Post on 01-Jul-2015
TAJUK PROSES
PENYAMBUNGAN –ELEKTROD
SPE 4602 – TEKNOLOGI PEMBUATAN
Nama Pelajar : Ashabul Takim Bin Mohd Idrus (Ap090011)
Nama Pensyarah : Dr. Amirmudin Bin Udin
KIMPALANKimpalan adalah satu proses pencantuman
sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik
Kimpalan merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal , industri automotif dan sebagainya
Apakah Perbezaan Di Antara Kimpalan Dan Pematerian
Proses pengimpalan melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain
Pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.
Jenis Kimpalan
Kimpalan Arka- dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada elektrod ke atas logam asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada tenaga haba yang tinggi.
Kimpalan Gas- proses penyambungan logam dengan kaedah memanaskan kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum menjadi satu.
Pengkelasan Kimpalan
ElektrodElektrod adalah merupakan salah satu
elemen penting di dalam sesuatu proses kimpalan.
Ianya dawai logam yang mempunyai kandungan yang sama dengan kandungan logam yang hendak dikimpal
Elektrod terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu jenis yang bersalut dan tidak bersalut
Jenis Elektrod BersalutContoh kimpalan arka yang menggunakan
elektrod jenis bersalut adalah :
a. Elektrod kimpalan arka pelindung (Shielded Metal Arc Welding/SMAW)
b. Kimpalan Arka Tenggelam (Submerged Arc Welding/SAW)
Bagaimana Proses Salutan Elektrod Di Hasilkan
Penyemperitan (Extrusion) - ialah proses di mana kuasa digunakan ke atas bilet untuk mengeluarkannya melalui die (acuan)
Mencelup (Dipping)
Fungsi Salutan ElektrodMemberikan medan pelindung semasa kimpalan.Menyebabkan berlakunya kumai yang mempunyai ciri-
ciri yang sesuai untuk melindungi logam yang lebur.Menstabilkan arka.Menambahkan elemen aloi logam pada logam kimpalan.Mengurangkan percikan logam kimpalan.Meningkatkan kecekapan dan peleburan logam.Mengeluarkan oksida dan kotoran.Mempengaruhi kedalaman penembusan arka.Mempengaruhi bentuk kimpalan yang terjadi.Melambatkan kadar penyejukan kimpalan di mana ini
akan mengelakkan berlaku kerosakan pada sifat-sifat mekanikal seperti berlaku retak atau bersifat rapuh.
Apakah Ciri-Ciri ElektrodPanjang sebatang elektrod adalah di antara
230mm hingga 460mm.
Saiz elektrod disebut dengan nombor 12,10, 8 dan 4.
Elektrod no.12 adalah berdiameter paling kecil di antara yang disebutkan di atas
Jenis Kimpalan Arka Dan Elektrod
Mengapakah Elektrod Digunakan Dalam Kerja PenyambunganElektrod berfungsi sebagai logam
penambah dalam kimpalan arka yang mana ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai berbagai fungsi ketika kerja kimpalan dilakukan
Menghasilkan gas pelindung.Menghasilkan jeremang penutup kumaiMenstabilkan arkaMengandungi campuran untuk ciri-ciri khas
penggunaannya.
Bagaimana Elektrod DihasilkanElektrod terdiri daripada bahan campuran yang disalut
dengan bahan lakur. Salutan elektrod juga boleh dikategorikan kepada jenis
iaitu rutile, selulos dan serbuk besi. Salutan elektrod juga terdiri daripada beberapa bahan campuran yang bergantung kepada ciri-ciri penggunaan elektrod.
Di antara bahan-bahan campuran yang terdapat pada salutan elektrod ialah serbuk besi, oksida-titania, sodium silikat, potassium, asbestos, ferrous-manganese.
Salutan elektrod terbahagi kepada tiga iaitu salutan nipis (tidak bersalut), salutan sederhana dan salutan tebal.
Bagaimana Untuk Menentukan Elektrod Yang Terbaikkomposisi logamsifat-sifat mekanikal yang diperlukanarus terus atau arus ulang-alikkedudukan kimpalantebal logam ibujenis sambunganhaba masukkan
Jenis ElektrodElektrod cepat membeku Elektrod sepat mengisiElektrod cepat membeku dan mengisi
Elektrod Cepat MembekuSifat – sifat Elektrod
1. Menghasilkan penusukan dalam dan cepat beku.
2. Menghasilkan kumai yang rata.3. Lebih sesuai pada Arus Terus Kekutuban
Berbalik.4. Mengimpal pada kedudukan rata dan ufuk5. Kerja penyambungan dan pembaikan
pada semua kedudukan.
Elektrod Cepat MengisiSifat – Sifat Elektrod
1. Menghasilkan arka yang sederhana.2. Menghasilkan sangga yang tebal.3. Sesuai pada Arus Terus Kekutuban Terus.4. Mengimpal pada semua kedudukan.5. Rupa bentuk kumai yang sekata dan
cantik.
Elektrod Cepat Mengisi Dan MembekuSifat – sifat Elektrod
1. Menghasilkan kumai yang licin.2. Menghasilkan sangga yang tebal.3. Mengimpal untuk kerja umum.4. Mengimpal pada kedudukan rata.5. Salutan tebal membantu penghasilan kan
arka yang lembut.
Pengkelasan Elektrod
Elektrod ini dikelaskan mengikut sistem yang ditentukan oleh sistem piawaian yang diterima pakai di sesebuah negara.Di malaysia piawaian yang biasa digunakan AWS(American Welding Society) atau ASTM(American Standard for Testing Materials).
Contoh Tiga Spesifikasi Bagi Elektrod Keluli Lembut
1. AWS A5.1 – 55 T2. ASTM A233 – 55T3. CSA W48.1 – 1952(kanada)
Elektrod boleh dikodkan mengikut sistem penomboran seperti E6013,E6011,E6010, E7018 dan sebagainya. Setiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu. Sebagai contoh E6013:E – elektrod60 – kekuatan tensil/tegangan 60,0001b9 - kedudukan mengimpal3 – jenis arus
sambungan
sambunganElektrod juga boleh dikelaskan mengikut:Cepat penuh (E6024,E6027)Kelajuan tinggi (E6012,E6013)Cepat beku (E6010,E6011)
sambunganTerdapat juga elektrod yang
menggunakan kod warna oleh pengeluarnya.Dimana kod warna yang digunakan menerangkan tentang kekuatan tensil,kedudukan mengimpal dan juga pilihan arus.
Sifat - Sifat Elektrod Mengikut Sistem Penomborana) E 6010
Sesuai pada semua kedudukan mengimpalArus terus kekutuban berbalik (ATKB)Penusukan dalam salutan amat sesuai
untuk kedudukan rata dan tegak
sambunganb) E 6013
Sesuai pada semua kedudukan mengimpalSesuai pada arus terus (DC) dan Arus
Ulang-alik (AC)Percikan arka sedikitSesuai mengimpal logam nipisSalutan sederhana
sambunganE 7016Dikenali sebagai elektrod Low HidrogenArus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan
ACSemua kedudukanSangga yang dihasilkan nipisPenusukan dalam
sambunganE 7018Sesuai pada semua kedudukan mengimpalArus terus kekutuban berbalik (ATKB) dan
Arus Terus (AC)Percikan arka sedikitSemua kedudukanPenusukan sedikit
Apakah Maksud Jeremang Jeremang adalah satu selaput yang
terdapat pada permukaan kumai hasil dari peleburan salutan elektrod. Jeremang juga dikenali sebagai sangga
Fungsi JeremangMelindungi kumai daripada udara luar di
sepanjang penyejukan berlaku.Mengapungkan kotoran ke permukaan dari
kawah lebur.Mengawal bentuk kumai supaya seragam.Melambatkan kadar penyejukan bagi
membaiki sifat logamMemberikan perlindungan secara
mekanikal kepada pemindahan logam dari elektrod ke logam induk.
Penyimpanan ElektrodUntuk menghasilkan kumai yang baik
kualiti salutan perlu dijaga.
Salutan elektrod mengandungi aloi tero.
Elektrod perlu disimpan di tempat yang kering pada suhu bilik yang mengandungi 50% kelembapan. Oven adalah tempat sesuai menyimpan elektrod.
KesimpulanElektrod adalah bahan yang membentuk kumai, kerana
itu elektrod dikenali sebagai bahan penambah. Pemilihan elektrod mestilah betul untuk mendapat hasil kerja yang baik. Bahan asas dalam elektrod mestilah sama dengan bahan logam yang hendak dikimpal. Contohnya elektrod keluli lembut hanya sesuai diguna untuk mengimpal logam-logam yang berasaskan keluli lembut sahaja. Terdapat banyak jenis elektrod di pasaran untuk memenuhi kehendak pengguna. Elektrod adalah sebatang dawai yang disalut dengan lapisan khas. Lapisan elektrod akan membentuk asap untuk melindungi kawah cair(molten pool) dari udara luar yang boleh menyebabkan kecacatan kimpalan. Salutan elektrod juga akan membentuk jeremang(slag).