Post on 30-Jul-2015
Saya telah melakukan pemerhatian ke atas dua orang guru, yang pertama ialah guru yang mengajar
kurang daripada lima tahun (novice) dan guru yang mengajar lebih daripada sepuluh tahun (expert),
maka dapatlah ditafsirkan terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara kedua-duanya daripada
beberapa aspek berikut;
1) STRATEGI PEMBELAJARAN
Dari segi strategi pembelajaran, guru yang mengajar lebih daripada 10 tahun, strategi pembelajarannya
adalah lebih tertumpu kepada soalan peperiksaan. Ini adalah disebabkan oleh guru tersebut telah
mempunyai banyak pengalaman, dan guru tersebut telah mempunyai kepakaran terhadap matapelajaran
yang di ajar. Melalui kepakaran yang terdapat pada guru tersebut, dia hanya memfokuskan kepada
peperiksaan semata-mata. Pelajar hanya mendapat ilmu semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan
sahaja. Teknik yang digunakan hanyalah teknik menjawab soalan. Huraian dan pembelajaran juga lebih
tertumpu kepada kreativiti di mana pelajar lebih diberi peranan dalam pembelajaran. Guru tersebut
hanyalah mengulas dan memantau tentang apa yang diperlukan oleh pelajar.