Semangat juang

Post on 27-May-2015

162 views 7 download

description

sajak di deklamasikan oleh adik Mohd Harith Ani sempena program jom skor A 2014 sekolah kiblah

Transcript of Semangat juang

SEMANGAT JUANG!

Pertahanan kita perlu dikukuhkan

Kekuatan diri perlu ditingkatkan

Usaha semua perlu digandakan

Senjata individu perlu ditajamkan

Latihan perlu diperbanyakkan

Percayalah

Guru kita akan memimpin kita kearah

kemenangan

Ikutilah strategi ,kaedah dan teknik

mereka

Hormatilah mereka agar keberkatan bisa

diraih

Ingat!

Dari hari pertama kita menjejak kaki

kealam persekolahan

Kita tidak dapat mengelak daripada

peperangan

Kita tidak boleh berundur

Kita hanya boleh mara kehadapan

Samaada kita ditumpaskan

Atau kita menumpaskan

Jika ditumpaskan akan kehilangan segala-

galanya

Jika menumpaskan akan memperoleh

segalanya

Biar memperoleh daripada kehilangan

Perjuangan kita belum tamat

Perjuangan kita diiringi doa

Guru, keluaarga dan taulan

Perjuangan kita penuh ranjau penuh risiko

Ingat…. Usah kita bicara tentang

perjuangan

Jika hati gentar pada risiko

Lawan tetap lawan

Berjuanglah sepenuh hati ,sepenuh jiwa

Kita tidak boleh terkorban

Hanya masa ,usaha dan tenaga boleh

dikorbankan

Kita tidak boleh menyerah kalah

Pantang kita berundur

Biar putih tulang ,Jangan putih mata

Bawalah semangat dan keyakinan

bersama

Bersatu menyerang detik peperiksaan

Biar kubu cita-cita yang kukuh dapat

ditelusuri

Biar sekuat kubu itu dapat ditawan

Peperangan dengan peperiksaan mesti

menang

Kalahkannya ,Tumpaskannya

Kemenangan akan memberi kekuatan

Sedarilah

Biar sekuat mana pertahanan ,serangan

dan kekuatan

Yang Esa tidak boleh dilupakan

Berdoalah pada Yang Maha Besar

Percayalah anda akan dirahmati

,dilindungi

Rahmah dan lindungan ini akan menjadi

senjata ampuh kita

Bersatulah!

Sedarilah!

Bangunlah!

Bangkitlah

Berjuanglah!

Wahai golongan remaja , pelajar

berwawasan