Slide2 milikan

Post on 07-Jul-2015

366 views 0 download

Transcript of Slide2 milikan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

KURSUS ORIENTASI MODUL KEUSAHAWANAN

UNTUK GURU-GURU ALIRAN VOKASIONAL2007

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Terdapat tiga bentuk perniagaan yang sesuai dipilih

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Dimiliki oleh seorang usahawan sahaja. Usahawan tersebut bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pengurusan perniagaan. Pemilik perniagaan juga bertanggung jawab terhadap tanggungan atau liabiliti perniagaan secara bersendirian.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Kelebihan Milikan Tunggal

Mudah ditubuhkan

Mudah untuk mengurusnya kerana perniagaan diuruskan sendiri oleh pemiliknya.

Keuntungan diperolehi dari kendalian perniagaan adalah milik tuan punya perniagaan sepenuhnya.

Pemilik perniagaan tidak perlu melaporkan prestasi perniagaan kepada umum atau pihak berkuasa.

Tidak banyak perundangan yang perlu dipatuhi.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Kelemahan Milikan Tunggal Pemilik bertanggung jawab sepenuhnya

terhadap tanggungan atau hutang perniagaan.

Mempunyai sumber perniagaan yang terbatas.

Pemilik menanggung beban kerja yang banyak dari segi masa dan tenaga.

Perniagaan banyak bergantung kepada kecekapan pemilik untuk kendalian perniagaan yang berterusan.

Oleh kerana dimiliki oleh seorang pemilik sahaja, sumber untuk mengembangkan perniagaan adalah terhad.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Dua orang usahawan atau lebih berkongsi untuk menjalankan sebuah perniagaan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan dari perniagaan yang dikongsi itu.

Syarikat perkongsian boleh dikongsi oleh rakan kongsi tidak melebihi 20 orang. Walau bagaimana pun perniagaan yang berbentuk perkhidmatan profesional seperti bidang guaman, arkitek, akauntan, kejuruteraan dan perubatan boleh di kongsi sehingga 50 orang.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Syarikat perkongsian adalah tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961. Sekiranya rakan kongsi tidak membuat Perjanjian Perkongsian atau Surat Ikatan Perkongsian, peraturan Akta perkongsian mestilah dipatuhi.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Keuntungan dan kerugian mesti dibahagi sama rata.

• Rakan kongsi tidak boleh dibayar faedah atas modal yang telah disumbangan.

• Setiap rakan kongsi berhak melibatkan diri dalam menguruskan syarikat.

• Rakan kongsi tidak boleh dibayar gaji.

• Mana-mana rakan kongsi yang hendak disingkirkan dari syarikat mestilah mendapat persetujuan dari lain-lain rakan kongsi dan pengambilan rakan kongsi baru perlu mendapat persetujuan sebulat suara daripada rakan kongsi sedia ada.

Antara peraturan yang terdapat dalam Akta Perkongsian 1961:

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Antara perkara-perkara penting yang perlu dijelaskan dalam Surat Ikatan Perkongsian:

• Nama syarikat sama ada menggunakan nama perniagaan atau nama rakan kongsi.

• Tempoh perkongsian bagi mengelakkan pembubaran pada bila-bila masa yang boleh menggugat kelancaran perniagaan.

• Pengurusan perniagaan sama ada dilantik dari kalangan rakan kongsi atau melalui perlantikan dan di bayar gaji.

• Akaun dan modal perkongsian yang menunjukkan sumbangan ahli dan hak rakan kongsi terhadap modal.

• Menjelaskan harta perkongsian dan harta

bukan-perkongsian

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Mudah mendapat kemudahan kredit.

• Sumber modal yang lebih kukuh kerana di kongsi oleh lebih daripada dua orang.

• Tanggungjawab terbahagi antara rakan-rakan kongsi.

• Mudah untuk ditubuhkan

• Syarikat perkongsian tidak perlu melaporkan prestai tahunan syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

• Sumbangan modal boleh dipertingkatkan dengan menambah rakan kongsi baru.

Kebaikan Syarikat Perkongsian

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Tiap-tiap rakan kongsi bertanggung jawab kepada keuntungan dan kerugian syarikat. Oleh itu risiko individu dapat dikurangkan.

• Mempunyai pengurusan yang lebih baik kerana rakan-rakan kongsi boleh menyumbang kemahiran, pengetahuan, dan pengalaman dalam menguruskan perniagaan

Kebaikan Syarikat Perkongsian

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Kelemahan Syarikat Perkongsian

• Keuntungan perniagaan terpaksa dibahagikan di kalangan rakan kongsi.

• Potensi untuk mengembangkan perniagaan terhad.

• Tanggungan perniagaan tidak terhad kepada aset perniagaan, malah pemiutang boleh menuntut aset peribadi rakan kongsi.

• Kesinambungan perniagaan terhad; perniagaan akan terbubar jika salah seorang rakan kongsi meninggal dunia atau bankrap.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Prosidur penubuhan milikan tunggal dan perkongsianMengikut Seksyen 5, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, butir-butir mengenai nama, tarikh mula berniaga, jenis perniagaan dan pemilik-pemilik hendaklah dikemukakan bagi pendaftaran di Unit Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana pejabat cawangannya.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Borang yang digunakan bagi mendaftarkan perniagaan ialah Borang ‘A’. Borang ini dikeluarkan dengan percuma oleh Pejabat SSM atau mana-mana pejabat cawangannya.

• Hanya satu salinan borang ini yang perlu dilengkapkan.

• Butir-butir perniagaan perlu dicatatkan dalam borang ini dan menanda-tanganinya di hadapan seorang Pegawai Pengesahan yang dinamakan dalam Borang ‘A’ iaitu Hakim, Ahli Parlimen, Majistret, Peguam, Pegawai Daerah dan Penghulu.

Proses penubuhan milikan tunggal dan perkongsian

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Yuran Pendaftaran Perniagaan

• Untuk perniagaan yang menggunakan nama pemohon (sesuai untuk milikan tunggal sahaja) yuran yang dikenakan ialah RM 30.00.

• Untuk perniagaan yang menggunakan nama lain dari nama pemohon (milikan tunggal atau perkongsian) yuran yang dikenakan ialah RM 60.00.

• Yuran perkhidmatan sebanyak RM 5.00 akan dikenakan untuk proses pendaftaran.

• Yuran RM 5.00 dikenakan untuk setiap cawangan perniagaan.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Sijil pendaftaran

Sijil Kelulusan Pendaftaran (Borang D) dikeluarkan kepada pemilik perniagaan dalam tempoh 3 (tiga) hari selepas permohonan dibuat. Sijil ini mestilah dipamerkan di premis perniagaan. Kegagalan mempamerkan sijil tersebut boleh didenda sehingga RM200.00.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Cara memulakan perniagaan

Rancangan

Perniagaan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Perniagaan baru diteroka berdasarkan potensi peluang perniagaan tersebut dari segi pulangan dan mempunyai risiko pelaburan yang boleh di atasi oleh usahawan.

Rancangan

Perniagaan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Rancangan

Perniagaan

• Dimulakan sendiri oleh usahawan.

• Modal sendiri.

• Usahawan mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kecenderungan dalam bidang yang diteroka.

• Ada kalanya perniagaan baru membabitkan ciptaan produk yang baru yang ingin dipelupori oleh usahawan.

Antara ciri-ciri perniagaan baru ialah:

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Kebaikan

• Bebas membuat keputusan sendiri.

• Berpeluang untuk mempraktikkan idea dan membina imej perniagaan sendiri.

• Mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri lokasi, kilang yang berpatutan, peralatan, barang atau perkhidmatan dan bank.

• Boleh membina reputasi, dan reputasi perniagaan tidak akan terjejas teruk jika berlaku kesilapan dalam pengurusan.

Rancangan

Perniagaan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Kelemahan

• Perlu mengambil masa yang lama, modal yang banyak dan usaha yang tinggi.

• Menanggung kerugian atau keuntungan yang minimum di peringkat awal kerana kos permulaan perniagaan yang tinggi.

• Tidak dapat membuat ramalan tentang jualan, kos dan keuntungan dengan tepat kerana ketiadaan rekod perniagaan.

Rancangan

Perniagaan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Kelemahan

Rancangan

Perniagaan

• Perlu berusaha dengan lebih keras untuk menarik minat bakal pelanggan dan meningkatkan kewujudan bilangan pelanggan.

• Sukar untuk mendapat pinjaman kerana kurangnya keyakinan institusi kewangan terhadap perniagaan baru berbanding perniagaan sedia ada dan terbukti prestasinya.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Mengambil alih perniagaan sedia ada bermaksud membeli sebuah perniagaan yang telah wujud atau mengambil alih sebahagian besar saham syarikat atau aset syarikat dengan tujuan untuk mengambil alih pengurusan syarikat tersebut.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Kenal pasti keutamaan peribadi dalam perniagaan yang akan diceburi.

• Kenal pasti peluang atau potensi yang wujud dalam perniagaan sedia ada.

• Buat penilaian terhadap prestasi dan rekod syarikat sebelum membuat keputusan mengambil alih sesebuah syarikat.

Langkah-langkah untuk membeli perniagaan sedia ada:

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Aturkan kemudahan pembiayaan perniagaan dari institusi kewangan.

• Lakukan siasatan, penyelidikan dan penilaian terhadap nilai sebenar dan tanggungan terhadap perniagaan yang akan diambil alih.

• Sediakan perjanjian yang saksama untuk kedua belah pihak; pembeli dan penjual.

Langkah-langkah untuk membeli perniagaan sedia ada:

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Operasi perniagaan boleh dimulakan secepat mungkin.

Mudah mendapat pembiayaan.

Mendapat aliran wang tunai dengan segera.

Pasaran produk atau perkhidmatan telah sedia wujud.

Pelanggan telah sedia wujud.

Kelebihan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Kelemahan

• Memerlukan pelaburan pra-operasi yang tinggi.

• Usaha dan modal yang tinggi diperlukan jika perniagaan sedia ada bermasalah dan tidak diuruskan dengan baik.

• Perlu menghormati perjanjian yang telah dibuat oleh pengurusan atau pengusaha sebelum ini.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Perniagaan sedia ada mungkin bermasalah dan masalah tersebut adalah sebab utama perniagaan dijual.

• Mungkin akan wujud konflik peribadi antara usahawan, pengurus sedia ada dan pekerja,

Kelemahan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Satu bentuk perniagaan yang diasaskan kepada perjanjian perdagangan di mana tuan punya sesebuah perniagaan telah memberi lesen kepada peniaga lain untuk menjual barang atau perkhidmatannya dengan menggunakan cap dagang, nama perniagaan (trade name), atau hak cipta perniagaan tersebut.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

Francaisi – pembeli perniagaan francais.

Francaisor – penjual francais.

Lazimnya, dari segi undang-undang francaisi adalah entiti yang bebas tetapi dari segi perniagaan ianya bergantung kepada sistem perniagaan yang diatur secara bersepadu oleh pihak francaisor.

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Latihan dan khidmat nasihat

• Menggunakan pengaruh jenama francais

• Mempunyai rekod perniagaan yang teruji

• Bantuan kewangan dari francaisor

Kebaikan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

• Yuran francais yang tinggi.

• Amalan kawalan yang ketat oleh francaisor

• Sesetengah francaisor tidak menepati apa yang telah dijanjikan kepada francaisi

Kelemahan

MILIKAN PERNIAGAAN

MODUL KEUSAHAWANAN MERENTASI KURIKULUM VOKASIONAL Penyediaan slide: Dr. Ismail, MEDEC UiTM 2005

TAMAT BAHAGIAN 2