Post on 28-Oct-2015
description
SULIT 02/2
Bahasa Melayu
02/2
Julai 2013
Kertas ini mengandungi 2 halaman bercetak
02/1 © 2013Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah
SULIT
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
BAHASA MELAYU
Kertas 2
PANDUAN PEMARKAHAN
SULIT 2 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
PANDUAN PEMARKAHAN
BAHASA MELAYU KERTAS 2
Bahagian A (i)
Kepentingan mengamalkan warisan budaya:
1. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.
2. Menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perpaduan dan integrasi nasional
4. Daya tarikan pelancongan ialah warisan budaya kita.
5. Kita dapat mengetahui asal usul kita.
6. Kita tidak akan dihanyutkan oleh budaya bejat Barat.
7. Agar sentiasa relevan dan diingati oleh masyarakat, terutamanya generasi remaja.
8. Agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala anasir jahat yang mampu
menggadaikan maruah diri dan keluarga.
Markah bahasa (10 M)
Cemerlang 09 - 10 Bahasa baik dan lancar
Berupaya menggunakan ayat sendiri
:Pemilihan kata yang tepat, ayat gramatis
:Penanda wacana yang sesuai
Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik 06 - 08 Bahasa baik dan lancar
Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
:Pemilihan kata yang agak terhad
:ayat yang masih gramatis
:penanda wacana masih sesuai
Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan 03 - 05 Bahasa kurang lancar
Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan
tanda baca
Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih
Penguasaaan
Minimum
01-02 Penguasaan bahasa yang lemah
Menyalin secara terus daripada petikan
SULIT 3 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Markah Isi (10 M)
Bilangan isi Markah
5 9-10
4 7-8
3 5-6
2 3-4
1 1-2
Menulis markah
i)I - 10
B - 10
----
20
----
ii) I- 10
B- 05 menyalin
----- terpilih
15
------
iii) I- 8 tolak 50%- 04
B- - 02
------
06
------
Menyalin petikan
BAHAGIAN A(ii) - PEMAHAMAN
Soalan 1: Maksud rangkai kata
2 m Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis
1 m Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap
Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja
Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata
0 m Maksud tidak tepat mengikut konteks
Soalan 2 (4m)
4 m -Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
3 m -Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 m -isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 m -Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan dan ayat kurang
gramatis
0 m -Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
-Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis
Soalan 3 : (4m)
4 m -Isi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis
3 m -Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 m -Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 m -Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
SULIT 4 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Bahagian A (ii)
PEMAHAMAN
Soalan 1
Maksud rangkai kata menjajahi minda
Menjajah = mempengaruhi / menakluk / memerintah / menguasai
Minda = akal fikiran / akal / fikiran / daya berfikir
Soalan 2
i. Masyarakat mesti didedahkan kepada kekayaan wariasan budaya Negara.
ii. Organisasi yang bertanggungjawab harus selalu menganjurkan kempen, ceramah, dan
pameran
iii. Pertubuhan-pertubuhan budaya harus disalurkan sumber kewangan untuk mereka
menjalankan aktiviti kebudayaan.
Soalan 3
- warisan budaya akan dilupakan
- Generasi muda lupa akan asal usul
- Kemasukan budaya asing akan mudah mempengaruhi generasi muda
SULIT 5 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
BAHAGIAN B - KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
Kriteria Penskoran
Cemerlang 16-20
(18-20)
(16-17)
- Ayat yang gramatis
- Kata dan kosa kata luas dan tepat
- Kesalahan penggunaan kata yang minimum
- Ejaan dan tanda baca yang betul
- Idea yang relevan berdasarkan tugasan
- Huraian idea luaran seperti pendapat,ulasan
- Cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang
- Pengolahan yang menarik dan berkesan
Baik 11-15
(13-15)
(11-12)
- Ayat masih gramatis
- kata dan kosa kata masih luas dan tepat
- Kesalahan penggunaan kata yang minimum
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
- Idea yang kurang relevan berdasarkan tugasan
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan
- Pengolahan masih menarik
Memuaskan 06-10
(08-10)
(06-07)
- Ayat kurang gramatis
- Kata dan kosa kata yang terhad
- Kesalahan penggunaan kata yang ketara
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- Idea yang relevan berdasarakan tugasan
- Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan
kesimpulan yang terhad.
- Pengolahan tidak menarik
Penguasaan
minimum
01-05 - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan
bahasa yang tidak cekap
- Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan
Cadangan Isi
Pendahuluan
Pengenalan tentang kebersihan diri.
Isi-isi
Langkah-langkah yang perlu diamalkan untuk menjaga kebersihan diri :
1. Buang sampah di tempat yang disediakan
2. Menutup mulut ketika bersin dan batuk
3. Jangan meludah merata-rata
4. Jangan bersin dan batuk di hadapan makanan
Penutup
Semua pihak perlulah berganding bahu bagi meningkatkan amalan penjagaan kebersihan
SULIT 6 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
BAHAGIAN C - KARANGAN RESPON TERBUKA
Kriteria Penskoran
Peringkat
dan Markah Bahasa Idea Pengolahan
Cemerlang
33-40
(37-40)
(33-36)
- Penggunaan pelbagai jenis kata
yang luas dan tepat
- Penggunaan pelbagai jenis ayat
majmuk yang gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang
minimum
- Penggunaan penanda wacana
yang betul dan tepat
- Penggunaan kosa kata luas dan
tepat
- Idea yang
relevan
dengan
huraian
yang jelas
berserta
dengan
contoh-
contoh
sesuai.
- Pengolahan menarik dan
berkesan dengan
pemerengganan yang
sesuai dan format
menepati kehendak
tugasan.
- Penggunaan ungkapan
yang mudah seperti
peribahasa
,pantun,cogan kata dan
frasa yang menarik.
Kepujian
25-32
(29-32)
(25-28)
- Penggunaan pelbagai jenis kata
yang tepat
- Penggunaan pelbagai ayat
majmuk yang gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang
minimum
- Penggunaan penanda wacana
yang sesuai pada keseluruhannya
- Ejaan dan tanda baca yang betul
- Penggunaan kosa kata yang luas
- Idea yang
relevan
dengan
huraian
yang jelas
berserta
dengan
contoh
- Pengolahan menarik
dengan pemerengganan
yang sesuai dan format
yang menepati kehendak
tugasan
- Penggunaan ungkapan
yang mudah seperti
peribahasa,
pantun,cogan kata dan
frasa yang menarik.
Baik
17-25
(21-24)
(17-20)
- Penggunaan pelbagai jenis kata
yang sesuai
- Penggunaan ayat majmuk
gabungan yang gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang
minimum
- Penggunaan kosa kata umum
tetapi terdapat kesalahan yang
minimum
- Idea
masih
relevan
dengan
huraian
yang
masih
jelas
- Pengolahan masih
menarik dengan
pemerengganan dan
format yang masih
sesuai memgikut
tugasan.
Memuaskan
09-16
(13-16)
(09-12)
- Penggunaan pelbagai jenis kata
yang terhad
- Penggunaan ayat yang mudah
tetapi terdapat kesalahan yang
minimum
- Penggunaan penanda wacana
yang kurang tepat
- Terdapat kesalahan ejaan dan
tanda baca yang ketara
- Idea
masih
relevan/
idea
bercampu
r aduk
dan
huraian
tidak
jelas
- Pengolahan kurang
menarik dengan
pemeengganan yang
kurang sesuai dan
format yang kurang
tepat.
- Format bercampur aduk.
Penguasaan
Minimum
(05-08)
(01-04)
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang
tidak cekap
SULIT 7 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
CADANGAN JAWAPAN
Soalan 1
Format : Tiada
Pendahuluan
Berlaku kebakaran di rumah jiran
Isi-isi cadangan
- terdengar anak jiran meninta tolong
- keluar dari rumah dan terlihat kebakaran yang berlaku
- suasana menjadi kelam-kebut. Orang ramai dating membantu.
- ternampak anak jiran terperangkap di tingkat atas tanpa disedari oleh orang ramai.
- masuk ke dalam rumah jiran dan menyelamatkan anak jiran itu
Penutup
Jiran mengucapkan terima kasih
Soalan 2
Format : Laporan
Pendahuluan
Tarikh, masa, tempat kejohanan diadakan.
Isi-isi
-perbarisan rumah sukan
-acara-acara akhir yang dipertandingkan
-gerai-gerai jualan
-penyampaian hadiah
Penutup
Harapan agar kejohanan yang akan datang akan membawa kejayaan kepada rumah yang
diwakili.
Soalan 3
Format : Tiada
Pendahuluan
Pengenalan aktiviti sukarelawan yang diadakan
Isi-isi cadangan
- belia tidak didedahkan dengan aktiviti sukarelawan oleh pihak sekolah
- belia lebih berminat dengan aktiviti hiburan
- kurang promosi daripada media massa
- belia inginkan ganjaran berbanding aktiviti suka rela.
Penutup
Harapan agar belia mempunyai kesedaran untuk menyertai aktiviti sukarelawan.
SULIT 8 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 4
Format : Tiada
Pendahuluan
Remaja kini semakin hilang semangat patriotik
Isi-isi cadangan
- ibu bapa membawa anak-anak melancong ke tempat bersejarah.
- ibu bapa memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak-anak.
- membawa anak-anak menyertai sambutan hari kemerdekaan negara
- menggunakan teknologi seperti internet untuk menghuraikan semangat patriotik
kepada anak-anak.
Penutup
Kesan sekiranya semangat patriotik diterapkan terhadap anak-anak.
Soalan 5
Format : Tiada
Diharapkan calon dapat menulis sebuah cerita tentang seseorang yang melakukan perkara
berfaedah sementara menanti sesuatu yang lebih baik.
KAJIAN NOVEL (BAHAGIAN D)
10 MARKAH
Pembahagian Markah
PERINCIAN MARKAH
Isi 6 markah
Bahasa 4 markah
Kriteria Markah Bahasa
Peringkat Markah Deskripsi
Cemerlang
04 Bahasa baik dan lancar
Ayat gramatis
Ejaan dan tanda baca yang betul
Baik
02-03
Bahasa masih baik dan masih lancar
Penggunaan ayat masih gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum
Kesalahan ejaan dan tanda bacaan minimum
Memuaskan
01 Bahasa tidak cekap
Ayat tidak gramatis
Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
SULIT 9 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Isi-isi cadangan :
BAHAGIAN D
NOVEL MERENANG GLORA
Watak
sampingan
Perwatakan Contoh
Shahrul Seorang yang
materialistik
Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan
telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk
memperoleh wang bagi membeli barangan
mewah dan berjenama
Seorang yang berlagak
dan sombong
Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres
kerana selama ini dia tinggal di rumah
banglo.
Seorang yang suka
berfoya-foya
bercampur gaul dengan budak-budak motor
dan melepak di kompleks beli-belah
Seorang yang suka panas
baran
Shahrul mencekak kolar baju Kumar agar
Kumar mengikut arahannya untuk menjual
telefon bimbit secara ansuran.
Seorang yang suka
mementingkan diri
sendiri
Shahrul meninggalkan Nadira keseorangan
ketika polis cuba menangkap rakan-rakan
mat rempitnya.
Seorang yang pendendam Shahrul meminta Din untuk memukul Badri
bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.
Nadira
Seorang yang tidak
berpendirian tegas
Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk
mempercayai kes telefon bimbit yang
dijumpai di dalam beg Badri.
Seorang yang ego dan
sombong
bersikap bena tidak bena akan nasihat Badri
agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang
suka menghabiskan masa dengan perkara
tidak berfaedah.
Seorang yang tidak
mendengar nasihat
Nadira enggan menerima nasihat kakaknya,
Nurul Ain yang menegur tentang
penampilannya
Seorang yang tidak
menghormati orang lain
meninggikan suara ketika kakaknya menegur
tentang pakaiannya yang agak terdedah dan
mencolok mata.
Seorang yang suka
membazirkan masa
sering membazirkan masa dengan bersiar-
siar dan melepak di kompleks beli belah
bersama-sama Shahrul.
Meng
Kong
Seorang yang tidak jujur Meng Kong mencuri kad prabayar dan
telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di
sekolahnya.
Seorang yang mata
duitan atau materialistik
Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit
di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang
sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
Seorang yang patuh dan
taat akan ibu bapa
Meng Kong sanggup tinggal di asrama
sekolah sepertimana yang diarahkan oleh
bapanya.
SULIT 10 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Seorang yang insaf akan
kesalahan yang dilakukan
setelah bapanya mengetahui perbuatan
jahatnya melalui rakaman CCTV, dia
memohon maaf daripada ayahnya dan
berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu
lagi.
Watak dan perwatakan Sampingan
NOVEL 6:20
Watak sampingan Perwatakan contoh
Puan
Delia
Seorang yang berhati-hati Ibu Sukma melarang Sukma daripada
berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak
dan isteri muda di hadapan pagar
rumahnya.
Seorang yang
menghormati tetamu Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan
kuih dan air kepada Rafiq.
Seorang yang penyayang Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah
buku kerana risau akan diri Sukma yang
dikatakan mengalami tekanan perasaan.
Seorang yang
berpenyakit darah tinggi Doktor menasihati Puan Delia agar berehat
di rumah.
Seorang perisik Puan Delia menyamar sebagai salah
seorang ahli kumpulan WX2 dengan
menjadi pemerhati dalam kumpulan
tersebut untuk mengetahui pergerakan
kumpulan tersebut.
Tuan Haji
Syakir
Seorang yang
bertanggungjawab Melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang pengerusi jawatankuasa kampung
dengan penuh amanah.
Seorang yang bersikap
prihatin Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi
membiayai pembedahan jantung dan
rawatan kulit Ehsan.
Seorang yang taat akan
perintah Tuhan Walaupun sibuk akan urusan harian, beliau
tetap menunaikan solat pada setiap waktu.
Seorang yang berjasa
kepada rakyat Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling
kerana jasanya terhadap mereka..
Seorang yang tidak
emosional Beliau sentiasa tenang dalam
menyelesaikan perselisihan faham yang
berlaku antara Sukma dan Puan Delia.
Seorang yang boleh
bertolak ansur Beliau tidak memarahi Sukma apabila
mengetahui bahawa Sukma pergi ke kelab
WX2 seorang diri.
Seorang yang pandai
memujuk Beliau menyuruh Sukma agar memohon
maaf kepada ibunya dengan segera setelah
Sukma berlaku kasar dengan ibunya.
Iskandar Seorang yang prihatin
Nenek memberitahu sukma bahawa
rakannya Jery dan Iskandar terlibat dalam
SULIT 11 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
aktiviti ruang sepi yang akan menyesatkan
anak-anak muda
Kak Ros
Seorang yang cekal dan
tabah
Kak Ros cekal dalam melaksanakan tugas
dia dapat menangkap kumpulan ruang sepi
termasuk ibu sukma
Seorang yang berani
menjalankan tugas
Kak Ros bertugas dengan penuh dedikasi
sehingga dapat menangkap kumpulan
ruang sepi.
NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUKMU
Watak sampingan Perwatakan Contoh
Satiah (Tiah)
Seorang yang
menghormati dan
mentaati ibu bapa.
Satiah sangat sayang akan ibu bapanya dan
tidak berani mengingkari perintah ayahnya,
seperti dia tidak mahu menyertai kumpulan
belajar bersama dengan rakan sekelasnya
kerana sedar bahawa bapanya tidak akan
bersetuju
Seorang yang ringan
tulang dan rajin. Ketika tinggal di rumah Hartini, dia sering
membantu mama membuat kerja rumah
tangga. Dia juga tekun mengulang kaji
terhadap pelajarannya sehingga
memperoleh keputusan yang cemerlang.
Seorang yang bersikap
tabah dan gigih Dia sanggup menanggung penderitaan
penyakitnya dan meneruskan sisa hayatnya
dengan belajar secara berkomitmen. Ketika
berada di sekolah berasrama penuh, dia
sentiasa sabar dan tidak memberitahu
Hartini atau ibu bapanya tentang keadaan
penyakitnya yang semakin tenat
Seorang sahabat yang
ikhlas
Dia menjalin hubungan dengan Hartini yang
datang dari bandar dengan ikhlas. Dia juga
sayang akan Hartini sebagai sahabat dan
saudara angkatnya. Buktinya ketika
mengetahui Hartini dilokap akibat kes
penagihan dadah, Satiah yang berada di
asrama sangat gelisah dan menangis serta
percaya bahawa Hartini pasti difitnah dalam
kes tersebut
Pak Morit
Seorang
bapa yang sayang akan
anaknya
Ketika Satiah demam, dia terus masuk ke
hutan untuk mencari ramuan ubat
tradisional. Dia juga berusaha
menyembuhkan penyakit anaknya walaupun
dengan cara yang salah.
Seorang ayah yang
mementingkan
pelajaran anaknya.
Untuk menjamin kejayaan anaknya dalam
pelajaran, dia sanggup menyerahkan Satiah
kepada Encik Hasrul sebagai anak angkat
SULIT 12 02/1
02/1 © 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
supaya Satiah dapat belajar bersama dengan
Hartini di rumah Encik Hasrul.
Seorang yang ego dan
degil Dia tidak sanggup menerima nasihat orang
lain walaupun dipujuk dan dirayu oleh
ibunya, Hasru dan Hartini. Dia tetap
menolak permintaan mereka untuk
memberikan rawatan moden kepada Satiah
yang sakit tenat. Sikap egonya
mengakibatkan Satiah terlewat untuk
Mendapa t rawatan yang rapi.
Mak Sukin Seorang ibu yang prihatin
dan penyayang Dia sangat sayang akan anaknya. Dia
sanggup menjaga Satiah di hospital
beberapa hari tanpa tidur.
Hasrul (papa
Hartini)
Seorang ayah yang
prihatin dan penyayang Dia sayang akan anak dan mengambil berat
terhadap pelajaran anaknya. Ketika
mengetahui Hartini ditahan di balai polis
kerana terlibat dalam kes dadah, dia telah
menemui pihak polis dan pihak polis untuk
membuat siasatan lanjut. Atas usahanya
yang gigih dia berjaya mengesan dalang
dalam sindiket najis dadah di asrama
sekolah, iaitu Encik Kancho.
Seorang yang baik hati
dan suka menolong. Apabila mengetahui masalah Satiah
daripada anaknya , Hartini, Hasrul tidak
keberatan untuk membantu Satiah dengan
berbincang dengan bapanya Pak Morit
supaya membenarkan belajar secara
berkumpulan dengan Hartini. Dia sanggup
menerima Satiah sebagai anak angkat
supaya Satiah dapat belajar di rumahnya
dengan baik. Dia juga sanggup menanggung
kos perubatan Satiah ketika mendapat
rawatan di hospital.
Seorang yang mesra dan
menghormati adat resam
bangsa lain
Walaupun tidak setuju tentang cara Pak
Morit yang meminta dukun untuk
memberikan rawatan kepada Satiah, Hasrul
tetap menghormati keputusan Pak Morit
adat dan pantang larang kaum orang asli.
PANDUAN PEMARKAHAN TAMAT