Post on 24-May-2015
SEMBELIHAN
Sembelihan ertinya menghilangkan nyawa binatang yang
halal dimakan dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku,
gigi dan tulang dengan tujuan memakan dagingnya.
Semua binatang yang halal dimakan hendaklah disembelih terlebih
dahulu sebelum dimakan kecuali ikan dan belalang tidak perlu
disembelih.
Hukum sembelihan adalah wajib kecuali ikan dan belalang.
Jenis-jenis sembelihan.
1. Sembelihan biasa.
2. Sembelihan wajib dam
3. Sembelihan sunnat Korban.
4. Sembelihan Akikah.
5. Sembelihan Nazar.
Dalil Sembelihan.
Ertinya: Diharamkan keatas kamu bangkai, darah daging babi
dan apa yang disembelih selain dari kerana Allah.
Syarat-Syarat Sah Sembelihan.
1. Hendaklah dilakukan oleh orang Islam.
2. Hendaklah dengan niat sembelihan.
3. Hendaklah putus urat halkum dan urat mareh.
4. Hendaklah benda tajam kecuali kuku, gigi dan tulang.
5. Binatang yang halal dimakan.
6. Binatang itu masih hidup.
7. Hendaklah mati sekali sembelihan saja.
8. Tujuan sembelihan kerana Allah bukan dengan tujuan yang
lain.
9. Tidak dalam Ihram haji atau umrah bagi binatang buruan.
RUKUN SEMBELIHAN.
A ) PENYEMBELIH :
1. ISLAM samada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang
mumayiz ( perempuan-makruh ).
2. AHLI KITAB Yahudi atau Nasrani.
3. BERAKAL – Berfikiran waras.
4. Tidak dalam Ihram Haji.
B ) BINATANG YANG DISEMBELIH.
Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan
tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang
memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya.
Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua
kumpulan:
a) Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang
Islam, kecuali seperti berikut:
Babi dan keturunannya.
Anjing.
Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘
Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar
dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau,
beruang, gajah dan seumpamanya.
Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara
menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya,
iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan
seumpamanya.
Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti
semut dan lebah.
Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu,
lalat, ulat, dan seumpamanya.
Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti
katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.
b) Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya
hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam,
kecuali:
Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika
dimakan; dan semua jenis haiwan laut yang boleh
mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan
manusia.
C ) ALAT PENYEMBELIH
1. Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah
binatang tersebut seperti pisau, parang dan sebagainya.
2. Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.
D ) TEMPAT YANG DISEMBELIH
1. Memutuskan HALKUM : trakea ( tempat saluran pernafasan )
dan urat MARIH : esophagus ( saluran makanan dan
minuman ) serta kedua-dua urat leher bagi binatang yang
mudah diselenggarakan.
2. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada
lehernya seperti buruan dan dalam keadaan darurahia boleh
disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk
mematikanya dengan syarat niat menyembelih.
Perkara-perkara sunnat ketika menyembelih.
1. Membaca bismillah untuk memulakan sembelihan.
2. Menghadapkan binatang itu kearah kiblat.
3. Membaca selawat keatas Nabi.
4. Dibaringkan binatang itu diatas rusuk kirinya.
5. Menggunakan pisau yang tajam supaya kurang sakitnya.
6. Memutuskan urat mareh dikiri dan kanan leher supaya
segera mati.
7. Menyembelih dengan segera.
8. Semasa menyembelih hendaklah dilakukan dengan pantas
dan cepat.
9. Janganlah diputuskan lehernya.
10 Janganlah disiang kulitnya sehingga dia telah mati.
11 Menyembelih sebelah bawah jika lehernya panjang seperti
unta dan menyembelih sebelah atas jika lehernya pendek
seperti seperti lembu.
Hikmat memutuskan kedua-dua urat ketika menyembelih binatang.
(Urat halkum dan mareh).
1. Supaya menjadikan binatang itu halal dimakan.
2. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang cepat dan
segera.
3. Supaya tidak menyeksakan binatang itu.
4. Supaya keluar kuman-kuman penyakit yang ada dalam darah
binatang itu kerana kuman-kuman itu boleh mendatangkan
keburukan kepada kesihatan manusia.
5. Bagi mematikan binatang itu dengan cara yang sah.
Perkara-perkara makruh semasa penyembelihan.
Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
Menyembelih hingga terputus kepala.
Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.
Binatang-Binatang yang halal dimakan.
1. Mengikut hukum asal, semua binatang itu halal dimakan
kecuali ada halangan/larangan syarak kerana ada bahayanya.
2. Binatang yang hidup didalam air, sama ada yang dilaut atau
disungai semuanya halal dimakan kecuali binatang itu
beracun.
3. Binatang darat yang baik-baik sahaja yang halal dimakan.
Manakala yang ternyata merbahaya adalah haram dimakan.
Firman Allah SWT:
Maknanya: Dan dihalalkan bagi mereka segala yang baik dan
mengharamkan segala yang buruk dan jijik. (al-A’raf:157)
Hikmat-Hikmat diperintahkan menyembelih.
1. Untuk mengelakkan kita dari memakan daging yang sudah
busuk kerana tidak disembelih.
2. Binatang yang mati tanpa sembelih mungkin mempunyai
penyakit tertentu yang memberi kemudaratan kepada
manusia.
3. Daging binatang yang disembelih telah keluar dari badan
binatang. Darah itu mengandungi kuman.
Beberapa masalah yang berkaitan dengan sembelihan.
1. Binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya kerana
terperesok atau terjatuh dalam perigi, maka harus disembelih
dimana-mana bahagian badan dengan diyakini dapat
dimatikan.
2. Binatang yang kena tembak (tanpa sembelih) haram dimakan
mengikut mazhab syafi'e tetapi mazhab-mazhab lain
mengharuskannya dengan syarat ada niat ketika
menembaknya.
3. Binatang yang mati kerana ditangkap oleh anjing pemburu
yang terlatih (anjing perburuan yang dilatih sehingga ia tahu
memilih mana binatang yang halal) maka halal dimakan tanpa
disembelih.
4. Binatang yang mati kena anak panah pemburu adalah halal
dimakan.
5. Halal dimakan anak yang berada didalam perut ibunya yang
telah disembelih.
6. Makruh hukumnya orang perempuan menyembelih binatang
tetepi sembelihannya adalah sah.
TAHUKAH ANDA?
Mengikut kaedah ujian saintifik hari ini membuktikan
penyembelihan islam adalah yang terbaik. Seterusnya
menunjukkan islam amat mementingkan kebersihan serta
kesihatan. Pemilihan makanan yang halal dan bersih adalah
penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di
tahap yang memuaskan agar memperolehi tenaga yang
secukupnya untuk beribadah. Oleh itu orang Islam perlu
menilai dan meneliti sumber pemakananya agar datang dari
sumber yang halal dan bukan meragukan terutamanya
disembelih secara Islam.