SLAID TEKNIK MENJAWAB BM KERTAS 1.pptx

Post on 13-Dec-2015

38 views 6 download

Transcript of SLAID TEKNIK MENJAWAB BM KERTAS 1.pptx

BIMBINGAN BERFOKUS UPSR PEMBANGUNAN MINDA MURID DAN INTERVENSI PEMBELAJARAN ALAF BARU

Oleh : PUAN ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PEGAWAI SISC+BM PPDJB

Gunakan Teknik Ambil,

Buang dan Padan

I. Air yang sudah ditapis itu bersih dan cerah.II. Kulit Faizal lebih cerah daripada abangnya.III. Cermin jendela itu menjadi cerah setelah dicuci.IV. Cuaca pada hari ini cerah dari pagi

hingga ke petang.A. I, dan IV sahajaB. II dan III sahajaC. I, II dan III sahajaD. II, III dan IV sahaja

Ayat soalan di atas boleh diringkaskan menjadi rangkai kata atau ayat mudah berikut:

I. Air cerah.II. Kulit Faizal cerah.III. Cermin menjadi cerah.IV. Cuaca cerah.

Kenalpasti pilihan I betul atau salah.

Air cerah - salahAir jernih - sepatutnya

Rujuk kepada pilhan jawapan. Pilihan jawapan yang mengandungi I  adalah

salah.

A. I, dan IV sahajaB. II dan III sahajaC. I, II dan III sahajaD. II, III dan IV sahaja

Kenalpasti  pilihan IV betul atau salah. Pilihan II dan III sah betul kerana pilihan jawapan B dan D ada II dan III.a) Jika pilihan IV salah, maka jawapannya B.b) Jika pilihan IV betul, maka jawapannya D.

Cuaca cerah - Betul kerana cuaca cerah bermaksud cuaca terang.Oleh itu, pilihan jawapan D adalah yang paling tepat.

1.Cuaca cerah - Betul kerana cuaca cerah bermaksud cuaca terang.1.Oleh itu, pilihan jawapan D adalah yang paling tepat.

Contoh 2 : Menanda frasa sebelum dan selepas

I. Adik tidur nyenyak di dalam buaian sejak petang tadi.II. Ibu melarang saya bermain di sungai yang dalam itu.III. Kak Liza membantu adiknya dalam menyelesaikan masalah pelajaran.IV. Fikirkanlah keputusan yang kamu ambil itu dengan dalam.

Murid membaca perkataan yang telah dibulatkan dan mengesan kesalahan penggunaan kata.

i) di dalam buaian ii) sungai yang dalamiii) dalam menyelesaikan iv) dengan dalam ( mendalam )

Membaca perkataan yang telah dibulatkan dan mengesan kesalahan penggunaan kata.

i) di dalam buaianii) sungai yang dalamiv) dalam menyelesaikan

dengan dalam ( mendalam )

Pilihan jawapan : i, ii dan iii sahaja.

Soalan bagi kategori Peribahasa

Menggunakan perkataan-perkataan dalam peribahasa untuk memahami makna keseluruhan.Contoh :Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. 

    

dipecahkan ~ buka, ambil,keluarkan ruyung ~ sejenis bekas dapat ~ perolehsagunya ~ isi dalam bekas

Pemahaman yang akan difikirkan oleh kamu:

1.

2.

Buka, bekas untuk peroleh isi di dalamnya.Kalau nak dapat isi dalam bekas, mesti pecahkan bekasnya.

Pilihan jawapan yang sama dengan kupasan penyataan.

Untuk mendapatkan sesuatu kejayaan, seseorangitu haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Roslan __________ kerana komputer yang cuba dibaikinya itu semakin tidak berfungsi. A bagai tikus membaiki labu B bagai kera mendapat bunga C bagai pahat dengan penukul D bagai si kudung mendapat cincin 

A bagai tikus membaiki labu(tikus kecil, labu terlalu besar)

 B bagai kera mendapat bunga

(kera terlompat-lompat, bunga cantik) C bagai pahat dengan penukul

(pahat perlu diketuk penukul) D bagai si kudung mendapat cincin

(tiada jari untuk disarung cincin) 

Jawapan yang sesuai dengan pengertian dibuat :

Komputer ~ cuba dibaikinya ~ tidak berfungsi.

A bagai tikus membaiki labu(tikus kecil, labu terlalu

besar)bermaksud orang yang cuba membaiki atau membetulkan sesuatu yang dia tidak mengetahui cara-caranya. Akhirnya, keadaan menjadi bertambah rosak.

Contoh Simpulan Bahasa :

kera sumbang

haiwan, binatang

perlakuan, pergerakan

Kesimpulan yang dibuat : Kera yang tidak mengikut tabiat dan perlakuan seperti kera-kera yang lain.

Pilihan jawapan yang ada persamaan :Orang yang tidak bergaul dengan orang lain.

Sikap Yusof yang suka mencuri telah menjadi __________ orang kampung.

A buah hati  (sayang)

B buah mulut  (perbualan)

C buah fikiran  (pendapat)

D buah tangan (dibawa) 

Ayat Sama Maksud

~ teknik memenggalkan ayat

~ jangan buang atau tambah maklumat

Beberapa kempen dan promosi / telah dilancarkan / untuk menarik pelancong asing / ke Langkawi / sempena pameran LIMA 07.A Dalam usaha menarik pelancong asing ke Langkawi sempena LIMA 07, beberapa kempen dan promosi telah diadakan.

B Usaha berkempen dan berpromosi penting untuk pelancong ke Langkawi sempena LIMA 07.

C Pelancong asing memang berminat terhadap beberapa kempen dan promosi di Langkawi sempena LIMA 07.

D Untuk menarik pelancong asing ke Langkawi sempena LIMA 07, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh.

Memilih Ayat yang

Betul

Memilih ayat yang betul biasanya melibatkan 15 skop berikut :Kesilapan Dari Segi Kata Sendi NamaKesilapan Dari Segi Kata PerintahKesilapan Dari Segi Hukum DMKesilapan Dari Segi Kata NafiKesilapan Dari Segi Kosa KataKesilapan Dari Segi Kata TanyaKesilapan Dari Segi Kata BilanganKesilapan Dari Segi Kata PemeriKesilapan Dari Segi Penjodoh BilanganKesilapan Dari Segi PartikelKesilapan Dari Segi Struktur AyatKesilapan Dari Segi Ayat PasifKesilapan Dari Segi Kata SeruKesilapan Dari Segi Kata Hubung

Kesilapan Dari Segi Kata Sendi NamaContoh UPSRa) Adik suka bermain-main di halaman rumah di waktu petang.b) Zakiah menjadi juara di dalam pertandingan deklamasi sajak.Sepatutnya:a) Adik suka bermain-main di halaman rumah pada waktu petang.b) Zakiah menjadi juara dalam pertandingan deklamasi sajak.

Penggunaan kata antaraAntara merujuk kepada hurian sebagaimana berikut:a) Merujuk masa.Contoh:Hassan menunggu anaknya di stesen bas itu antara pukul 3.00 hingga 4.00 petang.Salah jika:Hassan menunggu anaknya di stesen bas itu di antara pukul 3.00 hingga 4.00 petang.Hal ini demikian kerana antara digunakan untuk merujuk masa. Ringkasnya: Antara + pukul 3.00 hingga 4.00 petang (merujuk masa).

Tidak banyak perbezaan dari segi strategi permainan di antara kedua-dua pasukan bola sepak itu.

Sepatutnya :Tidak banyak perbezaan dari segi strategi permainan antara kedua-dua pasukan bola sepak itu.

Kanak-kanak yang berumur di antara lima hingga enam tahun layak belajar di tadika itu.Sepatutnya :Kanak-kanak yang berumur antara lima hingga enam tahun layak belajar di tadika itu.

Hasaan begitu gembira apabila menjadi juara di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.

Sepatutnya :Hasaan begitu gembira apabila menjadi juara  dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.

Mahiran berdoa semoga keluarganya sentiasa di dalam keadaan sihat.

Sepatutnya : Mahiran berdoa semoga keluarganya sentiasa  dalam keadaan sihat.

Perasaan kasihan tentang haiwan ialah amalan yang mulia.

Sepatutnya :Perasaan kasihan  terhadap  haiwan ialah amalan yang mulia.

Mereka akan berpindah ke Melaka di akhir tahun ini.

Sepatutnya :Mereka akan berpindah ke Melaka pada akhir tahun ini.

Layang-layang adik tersangkut di dahan pokok rambutan itu.

Sepatutnya :Layang-layang adik tersangkut pada dahan pokok rambutan itu.

Rakyat negara itu makin terdedah dengan dunia luar.

Sepatutnya :Rakyat negara itu makin terdedah  kepada dunia luar.

Kesalahan Tatabahasa (UPSR 2001– 2013)1 Saya hendak menjumpai Ahmad pada petang ini.2 Di masa itu saya sedang memancing ikan di sungai.3 Alwi menerima sepucuk surat dari kawan lamanya.4 Segala-gala persiapan Hari Anugerah

Cemerlang dibiayai oleh ibu bapa.6 Berbagai barang keperluan harian dijual di kedai yang berhampiran taman itu.7 Sampah sarap ini berpunca dari sikap orang ramai.

8 Setiap orang rakyat harus menunjukkan kesetiaan

mereka terhadap negara.9 Laporan itu diserahkan ke pihak polis.10 Di dalam perbincangan tadi,

Hasrul dilantik sebagai Ketua Murid.11 Semua ahli-ahli Tunas Puteri

berkhemah di padang sekolah.

12 Kita mesti bekerja kuat demi untuk memajukan diri.13 Adik menangis bila digigit semut api ketika bermain.14 Beng Teong menjagakan beberapa ekor burung.16 Eddie membawa basikal barunya ke sekolah.

17 Peserta Rumah Kuning lebih pantas dari peserta Rumah Merah.18 Fatimah akan menunggu kita di

bas stesen pada petang ini.19 Pak Adam mempelawa kami supaya makan goreng ayam itu.20 “Janganlah bercakap bila sedang makan,” kata ibu kepada Azman.

Kesilapan Dari Segi Kata PerintahContoh UPSR 2008a)  Minta makan kuih yang saya hidangkan itu.b)  Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya.c)  Tolong jangan bersandar pada dinding itu, catnya belum kering lagi.d)  Minta makan kuih yang saya hidangkan itu.

Sepatutnya:a)  Sila makan kuih yang saya hidangkan itu.b)  Tolong nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya.c)  Harap jangan bersandar pada dinding itu, catnya belum kering lagi.d)  Sila makan kuih yang saya hidangkan itu. 

Kesilapan Dari Segi Kata NafiContoh UPSRa) Kasut bertumit tinggi bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung.b) Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja.c) Budak bertahi lalat itu tidak adik Salman.Sepatutnya:a) Kasut bertumit tinggi tidak sesuai dipakai

oleh wanita yang mengandung.b) Telefon antik di kedai itu bukan untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja.c) Budak bertahi lalat itu bukan adik Salman.

Kesilapan Dari Segi Kosa Kata

a) Saya tidak dapat menamatkan semua soalan.b) Beng Teong menjagakan beberapa ekor burung.c) Eddie membawa basikal barunya ke sekolah.

Sepatutnya :a) Saya tidak dapat menjawab semua soalan.b) Beng Teong memelihara beberapa ekor burung.c) Eddie menunggang basikal barunya ke sekolah.

Kesilapan Dari Segi Kata TanyaContoh UPSR

a)  Apakah kamu dan adik pergi ke kedai semalam?b)  Ke manakah mereka membeli tiket itu?Sepatutnya:a)  Adakah kamu dan adik pergi ke kedai semalam?b)  Di manakah mereka membeli tiket itu?

Kesilapan Dari Segi Kata BilanganContoh UPSR 2009

a) Sarina amat sayang akan ketiga ekor anak kucing hadiah daripada bapanya.b)  Berbagai barang keperluan harian dijual

di kedai yang berhampiran taman itu.Sepatutnya:a) Sarina amat sayang akan ketiga-tiga 

ekor anak kucing hadiah daripada bapanya.b)  Berbagai-bagai barang keperluan harian dijual di kedai yang berhampiran taman itu.

Kesilapan Dari Segi Kata PemeriContoh UPSR 2009

a) Amalan mengambil sarapan  ialah  baik untuk kesihatan.

b) Kereta yang berwarna merah itu adalah  kereta ayah Faris yang baharu.Sepatutnya:a) Amalan mengambil sarapan adalah baik untuk kesihatan.

b) Kereta yang berwarna merah itu ialah  kereta ayah Faris yang baharu.

Kesilapan Dari Segi Kata HubungContoh UPSR 2010

a) Razak mendengar muzik tatkala membuat latihan Matematik.b) Adik menangkap ikan sambil memasukkan ikan itu ke dalam akuarium.Sepatutnya:a) Razak mendengar muzik sambil membuat latihan Matematik.b) Adik menangkap ikan lalu memasukkan

ikan itu ke dalam akuarium.

PEMAHAMAN PETIKAN

Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Dari ruang matamuTidak lepas pemerhatianMelihat daku terlena tenangMengusap lembut rambutkuDengan penuh kasih sayangKulayangkan mata ke laut biruKini aku di puncak menara gadingMengecap impian yang nyata

R1

Inilah hasilnyaHasil usapan yang lembut dahuluMengajar aku erti kehidupanKiniaku di tepian pantai tak bertebingMengenang nasib dirikuYang kian hampir denganmuTapi kusedariDirimu kini jauhMenemui Yang Maha EsaYang lebih menyayangi dirimu

R2

Namun kupasti akan mendoakanmuPasti tetap menyayangimuUsapanmu tetap kurasaiWalaupun dirimu tiada lagi di sisiku,ibu... Kau sentiasa di hatiku.

R3

6. Apakah jenis puisi di atas? A SyairB SajakC Pantun

7. Maksud perkataan usapan dalam petikan ialah

A kucupanB gosokanC ciumanD belaian

R2

8. Apakah janji penulis kepada ibunya

A Menyayangi dan mendoakan ibunya

B Tetap mengusap rambut ibunyaC Belajar bersungguh-sungguhD Menemui ibunya

R3

9. Di manakah ibu penulis sekarang?

A Tepi lautB Menara gadingC Bersama penulisD Meninggal dunia

R2

10. Pilih pernyataan yang tidak benar.

A Penulis berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

B Penulis sentiasa mengingati ibunya.

C Penulis sekarang sudah bekerja.D Penulis mengenangkan ibunya.

R1

R3

R3

Kamal dan rakan-rakannya membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang. Mereka meluangkan masa bersama-sama untuk membincangkan topik yang sukar secara berkumpulan. ( Topik Utama : Persediaan peperiksaan)

Soalan :Mengapakah Kamal dan rakan-rakannya sering menghabiskan masa bersama?

Kata Kunci : menghabiskan masa bersama

Pilihan Jawapan :A Mereka mengulang kaji pelajaran.B Mereka membuat persediaan menghadapi pepriksaan.C Mereka meluangkan masa bersama.D Mereka berbincang dalam kumpulan.