Rumusan

Post on 13-Jul-2015

1.620 views 2 download

Transcript of Rumusan

RUMUSAN

MOHD NAZIRUL BIN AHMAD

Melalui tugasan subjek BMM3105 ini, yang telah diberikan oleh pensyarah kami

iaitu En. Mohd Aris, banyak pengetahuan serta pengalaman yang dapat digarap

samada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Pembinaan Blog bagi

memenuhi sukatan subjek ‘Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan

Komputer (BMM3105)’ yang saya dan 17 rakan lain sama-sama menuntut subjek ini.

Penekanan yang dipelajari adalah berkaitan dengan penggunaan komputer,

internet dan pembelajaran secara atas talian. Pada setiap minggu, pelbagai tugasan

perlu disiapkan dan rata-rata tugasan adalah 100% berdasarkan penggunaan komputer

sebagai aset utama dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Tambahan pula, kami

didedahkan dengan pelbagai cara serta kaedah dalam menggunakan komputer dan

internet secara berkesan untuk diterapkan semasa proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Rancangan Pelajaran yang digunakan, diadaptasikan menjadi satu

tapak pembelajaran yang mengandungi set induksi serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan hasil pembelajaran.

Penggunaan tapak pembelajaran ternyata memudahkan dan menjimatkan masa

kepada guru dan pelajar memandangkan penggunaan teknologi dimanfaatkan

sepenuhnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Persediaan adalah amat

perlu dan kami sudahpun didedahkan dengan awal berkaitan penggunaan komputer

dalam P&P.

Selain itu, pembinaan BLOG merupakan tugasan utama kami. Sebahagian

tugasan kami, dimuatnaikkan dalam internet dan dipaparkan dalam BLOG yang telah

dicipta. Penciptaan BLOG bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan kajian

yang lebih dalam membinanya untuk menampakkan unsur kekemasan serta

memudahkan. Namun, bagi saya itu bukanlah satu masalah kerana setiap kesulitan

pasti ada penyelesaian. Alhamdulillah. Pengalaman dan penegetahuan in mungkin

akan diaplikasikan sewaktu berada di sekolah kelak.