pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

27
[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK- KANAK] KAH1023 ISI KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN 2 2. PENGENALAN 3 3. INSTRUMEN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN 4 4. HASIL PEMERHATIAN 7 5. ANALISIS PEMERHATIAN (PENILAIAN) 11 6. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN 13 7. KESIMPULAN 17 8. RUJUKAN 18 9. LAMPIRAN 19 1

Transcript of pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

Page 1: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 2

2. PENGENALAN 3

3. INSTRUMEN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN 4

4. HASIL PEMERHATIAN 7

5. ANALISIS PEMERHATIAN (PENILAIAN) 11

6. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN 13

7. KESIMPULAN 17

8. RUJUKAN 18

9. LAMPIRAN 19

1

Page 2: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya diberikan kesihatan dan

kewarasan yang baik, kami, Noor Sheila binti Hadiz, Mastura binti Jantan, Noryusmania binti

Junaidi, Izu Akma Binti Shaharom, Carina Gan Huat Feng dan Syaza Syafeeqah bt

Mohammad Khasnan telah berjaya menyiapkan tugasan individu KAH 1023

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK dapat

disiapkan tepat pada masanya. Setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih kami

terutamanya kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Zainiah binti Mohamed Isa, yang

banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar, buah fikiran, panduan dan komen yang bernas

kepada kami dari awal permulaan tugasan sehinggalah selesai tugasan ini. Tidak lupa juga

kami tujukan ribuan terima kasih kami kepada keluarga tercinta yang banyak memberi

semangat dan dorongan. Dengan doa dan restu mereka menjadi kekuatan kepada diri kami

untuk berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan lain

yang turut memberi pendapat untuk menyelesaikan tugasan individu ini. Hanya Allah S.W.T

dapat membalas jasa dan budi baik anda semua.

Akhir kata dari kami, jutaan terima kasih kepada semua yang turut terlibat dan

membantu dalam memberi idea, pandangan, mencari bahan rujukan serta dorongan dalam

menyiapkan tugasan kerja individu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagi

penutup bicara, kami sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada

Puan Zainiah binti Mohamed Isa, dimana semangatnya dalam memberikan pengajaran dan

pembelajaran kepada kami dan kami sudahi dengan wassalam.

2

Page 3: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

1.0. PENGENALAN

Kajian, pemerhatian dan penilaian perkembangan kanak-kanak di Taska Wafa Izzati ini

dijalankan bagi memenuhi keperluan kerja kursus subjek KAH 1023 Perkembangan

Bahasa dan Komunikasi Awal Kanak-kanak bagi semester 4 sesi 2012/2013.

Kajian ini dijalankan oleh kami melibatkan siswi-siswi dari kumpulan B bagi subjek

ini. Kajian ini telah dijalankan pada 24 Januari 2012 bertempat di Taska Wafa Izzati,

Tanjong Malim, Perak. Program ini berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 11 pagi.

Jumlah peserta yang menyertai kajian ini adalah seramai 5 orang iaitu, Noor Sheila

binti Hadiz, Mastura binti Jantan, Noryusmania binti Junaidi, Izu Akma Binti

Shaharom, dan Syaza Syafeeqah bt Mohammad Khasnan.

Antara objektif kajian, pemerhatian ini dijalankan ialah :

a) Memerhati dan merekod perkembangan kanak-kanak dari aspek

perkembangan bahasa dan komunikasi.

b) Mengaplikasi pelbagai teknik bagi mempertingkatkan penguasaan

bahasa, komunikasi, dan juga perbendaharaan kata dalam kalangan

kanak-kanak.

c) Mengaplikasikan maklumat daripada pemerhatian dan penilaian serta

analisis sebagai ‘feedback’ bagi membantu perancangan pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak.

d) Merangka dan melaksanakan aktiviti secara kreatif dalam pengajaran

bahasa dan komunikasi awal kanak-kanak.

e) Bekerja secara pasukan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah

dirancangkan.

Bagi menjalankan kajian ini kami menggunalan 2 jenis rekod penilaian iaitu rekod

senarai semak dan rekod naratif yang kami rasakan amat sesuai digunakan bagi

menganalisis perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan. Subjek kajian

kami pula adalah seorang kanak-kanak di Taska Wafa Izzati iaitu Husna atau lebih di

kenali sebagai Unna. Husna berusia 3 tahun. Pemerhatian dijalankan semasa kami

melakukan aktiviti ‘circle time’ di Taska tersebut.

3

Page 4: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

2.0. INSTRUMEN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Berikut adalah dua instrumen pemerhatian dan penilaian yang digunakan bagi mengkaji dan

menilai tahap perkembangan bahasa dan komunikasi awal kanak-kanak :

a) Borang Rekod Naratif

NAMA KANAK-KANAK : UMUR :

TEMPAT

PEMERHATIAN: TARIKH :

MASA PEMERHATIAN :

NAMA PEMERHATI :

FOKUS PEMERHATIAN :

Catatan

Ulasan

4

Page 5: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

b) Borang Senarai Semak

NAMA KANAK-KANAK : UMUR :

TEMPAT

PEMERHATIAN: TARIKH :

MASA PEMERHATIAN :

NAMA PEMERHATI :

FOKUS PEMERHATIAN :

ARAHAN : Tandakan ( E ) sekiranya kanak-kanak sudah menguasai dan (×) sekiranya

belum menguasai item kemahiran berdasarkan pemerhatian yang dilakukan.

ITEM KEMAHIRAN ( " ) / (×) CACATAN

1. Mula bertanya soalan-soalan kompleks. ( )

2. Suka mendengar cerita kanak-kanak lain

atau orang dewasa.( )

3. Seronok mendengar dan mula menunjukkan

reaksi secara lisan trhadap cerita, puisi, lagu

dan seumpamanya.

( )

4. Boleh memberikan perhatian terhadap

arahan yang diberikan.( )

5. Boleh mempengaruhi tingkahlaku orang lain

dengan kata-katanya.( )

6. Peningkatan perbendaharaan kata iaitu

hingga 300 - 1000 perkataan.( )

7. Boleh mengekspresikan diri menggunakan

perkataan dan ayat.( )

8. Boleh meluahkan kehendak, idea dan

perasaan secara lisan.( )

9. Boleh menyanyi lagu mengikut lirik. ( )

10. Seronok berkomunikasi dan bercerita

tentang peristiwa atau objek.( )

11. Bercerita mengenai tingkah laku orang lain. ( )

12. Menggunakan bahasa untuk tujuan yang

pelbagai.( )

13. Percakapan yang lebih jelas. ( )

5

Page 6: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

14. Boleh mengambil bahagian dalam perbualan

aktif.( )

15. Boleh menjawab soalan mudah. ( )

16. Boleh mengaitkan tulisan dengan perkataan

lisan (prinsip abjad).( )

17. Boleh membezakan antara dua atau lebih

bahasa yang dipertuturkan.( )

6

Page 7: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

3.0. HASIL PEMERHATIAN

NAMA KANAK-KANAK : Husna (Unna) UMUR : 3 Tahun

TEMPAT

PEMERHATIAN: Taska Wafa Izzati TARIKH : 24 Jan 2012

MASA PEMERHATIAN : 10.00 pagi hingga 10.20 pagi

NAMA PEMERHATI : Noryusmania Junaidi, Noor Shiela Hadiz, dan

Mastura Jantan

FOKUS PEMERHATIAN : Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

Catatan

Keadaan di sebuah bilik taska pada pagi itu agak riuh rendah. Setelah Izu Akma dan

Mastura mengarahkan kanak-kanak duduk dalam bentuk separuh bulatan, mereka

memulakan sesi berbual dengan kanak-kanak. Menggunakan flash card, tajuk yang

dipilih adalah kenderaan. Husna duduk di tepi sekali berhampiran Izu Akma. Pada

mulanya Husna kurang memberi tumpuan tetapi apabila kad pertama ditunjukkan, Husna

mula memberi perhatian. Husna menyebut “lori” selepas kanak-kanak lain menyebutnya.

Selepas itu Husna berkata “lori ada besar. Lori kecil”. Apabila ditanya “pernah tak jatuh

basikal” sewaktu gambar basikal ditunjukkan, Husna menjawab “tak jatuh”. Husna

kemudian tunjuk menggunakan jari telunjuknya sewaktu gambar kereta ditunjukkan.

Husna juga berkata “datang naik kereta. Kereta cepat”. Apabila gambar helikopter

ditunjukkan, Husna tidak tahu itu adalah helikopter tetapi dia berkata, “atas kipas. Dulu

kecil-kecil ada”. Apabila gambar sampan ditunjukkan, Husna menyebut “sampan” dan

menunjuk kepada gambar sampan berulang-ulang.

Ulasan

Daripada analisis dan pemerhatian yang dijalankan ke atas Husna, kami dapati dia

mempunyai kemahiran bahasa yang agak baik. Ini kerana Husna dapat menceritakan

pengalaman dan pengetahuannya berkaitan gambar yang ditunjukkan.

Walaubagaimanapun, Husna sedikit pelat dalam bertutur dan percakapannya kadang-kala

kurang jelas. Husna juga boleh berkomunikasi dengan orang yang baru dikenalinya

dengan agak baik.

7

Page 8: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

NAMA KANAK-KANAK : Husna (Unna) UMUR : 3 Tahun

TEMPAT

PEMERHATIAN: Taska Wafa Izzati TARIKH : 24 Jan 2012

MASA PEMERHATIAN : 10.00 pagi hingga 10.20 pagi

NAMA PEMERHATI : Noryusmania Junaidi, Noor Shiela Hadiz, dan

Mastura Jantan

FOKUS PEMERHATIAN : Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

ARAHAN : Tandakan ( E ) sekiranya kanak-kanak sudah menguasai dan (×) sekiranya

belum menguasai item kemahiran berdasarkan pemerhatian yang dilakukan.

ITEM KEMAHIRAN ( " ) / (×) CACATAN

1. Mula bertanya soalan-soalan kompleks. ( ) Bertanya cara cikgu

duduk bersimpuh.

2. Suka mendengar cerita kanak-kanak lain

atau orang dewasa.( )

Tekun mendengar guru

bercerita.

3. Seronok mendengar dan mula menunjukkan

reaksi secara lisan terhadap cerita, puisi,

lagu dan seumpamanya.

( )

Seronok bercerita dan

berbual dalam kumpulan

iaitu dengan guru dan

rakan yang lain.

4. Boleh memberikan perhatian terhadap

arahan yang diberikan.( )

Mendengar arahan untuk

duduk ke belakang

sedikit.

5. Boleh mempengaruhi tingkahlaku orang

lain dengan kata-katanya.( )

8

Page 9: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

6. Peningkatan perbendaharaan kata iaitu

hingga 300 - 1000 perkataan.( )

Kurang dari 1000

perkataan.

7. Boleh mengekspresikan diri menggunakan

perkataan dan ayat.( )

Tidak menunjukkan

ekspresi diri dan

perasaan secara lisan

sepanjang aktiviti.

8. Boleh meluahkan kehendak, idea dan

perasaan secara lisan.( )

Banyak menyatakan

idea tentang gambar

kenderaan yang

ditunjukkan.

9. Boleh menyanyi lagu mengikut lirik. ( ) Tidak mampu menyanyi

dengan lirik yang betul.

10. Seronok berkomunikasi dan bercerita

tentang peristiwa atau objek.( )

Bercerita tentang

pengalamannya jatuh

basikal.

11. Bercerita mengenai tingkah laku orang lain. ( )

12. Menggunakan bahasa untuk tujuan yang

pelbagai.( )

Digunakan untuk

menerangkan situasi,

mengingat kembali,

mengagak, bertanya

soalan, dan

mengeluarkan idea.

9

Page 10: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

13. Percakapan yang lebih jelas. ( )

Percakapannya kurang

jelas dan sebutan

perkataan yang tidak

lancar.

14. Boleh mengambil bahagian dalam

perbualan aktif.( )

Mampu mengeluarkan

idea dan pendapat dalam

perbualan.

15. Boleh menjawab soalan mudah. ( )

Mampu menjawab

soalan siapa yang pernah

naik basikal.

16. Boleh mengaitkan tulisan dengan perkataan

lisan (prinsip abjad).( )

Tidak dapat dilihat

semasa aktiviti

dijalankan.

17. Boleh membezakan antara dua atau lebih

bahasa yang dipertuturkan.( )

Tidak dapat

membezakan perkataan

bot dan sampan yang

berbeza dalam bahasa

inggeris.

10

Page 11: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

4.0. ANALISIS PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Menurut Zurida et al. (2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih

bercorak rujukan kriteria kerana ia memberi ruang bagi guru untuk memantau

kemajuan kanak-kanak secara individu. Membandingkan perkembangan kanak-kanak

mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu

mengikut umur membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran

yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses pemerhatian , mengenal pasti,

mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan guru

memahami perkembangan serta kemajuan pembelajaran kanak-kanak.

Dalam pemerhatian dan penilaian yang dijalankan antara perbualan, interaksi,

lisan kanak-kanak diperhati dan dinilai adalah seperti berikut:

Perbualan atau interaksi antara kanak-kanak dengan guru.

Perbualan atau interaksi kanak-kanak dengan kanak-kanak lain.

Interaksi murid dengan bahan.

Bercerita dan bersoal jawab.

Berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang dilakukan, pemerhati telah

mengenalpasti tahap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak serta

kelemahan dan kekurangan kanak-kanak yang tidak mencapai tahap yang seharusnya

dicapai berdasarkan umurnya iaitu 3 tahun.

Kanak-kanak yang dinilai iaitu Husna, memahami percakapan guru yang

menggunakan ayat mudah dalam memberi arahan. Sebagai contoh, apabila guru

memberi arahan meminta Husna duduk dalam bentuk circle time dan juga berbaris

dalam barisan.

Apabila menjalankan aktiviti kad bergambar, guru cuba untuk memperkenal

perkataan dan perbendaharaan baru kepada kanak-kanak. Aktiviti ini bukan sahaja

digunakan bagi memperkenalkan perkataan baru kepada Husna, tetapi dalam masa yang

sama adalah untuk mengenalpasti tahap bilangan perbendaharaan kata yang telah

Husna kuasai. Berdasarkan sepanjang penilaian dijalankan perbendaharaan kata Husna

tidak mencapai tahap yang sepatutnya dicapai berdasarkan umurnya iaitu 1000

perkataan. Namun begitu, kami tidak terus mengambil kesimpulan ini kerana sepanjang

aktiviti dijalankan peluang untuk Husna berkomunikasi tidak banyak dan kami tidak

11

Page 12: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

dapat mengenalpasti dengan tepat jumlah perbendaharaan kata yang telah dikuasai oleh

Husna. Berdasarkan temu bual dengan pengasuh di taska Wafa ‘Izzati, Husna adalah

kanak-kanak yang kurang bercakap dan dia hanya akan bercakap dengan orang yang

tertentu sahaja dan yang dia rasa selesa.

Percakapan Husna kadang kala kurang jelas dan butir bicara yang cuba

disampaikan tidak dapat difahami. Selain itu dia turut mengalami masalah sebutan

beberapa perkataan atau pelat. Masalah sebutan ini paling jelas apabila dia cuba untuk

menyebut perkataan yang mengandungi abjad ‘r’. Hal ini adalah biasa bagi kanak-

kanak yang berumur 3 tahun kerana dari semasa ke semasa masalah ini akan dapat

diperbaiki dengan latihan dan pengulangan sebutan perkataan dengan betul.

Husna, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan begitu teruja untuk bercerita dan

bercakap mengenai pengalaman dan perasaannya berkaitan gambar yang ditunjukkan

oleh guru. Namun begitu dia tidak pandai menungu giliran dalam berbual dalam

kumpulan dan terus bercakap ketika kanak-kanak lain sedang bercakap atau guru

sedang bercakap. Sekiranya Husna berterus begini secara tidak langsung komunikasi

yang berkesan tidak akan dapat berlaku. Komunikasi yang berkesan sangat penting

dalam memastikan pembelajarn dan pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat

diterima dan difahami oleh Husna dengan baik, dan dalam masa yang sama untuk guru

memberikan peluang untuk mendengar pendapat dan idea yang cuba disampaikan oleh

Husna agar tidak berlakunya ketidak adilan sekiranya guru tidak dapat mendengar apa

yang cuba disampaikan olehnya.

Bagi membantu memperbaiki dan mempertingkatkan perkembangan bahasa dan

komunikasi Husna beberapa tindakan susulan dapat dijalankan. Antara aktiviti yang

boleh dijalankan adalah aktiviti menyanyi, main peranan, aktiviti circle time, aktiviti

bercerita dan menceritakan semula, bercerita mengenai contengan dan lukisan yang

dihasilkan dan sebagainya.

Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah

dikenalpasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan

dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan

murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula bagi

menegnalpasti sama ada kelemahan yang sebelumnya telah diperbaiki atau belum.

Untuk Husna kami telah merangka satu rancangan pengajaran berbentuk

Bercerita dan menceritakan semula yang dapat membantu Husna dalam meningkatkan

12

Page 13: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

kemahiran komunikasi, memperkembangkan perbendaharaan kosa kata dan

membentuk ayat lengkap dalam berkomunikasi.

13

Page 14: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

5.0. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN

Tahun : 2012 Tarikh :

Bil. Pelajar : Masa : 15 minit

Mata Pelajaran : Literasi

Tajuk Pelajaran : Bercerita dan menceritakan semula

Fokus Standard : (BM 1.0) Kemahiran Mendengar

(BM 2.0) Kemahiran Bertutur

Standard kandungan : (BM 1.1) Mendengar dengan penuh perhatian.

(BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra.

(BM 2.4) Menceritakan perkara yang didengar.

Standard pembelajaran :(BM 1.1.1) Mendengar ucap selamat dan memberi respons yang bertatasusila dengan bimbingan

(Contoh: Selamat pagi, Selamat petang).

(BM 1.1.5) Mendengar lagu dan cerita serta memberi respons.

(BM 2.1.2) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan.

(BM 2.4.1) Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah.

14

Page 15: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

Objektif Pengajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat:

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi.

2. Memperkembangkan perbendaharaan kosa kata.

3. Membentuk ayat lengkap dalam berkomunikasi.

Bahan Pengajaran : Kad bergambar.

Penerapan nilai : 1. Memupuk sifat sabar menunggu giliran.

2. Mewujudkan sikap berdisiplin dan mendengar arahan secara tertib.

15

Page 16: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

Langkah /

Masa

Isi kandungan Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan / Bahan

Set Induksi

(1 minit)

Guru bertanya khabar dan

memastikan kanak-kanak

dalam keaadaan yang selesa.

Kanak-kanak menjawab

soalan guru dan memastikan

kedudukan mereka dalam

keadaan yang selesa.

Langkah 1

(2 minit)

Tema: aktiviti bersama

keluarga.

Guru memberi sekeping kad

bergambar yang berlainan

kepada setiap orang pelajar.

Kanak-kanak cuba

mengamati gambar yang

diberikan oleh guru mereka.

Kad

bergambar.

Langkah 2

(5 minit)

Bercerita menggunakan

kad bergambar.

Guru menyuruh setiap kanak-

kanak membina satu cerita

pendek berdasarkan kad

gambar yang mereka perolehi

secara bergilir-gilir.

Guru akan membantu kanak-

kanak membentuk kosa kata

dan ayat yang lengkap.

Kanak-kanak akan bangun

dan berdiri dihadapan.

Kanak-kanak bercerita

mengikut kefahaman dan

kreativiti masing-masing.

Kad

bergambar.

16

Page 17: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

Langkah 3

(5 minit)

Menceritakan semula. Guru menyuruh kanak-kanak

untuk menceritakan semula kad

bergambar yang telah

diceritakan oleh rakan-rakan

yang lain.

Guru membantu kanak-kanak

untuk mengingat semula cerita

yang disampaikan oleh kanak-

kanak tersebut.

Kanak-kanak cuba

menceritakan semula dengan

bantuan guru.

Kad

bergambar.

Penutup

(2 minit)

Guru menyuruh kanak-kanak

memulangkan semula kad

bergambar.

Guru menyuruh kanak-kanak

bercerita dengan ibu bapa

mengenai aktiviti yang

dijalankan.

Kanak-kanak memulangkan

semula kad bergambar

kepada guru.

17

Page 18: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

6.0. KESIMPULAN

Bahasa adalah anugerah istimewa bagi setiap individu. Ia juga adalah saluran

yang membolehkan manusia menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman.

Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan manusia berhubung

antara satu sama lain, malah ia membolehkkan kita membina konsep berkenaan alam

dan manusia di sekeliling. Bahasa adalah sistem lambing pertuturan yang terdiri

daripada leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh masyarakat sebagai

alat bagi berhubung dan berkerjasama. Perkembangan bahasa yang baik memerlukan

suasana sosioemosi yang tenteram dan selamat. Bahasa juga dikaitkandengan

pengalaman yang gembira dan ceria.

Komponen utama dalam perkembangan kanak-kanak adalah penguasaan bahasa

kerana menguasai bahasa penting dalam proses pembelajaran. Ia dapat diperoleh

melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa

membantu kanak-kanak berfikir, memahami konsep, berimaginasi, melahirkan idea,

berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.

Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, seorang pendidik

haruslah melakukan pemerhatian dan penilaian mengenai perkembangan bahasa dan

komunikasi kanak-kanak agar ianya sentiasa sejajar dengan tahap perkembangan yang

seharusnya dicapai pada sesuatu tahap umur. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan

dan kelemahan, bantu kanak-kanak dengan menjalankan aktiviti dan pembelajaran dan

pengakaran yang dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa dan

berkomunikasi kanak-kanak disamping memperbaiki kelemahan dan kesilapan kanak-

kanak.

18

Page 19: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

7.0. RUJUKAN

Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin & Mahani

Razali (2008). Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-

kanak (0-4 tahun). Perak : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak

Negara (NCDRC)

Diane Godwin & Margaret Perkins (2002). Teaching Language and Literacy in the

Early Years. London : David Fulton Publishers.

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolio.

Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Saayah Abu (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

19

Page 20: pemerhatian perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak taska

[ ] KAH1023

8.0. LAMPIRAN

20