securities, MGS) 5-Tahun.
Kelayakan Bumiputera Malaysia.
Akaun Dewasa(18 tahun ke atas)
Akaun Bijak (ib