Post on 16-Sep-2019
SuaraPEDATAKe Arah Insan Bermaklumat
Bil. 03 PEJABAT DAERAH DAN TANAH DUNGUN, TERENGGANU Sept - Dis 2008
Suara PEDATA boleh dibaca secara online di:
http://ptdungun.terengganu.gov.my
http://pddungun.terengganu.gov.my
Syukur AlhamdulillahTempat Ke-2 Dan Mengungguli Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah Dan Tanah (AKPDT) 2008
SIDANG PENGARANGPENAUNG
HAJI MOHD AKIL HJ. MATPENASIHAT
ROSMAN ROSLANKETUA PENGARANG
WAN ZULKIFLI WAN GATIPENYUNTING
NOR AZME SALIMPENGARANG
ROZITA MOHD HALIMPENGARANG
ZALINA ALIGRAFIK
MUHAMMAD ZAWAWI LOTGRAFIK
MOHD HAZUAN NARAWIJURUFOTO
WAN FAUZIAH WAN JUSOHJURUFOTO
C.W. AZMI C.W. IBRAHIM
KANDUNGAN
Suara PEDATABIL.3
© 2008
SuaraPEDATA
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2008MAJLIS BERBUKA PUASA DAN HARI RAYAKEMPEN KESELAMATANANUGERAH KUALITI
http://pddungun.terengganu.gov.myhttp://ptdungun.terengganu.gov.my
PELUPUSAN KERTAS UNDI PRU-12PROGRAM HOMESTAYHARI KUALITI DAN KELUARGA PDTD BERSAMAJKKK DAERAH DUNGUNKURSUS PUSPANITA & KEMASMUTIARA KATA
SuaraPEDATAKe Arah Insan Bermaklumat
Bil. 03 PEJABAT DAERAH DAN TANAH DUNGUN, TERENGGANU Sept - Dis 2008
Suara PEDATA boleh dibaca secara online di:
http://ptdungun.terengganu.gov.my
http://pddungun.terengganu.gov.my
Syukur AlhamdulillahTempat Ke-2 Dan Mengungguli Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah Dan Tanah (AKPDT) 2008
Pasukan Pejabat Daerah Dan Tanah telah menyertai perarakan dan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke 51 Peringkat Negeri Terengganu di Padang Astaka Kemaman. Seramai 40 orang yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah. Walaupun pada tahun ini Pejabat Daerah Dungun tidak mendapat sebarang tempat, namun pengalaman ini akan dijadikan seb-agai garis panduan untuk menyertai perbarisan pada tahun hadapan.
Pada bulan Ramadhan yang lalu iaitu pada 12 September 2008, Y.A.B. Menteri Besar Dato’ Ahmad bin Said telah meluangkan masa bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa serta menyampaikan bantuan kepada golongan miskin bertempat di Perkarangan Kediaman Pegawai Daerah Dungun. Majlis ini telah dihadiri oleh ketua jabatan seluruh Dungun dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Jabatan ini juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan kempen-kempen peringkat kebangsaan contohnya Kempen Keselamatan Jalanraya yang telah diadakan pada 28 September 2008 sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di stesen JPJ Bukit Besi. Tuan Haji Mohd Akil bin Haji Mat, Pegawai Daerah Dungun bersama dengan ketua jabatan peringkat daerah telah turun padang dalam kempen tersebut. Tujuan majlis ini adalah untuk menerapkan Kempen Pemandu Berhemah dan Keselamatan Jalanraya. Di samp-ing itu juga, 500 unit goodies turut diberikan kepada pemandu. Majlis berbuka puasa juga telah diadakan di situ yang melibatkan 100 orang yang terdiri daripada ketua jabatan, petugas dan pemimpin masyarakat setempat.
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN HARI RAYA
PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2008
KEMPEN KESELAMATAN
ANUREGAH KUALITIPejabat Daerah Dan Tanah Dungun telah berjaya mendapat tempat kedua (tiada pemenang pertama) kategori Anugerah Kualiti Pentadbiran Daerah Dan Tanah Tahun 2008 semasa program penyampaian Anugerah Kualiti Perdana Menteri Tahun 2008 di Pu-sat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 November 2008 yang disempurnakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Sebuah Trofi, Sijil dan Cek RM10,000.00 telah diterima oleh Tuan Haji Mohd Akil bin Haji Mat, Pegawai Daerah Dungun dan turut mengiringi beliau adalah Encik Rosman bin Roslan, KPPT dan Encik Marzuki bin Endut, KPPD. Seramai 70 orang kakitangan yang terdiri daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun juga turut hadir dalam majlis tersebut.
Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan kepada agensi sektor awam yang telah ber-jaya menonjolkan kecemerlangan menyeluruh dalam pengurusan organisasi dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Terdapat empat kategori anugerah kualiti yang dipertandingkan iaitu :-
1. Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) 2. Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (AKKSN) 3. Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (AKKPPA) 4. Anugerah Kualiti Ketua Pengarah MAMPU (AKKP MAMPU)
Bagi AKPM UITM telah menduduki tempat pertama dengan membawa pulang RM50,000.00 beserta piala dan sijil penghargaan.Bagi Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA), Pejabat Tanah Dungun telah mendapat tempat kedua dan majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 27 November 2008 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) oleh Y.A.B. Per-dana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Seramai 10 kakitangan Pejabat Daerah Dungun dan 4 Pengerusi JKKK telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang dan Alor Gajah, Melaka pada 20 hingga 22 Disember 2008 bagi mempelajari cara-
cara pengurusan homestay untuk diaplikasikan di homestay di daerah ini. Lawatan ini memberi pendedahan kepada peserta
yang terdiri daripada peserta Homestay Kg. Pasir Raja dan Jerangau serta peserta yang baru mengenali Homestay iaitu Kg. Tanjung Pagar dan kakitangan Pejabat Daerah Bahagian
Pembangunan Masyarakat. Rombongan ini diketuai oleh Encik Rasid bin Ibrahim, Penyelia Penghulu.
PROGRAM HOMESTAY
Majlis sambutan ini telah diadakan pada 25 Disember 2008 bertempat di Perkarangan Rumah Daerah bagi menjalinkan ikatan silaturrahim di antara warga PDD serta JKKK. Seramai 1000 orang JKKK dan masyarakat setempat telah menghadiri majlis tersebut. Di samping itu juga, cabutan bertuah dan sukaneka turut diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut.
HARI KUALITI DAN KELUARGA PDTD BERSAMA JKKK DAERAH DUNGUN
PELUPUSAN KERTAS UNDI PRU-12Pada 5 November 2008, aktiviti pelupusan kertas undi pilihanraya umum telah diadakan bertempat di Depo Pejabat Daerah Dungun. Pihak SPR, Polis , Pegawai Daerah dan wakil-wakil calon turut menyaksikan pelu-pusan tersebut.
Ahli PUSPANITA Pejabat Daerah Dungun Dan Tanah seramai 30 orang telah menyertai Kursus Pengurusan Keluarga anjuran PUSPANITA Dungun bersama Pejabat KEMAS Dungun di Aras 2 Bilik Syarahan Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun. Sebanyak 3 ceramah telah disampaikan oleh penceramah berikut: 1. Prof Madya Izuddin Ali (UiTM) - Menyelami Jiwa Anak Remaja 2. Ustaz Kamaruddin Omar (YPK) - Tips Kebahagian Keluarga 3. Hjh. Hamidah Mustaffa (HSNZ) - Wanita & Kesihatan
KURSUS PUSPANITA & KEMAS
MUTIARA KATA
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
Nasihat Hidup Bahagia
Think About It...“If Allah is with you, then whom do you have to fear? If Allah is against you, then what hope do you have?”
Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itubergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untuk
bekerja. - SOEKARNO
Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana adadihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN
Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidahdan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku
dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB
Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasanlahir yang kurang cantik.
Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahayakegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya
dapat diatasi. - HAMKA
Tidak ada bahaya peribadi melainkan malas, dan tidak ada ketinggian peribadimelainkan rajin. - PERIBAHASA TIBET