surat rasmi

Post on 29-Jun-2015

96 views 3 download

Transcript of surat rasmi

Rujukan kami : UPM/K12/600-2/7 (MMMR - VII)Tarikh : 8 Februari 2007

En. Mohd Nazri NohKetua Bahagian Hal Ehwal MahasiswaBahagian Hal Ehwal MahasiswaUniversiti Putra Malaysia43400 SerdangSelangor Darul Ehsan.

Melalui ;

Dr. Saidon bin AmriPengetuaKolej Dua BelasUniversiti Putra Malaysia43400 SerdangSelangor Darul Ehsan.

Y. Bhg. Prof. Dr.,

JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM RASMI KOLEJ DUA BELAS 2007 KALI KE VII

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Dua Belas dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Dua Belas akan mengadakan Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Dua Belas kali ke VII.

Majlis ini bertujuan meraikan pelajar Kolej Dua Belas yang akan bergraduat pada tahun ini. Di samping itu, program ini juga bertujuan memberi penghormatan dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum.

Berikut adalah butir-butir majlis:

Tarikh :10 Mac 2007Tempat :Palm Garden Hotel, IOI Resort, PutrajayaMasa :8.00 mlm

Tema : Merah

Segala perhatian daripada Y. Bhg. Prof. Dr. didahului dengan ucapan ribuan

terima kasih.

Sekian, harap maklum.

“Selaut Kasih, Semekar Kenangan”

Yang menjalankan tugas,

IMRAN MD JELASPengarahMajlis Makan Malam Rasmi kali ke VIIKolej Dua BelasUniversiti Putra Malaysia