Sikap-Sikap Negatif Yang Menyebabkan Kegagalan Usahawan

Post on 21-Oct-2015

50 views 2 download

description

RBT3112

Transcript of Sikap-Sikap Negatif Yang Menyebabkan Kegagalan Usahawan

Sikap-sikap Negatif Yang Menyebabkan kegagalan usahawan

• 1. Mengambil mudah aspek persaingan• Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana: sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha memperbaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

• 2. Kurang pengalaman• Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. • Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. • Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.

• 3. Khidmat pelanggan yang tidak cekap.• Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan.• Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

• 4. Pekerja tidak cekap dan tidak amanah.• Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. • Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.

• 5. Kemahiran terhad• Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. • Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.