Post on 30-Jun-2015
SYEIKH WAHBAH AL-ZUHAILI HAFIZAHULLAH DAN PENDIRIANNYA TERHADAP SYEIKHUL ISLAM MUHAMMAD BIN
ABDUL WAHAB RAHIMAHULLAH
Tertarik dengan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah yang dianugerahkan kepada
Syeikh Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah wa Hadah, seorang ulama Syria yang terkenal
dengan kitab beliau al-Fiqahul Islami wa Adillatuh (Fiqh Islam dan Dalil-dalilnya), penulis
ingat menarik perhatian pembaca berkenaan pandangan Tokoh Maal Hijrah ini terhadap
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah yang sering dituduh sebagai pengasas
ajaran sesat wahabi oleh kebanyakan kaum jahil.
Sedar atau tidak, Syeikh Wahbah mempunyai karya khas berkenaan Syeikh Muhammad yang
berjudul Mujaddid al-Din fil Qarn al-Sani ‘Asyar (Mujaddin Islam dalam Kurun ke-12
Hijrah).
Jika mendengar tajuknya pun kita sudah mendapat gambaran jelas apakah pandangan Syeikh
Wahbah terhadap Syeikh Muhammad. Gelaran Mujaddid yang diberikan kepada Syeikh
Muhammad merupakan pengiktirafan besar terhadap Syeikh dan dakwah beliau.
Sabda Rasulullah s.a.w :
ا ل�ه� د�د� ي�ج� م�ن� ن�ة� س� ئ�ة� م� ك�ل� س�أ� ر� ع�ل�ى ة� �األ�م ذ�ه� ل�ه� ي�ب�ع�ث� الله� � إ�ن
ا د�ين�ه�
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi Umat ini di setiap awal
seratus tahun seseorang yang akan mempebaharui urusan agamanya”. [Abu Daud, Sahih].
Maksud memperbaharui agama atau Tajdid adalah ‘Ihya’ al-Sunnah’ yakni menghidupkan
kembali sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Ini sebagaimana yang
dikatakan oleh Syeikh al-Azim Abadi rahimahullah dalam menjelaskan hadis ini :
ويكسر أهله وينصر العلم ويكثر البدعة من السنة يبين أي
ويذلهم البدعة أهل
Maksudnya : “Yakni (mujaddid itu) akan menjelaskan Sunnah daripada Bidaah dan
menyebarkan ilmu serta membantu ahli ilmu serta mematahkan Ahli Bidaah dan
menghinakan mereka”. [Aunul Makbud, 11/260]
Sudah tentu Syeikh Wahbah menyifatkan Syeikh Muhammad sebagai Mujaddid dengan
memahami hakikat ini dan jelas menunjukkan bahawa dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul
Wahab adalah dakwah Sunnah bukan ajaran sesat.
Sekarang kita lihat perkataan Syeikh Wahbah dalam mukaddimah kitabnya tersebut :
بآي وعمال3 أحد، إرضاء ال للحقيقة، إنصـافا3 فيـه، شك ال ومما } { : أجرأ من كان أشيائهم الناس تبخسوا وال العظيم القرآن
إلعادة والجهاد والبناء اإلصالح، دعاة وأكبر الحق، أصوات: الصالح السلف لمنهج وإعادتها المسلمة الشخصية تماسك
عشر الثاني القرن في عبدالوهاب بن محمد الشيخ دعــوة ) ( بعد المسلمة، الحياة لتجديد الميالدي عشر الثامن الهجري
وأوهــام، خالفات، من العــامة أوســاط في شابها مازعيم بحق، عبدالوهاب ابن فكان وانحرافـات، وبــدع،
موازين أظهر الذي المنتظر، اإلصالحية الدينية النهضةوالوحدة الوحدانية حقيقة وأبان الناصعة، الشرعية العقيدة
التوحيد، هي العبادة وأن وجل، عز الخالصلله …والتوحيدMaksudnya : “dan tidak syak lagi, atas dasar kesedaran terhadap perkara hak bukan
untuk mendapat keredaan sesiapa daripada makhluk serta dalam usaha beramal terhadap
firman Allah dalam al-Qur’an al-Azim (maksudnya) : “dan kepada penduduk Madyan
(Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. ia berkata: dan janganlah kamu kurangkan
bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya” [al-A'raf :
85] antara suara yang paling berani menegakkan kebenaran, pendakwah Islah,
pembangunan Umat, dan Jihad yang paling besar, dalam usaha mengembalikan identiti
muslim serta mengembalikan umat kepada Manhaj al-Salaf al-Soleh adalah dakwah
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab semasa kurun ke-12 hijrah (kurun ke-18 Masihi)
untuk mengembalikan kehidupan Islami setelah dicemari dalam kalangan awam daripada
perkara-perkara menyalahi syarak, sangkaan-sangkaan yang salah, bidaah-bidaah, dan
penyelewengan-penyelewengan. Ibn Abdul Wahab sesungguhnya pemimpin kebangkitan
pembaharuan yang dinanti-nantikan yang telah menerangkan timbangan syariat yang
jelas, menjelaskan hakikat Tauhid yang murni kepada Allah Azza wa Jall..” [al-Mujaddid
fil Qarni al-Sani Asyar, Penghujung Mukaddimah Kitab].
Syeikh juga menjelaskan antara sebab-sebab sebahagian kaum jahil menyerang dakwah
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dengan kata beliau: أن ويالحظ
واألوصاف المصلح هذا جماعة على شنت التي الحروب هذه
ومن ديني، ال سياسي هدف ذات كانت عليهم، أطلقت التي
العثمانيين، وسيطرة نفوذ ولتحقيق اقتصادية مصالح أجل
عن وليس ومادية، سياسية شخصية مصالح عن ودفاعا3
للدين نصرة وال الدين، على غيرة وال المسلمين، أو اإلسالم
Maksudnya : “dan perlu diperhatikan bahawa peperangan-peperangan yang dilancarkan
ke atas Jemaah pendakwah Islah ini dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas
mereka adalah kerana tujuan politik semata-mata bukan agama, kerana menjaga
kepentingan-kepentingan ekonomi dan merealisasikan kekuasaan Usmaniah serta
mempertahankan kepentingan-kepentingan peribada, polittik, dan material, bukan kerana
mempertahan Islam dan umatnya serta bukan juga kerana agama dan
mempertahankannya…” [al-Mujaddid fil Qarni al-Sani Asyar, Fasal I].
Oleh itu, penulis melihat amat perlu pihak-pihak yang menyekat perkembangan dakwah
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di negara ini mempertimbangkan semula tindakan
mereka serta bertaubat kepada Allah s.w.t kerana telah menuduh Syeikh Muhammad dengan
tuduhan-tuduhan dusta dan tidak berasas.
Mereka yang ingin mendapatkan kitab Syeikh Wahbah ini (dalam bahasa Arab) boleh dimuat
turun di :
http://saaid.net/book/open.php?cat=7&book=1436
Mulahazah :
Penulis juga disamping menyedari kedudukan besar Syeikh Wahbah dan jasa beliau dalam
mempertahankan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, pendapat Syeikh Wahbah
bahawa persembahan tarian dan nyanyian yang bercampur lelaki dan wanita semasa
sambutan Maal Hijrah adalah baik dan tidak menyalahi syariat, kurang wajar kerana perkara
seperti ini boleh membawa kepada fitnah.
Lebih-lebih lagi perkara ini tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat
sedangkan masyarakat di zaman itu lebih maju ketamadunan mereka dan lebih mulia dan
kuat keimanan mereka. Wallahua’lam.