Post on 27-Jan-2016
description
Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)
-1-
SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA KEBANGSAAN 2014
1. SYARAT PERTANDINGAN
I. Penyertaan terbuka kepada remaja yang terdiri daripada warganegara Malaysia
lelaki dan wanita berusia antara 15 hingga 25 tahun. ((Lahir pada 1 Januari
1989 hingga 31 Disember 1999). Penyertaan adalah PERCUMA.
II. Pertandingan ini berkonsepkan persembahan solo dan dibahagikan kepada dua
katagori iaitu katagori lelaki dan wanita.
III. Untuk ujibakat peringkat zon, peserta dibenarkan untuk menyanyikan sebarang
lagu tetapi mestilah lagu yang bergenre tradisional.
IV. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan 2 buah lagu pada peringkat akhir iaitu
satu lagu wajib dan satu lagu pilihan yang telah disenaraikan penganjur dan
dinyanyikan secara medley.
V. Johan, Naib johan dan Tempat Ketiga bagi Pertandingan Bintang Asli Remaja
Kebangsaan, Pertandingan Bintang Irama Malaysia, Pertandingan Bintang Idola
P. Ramlee Saloma, Pertandingan Bintang RTM, Pertandingan Bintang Idola
Patriotik dan Pertandingan Bintang Klasik tidak dibenarkan menyertai
pertandingan ini.
VI. Peserta digalakkan membawa Minus One atau Karaoke sendiri semasa Ujibakat
atau menyanyi tanpa iringan muzik. Pihak penganjur hanya akan menyediakan
Muzik Iringan semasa pertandingan Akhir sahaja. Kumpulan muzik pengiring bagi
pertandingan ini ialah kumpulan muzik asli yang akan disediakan oleh pihak
penganjur semasa Peringkat Akhir sahaja. Kumpulan muzik persendirian tidak
dibenarkan.
VII. Peserta yang pernah membuat album tidak dibenarkan menyertai pertandingan
ini.
VIII. Bagi peserta yang masih menuntut di Peringkat Sekolah Menengah hanya
layak menyertai pertandingan di negeri dimana mereka bersekolah sahaja dan
Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)
-2-
mendapat pengesahan dari Pengetua Sekolah atau Kebenaran dari pihak Jabatan
Pelajaran Daerah/Negeri.
IX. Sebarang perbelanjaan untuk menyertai Pertandingan Bintang Asli Remaja
Kebangsaan 2014 adalah di tanggung oleh peserta sendiri.
X. Pihak Urusetia berhak mengambil sebarang tindakan jika terdapat sebarang
kesalahan yang dibuat oleh peserta.
2. PANEL PENILAI UJIBAKAT DAN PERINGKAT AKHIR
2.1 Panel Penilai Ujibakat dan Peringkat Akhir Pertandingan Bintang Asli
Remaja Kebangsaan akan dilantik oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara
3. DISIPLIN PESERTA
3.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri semasa menyertai
pertandingan ini, bagi menjaga nama baik diri, keluarga ,sekolah dan
penganjur.
3.2 Semasa menyertai pertandingan, peserta dikehendaki mengikut arahan
dan peraturan pihak urusetia dari masa ke semasa.
3.3 Sebarang bentuk kecederaan atau kemalangan peserta sebelum atau
selepas pertandingan adalah tanggungjawab peserta sendiri.
4. GANTIRUGI
4.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa
kemalangan atau kecederaan atau kematian atau kehilangan barang-
barang milik peserta atau kumpulan semasa pertandingan ini diadakan.
Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)
-3-
5. JADUAL PERTANDINGAN - PERINGKAT ZON
BIL ZON TARIKH TEMPAT
NEGERI TERLIBAT
1
Zon Timur
5 April 2014
Auditorium Kompleks JKKN Terengganu
Terengganu Kelantan
2
Zon Utara
26 April 2014
Auditorium Kompleks JKKN Pulau Pinang
Pulau Pinang Perlis Kedah Perak
3
Zon Selatan
27 April 2014
Auditorium Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Johor Melaka
4
Zon Tengah
11 Mei 2014
Auditorium Kompleks JKKN WPKL
Kuala Lumpur Selangor
5
Zon Sabah
17 Mei 2014
Auditorium Kompleks JKKN Sabah
Sabah
6
Zon Sarawak
24 Mei 2014
The Hills Shoping Mall
Sarawak
7
Negeri Pahang
31 Mei 2014
Auditorium Kompleks JKKN Pahang
Pahang
Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)
-4-
6. SENARAI LAGU PERINGKAT AKHIR BINTANG ASLI REMAJA KEBANGSAAN 2014
Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan
diberikan secara undian bagi menentukan satu lagu wajib dan satu lagi pilihan
wajib bagi Kategori Lelaki dan Kategori Wanita.
LELAKI
LAGU WAJIB LAGU PILIHAN
1. Anak Tiong Gambus Selingan ( masri)
2. Seri Medan Joget Baju Kurung ( Joget)
3. Seri Bentan Memikat Janda (samrah)
4. Gunung Panti Zapin Seri Pekan (zapin)
5. Timang Banjar Ketawa Lagi ( inang)
6. Wak Daeng/ Cantik Manis Joget Kasih Berpadu (joget)
PEREMPUAN
LAGU WAJIB LAGU PILIHAN
1. Gambus Api- Api Joget 106 (joget)
2. Seri Tambak Embun Dirumput (inang)
3. Seri Mahligai Joget Johor Sport (joget)
4. Bentan Telani Selendang Mayang (inang)
5. Gunung Bentan Zapin Ya Allah Ya Saidi (zapin)
6 Sembawa Balik Bunga Hati ( inang dangdut)
Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)
-5-
7. HADIAH PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA KEBANGSAAN 2014
KEDUDUKAN KATEGORI LELAKI KATEGORI WANITA
HADIAH UTAMA
(WANG TUNAI)
HADIAH IRINGAN
HADIAH UTAMA
(WANG TUNAI)
HADIAH IRINGAN
Johan RM 10,000.00 Piala / Sijil RM 10,000.00 Piala / Sijil
Naib Johan RM 8,000.00 Piala / Sijil RM 8,000.00 Piala / Sijil
Ketiga RM 5,000.00 Piala / Sijil RM 5,000.00 Piala / Sijil
Persembahan
Terbaik
RM 1,000.00
Piala / Sijil
Pakaian
Terbaik
RM 1,000.00
Piala / Sijil
Saguhati
Tempat Ke-4
hingga 6
RM 1000.00 Piala / Sijil RM 1000.00 Piala / Sijil
8. URUS SETIA
Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014,
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara,
Aras 2-6, Blok F, Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn,
50610 Kuala Lumpur
(u/p : MOHD FAIRUZ BIN SELAMAT )
Tel : 03-26148200 / 8298
Faks : 03-26971066 / 26971067
Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)
-6-
BORANG PENYERTAAN UJIBAKAT PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA
KEBANGSAAN 2014 -------------------------------------------------------------------------------------------
Nama :_____________________________________________ No. Kad :_____________________________________________ Pengenalan Tarikh Lahir :_____________________________________________ Umur :_____________________________________________ Negeri :_____________________________________________ Tempat Lahir :_____________________________________________ Warganegara :_____________________________________________ Alamat :_____________________________________________ :_____________________________________________ :_____________________________________________
E – mail :_____________________________________________ Tel :_____________________________________________ Pekerjaan/ :_____________________________________________ Sekolah Taraf Pendidikan :_____________________________________________ Tajuk Lagu :_____________________________________________
Pertandingan Nyanyian Yang :__________________________________
Pernah Disertai dan pencapaian ________________________________
Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)
-7-
Pengakuan Peserta :
Saya dengan ini mengaku bahawa dengan sukarela menyertai pertandingan ini
dengan tidak mempunyai apa-apa hak untuk membuat sebarang tuntutan
terhadap penganjur sekiranya berlaku kecederaan, kemalangan dan kerugian
terhadap diri saya semasa mengikuti pertandingan , termasuk semasa perjalanan
pergi dan balik.
Tarikh : ________________________ Tandatangan : _______________
(Nama:____________________)
Pengesahan oleh Pengetua Sekolah/
Pegawai Kerajaan /Ketua Kampung /Penghulu
Tandatangan /Cop : _______________________
(Nama : ________________________________)