Sekapur Sireh

Post on 05-Oct-2015

39 views 0 download

description

Sekapur Sireh

Transcript of Sekapur Sireh

Sekapur Sirih

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kesempatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus EDU 3103 iaitu Murid dan Alam Belajar ini dengan penuh istiqamah. Tidak lupa juga kepada dua insan yang teristimewa dalam hidup saya iaitu ayah dan ibu saya, Zainudin bin Ismail dan Norizam bt. Mohamed Nor yang sering memberi bimbingan dan dorongan yang kuat kepada saya dalam menjayakan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada seorang pembimbing dan pensyarah saya iaitu Puan Fathiah Bt. Mohd Yusof kerana sejak dari awal lagi beliau banyak memberi panduan yang berguna kepada saya. Saya sangat menyanjunginya dan memberi penghormatan yang tinggi kerana beliau sudah dari awal lagi merancang masa untuk bagi tugasan kepada kami kerana tugasan EDU 3103 bagi tahun 2013 menggunakan sistem baru dimana ia merupakan tugasan kerja kursus individu. Tugasan ini memerlukan komitmen yang tinggi bagi setiap pelajar serta untuk mengelakkan sifat sleeping partner untuk tugasan berkumpulan. Saya memberi harapan tinggi kepada beliau untuk memberi penilaian yang sebaik mungkin kepada saya dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hasil kerja saya. Seterusnya, ucapan terima kasih juga kepada semua sahabat seperjuangan saya dalam Unit PISMP Sejarah Semester 2 yang sudi memberi sumbangan idea yang bernas supaya saya dapat menghasilkan bahan bantuan mengajar berdasarkan pengetahuan yang saya belajar melalui kursus Murid dan Alam Belajar dan saya dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran subjek Sejarah Darjah 4 secara keseluruhannya.Diharap agar hasil kerja kursus saya ini dapat dijadikan panduan yang berguna kepada semua guru pelatih dan guru yang sedia ada terutamanya guru subjek sejarah kerana ingatan fakta serta peristiwa sejarah yang asas kepada pelajar tahap 2 iaitu darjah 4 hingga 6 dapat meransang minat murid untuk belajar dengan penuh tumpuan dan meningkat pengetahuannya tentang sejarah khususnya sejarah negara kita.

I