Post on 06-Sep-2019
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASSUNTA JALAN CHANGGAI 46000 PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN http://www.smkassunta.edu.my
EMEL: BEB8651@moe.edu.my
TEL : 79575745 79585416
FAX : 79559629
“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami : SMKA 800 - 2/1/1 ( )
Tarikh : 20.4.2017
Kepada Ibu Bapa / Penjaga Tuan, KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2017
Dengan segala hormatnya kepada perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga tahun 2017 seperti ketetapan berikut:- Tarikh : 28 April 2017 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SMK Assunta
Pakaian : Baju rumah sukan dan seluar track
(t-shirt sekolah jika tiada baju rumah sukan)
3. Oleh yang demikian, murid-murid sesi pagi dan petang digalakkan hadir bersama ibu bapa pada waktu yang dinyatakan di atas. Sehubungan dengan itu, tuan juga diharap dapat menguruskan pengangkutan untuk anak / jagaan tuan pada hari tersebut.
4. Tuan dijemput hadir bersama-sama untuk memeriahkan Kejohanan Olahraga tahun 2017. Sekian, terima kasih.
“Kejujuran dan Ketekunan”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………...
(LEE POH ENG)
Pengetua
SMK Assunta