Post on 03-Jul-2015
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
1
Soalan 2.
Menyediakan satu rancangan pengajaran harian dan bahan bantu berasas ICT,
tajuk yang diagihkan; dan menghuraikan perancangan PdP anda secara ringkas dari
segi keberkesanannya dan kesesuaiannya.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL
Tahun/kelas : Tahun 4A
Masa : 7.30 am hingga 8.30 am
Tema : Saya dan Jiran
Tajuk : Membantu Jiran Amalan Mulia
Standard Kandungan : 2.0 Baik hati
2.1 Memberi bantuan kepada jiran.
Standard pembelajaran : 2.1.1 Menceritakan cara memberikan bantuan.
2.1.2 Menghuraikan kepentingan memberi
bantuan kepada jiran.
2.1.3 Meramalkan perasaan apabila memberi
bantuan kepada jiran.
2.1.4 Mengamalkan sikap membantu jiran.
Objektif pembelajaran :
a) Menyatakan 4 cara memberikan bantuan kepada jiran berdasarkan situasi.
b) Menyatakan kepentingan memberi bantuan kepada jiran.
c) Menceritakan perasaaqn semasa membantu jiran.
d) Menunjukcara memberi bantuan kepada jiran dalam sesuatu situasi dengan
bimbingan.
Aktiviti pembelajaran:
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
2
Set Induksi :
a) Murid menonton video yang bertajuk “ Ikhlas dari Hati “
b) Murid disoal berdasarkan gambar dan mengaitkannya dengan tajuk.
Contoh soalan :
i) Apakah masalah yang dihadapi oleh Izat?
ii) Apakah cara yang digunakan oleh Upin, Ipin dan kawan-kawannya
untuk membantu jirannya.?
iii) Bagaimanakah perasaan Upin, Ipin dan kawan-kawannya apabila
dapat membantu Izat ?
Langkah 1:
a) Murid ditunjukkan beberapa kad gambar menunjukkan pelbagai situasi.
b) Murid berbincang dan menyatakan tindakan yang patut diambil untuk
membantu jiran serta menceritakan bagaimanakah perasaan mereka apabila
dapat membantu jiran mereka.
Langkah 2:
a) Setiap kumpulan, diminta berbincang dan melakonkan situasi serta tindakan
yang patut diambil oleh watak dalam situasi 1.
Contoh:
b) Guru membimbing murid menyatakan kepentingan membantu jiran dan
kesan tindakan mereka dalam sesuatu situasi.
Langkah 3:
a) Murid diberi latihan interaktif untuk membantu jiran dan menyatakan
perasaan mereka. ( Rujuk Latihan Interaktif )
Situasi 1
Keluarga Idrus memerlukan bantuan untuk
membuat persiapan majlis perkahwinan
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
3
b) Murid juga diberi lembaran kerja bagi menguji kefahaman mereka.
( Rujuk lembaran kerja )
Penutup:
a) Murid menyatakan semula cara untuk membantu jiran yang memerlukan
bantuan.
b) Murid diingatkan supaya sentiasa bersikap baik hati untuk membantu jiran.
c) Murid ditayangkan semula video yang bertajuk “Ikhlas dari Hati”
Pengayaan:
a) Murid dibimbing menyanyikan lagu “ Bangga Membantu Jiran” mengikut
melodi “Rasa Sayang “ ( Rujuk bahan ICT pengayaan )
Pemulihan :
a) Murid diberi latihan memadankan situasi denga tindakan dan perasaan
setelah memberi bantuan. ( Rujuk lembaran pemulihan )
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
a) Menyatakan cara untuk membantu jiran yang dalam kesusahan.
b) Menunjukcara memberi bantuan kepada jiran.
c) Menyatakan kepentingan membantu jiran
EMK :
Nilai – Baik hati, tolong –menolong
TMK – Menggunakan pemprosesan kata (MS) untuk membuat latihan.
Bahan Bantu Belajar:
Komputer, LCD, lembaran kerja, bahan multimedia.
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
4
1,0 Pengenalan
Di Malaysia satu sistem pendidikan yang menyeimbangkan pembangunan dan
kemajuan ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni insan selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diolah dengan baik
melalui mata pelajaran Pendidikan Moral. Tujuan Pendidikan Moral adalah untuk
membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui
pemupukan,penghayatan, dan amalan nilai murni masayarakat Malaysia.
Pada peringkat awal saya telah diberi tugasan untuk menyediakan satu
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral bagi tahun 4 . Tema yang telah
ditetapkan bagi Tahun 4 ialah “ Saya dan Jiran” yang memberikan penekanan
kepada 14 nilai, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab,
berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian,
kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, dan toleransi.
Untuk itu,saya telah memilih unit 2 dengan tajuk “Membantu Jiran Amalan
Mulia” yang juga memberi penekanan kepada nilai “ baik hati”. Saya menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi butiran am seperti berikut:
(Rujuk Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4 )
1. Mata Pelajaran dan Kelas
2. Tema dan Tajuk
3. Masa
4. Standard Pembelajaran:
5. Objektif pembelajaran: kognitif/ afektif/ tingkah laku
6. Strategi pengajaran/ aktiviti
7. Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)
8. Bahan Bantu Mengajar
9. Penilaian PdP
10. Refleksi
Tujuan persediaan Rancangan Pengajaran Harian ialah supaya ia dapat
menjadi satu panduan kepada guru-guru tentang topik yang hendak disampaikan.
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
5
Selain itu, ia dapat mengelakkan guru terpesong atau terkeluar dari tajuk yang
hendak diajar.Bahkan ia juga, dapat membantu guru menentukan pendekatan
strategi, kaedah dan teknik PdP yang sesuai dengan objektif,pengalaman murid,
kehendak sukatan dan resos PdP. Secara tidak lansung ia juga membantu guru
seperti saya menyediakan bahan dan alat bantu mengajar.
Penekanan diberikan kepada objektif pembelajaran berdasarkan standard
pembelajaran pembelajaran yang dipilih. Objektif pembelajaran dilihat dari segi
kognitif, afektif dan perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid.
2.0 Pendekatan Pengajaran Pendidikan Moral
Terdapat beberapa pendekatan Pendidikan Moral yang telah diperkenalkan sejak
tahun 1960an lagi. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan moral sama ada d inegara barat atau timur,
termasuklah negara kita. Namun begitu sebagai guru , pendekatan-pendekatan ini
perlu diubahsuai mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi
kebiasaan bagi seseorang guru menggabungkan beberapa pendekatan bagi
memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Pendekatan tersebut seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/
pemikiran moral (kognitif), perasaan / emosi moral (afektif) dan perlakuan/ tindakan
moral (psikomotor).
2.1 Pendekatan Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai ialah satu proses menanam budi pekerti yang baik
dalam diri kanak-kanak. Pendekatan ini dapat dijalankan oleh guru secara sedar
atau tanpa sedar ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Pendekatan ini digunakan secara meluas di peringkat sekolah rendah .Fokus
utama dalam pemupukan nilai ialah menanam set nilai budaya masyarakat ke
dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut.
Aktiviti pemupukan nilai dapat dilakukan melalui contoh teladan melalui watak
Upin dan Ipin serta kawan-kawan membantu jiran sekampung yang dalam
kesusahan kerana rumah jirannya terbakar. Pendekatan pemupukan nilai memberi
peluang kepada pelajar memahami,menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
6
dan menghayati nilai tersebut berdasarkan kepada prinsip moral. Walaupun
pendekatan ini mudah digunakan tetapi lebih cenderung kepada pemusatan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Oleh itu, guru perlu juga
menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
2.2 Pendekatan Pembelajaran Secara Koperatif
Pendekatan pembelajaran koperatif akan mewujudkan suasan pembelajaran yang
saling prengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar bersama-
sama untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu. Pembelajaran secara koperatif
mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakannya daripada aktiviti di mana
murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti. Dalam pendekatan
pembelajaran koperatif murid diajar kemahiran sosial secara langsung manakala
guru bertindak pemerhati dan membimbing.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral Tahun 4 ini,
setiap kumpulan murid diminta main peranan atau simulasi situasi dan tindakan
yang patut diambil berdasarkan situasi membantu jiran. Guru membimbing murid
menilai kepentingan membantu jiran dan kesan ke atas tindakan mereka mengikut
situasi. Setiap kumpulan juga diminta berbincang bagi menilai keberkesanan kendiri.
Pendekatan pembelajaran secara koperatif dapat mewujudkan kepekaan
terhadap perasaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman
dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik
yang dihadapi oleh ahli kumpulan juga dapat ditangani secara kerjasama dan
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya . Pendekatan ini
amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Strategi dan Kaedah yang Digunakan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
Strategi merupakan susunan pendekatan dan kaedah atau langkah-langkah yang
diambil untuk melaksanakan sesuatu perancangan dalam pengajaran untuk
mencapai objektif. Untuk mencapai objektif dengan berkesan, pemilihan dan
perlaksanaan strategi yang betul dan sesuai akan melancarkan proses
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
7
pembelajaran dan mencapai objektif dengan berkesan. Strategi pengajaran yang
sesuai akan dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Moral.
Oleh itu, saya telah menggunakan 2 strategi pengajaran bagi memastikan
pengajaran dan pembelajaran ini mencapai objektifnya.
3.1 Strategi Pemusatan Pelajar
Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Dalam strategi ini
guru dan murid perlu sama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Murid-murid juga diterapkan dengan sifat-sifat bersosial yang
positif dalam aktiviti berkumpulan seperti bekerjasama, tolong-menolong, baik hati
dan hormat-menghormati. Strategi ini telah diterapkan dalam setiap langkah dalam
aktiviti pembelajaran.
3.2 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan
Dalam strategi ini penggunaan bahan seperti kad gambar, carta, model, komputer,
LCD dan slaid powerpoint amat membantu pengajaran dan pembelajaran murid.
Penggunaan bahan ini dapat menarik tumpuan murid-murid terhadap pengajaran
dan membantu murid memahami pelajaran dengan cepat dan mudah. Dalam
pengajaran Pendidikan Moral ini saya telah menggabungkan penggunaan ICT dan
kad gambar bagi membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
4.0 Kaedah Pengajaran yang Digunakan.
Kaedah ialah satu perancangan aktiviti untuk melaksanakan pengajaran dengan
teratur dan sistematik. Guru perlu membentuk langkah-langkah yang sesuai dan
tersusun untuk mencapai objektif pembelajaran. Untuk itu, saya telah memilih
beberapa kaedah yang sesuai dan boleh memenuhi objektif dan keperluan
pembelajaran murid.
4.1 Kaedah Main Peranan / Simulasi
Kaedah main peranan/ simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid
mengaplikasi konsep-konsep tertentu dalam menyelesaikan masalah. Simulasi
adalah sesuatu yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
8
bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu
yang berkaitan lebih mudah diselesaikan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral ini, saya telah
meminta kumpulan murid memainkan peranan sebagai jiran yang suka membantu
berdasarkan beberapa situasi yang diberi. Guru pula perlu memastikan isu utama
yang yang terkandung dalam simulasi dan menentukan langkah-langkah yang perlu
diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah tingkah laku murid dan
peranan yang dimainkan, serta tindakan yang mempengaruhi tindakan murid
tersebut.
4.2 Kaedah Nyanyian
Kaedah nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid-
murid. Kaedah ini dapat m,enghiburkan murid dan dapat mengurangkan ketegangan
murid. Dalam pengajaran dan pembelajan Pendidikan Moral ini saya telah
menjadikan aktiviti nyanyian sebagai melengkapkan aktiviti penutup.
4.3 Kaedah Perbincangan
Perbincangan merupakan aktiviti di mana individu-individu murid dapat berinteraksi
di antara satu sama lain serta berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau
masalah dengan tujuan mencari sesuatu penyelesaian. Perbincangan adalah
berfaedah bagi murid-murid kerana mereka berpeluang mengemukakan idea-idea
mereka dan bertukar-tukar pendapat antara mereka bukan di antara guru dan
murid-murid. Kesemua murid dalam satu kelas boleh mengambil bahagian dan guru
hanya bertindak sebagai pengerusi.
Galakkan soalan yang terbuka supaya lebih banyak maklumat dapat
diperolehi. Diakhir perbincangan, buatlah rumusan idea supaya murid tahu apa yang
telah dicapai. Guru pula perlu membuat rumusan terhadaop apa yang dibincangkan.
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
9
6.0 Aplikasi Kemahiran Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Moral yang Diterapkan.
Bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada guru dan
murid dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam
Pendidikan Moral sekaligus menimbulkan minat murid ; pelbagai kemahiran
pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam mata pelajaran lain , turut
digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Pembelajaran konstruktivisme dan Kemahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif
telah diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral tahun
4 yang dipilih.
6.1 Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Implikasi daripada pengertian konstruktivisme adalah pengajaran dan
pembelajaran akan berpusat kepada murid. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid
adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan
pengajaran yang diterima secara pasif. Manakala guru akan mengenal pasti
pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat
asas pengetahuan tersebut. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pereka
bentuk bahan pengajaran yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan soalan/ idea
yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang
pengajaran. Murid juga digalakkan bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.
Kemahiran pembelajaran ini juga menganggap pembelajaran sebagai satu proses
yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Pembelajaran secara
konstruktivisme ini menyokong pembelajaran koperatif. Ia memberi peluang kepada
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
10
murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan
murid dengan situasi dunia yang sebenar.
Antara kelebihan pembelajaran ini ialah menjadikan murid lebih seronok, lebih
berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin dan lebih berkemahiran sosial.
6.2 Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif.
Kemahiran berfikir melibatkan kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif dan
kemahiran menaakul. Perkaitan semuan kemahiran berfikir ini menjadi strategi
proses berfikir seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.
Rajah 1.0: Menunjukkan Model Kemahiran Berfikir.
STRATEGI BERFIKIR/
METAKOGNITIF
Mengkonsepsi
Meyelesaikan masalah
Membuat keputusan
KEMAHIRAN BERFIKIR
KRITIS
Mencirikan
Membanding beza
Mengumpul dan
mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun mengukut
keutamaan
Menganalisis
Mengesan
kecenderungan
Menilai
Membuat
kesimpulan
MENAAKUL
Logik
Rasional KREATIF
Menjana idea
Menghubung
kait.
Membuat
inferens
Meramal
Membuat
hipotesis
Mensintesis
Mengitlak
Membuat
gambaran
mental.
INOVASI
KREATIVITI
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
11
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan
sesuatu idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan
manghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham dan
gabungan-gabunagn idea-idea yang ada. Manakala penaakulan merupakan
penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya sesuatu di samping dapat
membuat ramalan atau andaian. Ia merupakan proses kognitif yang menggunakan
fakta atau pengetahuan , data dan strategi menyelesaikan masalah untuk membuat
kesimpulan atau keputusan.
Perlaksanaan proses kreativiti terarah menerusi aplikasi strategi
pembelajaran konstruktivisme dapat meransang pembelajaran yang lebih efektif dan
menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan
keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah. Contoh proses kreativiti terarah
menerusi strategi pembelajaran konstruktivisme yang digambarkan seperti dalam
rajah 2.0.
Proses Kreativiti Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Konstruktivisme.
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
Orientasi
idea
berasakan
pengetahua
n.
Penstrukturan
idea
Meneroka
Menjelas
Konstruk Idea
Baru.
Penjelasan
Lanjut
Aplikasi idea
Penilaian
Kaji semula
perubahan
idea.
Penyiasatan
lanjutan.
7.0 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber pengajaran dan pembelajaran , alat bantu mengajar ,bahan bantu mengajar
dan media adalah istilah yang selari dengan alatan yang digunakan untuk
menyokong atau melaksana sebarang bahan. Antara kepentingan sumber
pengajaran dan pembelajaran ialah menjadi daya penarik dan dapat menghilangkan
kebosanan. Ia juga menyeronokkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Selain
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
12
itu, ia juga dapat mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan menggalakkan
penggunaan pelbagai deria murid.
Antara bahan sokongan yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti bahan
bercetak ( cerita, gambar-gambar bersiri, kad-kad situasi dan skrip lakonan), bahan
permainan, bahan maujud, bahan rakaman, bahan pandang dengar dan peralatan
seperti LCD, VCD dan DVD.
Selaras dengan kecanggihan dunia masa kini, maka saya menggabungkan
unsur visual dan audio yang menggunakan sokongan teknologi komputer bagi
menjadikan ia berfungsi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu,
saya menghasilkan video dan semua paparan kad gambar dalam bentuk visual dan
audio dan dipaparkan dilayar skrin yang disalurkan menggunakan LCD bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
Sebenarnya terdapat banyak kebaikan dalam menggunakan multi media
dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ia boleh digunakan bagi kumpulan
besar, kumpulan kecil dan individu. Selain itu , gabungan bunyi, grafik dan animasi
dan gambar boleh menimbulkan kesan sebenar. Perkara yang ingin disampaikan
kepada murid menjadi lebih senang dan mudah. Malahan ia berupaya memberi
kronologi proses pengajaran dan pembelajaran dan ini amat bertepatan dengan teori
pembelajaran kognitif.
8.0 Kesimpulan.
Untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, maka guru
perlu menentukan tajuk atau topik yang hendak disampaikan. Persediaan
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu tugas wajib seorang guru. Ia bukan
sesuatu bebanan tetapi membantu guru menyusun dan mementukan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik PdP yang sesuai dengan objektif yang hendak dicapai,
pengalaman sedia ada murid, kehendak sukatan dan juga resos Pdp.
Malahan dengan kecanggihan yang ada sekarang, guru boleh menyediakan
bahan multimedia yang dapat membantu guru mengajar dengan baik dan murid
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
13
belajar sesuai mengikut zaman dan keperluan murid. Pada pendapat saya, apapun
bahan atau alat yang digunakan, guru perlu sentiasa berusaha untuk memastikan
perancangan Pdp yang dibuat adalah berkesan dan sesuai mengikut tahap murid.
3.0 REFLEKSI
Bersyukur saya kehadrat Allah yang telah memberi keizinan, kesihatan dan peluang
kepada saya untuk menyelesaikan tugasan yang telah diamanah kepada saya.
Dalam tugasan kerja kursus ELM3102 Kurikulum dan Kaedah Pengajaran dan
Pendidikan Moral saya telah diberi tugasan bagi memenuhi syarat wajib lulus bagi
semester keenam.
Tugasan ini sebagaimana biasa telah diberikan oleh Encik Syahrain Bin
Abuillah diperingkat awal bagi membantu saya menyediakan slaid bertajuk
“Membentangkan Rancangan Pengajaran Makro Pendidikan Moral Tahun 1” .
Untuk tugasan pembentangan ini, saya telah menyediakan penerangan secara
ringkas berkaitan pengajaran Makro dan menyediakan satu Persediaan Rancangan
Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 1 yang lengkap dan menyeluruh. Ia
merangkumi semua prosedur dan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
yang biasa dipraktikkan oleh sesorang guru di dalam kelas.
Dengan kata lain, saya telah menyediakan satu contoh sesi pengajaran
praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan,
penilaian dan penutup. Apa yang paling penting ia boleh dipraktikkan di adalam
kelas sepenuhnya. Namun demikian, penambahbaikkan masih lagi boleh dibuat
apabila seseorang guru menggunakan rancangan harian tersebut.
Dalam tugasan kedua saya telah diminta menyediakan satu rancangan
pengajaran harian tahun 4 bagi mata pelajaran Pendidikan Moral dan bahan
bantu mengajar berasaskan ICT . Saya juga diminta menghuraikan perancangan
PdP secara ringkas dari segi keberkesanan dan kesesuaiannya kepada murid.
Untuk tugasan ini, saya memilih unit 2 di bawah tajuk “ Membantu Jiran
Amalan Mulia dengan memberi penekanan kepada nilai “Baik Hati”. Saya juga
menyediakan bahan ICT seperti video, kad-kad gambar, kad-kad situasi, latihan
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
14
interaktif serta lembaran kerja bagi memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang
menggunakan bahan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, saya juga memberi ulasan tentang persediaan Rancangan
Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4 yang saya sediakan. Saya memberi
penekanan kepada beberapa aspek bagi memastikan Rancangan Pengajaran
Harian saya berkesan dan bersesuaian kepada murid-murid. Pertama, saya
mengenal pasti objektif 3 domain dalam Pendidikan Moral iaitu Kognitif ( Pemikiran
Moral), Afektif (Perasaan Moral) dan Psikomotor ( Tingkah laku Moral) dengan
memilih standard kandungan. Yang hendak disampaikan.
Untuk itu, saya perlu memilih beberapa pendekatan yang sesuai dan boleh
dilaksanakan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang
sesuai akan memudahkan guru Pendidikan Moral seperti saya menyampaikan ilmu
pengetahuan moral, khasnya penghayatan nilai-nilai murni yang lebih eksplisit dan
berkesan. Sekiranya didapati pendekatan itu tidak berkesan, saya perlu menjadi
lebih proaktif dengan mengubahsuaikan teknik-teknik dalam kaedah penyampaian
ilmu moral secara inovatif dan kreatif.
Sebagai guru Pendidikan Moral, saya boleh melaksanakan pelbagai kaedah
pengajaran untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang berkesan. Dalam
satu waktu PdP saya boleh menggunakan satu kaedah atau kombinasi dua atau tiga
kaedah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti secara inovatif dan kreatif. Asalkan
objektif pembelajaran tercapai dan murid dapat manfaat yang maksimum daripada
pengajaran guru.
Penggunaan bahan ICT diharapkan dapat menjadikan PdP menjadi lebih
menarik, berkesan dan sesuai dengan tahap murid. Di samping itu, penghayatan ke
atas nilai-nilai murni dapat diterapkan keatas murid. Sesungguhnya pengajaran dan
pembelajaran menggunakan bahan ICT adalah sumber pengajaran dan
pembelajaran yang relevan dengan keperluan semasa.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa tanggung jawab
untuk membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
15
pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia adalah
diletakkan di atas kesungguhan dan iltizam guru-guru Pendidikan Moral. Guru-guru
ini adalah penggerak bagi mengimbangi pembangunan dan kemajuan ilmu dengan
pembangunan dan kemajuan nilai murni insan. Oleh itu, pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang sebaiknya bagi memastikan pemupukan dan
pengamalan nilai-nilai murni yang berterusan.
Sekian, wasalam
NORYATIMAH BT ISMAIL
690727015774
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor,
[ KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL] ELM 3102/ Sem 6
16
4.0 Bibliografi:
1. Shanmugan Velu, Mohd Zaki( 2013). Pendidikan Moral Tahun 4 Sekolah
Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2, Kaladevi, Mageswari, Vishalache & Abdullah (2010). Pendiidikan Moral Tahun
1, Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Instituit Pendidikan Guru (2012) Modul ELM3102 Kurikulum dan kaedah
Pengajaran Pendidikan Moral, Cyberjaya : Kementerian Pelajaran
Malaysia .
4 Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurukulum Standard Sekolah
Rendah Pendidikan Moral Tahun 1, Kuala Lum[ur : Kementerian
Pelajaran Malaysia.
5. Bahagian Pembangunan kurikulum (2013). Draf Dokumen Standard dan
Prestasi Sekolah Rendah Pendidikan Moral Tahun 4, Putra Jaya :
Kementerin Pelajaran Malaysia
6. Pusat Perkembangan kurikulum (2001). Pembelajaran Secara
Konstruktivisme, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Dr Chan Lee Hoon, Pendekatan Dalam Pendidikan Moral
http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/pendekatan%20pendidika
n%20moral.pdf di muat turun pada 15 Julai 2014 .