Slide agenda 21

Post on 14-Apr-2017

227 views 5 download

Transcript of Slide agenda 21

AGENDA TEMPATAN 21

Soalan: Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local Agenda 21) bagi bandar anda. Tuliskan cadangan ringkas beserta gambar dan rajah-rajah.

PengenalanTakrifan Agenda Tempatan 21 ialah kerja-kerja yang diterajui oleh

kerajaan tempatan yang melibatkan masyarakat secara meluas untuk membentuk strategi yang menyeluruh bagi melindungi: alam sekitar kemantapan ekonomi Kesejahteraan Masyarakat Yang terlibat dalam bidang kuasa tempatan. Hal ini memerlukan pengintegrasian perancangan dan tindakan dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Agenda 21 adalah perancangan yang menyeluruh mengenai tindakan2 yang diambil di peringkat global, kebangsaan dan tempatan oleh Pertubuhan Bangsa2 Bersatu, Kerajaan dan persatuan2 tempatan yang memberi impak kepada alam sekitar. Hal ini selaras dengan Laporan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan alam sekitar dan pembangunan pada 3 hingga 14 Jun 1992 di Rio de Janeiro, Brazil.

Latar belakang

Program Local Agenda 21 atau juga dikenali sebagai LA21 ini di mulakan pelaksanaannya di Malaysia pada tahun 2000 melalui Projek Perintis LA21 yang melibatkan 4 buah PBT, iaitu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) , Majlis Perbandaran Petaling Jaya(MPPJ), Majlis Perbandaran Miri(MPM) dan Majlis Daerah Kerian(MDK). Projek perintis ini di laksanakan oleh kementerian Perumahan dan kerajaan t empatan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan United Nations Development Program(UNDP). Projek perintis LA21 telahpun di lancarkan oleh YB. Dato’ Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 17 Oktober 2000 di Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

6 Elemen utama dalam Agenda Tempatan 211. Mengurus dan menambahbaik mutu perkhidmatan

alam sekitar sesebuah PBT itu sendiri.2. Mengintegrasikan pembangunan mapan terhadap

polisi dan aktiviti PBT.3. Meningkatkan kesedaran dan pendidikan.4. Berunding dan melibatkan diri dalam kalangan

masyarakat.5. Mengadakan kerjasama.6. Mengukur, mengawas dan melapor tentang kemajuan

ke arah kemapanan.Daripada 6 elemen utama tersebut, terdapat beberapa aspek yang menjadi cabang dalam agenda ini.

Aspek-aspek dalam Agenda Tempatan 21Antara aspek-aspek yang menjadi perbincangan dalam Agenda Tempatan 21 adalah: Pencemaran dihadkan Kepelbagaian alam dihargai dan dilindungi Jika munasabah, keperluan tempatan dihasilkan oleh

tempat tersebut Setiap orang mendapat bekalan makanan, air dan

tenaga dengan kos yang munasabah. Sumber digunakan dengan efficient dan pembaziran

diminimumkan.

Kesihatan manusia dijaga dengan menyediakan persekitaran yang selamat, bersih, nyaman dan perkhidmatan kesihatan untuk mencegah penyakit dan mengubati pesakit.

Kemudahan, perkhidmatan dan barang-barang keperluan disediakan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Orang hidup tanpa rasa takut disebabkan huru hara, jenayah atau dihukum semata-mata kerana agama, kaum atau jantina.

Setiap orang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan maklumat yang diperlukan untuk membolehkan mereka memainkan peranan dalam masyarakat.

Setiap lapisan masyarakat terlibat dalam membuat keputusan penting.

Kemudahan kebudayaan dan rekreasi tersedia untuk semua penduduk

Tempat-tempat dan ruang-ruang bersepadu membentuk makna dan keindahan. Perbezaan dihargai dan keunikan tempatan dipeliharan.

Hubungan dan kaitan dengan kawasan-kawasan lain di dunia dibina. Tiada tempat yang terpencil.

CadanganDalam mentadbir sebuah Bandar, terdapat pelbagai cabaran yang muncul dan terkadang dilihat dapat merencatkan proses pembangunan yang mapan bagi sesebuah Bandar. Oleh itu, menjadikan Agenda Tempatan 21 sebagai kayu ukur saya ingin mengemukakan beberapa cadangan bagi pembangunan Bandar Sungai Petani dan seluruh kawasan yang berada di bawah pemerintahan Majlis Perbandaran Sungai Petani.Cadangan saya adalah menangani dan menambahbaik beberapa perkara berkaitan dengan 3 isu utama yang menjadi kewajipan bagi mana-mana PBT bagi mengenalpasti dan menangani masalah yang berkaitan isu tersebut. Yang pertama adalah berkaitan dengan alam sekitar.

Alam SekitarDaripada sudut ini, Bandar Sungai Petani kelihatan agak terkebelakang dan kurang berjaya dalam menangani isu-isu berkaitan alam sekitar. Hal ini amat berkait rapat dengan status Bandar Sungai Petani itu sendiri yang terkenal sebagai Bandar perindustrian terbesar di Negeri Kedah dan terdiri daripada pelbagai sektor yang sememangnya menjadi ancaman kepada alam sekitar. Pelepasan asap yang tidak berkala dan berjadual oleh kilang-kilang jelas menunjukkan kelemahan dalam penguatkuasaan oleh pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPk). Oleh itu, cadangan saya adalah pihak MPSPk perlu mempunyai garis panduan yang tetap dan jelas berkaitan isu pelepasan asap. Sebuah bandar industri seperti Sungai Petani sememangnya akan mengalami peningkatan suhu dan penurunan kualiti udara.

Cadangan saya yang kedua juga melibatkan isu alam sekitar namun ianya lebih memfokuskan kepada sungai dan pengurusan saliran di sekitar bandar. Umum mengetahui, bandar Sungai Petani diasaskan di sepanjang sebatang sungai yang bernama sungai Petani. Namun begitu, setelah 104 tahun bandar ini dibuka dan berkembang, sungai Petani berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan. Bau yang busuk dan kandungan sampah yang tinggi sememangnya mengundang seribu pertanyaan berkaitan peranan MPSPk dalam menguruskan hal ini. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak MPSPk membuat satu rancangan jangka panjang bagi mengruskan hal berkaitan sungai dan saliran di bandar ini. Hal ini mungkin boleh dimulakan dengan membina perangkap sampah di beberapa kawasan yan dirasakan perlu terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan ramai yang dijangka mempunyai kandungan sampah yang tinggi. Selain itu, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ juga perlu diaplikasikan kepada orang ramai.

Sungai Petani. Keadaan sungai yang sangat kotor dan berbau.Menguruskan soal alam sekitar sememangnya amat perlu dan hal ini juga selaras dengan enam elemen yang terdapat dalam Agenda Tempatan 21 iaitu’Mengurus dan menambahbaik mutu perkhidmatan alam sekitar sesebuah PBT itu sendiri’.

Kemantapan ekonomiCadangan saya yang kedua adalah berkaitan soal kemantapan ekonomi. Umum mengetahui, kemantapan ekonomi merupakan salah satu perkara penting kepada kesejahteraan hidup manusia dan juga kepada pihak MPSPk. Sungai Petani amat bertuah kerana dikenali dengan nama bandar perindustrian kerana industri ini sememangnya memberikan pulangan yang tinggi kepada pihak PBT. Hal ini demikian kerana, zon industri memberikan pulangan yang lumayan dengan pembayaran cukai kepada pihak PBT. Suka saya mengingatkan bahawa bandar Sungai Petani mempunyai beberapa kawasan perindustrian seperti zon industri Tikam Batu, Bakar Arang, Bukit Makmur, Gurun dan Taman Ria Jaya. Soalnya, penggunaan tanah dan infrastruktur asas agak terkebelakang.

Contohnya, kawasan perindustrian Bakar Arang, Bukit Makmur dan Taman Ria Jaya mempunyai tanah yang luas namun dibiarkan tanpa dibangunkan, keadaan jalan yang amat daif juga memburukkan lagi keadaan. Di samping itu, sudut keselamatan juga agak diabaikan. Kedudukan balai polis dan balai bomba yang jauh mungkin menjadi factor penolak kepada para pelabur. Sungguhpun hal ini dilihat sebagai tergolong dalam kesejahteraan masyarakat namun perlu diingat bahawa pihak MPSPk perlu menjadi mesra pelabur. Keadaan di kawasan industri ini akan mengundang persepsi negatif terhadap MPSPk oleh para pelabur. Seandainya para pelabur bersikap begini, MPSPk mungkin akan mengalami kekurangan sumber pada masa akan datang. Kesan di sebalik semua ini amat besar kerana bukan sahaja pihak PBT akan mengalaminya bahkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan juga turut terkesan.

Oleh itu, kerjasama dengan pihak pelabur juga perlu bagi menarik mereka ke bandar Sungai Petani. Kerjasama yang saya maksudkan bukan sahaja kepada perindustrian sahaja bahkan boleh dikembangkan kepada pemilik hotel dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan pelancongan. Sebagai contohnya, kawasan Lembah Bujang, Sungai Merbok, Pantai Merdeka dan juga sekitar pusat bandar Sungai Petani. Secara tidak langsung, bandar Sungai Petani akan lebih dikenali dan boleh menarik lebih ramai pelancong sekaligus meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat. Hal ini juga selaras dengan salah satu elemen dalam Agenda Tempatan 21 iaitu ‘Mengadakan kerjasama’.

Kawasan perindusrtrian Taman Ria Jaya Kawasan perindustrian Bakar Arang

Kawasan perindusrtrianBukit Makmur Kawasan perindustrian Gurun

Kesejahteraan MasyarakatCadangan saya yang terakhir melibatkan kesejahteraan masyarakat. Dalam setiap pemerintahan, masyarakat atau rakyat adalah unsur yang sangat penting. Oleh itu, kesejahteraan masyarakat adalah isu yang amat wajar ditangani oleh pihak MPSPk. Dalam soal ini, kesejahteraan rakyat boleh diukur melalui infrastruktur asas yang telah disediakan. Tidak dinafikan, peranan MPSPk amat besar dalam menyediakan infrastruktur namun penyelenggaraan itu dilihat agak kurang. Cadangan saya adalah melakukan pemeriksaan terhadap infrastruktur awam secara berkala.

Selain itu, soal kesihatan juga wajar diberi perhatian segera oleh pihak MPSPk. Kesihatan masyarakat perlulah diambil perhatian terutamanya yang melibatkan kebersihan di premis-premis yang menjual makanan, tandas awam, tempat awam, tempat tumpuan dan sebagainya. Perlu ada pelan tindakan yang jelas dan berkala agar pihak peniaga dan orang awam mempunyai kesedaran tentang soal ini serta meningkatkan imej MPSPk sebagai sebuah PBT yang mengambil berat akan kemaslahatan awam. Satu kerjasama boleh diadakan di antara MPSPk dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani isu ini. Di samping itu, soal keselamatan juga wajar diambil kira. Sememangnya kadar jenayah di bandar-bandar besar amat membimbangkan. Oleh itu, sebagai PBT perlu ada kerjasama dengan pihak polis akan soal ini. Hal ini juga berkait rapat dengan soal ekonomi yang telah disentuh tadi.

Perlu diingat bahawa masyarakat juga menyumbang banyak dari segi pendapatan kepada pihak MPSPk iaitu dengan pembayaran cukai, lesen perniagaan, kupon letak kenderaan dan sebagainya. Maka wajarlah masyarakat mendapat manfaat daripada hasil pembayaran mereka. Keadaan infrastruktur asas yang telah lama berada dalam keadaan yang agak daif dan hal ini menjejaskan pemandangan di sekitar bandar serta memberi persepsi negatif daripada orang luar. Oleh itu, pihak MPSPk perlu peka dengan soal ini dalam menjadikan bandar Sungai Petani sebagai sebuah bandar yang bukan sahaja maju dan berpendapatan tinggi malahan sebagai tempat yang selesa dan selamat untuk didiami. Mungkin sesi soal jawab bersama penduduk boleh diadakan dengan lebih kerap bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat sesuai dengan elemen ‘Berunding dan melibatkan diri dalam kalangan masyarakat’.

Keadaan Jalan Petri, salah satu jalan utama di pusat bandar.

Keadaan pondok menunggu bas di jalan Sungai Petani-Alor Setar amat mendukacitakan

Keadaan papan tanda bagi kawasan perindustrian Bakar Arang yang telah menyembah bumi dibiarkan begitu sahaja.

PenutupBerkaitan penilaian Agenda Tempatan 21, bandar Sungai Petani sememangnya lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi melaksanakan dasar-dasar yang terdapat dalam agenda tersebut. Sungguhpun begitu, diharapkan dengan perkongsian tersebutdapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi pihak MPSPk memperbaiki sistem pentadbiran dalam usaha mencapai bandar yang mapan, progresif, selamat dan selesa selaras dengan Agenda Tempatan 21. Diharapkan dengan kemajuan bandar Sungai Petani akan dapat meningkatkan imej negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

Sekian Terima Kasih