Post on 06-Mar-2019
1
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di lain-lain tempat dalam pelawaan
ini, syarat-syarat am berikut hendaklah dipakai melainkan setakat mana syarat-syarat am itu
boleh ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebutharga.
1. KEADAAN BARANG Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.
2. HARGA
Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk diskaun dan kos tambahan
yang berkaitan.
3. SEBUTHARGA SEBAHAGIAN
Sebutharga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan
item.
4. BARANG SETARA
Sebutharga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan butir-butir
penuh diberi.
5. PERSETUJUAN
5.1 Lembaga tidak terikat untuk setuju terima sebutharga yang terendah atau
mana-mana sebutharga; dan
5.2 Setiap butiran akan dipertimbangkan sebagai satu sebutharga yang
berasingan.
6. PEMERIKSAAN
6.1 Lembaga sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan
menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain
sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan
6.2 Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian
apabila dikehendaki.
7. PERAKUAN MEMATUHI PENENTUAN SPESIFIKASI
Penyebutharga adalah dikehendaki untuk memperakui bahawa barang-barang yang
dibekalkan adalah mengikut penentuan spesfikasi yang dinyatakan di dalam pelawaan
ini.
2
8. PENOLAKAN
8.1 Barang-barang yang rendah kualitinya atau berlainan daripada bekalan yang
telah dipersetujui, sebutharganya boleh ditolak;
8.2 Apabila ditolak, penyebutharga hendaklah menggantikan barang-barang
tersebut dalam tempoh 7 hari atau memindahkan barang-barang yang ditolak
itu atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan hendaklah membayar
balik kepada Lembaga segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai
barang-barang yang ditolak itu; dan
8.3 Fasal 8.1 dan 8.2 di atas tidaklah memudaratkan apa-apa hak Lembaga untuk
mendapatkan gantirugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9. PENGIKLANAN
Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebutharga boleh
disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa
kelulusan daripada Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia.
10. TAFSIRAN
Sebutharga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah ditafsirkan
mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia dan penyebut harga hendaklah
bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam
apa-apa pertikaian atau perselisihan yang mungkin timbul mengenai sebutharga ini
atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11. INSURAN
Tiada apa-apa insuran atas barang-barang dalam perjalanan dari negeri pembekal
atau dalam Malaysia boleh dimasukkan ke dalam sebutharga.
BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA
12. CUKAI
Harga yang ditawarkan adalah ditafsirkan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.
13. PENGENALAN
Nama pembuat, pengilang, jenama, negara/negeri asal barang itu hendaklah
disertakan bersama borang sebutharga untuk dinilai.
14. PEMBUNGKUSAN
14.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan
dan belanja pembungkusan; dan
14.2 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang
tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.
3
BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
15. CUKAI
Harga tawaran hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur
cukai adalah dikehendaki ditunjukkan secara berasingan.
16. MATA WANG
Sebutharga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
17. PEMBUNGKUSAN
17.1 Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia
melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan
tidak membungkus;
17.2 Harga yang ditawarkan adalah ditafsirkan sebagai termasuk belanja bungkusan
dan belanja pembungkusan; dan
17.3 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat pembungkusan atau pembungkusan
yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penyebut harga.
4
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. HAK LEMBAGA UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUTHARGA
Pihak Lembaga tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-
mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu sebutharga.
Keputusan daripada Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.
2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUTHARGA
2.1 Penyediaan Sebutharga
Penyebut harga adalah dikehendaki untuk mengisi dengan lengkap maklumat-
maklumat seperti berikut:
i. Harga, tempoh dan tandatangan penyebut harga dalam Borang
Sebutharga
ii. Jadual Kadar Harga
iii. Borang Butiran Sampel
iv. Borang Penerimaan Sampel
v. Latar Belakang Penyebutharga dan Pengalaman
vi. Surat Akuan Pembida
Jika berlaku sebarang kesilapan semasa mengisi maklumat-maklumat tersebut
di atas, penyebutharga hendaklah memotong/menggariskan kesilapan
berkenaan serta menandatangani secara ringkas semua pembetulan yang
dilakukan.(Peringatan: Jangan Guna Pemadam Cecair)
2.2 Penyerahan Borang Sebutharga
i. Borang Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat berlakri dengan tercatat nombor sebutharga serta
tajuk sebutharga pada bahagian atas sampul dan hendaklah dihantar
pada masa dan tempat yang telah ditetapkan dalam notis sebutharga.
5
ii. Borang Sebutharga yang dihantar hendaklah sampai di pejabat
Lembaga Lada Malaysia (Bahagian Kewangan) pada atau sebelum
tarikh dan masa yang telah ditetapkan dalam notis sebutharga.
iii. Sebutharga yang diterima selepas tarikh dan masa tutup sebutharga
akan ditolak dan tidak akan dilayan
iv. Setiap penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1)
tawaran sebutharga sahaja. Tiada tawaran alternatif dibenarkan.
Sekiranya penyebutharga mengemukakan lebih dari satu sebutharga,
penyertaan penyebutharga berkenaan akan dibatalkan.
2.3 Penjelasan Lanjut
Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut mengenai sebutharga ini, sila
berhubung dengan Pn. Asmah Morshidi, Pegawai Ehwal Ekonomi Bahagian
Perdagangan di talian 082-488621
3. LAMPIRAN DOKUMEN
3.2 Penyebut Harga adalah DIGALAKKAN untuk mengemukakan dokumen lampiran seperti di bawah :
i. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
ii. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan
Malaysia
iii. Penyata Kewangan Akaun Syarikat satu (1) bulan terkini
iv. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (Bagi Syarikat yang telah berdaftar)
4. BAYARAN BORANG SEBUTHARGA
Borang sebutharga boleh diperolehi secara percuma di Bahagian Kewangan, Ibu
Pejabat Lembaga Lada Malaysia.
5. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUTHARGA
Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan penyediaan borang sebutharga adalah
ditanggung sepenuhnya oleh penyebut harga. Lembaga tidak bertanggungjawab
terhadap apa-apa perbelanjaan yang berkaitan dengan pemprosesan Borang
Sebutharga.
6
6. TEMPOH SAHLAKU SEBUTHARGA
Tempoh sahlaku sebutharga adalah 90 hari selepas tarikh tutup sebutharga.
Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebutharga sebelum tamat tempoh sahlaku
sebutharga tersebut.
SYARAT-SYARAT KHAS
1. Harga
1.1 Harga yang dinyatakan dalam kontrak ini adalah harga bersih bagi Beg
Polywoven baharu dan belum terpakai yang dinyatakan termasuk kos
pengendalian dan kos penghantaran/ pengiriman ke tempat yang telah
dinyatakan.
1.2 Harga yang dinyatakan oleh penyebutharga dalam Jadual Kadar Harga
hendaklah dikemukakan berdasarkan HARGA TAWARAN TANPA KENAAN
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST). Namun begitu,
penyebutharga yang berdaftar GST perlu mengisytiharkan status
pendaftaran GST dengan mengemukakan Salinan Sijil Perakuan
Pendaftaran GST yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(Bagi Syarikat yang telah berdaftar)
2. Anggaran Kuantiti Pesanan
2.1 Kuantiti barang yang dinyatakan seperti di dalam Jadual Kadar Harga adalah
anggaran sahaja dan pihak Lembaga tidaklah menjamin atau melibatkan
dengan apa-apa jua bahawa semua atau mana-mana anggaran kuantiti
barang-barang yang dinyatakan dalam kontrak ini akan dipesan. Kuantiti
sebenar yang diperlukan adalah berdasarkan kepada pesanan seperti dalam
Pesanan Tempatan (LPO).
3. Penyerahan Sampel
3.1 Setiap penyebutharga DIWAJIBKAN menghantar/ menyerahkan sekurang-
kurangnya satu (1) sampel percuma untuk Beg Polywoven baharu dan belum
terpakai seperti yang ditawarkan dalam Jadual Kadar Harga. Sampel perlu
dihantar/ diserahkan kepada Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan,
Lembaga Lada Malaysia, Kuching (U/P: Pn. Asmah Morshidi) . Pn.Asmah
Morshidi boleh dihubungi melalui No. Telefon : 082-488621 dan No.HP:019-
8266698
7
3.3 Penghantaran sampel yang tidak mematuhi para 3.1 dan 3.2 akan ditolak dan
tidak akan dipertimbangkan (muktamad).
3.4 Penyebutharga juga dikehendaki melengkapkan Borang Spesifikasi Sampel,
Borang Butiran Sampel serta Borang Penerimaan Sampel dan dihantar kepada
Lembaga berserta dengan sampel.
4. Pembungkusan
4.1 Beg Polywoven baharu dan belum terpakai yang dibekalkan hendaklah
dibungkus dengan sempurna dalam bentuk pukal mengikut keadaan dan
kesesuaian spesifikasi bekalan yang dipesan bagi melindungi semua beg
tersebut daripada rosak/ terkoyak ketika pembekalan dan penghantaran dibuat.
5. Pemeriksaan
5.1 Lembaga akan sentiasa melakukan pemeriksaan bekalan yang diterima untuk
memastikan bahawa jenis dan jumlah barang yang dibekalkan sama seperti
yang dipesan. Jika didapati jumlah Beg Polywoven yang dibekalkan terkurang,
penyebutharga hendaklah segera menambah jumlah yang terkurang dengan
serta merta tanpa melibatkan tambahan kos kepada Lembaga.
5.2 Semua Beg Polywoven yang dibekalkan mestilah dalam keadaan baik dan
memuaskan. Beg yang didapati rosak dan tidak mengikut spesifikasi yang
ditetapkan atau cacat semasa penerimaan akan ditolak dan diganti dengan
yang baru oleh pihak penyebutharga. Penolakan akan dilakukan serta-merta di
tempat pemeriksaan.
5.4 Semua Beg Polywoven yang akan dibekalkan mestilah sama seperti sampel
yang dihantar atau diserahkan semasa menyertai sebutharga sama ada dari
segi spesifikasi dan jenis beg yang diperlukan.
5.5 Pihak Lembaga BERHAK untuk menolak beg yang bukan daripada spesifikasi
dan jenis beg yang dinyatakan dalam sebutharga.
6. Kawalan Kualiti
6.1 Jika ada apa-apa keraguan tentang spesifikasi dan kualiti Beg Polywoven
yang dibekalkan, pihak Lembaga berhak untuk meminta penyebutharga untuk
menggantikan beg yang diragui kualitinya dengan bekalan baru tanpa apa-apa
kos tambahan kepada Lembaga walaupun jika salah satu daripada spesifikasi
beg berkenaan dipenuhi.
8
7. Penghantaran Beg
7.1 Lokasi penghantaran adalah KE STOR-STOR PEJABAT LEMBAGA LADA
MALAYSIA SEPERTI PADA JADUAL PENGHANTARAN.
7.2 Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pihak penyebutharga
sepenuhnya.
7.3 Penyebutharga hanya boleh membuat penghantaran ke lokasi setelah
mendapat / menerima arahan bertulis daripada pihak Lembaga dan semua
beg yang dipesan mestilah sampai ke lokasi pada masa yang telah ditetapkan
dalam arahan tersebut. Lembaga tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kerosakan / kerugian yang ditanggung oleh pihak penyebutharga
akibat dari kegagalan mematuhi arahan tersebut.
8. Kelewatan Penghantaran Bekalan
8.1 Sekiranya pihak penyebutharga gagal menyempurnakan penghantaran Beg
Polywoven yang dipesan mengikut jadual yang telah ditetapkan tanpa
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak Lembaga, maka pihak
penyebutharga akan bertanggungjawab penuh di atas segala kerugian,
kerosakan atau kos yang ditanggung disebabkan kelewatan penghantaran
bekalan tersebut.
9. Hak Lembaga Apabila Pembekalan Beg Yang Rendah Kualiti, Cacat/ Rosak dan
Tidak Mengikut Spesifikasi
9.1 Jika penyebutharga telah membekal Beg Polywoven yang rendah kualiti,
cacat/ rosak, dan tidak mematuhi spesifikasi Lembaga boleh sama ada:-
a) menolak pembekalan tersebut dan menamatkan perjanjian ini; atau
b) menolak sebahagian bekalan dan meminta penyebutharga
menggantikan sebahagian bekalan tersebut dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
9.2 Bagi setiap pesanan, jika penyebutharga telah menyerahkan Beg Polywoven
yang rendah kualiti, cacat/ rosak dan tidak mematuhi spesifikasi kepada
Lembaga dan Lembaga tidak mungkin akan menolak tersebut oleh sebab beg
tersebut telah digunakan sebelum diketahui rendah kualiti dan tidak memenuhi
spesifikasi maka Lembaga boleh menolak dan mengenakan denda yang sama
banyak dengan nilai Beg Polywoven yang rendah kualiti dan tidak mematuhi
spesifikasi.
9
10. Penerimaan Bersyarat
10.1 Walaupun Beg Polywoven telah dibekalkan dan diterima, Lembaga adalah
pada setiap masa berhak menolak semua beg yang dihantar itu sekiranya tidak
menepati jenis dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
10.2 Walau apapun dalam para 10.1 di atas, apa-apa kadar agihan yang dinyatakan
pada dokumen ini hendaklah dianggap sebagai anggaran sahaja dan Lembaga
adalah pada setiap masa tidak terikat untuk membeli mengikut jumlah dan
kuantiti seperti yang dinyatakan.
11. Denda
11.1 Lembaga berhak mengenakan denda terhadap penyebutharga sekiranya gagal
memenuhi tuntutan dan spesifikasi sebutharga.
11.2 Jika penyebutharga gagal untuk membayar denda yang dikenakan
terhadapnya, maka bayaran denda akan dipotong dari sebarang baki bayaran
yang akan diterima oleh penyebutharga.
12. Penggantian Beg Polywoven
12.1 Penyebutharga hendaklah menggantikan apa-apa Beg Polywoven yang
didapati rosak, rendah kualiti dan tidak memenuhi spesifikasi seperti yang
dikehendaki mengikut perjanjian apabila dimaklumkan oleh Lembaga untuk
berbuat demikian.
12.2 Apa-apa kos yang berbangkit daripada pengalihan dan penggantian tersebut
hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh penyebutharga.
12.3 Lembaga adalah berhak untuk membeli Beg Polywoven daripada mana-mana
sumber lain sekiranya penyebutharga gagal untuk mengalih atau menggantikan
beg seperti yang dimaksudkan pada para 12.1.
12.4 Kos bagi maksud para 12.3 hendaklah ditanggung oleh penyebutharga yang
mana pemotongan hendaklah dibuat ke atas apa-apa bayaran yang kena
dibayar atau yang akan dibayar oleh Lembaga kepada pembekal di bawah
perjanjian ini. Akan tetapi, sekiranya tidak ada sebarang pembayaran yang
perlu dibayar atau yang akan dibayar kepada penyebutharga, maka kos
tersebut hendaklah dibayar terus oleh penyebutharga kepada Lembaga.
10
13. Penolakan dan Penggantian Beg
13.1 Pihak Lembaga atau wakil yang diberi kuasa secara bertulis oleh pihak
Lembaga berhak untuk menolak penghantaran Beg Polywoven yang
dibekalkan yang tidak mengikut senarai harga yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Sebutharga Lembaga.
14. Ganti Rugi
14.1 Penyebutharga hendaklah membayar gantirugi kepada Lembaga daripada dan
terhadap segala bayaran tuntutan, belanja ganti rosak, tanggungan, kerugian
atau kos perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau yang dikenakan ke
atas Lembaga sebagai akibat langsung atau tidak langsung dari pelanggaran
syarat-syarat perjanjian ini oleh penyebutharga. Sekiranya bilangan pembekal
tersebut adalah dua (2) orang atau lebih daripada dua (2), maka tanggungan
bagi mereka itu di bawah perjanjian ini hendaklah disifatkan sebagai bersama
dan masing-masing.
15. Pembayaran Bil / Invois
15.1 Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh penyebutharga hendaklah
dibuat mengikut tatacara yang berkuat kuasa yang ditetapkan oleh pihak
Lembaga.
15.2 Bayaran kepada pihak penyebutharga akan dibuat secara berperingkat setelah
penyebutharga selesai membuat penghantaran bekalan ke lokasi yang
ditetapkan dan disahkan penerimaannya oleh pegawai Lembaga.
15.3 Pengesahan penerimaan barang-barang mestilah dibuat dengan segera pada
hari bekalan disempurnakan bagi membolehkan penyebutharga
mengemukakan bil pembayaran dengan seberapa segera. Penyebutharga
perlu mengemukakan bil pembayaran kepada Lembaga dalam tempoh 14 hari
dari tarikh penghantaran bekalan. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan pembayaran tidak dapat dilakukan.
15.4 Pihak penyebutharga tidak berhak untuk mengenakan atau menuntut sebarang
kadar faedah ke atas Lembaga sekira berlakunya kelewatan pembayaran oleh
Lembaga disebabkan wujudnya pertikaian secara langsung atau tidak langsung
dari pelanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh penyebutharga.
11
16. Pematuhan Kepada Undang-undang
16.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada
mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah
di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
16.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau
diberi suapan dikehendaki membuat aduan segera ke pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan
berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan rasuah di bawah Akta
Pencegahan Rasuah 1997.
16.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor /
penyebutharga boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
16.4 Mana-mana kontraktor / penyebutharga yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal
mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-
mana anggota perkhidamtan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan
adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
12
BORANG SEBUTHARGA
No. Sebutharga : MPB/SH/2018/1
Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan utama,
93450 Kuching, Sarawak.
Tuan,
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BEG POLYWOVEN BAHARU DAN BELUM
TERPAKAI KEPADA BAHAGIAN PERDAGANGAN LEMBAGA LADA MALAYSIA
KUCHING
Di bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebutharga, Skop Bekalan, Spesifikasi
Beg, Syarat-Syarat Am dan Syarat-syarat Khas, saya yang bertandatangan di bawah adalah
dengan ini menawarkan untuk membekal dan menghantar 180,000 Unit Beg Polywoven
baharu dan belum terpakai bagi jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia:
…………………………………………………………………………………………………………….
(RM ……………………………….)
2. Saya bersetuju untuk membekal dan menghantar bekalan tersebut kepada Lembaga
Lada Malaysia seperti pada Jadual Penghantaran dan tertakluk kepada arahan yang
dikeluarkan oleh pihak Lembaga Lada Malaysia dari semasa ke semasa.
Tandatangan Pembekal Tandatangan Saksi
Nama Penuh : Nama Penuh :
No. K/P : No. K/P :
Alamat : Alamat :
No. Telefon : No. Telefon :
No. Faks : No. Faks :
…………………………..
Meterai / Cop Pembekal
13
JADUAL KADAR HARGA
NO. SEBUTHARGA: MPB/SH/2018/1
Perkara: PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BEG POLYWOVEN BAHARU DAN
BELUM TERPAKAI KEPADA BAHAGIAN PERDAGANGAN LEMBAGA
LADA MALAYSIA KUCHING
Bil. LOKASI PENGHANTARAN KUANTITI
(Unit) Harga Seunit
(RM)
Jumlah Keseluruhan
(RM)
1. Stor Ibu Pejabat Lembaga Lada
Malaysia, Kuching, Sarawak 50,000
2. Stor Pejabat Lembaga Lada Malaysia Cawangan Serian
20,000
3. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Sri Aman 5,000
4. Stor Pejabat Lembaga Lada Malaysia Cawangan Betong
20,000
5. Stor Pejabat Lembaga Lada Malaysia Cawangan Sarikei
50,000
6. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Bintangor 10,000
7. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Sibu 20,000
8. Stor Pejabat Lembaga Lada Malaysia Cawangan Bintulu
5,000
JUMLAH 180,000
Nota : Bekalan Hendaklah Dihantar Ke Lokasi No.1 Sehingga No.8
Saya / Kami dengan ini menawar untuk membekal dan menghantar BEG POLYWOVEN
baharu dan belum terpakai seperti jadual di atas dengan harga dan syarat-syarat yang telah
ditetapkan di dalam dokumen sebutharga ini.
Tarikh : …………………………… Tandatangan : ……………………………….
Nama Penuh : ……………………………….
No. K/P : ……………………………….
Cop Syarikat :
14
SKOP BEKALAN
1. Menyempurnakan pembekalan dan penghantaran Beg Polywoven baharu dan belum
terpakai seperti pada Jadual Penghantaran dan tertakluk kepada arahan yang
dikeluarkan oleh pihak Lembaga Lada Malaysia dari semasa ke semasa.
2. Memastikan Beg Polywoven yang dibekalkan adalah memenuhi spesifikasi yang
telah ditetapkan di dalam borang sebutharga dan sama dengan sampel yang telah
dikemukakan kepada Lembaga.
3. Memastikan Beg Polywoven yang dibekalkan adalah tepat dari segi jenis dan kuantiti
yang dipesan oleh Lembaga.
4. Memastikan setiap konsaimen Beg Polywoven yang dibekalkan adalah dalam
keadaan baik dan dibungkus dengan sempurna dalam bentuk pukal.
15
SPESIFIKASI BAHAN DAN BEKALAN
1. Spesifikasi Bekalan & Bahan Beg Polywoven
BIL. ANALISIS PARAMETER SPESIFIKASI
1. Rupa (Appearances)
Bahan menggunakan Fabrik Woven
Polypropylene (PP)
Warna: putih @ beige
Bahagian atas hujung mulut beg
terbuka
Bahagian bawah dijahit menggunakan
benang kukuh dan tahan lasak
2. Ukuran (+-2 inci ) L40” x W26” (Dapat memuatkan 45-50 kg lada bijian)
2. Beg Polywoven hendaklah diperbuat daripada Fabrik Woven Polypropylene (PP)
yang berkualiti tinggi, baharu dan belum terpakai.
3. Beg Polywoven hendaklah tahan lama (durable) dan tahan lasak daripada
terkoyak.
16
JADUAL PENGHANTARAN
Bil. LOKASI PENGHANTARAN KUANTITI
(unit) TARIKH
PENGHANTARAN
1. Stor Ibu Pejabat Lembaga Lada
Malaysia, Kuching, Sarawak 50,000
Penghantaran secara berperingkat mulai
September sehingga Disember 2018
2. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Serian 20,000
3. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Sri Aman 5,000
4. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Betong 20,000
5. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Sarikei 50,000
6. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Bintangor 10,000
7. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Sibu 20,000
8. Stor Pejabat Lembaga Lada
Malaysia Cawangan Bintulu 5,000
JUMLAH 180,000
17
BORANG BUTIRAN SAMPEL
Jenis Beg Jumlah Sampel Dihantar
BEG POLYWOVEN
(26” x 40”)
Nota: Sampel yang dihantar di atas hendaklah sama dengan beg yang akan dibekalkan kelak
Tandatangan oleh penyebutharga atau bagi pihak,
Tandatangan : ........................................................
Nama : ........................................................ (Huruf Besar) Tarikh : ........................................................
** Sila isi Ada atau Tiada
18
NO. SEBUTHARGA : MPB/SH/2018/1
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BEG POLYWOVEN BAHARU DAN BELUM
TERPAKAI KEPADA BAHAGIAN PERDAGANGAN LEMBAGA LADA MALAYSIA
KUCHING
BORANG PENERIMAAN SAMPEL
Dengan ini, saya mengesahkan bahawa telah menerima sampel-sampel
daripada......................................................................................................................................
.......................................................................................... (Nama Penyebutharga) iaitu sampel
dalam keadaan memuaskan / tidak memuaskan* seperti berikut;
Jenis Beg Jumlah Sampel Dihantar
BEG POLYWOVEN
(26” x 40”)
Diterima oleh,
…………………………………………
( )
b.p Pengarah Kanan
Bahagian Perdagangan
Lembaga Lada Malaysia.
Tarikh : ……………………………….
* Potong yang tidak berkenaan ** Sila isi Ada atau Tiada
19
LATAR BELAKANG PENYEBUTHARGA BAHAGIAN A: 1. Nama Penuh Penyebutharga : ..................................................................................
2. Jawatan : ..................................................................................
3. Nama Syarikat dan No. Telefon :
3.1 Ibu Pejabat : ..................................................................................
..................................................................................
..................................................................................
3.2 No. Telefon : ..................................................................................
3.3 No. Faks : ..................................................................................
3.4 Cawangan : ..................................................................................
(Jika ada) : ..................................................................................
..................................................................................
3.5 No. Telefon : ..................................................................................
4. No. Sijil Pendaftaran Perniagaan/ Syarikat : .......................................................................
4.1 Tarikh didaftarkan : ..................................................................................
4.2 No. Lesen Perdagangan : ..................................................................................
4.3 Tarikh didaftarkan : ..................................................................................
4.4 Tarikh luput pendaftaran : ..................................................................................
5. Kelas Perkhidmatan : ..................................................................................
5.1 Kelas : ..................................................................................
5.2 Tajuk/ Tajuk Kecil : ..................................................................................
5.3 Tarikh didaftarkan : ..................................................................................
5.4 Agensi Pendaftaran : ..................................................................................
6. Jika bertaraf Bumiputera, nyatakan :
6.1 Tarikh kuatkuasa : ..................................................................................
6.2 Tarikh tamat : ..................................................................................
6.3 Peratus saham dipegang oleh Pemilik Syarikat:
Bumiputera : .......................%
Bukan Bumiputera : .......................%
20
7. Jenis dan Modal Syarikat :
No. Jenis Perniagaan Sila tanda
(x) Modal (RM)
7.1 Perseorangan (Sole Proprietorship)
7.2 Perkongsian (Partnership)
7.3 Sendirian Berhad (Pt. Ltd)
7.4 Berhad (Limited)
8. Bagi Syarikat Sdn. Bhd. atau Berhad sahaja, sila nyatakan :
8.1 Modal dibenarkan : .........................................
8.2 Modal dibayar : .........................................
9. Ahli-ahli Syarikat
9.1 Ahli-ahli Lembaga Pengarah
Bil. Nama No. Kad
Pengenalan Jawatan
% Saham modal dipegang
1.
2.
3.
4.
5.
9.2 Ahli-ahli Pengurusan
Bil. Nama No. Kad
Pengenalan Jawatan
Kelulusan Akdemik/ Iktisas
1.
2.
3.
4.
5.
21
10. Butir-butir Kenderaan Milik Syarikat :
Bil. Jenis Kenderaan Bermotor (spt.
Lori, van, tongkang, bot, dsb) No. Kenderaan Bilangan Unit
1.
2.
3.
4.
11. Orang yang diberi kuasa untuk mengurus dan menandatangani dokumen kontrak :
11.1 Nama : .......................................................................................................
11.2 Jawatan : .......................................................................................................
11.3 No. Kad Pengenalan : ..........................................................................................
11.4 Alamat : .......................................................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................
.......................................................................................................
11.5 No. Telefon (Pejabat) : .........................................................................................
11.6 No Telefon Bimbit :.............................................................................................
22
BAHAGIAN B : PENGALAMAN 1. Sila senaraikan butir-butir kontrak/ jenis-jenis kerja, perkhidmatan bekalan yang TELAH
disiapkan : (Sila kepilkan salinan tawaran kontrak bekalan/ kerja)
Nama Projek Agensi Yang Mengawasi
Projek Nilai Kontrak Tempoh Kontrak
Tarikh Siap Sebenar
23
2. Sila senaraikan butir-butir kontrak/ jenis-jenis kerja, perkhidmatan bekalan yang
SEDANG dilaksanakan : (Sila kepilkan salinan tawaran kontrak bekalan/ kerja)
Nama Projek Agensi Yang Mengawasi
Projek Nilai Kontrak Tempoh Kontrak
Tarikh Siap Sebenar
PERAKUAN
Dengan ini saya bagi pihak syarikat mengesahkan bahawa semua keterangan di atas adalah
benar.
Tandatangan : ..................................................................................................................
Nama Penuh : ..................................................................................................................
No Kad Pengenalan : ................................................................................................................
Jawatan : ..................................................................................................................
No Telefon : ..................................................................................................................
Cop Syarikat :
24
SURAT AKUAN PEMBIDA
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BEG POLYWOVEN BAHARU DAN BELUM
TERPAKAI KEPADA BAHAGIAN PERDAGANGAN LEMBAGA LADA MALAYSIA
KUCHING
Saya, ………………………………………… No. K.P .............………………………………. yang
mewakili ………………………………………………....................................................................,
No. Pendaftaran: …………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau
mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah
kepada mana-mana individu dalam Lembaga Lada Malaysia atau mana-mana individu lain,
sebagai ganjaran untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas. Bersama ini dilampirkan
Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat
pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Lembaga Lada Malaysia
atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan sebutharga seperti di atas,
maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebutharga di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi sebutharga di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuatkuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan
tender seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis
yang berhampiran.
Yang benar,
………………………………….
Nama :
No. K/P :
Tarikh :
Cop Syarikat
26
SURAT AKUAN SETUJU TERIMA
Tarikh : ………………..
Kepada : Ketua Pengarah
Lembaga Lada Malaysia
Lot 1115, Jalan Utama,
93450 Kuching, Sarawak.
PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BEG POLYWOVEN BAHARU DAN BELUM
TERPAKAI KEPADA BAHAGIAN PERDAGANGAN LEMBAGA LADA MALAYSIA
KUCHING
Tuan,
Setelah memahami semua perkara yang berkaitan dengan sebutharga ini dan dengan ini
pihak kami bersetuju untuk membekal dan menghantar 180,000 Unit Beg Polywoven
baharu dan belum terpakai kepada Bahagian Perdagangan Lembaga Lada Malaysia dengan
kos berjumlah Ringgit Malaysia:
…………………………………………………………………………
(RM …………….........)
2. Saya bersetuju untuk membekal dan menghantar bekalan tersebut kepada Lembaga
Lada Malaysia seperti pada Jadual Penghantaran dan tertakluk kepada arahan yang
dikeluarkan oleh pihak Lembaga Lada Malaysia dari semasa ke semasa
3. Saya/ Kami juga dengan ini akan memberi sepenuh tanggungjawab terhadap Beg
Polywoven yang dibekalkan dan bersetuju dengan syarat di para 9.1 dan 9.2 dalam Syarat-
Syarat Am sebutharga.
4. Saya/ Kami juga faham bahawa pihak Lembaga Lada Malaysia tidak terikat untuk
menerima mana-mana sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga.
Yang benar,
………………………………………
Nama : …………………………………………………
No. K/P : ………………………………………………… Cop Syarikat
Jawatan : …………………………………………………
Alamat :………………………………………………………………………………
No. Tel : ………………………….. Faks : ……………………….....
Nota : Surat Setuju Terima ini diisi oleh Pembekal/ Penyebut Harga yang telah berjaya dipilih
oleh pihak Lembaga Lada Malaysi
27
SENARAI SEMAK DOKUMEN
(BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA)
Sila tandakan ( √ ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan:
Bil. Perkara / Dokumen Untuk Ditanda oleh
Kontraktor / Penyebut Harga
Untuk Ditanda oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebutharga
1. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
2. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan
3. Penyata Kewangan Akaun Syarikat satu (1) bulan terkini
4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
5. Borang sebutharga yang telah diisi dan ditandatangani
6. Jadual Kadar Harga yang telah diisi dan ditandatangani
7. Borang Butiran Sampel yang telah diisi dan ditandatangani
8. SAMPEL BEG POLYWOVEN (WAJIB)
9. Borang Penerimaan Sampel yang telah diisi
10. Latar Belakang Penyebutharga yang telah diisi dan ditandatangani
11. Surat Akuan Pembida yang telah diisi dan ditandatangani
PENGESAHAN OLEH PENYEBUT HARGA
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat yang dinyatakan di dalam dokumen sebutharga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar dan syarikat saya tidak disenaraihitam. Tandatangan : …………………………….…...
Nama : ……………………………….……...
Jawatan : ……………………………….………
Tarikh : ……………………………….………
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara Bil. ……….. (nyatakan jika ada) a. …………………………………………….
b. …………………………………………….
Tandatangan : ………………………………. Nama : ……………………………………. Jawatan : ……………………………………. Tarikh : …………………………………….
Tandatangan : ………………………………. Nama : ……………………………………. Jawatan : ……………………………………. Tarikh : …………………………………….