Strategi penyelesaian masalah 9

Post on 02-Jun-2015

822 views 0 download

Transcript of Strategi penyelesaian masalah 9

WAJ 3105 :LITERASI NOMBOR

NAMA PELATIH : SITI FIRONIKA ABD RAHMAN

OPSYEN : PISMP SEJARAH SEMESTER 2

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING :

EN. AWANG NAZRUL BIN AWANG MASRI

KBAT- Definisi KPM

• Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH

• Ustaz Hairul Hamka ada 176 batang pensel. Dia memberikan 26 batang pensel kepada Ferora. Baki pensel itu dibahagikan secara sama banyak kepada Seri, Umairah, dan Hakimi. Tentukan bilangan pensel yang diterima oleh

Seri.

Strategi melukis gambar rajah

• Melakar dan melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik dengan melukis rajah atau gambar yang sesuai kerana gambarajah menjadi perantara antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis haruslah kemas, tepat dan mengikut skala

PENYELESAIAN

Langkah 1 : Memahami Masalah

-          Ustaz Hairul ada 176 batang pensel

-          26 batang pensel diberikan kepada Ferora

-          Selebihnya dibahagikan sama rata kepada Seri, Umairah dan Hakimi

-          Tentukan bilangan pensel yang diberikan kepada Seri

Langkah 2 : Membuat Rancangan

-          26 batang pensel ditolak daripada 176 batang pensel Ustaz Hairul

-          Tentukan bakinya yang dibahagikan sama rata kepada Seri, Umairah dan Hakimi.

Ustaz Hairul = 176 Batang pensel-

26 Batang pensel (Ferora) =

÷

150 Batang pensel

50 Batang pensel (Seri)

50 Batang pensel

(Hakimi)

50 Batang pensel

(Umairah)

Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan

Daripada gambar rajah di atas, 176 batang pensel Ustaz Hairul telah ditolak sebanyak 26 batang pensel dan diberikan kepada Ferora.

-          Selebihnya sebanyak 150 batang pensel dan dibahagikan kepada 3 bahagian untuk diberikan kepada Seri, Umairah dan Hakimi. Setiap orang memperoleh sebanyak 50 batang pensel.

Pengiraan :

176 – 26 = 150

150 ÷ 3 = 50

Langkah 4 : Semak Semula

50 × 3 = 150

-          150 + 26 = 176

 

JAWAPAN :  Seri mendapat 50 batang pensel

Strategi membuat jadual• Strategi ini membantu mempamerkan maklumat dalam bentuk carta,

jadual dan graf supaya ia boleh dibaca dan ditafsirkan dengan cepat dan mudah. Graf boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara dua atau lebih set  kumpulan fakta atau maklumat. Maklumat ini boleh dipamerkan sebagai piktograf, carta bar atau graf garis. Anda perlu mahir membaca carta, jadual ataupun graf untuk mendapatkan maklumat dan kemudian belajar bagaimana membina carta tersebut untuk melaporkan maklumat. Membaca dan membina graf adalah kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mentafsir, menganalisis dan menggunakan maklumat. Strategi ini membolehkan anda melihat hubungan dan pola maklumat.

PENYELESAIAN

Langkah 1 : Memahami Masalah

-          Ustaz Hairul ada 176 batang pensel

-          26 batang pensel diberikan kepada Ferora

-          Selebihnya dibahagikan sama rata kepada Seri, Umairah dan Hakimi

-          Tentukan bilangan bilangan pensel yang diberikan kepada Seri

Langkah 2 : Membuat Rancangan

-          Ferora mendapat sebanyak 26 batang pensel daripada Ustaz Hairul.

-          Seri, Umairah dan Hakimi diletakkan x sebagai simbol untuk mempermudahkan penyelesaian.

Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan

Ferora Seri Umairah

Hakimi Jumlah

26 x x x 176

Pengiraan :

26 + x + x + x = 176

176 – 26 = x + x + x

150 = x + x + x

150 = 3x

150 ÷ 3 = x

x = 50

Langkah 4 : Semak Semula50 = x

150 ÷ 3 = x

150 = 3x

150 = x + x + x

176 – 26 = x + x + x

26 + x + x + x = 176

JAWAPAN :

 X = 50 batang pensel, Seri mendapat 50 batang pensel

Sekian, Terima Kasih

Disediakan oleh :

Siti Fironika Hj. Abd. Rahman

@firoHAR