Post on 08-Nov-2015
description
Rujukan : PPMCS (06)300/02/(59)
Tarikh : 01 FEBRUARI 2015
Kepada semua :
Pesuruhjaya Bahagian,
Pesuruhjaya Kawasan,
Pesuruhjaya Daerah,
Seluruh Negeri Sabah
(Mohon rujuk lampiran untuk senarai penama yang berkenaan)
Melalui :
Pegawai Pendidikan Daerah
Seluruh Negeri Sabah
Tuan,
PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2015
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran keahlian tahunan Pengakap bagi tahun 2014 telah
tamat tempohnya pada 31 Disember 2014. Sehubungan dengan itu, pendaftaran dan pembaharuan
keahlian bagi tahun 2015 kini mulai dibuka.
03. Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa bagi Pengakap di seluruh negeri Sabah,
pendaftaran HARUSLAH dilakukan melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing dan
borang-borang pendaftaran hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah pada atau
sebelum 30 Jun 2015. Ini adalah bagi membolehkan pihak pentadbiran Pengakap negeri dapat
membuat bancian lengkap serta merancang program-program yang berkaitan.
04. Bersama ini dilampirkan kadar yuran keahlian terkini serta borang-borang berkaitan untuk
dipanjangkan ke sekolah / kumpulan di bahagian / daerah tuan. Pihak kami juga memohon agar
pihak tuan dapat mengambil tindakan segera dan serius berkenaan perkara ini bagi memastikan
semua ahli Pengakap dapat menjalankan aktiviti dan latihan dalam keadaan sah berdaftar.
Kumpulan atau ahli Pengakap yang tidak mendaftar adalah dianggap bergerak secara haram dan
melanggar Undang-undang Malaysia (Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengan pindaan No. 143
Tahun 1974 : Akta Persekutuan Pengakap Malaysia).
Segala kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
100 TAHUN MEMBANGUN NEGARA BANGSA MELALUI KEPENGAKAPAN
Saya yang menjalankan tugas-tugas
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
MAKRIN BIN HJ. SUDI
Penolong Pesuruhjaya Negeri Sabah (Pentadbiran)
b/p Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah
s.k Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
(u.p. : Sektor Pembangunan Kemanusiaan)
Pegawai Pendidikan Daerah
Seluruh Negeri Sabah
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (Pentadbiran)
Penolong Eksekutif Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah
Fail
LAMPIRAN 1
SENARAI PESURUHJAYA BAHAGIAN, KAWASAN DAN DAERAH
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
PESURUHJAYA PENGAKAP BAHAGIAN :
BIL BAHAGIAN NAMA
1 Pantai Barat Utara En. Nasbi Lasai
2 Pantai Barat Selatan En. Jubrine Sugari
3 Pedalaman Bawah En. Parigu Tingadon
4 Pedalaman Atas En. Awang Sham Buragang
5 Sandakan Datuk Dr. Awang Zaini Hj. Suntim (Pemangku)
6 Tawau En. Mohd. Sayful Foo
PESURUHJAYA PENGAKAP KAWASAN :
BIL KAWASAN NAMA
1 Zon 1 Pantai Barat Utara Pn. Zyaliah @ Maya Ramdan
2 Zon 2 Pantai Barat Utara En. Rasmi Bin Datu Tumai
3 Zon 1 Pantai Barat Selatan Tn. Hj. Azman Badu
4 Zon 2 Pantai Barat Selatan En. Hassan Bin Sulaiman
5 Zon 1 Pedalaman Bawah En. Robin Bumpin
6 Zon 2 Pedalaman Bawah -
7 Zon 1 Pedalaman Atas En. Ahmid Bin Harris
8 Zon 2 Pedalaman Atas En. Kamaruddin Salleh
9 Zon 1 Sandakan -
10 Zon 2 Sandakan En. Ag. Abu Bakar Hj. Ag. Tengah
11 Zon 1 Tawau En. Basri Nusu
12 Zon 2 Tawau En. Abu Samah Bin A. Bakar
13 Zon Khas En. Deen @ Erwan Gunda
PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH :
BIL DAERAH NAMA
1 Usukan En. Mohd. Rithzuan Bin Janggol
2 Kadamaian En. Mirza Affendy Bin Asah
3 Tempasuk En. Mohammad Bin Othman
4 Kundasang En. Mohalil Bin April
5 Ranau En. Mohd. Azdie Bin Apin
6 Kota Marudu En. Robert Garatam
7 Kudat En. Shah Nassier Bin Maruson
8 Pitas En. Sandy Jose
9 Banggi En. Mohd. Zaideel Bin Abdullah
10 Kota Kinabalu Pn. Nourhaizum Datuk Awang Zaini
11 Inanam En. Mohd. Rizan Bin Gulam Hussein
12 Sembulan Cik Juanita Surilla Stimol
13 Tuaran En. Edmund Thomas
14 Tamparuli Pn. Ramlah Hj. Ramlee
15 Putatan En. Jumadil Kahar
16 Penampang En. Razmeh Rahman
17 Kawang Tn. Hj. Busu Masatur
18 Papar Pn. Vianna Ho Fui Len
19 Tambunan En. Gimus Gotil
20 Bingkor En. Atamah Tingadon
21 Keningau En. Nawong Jubilik
22 Sook En. Fazri Usidi
23 Tenom En. Sami Jiman
24 Kemabong En. Godfrey Ng Vui Soon
25 Nabawan En. Andrew Charles
26 Pensiangan En. Andy Jusit
27 Beaufort 1 Pn. Wong Siu Chin
28 Beaufort 2 En. Awang Tangah Abd. Gapar
29 Sipitang En. SMD Robert YWP Taringan
30 Kuala Penyu -
31 Membakut En. Sulaiman Hj. Taba
32 Menumbok -
33 Sandakan En. Borhan Tahere
34 Sibuga En. Nourhazwan Datuk Awang Zaini
35 Karamunting En. Mohammad Bin Saat
36 Kinabatangan En. Shopian Bin Nasir
37 Telupid En. Riduan Junaidi
38 Tongod En. Aron Abel Marcus
39 Beluran Pn. Vera Ariati Silalahi
40 Tawau En. Lee Chee Keong
41 Merotai En. Rusli Abdul
42 Balung En. Arbin Setta
43 Kunak En. Salim Samai
44 Lahad Datu En. Juraimin Hj. Jadil
45 Tungku Tn. Hj. Ahmad Sawal
46 Semporna En. Mohd. Hanafiah Bin Abd. Wahab
LAMPIRAN 2
YURAN PENDAFTARAN KEAHLIAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
a) Bayaran Pendaftaran Kumpulan .. RM 10.00 (Wajib dibayar sekali sahaja bagi kumpulan yang baru mendaftar)
b) Bayaran Keahlian bagi Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda Dan Pengakap Remaja (setiap seorang) .. RM 1.00
c) Bayaran Keahlian bagi Pengakap Kelana, Penolong Pemimpin, Pemimpin, Pemimpin Kumpulan, Penolong Pesuruhjaya Daerah,
Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Kawasan, Pesuruhjaya Bahagian,
Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri, Penolong Pesuruhjaya Negeri,
Persaudaraan Pengakap Raja, Persaudaraan Pengakap B-P, Penolong
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahli-ahli Majlis Pengakap
Peringkat Kebangsaan,Negeri dan Daerah dan Ahli Biasa . RM 5.00
CARA UMUM MEMBUAT PENDAFTARAN :
1. Isikan borang-borang berikut :
i) Borang PPM 1(A) ii) Borang PPM 1(B) iii) Borang Permohonan Pendaftaran Kumpulan (PPM-8) iv) Borang Permohonan Tauliah Pemimpin (diisi dalam 3 salinan) v) Bagi pendaftaran Krew Pengakap Kelana, hendaklah disertakan dengan
Borang Pendaftaran Krew Pengakap Kelana (PPM-8(C))
2. Borang-borang di atas hendaklah dikemukakan bersama bayaran ataupun slip / bukti pembayaran yang berkaitan ke Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.
3. Pembayaran boleh dilakukan melalui Wang Pos / Money Order / Cek diatas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH.
4. Untuk bayaran melalui bank, pembayaran boleh dilakukan ke akaun berikut :
Nama : PERSEKUTUAN PEMGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH
Nama Bank : Public Bank
Cawangan : Menara MAA, Kota Kinabalu
No. Akaun : 3063399019
*Bagi setiap pendaftaran kumpulan, Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah akan mengeluarkan :
i. Sijil Pendaftaran Kumpulan ii. Tauliah Pemimpin Pengakap Sementara / Tetap (bagi yang berkaitan)
iii. Resit perakuan penerimaan pembayaran yuran