Syeikh wahbah al

4
SYEIKH WAHBAH AL-ZUHAILI HAFIZAHULLAH DAN PENDIRIANNYA TERHADAP SYEIKHUL ISLAM MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB RAHIMAHULLAH Tertarik dengan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah yang dianugerahkan kepada Syeikh Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah wa Hadah, seorang ulama Syria yang terkenal dengan kitab beliau al-Fiqahul Islami wa Adillatuh (Fiqh Islam dan Dalil-dalilnya), penulis ingat menarik perhatian pembaca berkenaan pandangan Tokoh Maal Hijrah ini terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah yang sering dituduh sebagai pengasas ajaran sesat wahabi oleh kebanyakan kaum jahil. Sedar atau tidak, Syeikh Wahbah mempunyai karya khas berkenaan Syeikh Muhammad yang berjudul Mujaddid al-Din fil Qarn al-Sani Asyar (Mujaddin Islam dalam Kurun ke-12 Hijrah). Jika mendengar tajuknya pun kita sudah mendapat gambaran jelas apakah pandangan Syeikh Wahbah terhadap Syeikh Muhammad. Gelaran Mujaddid yang diberikan kepada Syeikh Muhammad merupakan pengiktirafan besar terhadap Syeikh dan dakwah beliau. Sabda Rasulullah s.a.w : اَ هَ ن يِ ا دَ هَ لُ دِ ّ دَ جُ يْ نَ مٍ ةَ نَ سِ ةَ نِ مِ ّ لُ كِ سْ َ ى رَ لَ عِ ةَ ّ مُ ل ِ هِ دَ هِ لُ + ثَ عْ بَ 0 يَ لة ل َ ّ نِ 4 Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi Umat ini di setiap awal seratus tahun seseorang yang akan mempebaharui urusan agamanya”. [Abu Daud, Sahih]. Maksud memperbaharui agama atau Tajdid adalah Ihya al-Sunnah yakni menghidupkan kembali sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Azim Abadi rahimahullah dalam menjelaskan hadis ini : م ه ل د وي دعة ب ل ل ه ر س ك ي لة و ه ر ص ن ي م و عل ل ر+ كث ي و دعة ب ل ن م ة ن س ل ن0 ي ب0 ي ي Maksudnya : “Yakni (mujaddid itu) akan menjelaskan Sunnah daripada Bidaah dan menyebarkan ilmu serta membantu ahli ilmu serta mematahkan Ahli Bidaah dan menghinakan mereka”. [Aunul Makbud, 11/260]

Transcript of Syeikh wahbah al

Page 1: Syeikh wahbah al

SYEIKH WAHBAH AL-ZUHAILI HAFIZAHULLAH DAN PENDIRIANNYA TERHADAP SYEIKHUL ISLAM MUHAMMAD BIN

ABDUL WAHAB RAHIMAHULLAH

Tertarik dengan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah yang dianugerahkan kepada

Syeikh Wahbah al-Zuhaili Hafizahullah wa Hadah, seorang ulama Syria yang terkenal

dengan kitab beliau al-Fiqahul Islami wa Adillatuh (Fiqh Islam dan Dalil-dalilnya), penulis

ingat menarik perhatian pembaca berkenaan pandangan Tokoh Maal Hijrah ini terhadap

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah yang sering dituduh sebagai pengasas

ajaran sesat wahabi oleh kebanyakan kaum jahil.

Sedar atau tidak, Syeikh Wahbah mempunyai karya khas berkenaan Syeikh Muhammad yang

berjudul Mujaddid al-Din fil Qarn al-Sani ‘Asyar (Mujaddin Islam dalam Kurun ke-12

Hijrah).

Jika mendengar tajuknya pun kita sudah mendapat gambaran jelas apakah pandangan Syeikh

Wahbah terhadap Syeikh Muhammad. Gelaran Mujaddid yang diberikan kepada Syeikh

Muhammad merupakan pengiktirafan besar terhadap Syeikh dan dakwah beliau.

Sabda Rasulullah s.a.w :

ا   ل�ه� د�د� ي�ج� م�ن� ن�ة� س� ئ�ة� م� ك�ل� س�أ� ر� ع�ل�ى ة� �األ�م ذ�ه� ل�ه� ي�ب�ع�ث� الله� � إ�ن

ا د�ين�ه�

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi Umat ini di setiap awal

seratus tahun seseorang yang akan mempebaharui urusan agamanya”. [Abu Daud, Sahih].

Maksud memperbaharui agama atau Tajdid adalah ‘Ihya’ al-Sunnah’ yakni menghidupkan

kembali sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Ini sebagaimana yang

dikatakan oleh Syeikh al-Azim Abadi rahimahullah dalam menjelaskan hadis ini :

ويكسر أهله وينصر العلم ويكثر البدعة من السنة يبين أي

ويذلهم البدعة أهل

Maksudnya : “Yakni (mujaddid itu) akan menjelaskan Sunnah daripada Bidaah dan

menyebarkan ilmu serta membantu ahli ilmu serta mematahkan Ahli Bidaah dan

menghinakan mereka”. [Aunul Makbud, 11/260]

Sudah tentu Syeikh Wahbah menyifatkan Syeikh Muhammad sebagai Mujaddid dengan

memahami hakikat ini dan jelas menunjukkan bahawa dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul

Wahab adalah dakwah Sunnah bukan ajaran sesat.

Page 2: Syeikh wahbah al

Sekarang kita lihat perkataan Syeikh Wahbah dalam mukaddimah kitabnya tersebut :

بآي   وعمال3 أحد، إرضاء ال للحقيقة، إنصـافا3 فيـه، شك ال ومما } { : أجرأ من كان أشيائهم الناس تبخسوا وال العظيم القرآن

إلعادة والجهاد والبناء اإلصالح، دعاة وأكبر الحق، أصوات: الصالح السلف لمنهج وإعادتها المسلمة الشخصية تماسك

عشر الثاني القرن في عبدالوهاب بن محمد الشيخ دعــوة ) ( بعد المسلمة، الحياة لتجديد الميالدي عشر الثامن الهجري

وأوهــام، خالفات، من العــامة أوســاط في شابها مازعيم بحق، عبدالوهاب ابن فكان وانحرافـات، وبــدع،

موازين أظهر الذي المنتظر، اإلصالحية الدينية النهضةوالوحدة الوحدانية حقيقة وأبان الناصعة، الشرعية العقيدة

التوحيد، هي العبادة وأن وجل، عز الخالصلله …والتوحيدMaksudnya : “dan tidak syak lagi, atas dasar kesedaran terhadap perkara hak bukan

untuk mendapat keredaan sesiapa daripada makhluk serta dalam usaha beramal terhadap

firman Allah dalam al-Qur’an al-Azim (maksudnya) : “dan kepada penduduk Madyan

(Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. ia berkata: dan janganlah kamu kurangkan

bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya” [al-A'raf :

85] antara suara yang paling berani menegakkan kebenaran, pendakwah Islah,

pembangunan Umat, dan Jihad yang paling besar, dalam usaha mengembalikan identiti

muslim serta mengembalikan umat kepada Manhaj al-Salaf al-Soleh adalah dakwah

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab semasa kurun ke-12 hijrah (kurun ke-18 Masihi)

untuk mengembalikan kehidupan Islami setelah dicemari dalam kalangan awam daripada

perkara-perkara menyalahi syarak, sangkaan-sangkaan yang salah, bidaah-bidaah, dan

penyelewengan-penyelewengan. Ibn Abdul Wahab sesungguhnya pemimpin kebangkitan

pembaharuan yang dinanti-nantikan yang telah menerangkan timbangan syariat yang

jelas, menjelaskan hakikat Tauhid yang murni kepada Allah Azza wa Jall..” [al-Mujaddid

fil Qarni al-Sani Asyar, Penghujung Mukaddimah Kitab].

Syeikh juga menjelaskan antara sebab-sebab sebahagian kaum jahil menyerang dakwah

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab rahimahullah dengan kata beliau: أن ويالحظ

واألوصاف المصلح هذا جماعة على شنت التي الحروب هذه

ومن ديني، ال سياسي هدف ذات كانت عليهم، أطلقت التي

العثمانيين، وسيطرة نفوذ ولتحقيق اقتصادية مصالح أجل

Page 3: Syeikh wahbah al

عن وليس ومادية، سياسية شخصية مصالح عن ودفاعا3

للدين نصرة وال الدين، على غيرة وال المسلمين، أو اإلسالم

Maksudnya : “dan perlu diperhatikan bahawa peperangan-peperangan yang dilancarkan

ke atas Jemaah pendakwah Islah ini dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas

mereka adalah kerana tujuan politik semata-mata bukan agama, kerana menjaga

kepentingan-kepentingan ekonomi dan merealisasikan kekuasaan Usmaniah serta

mempertahankan kepentingan-kepentingan peribada, polittik, dan material, bukan kerana

mempertahan Islam dan umatnya serta bukan juga kerana agama dan

mempertahankannya…” [al-Mujaddid fil Qarni al-Sani Asyar, Fasal I].

Oleh itu, penulis melihat amat perlu pihak-pihak yang menyekat perkembangan dakwah

Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di negara ini mempertimbangkan semula tindakan

mereka serta bertaubat kepada Allah s.w.t kerana telah menuduh Syeikh Muhammad dengan

tuduhan-tuduhan dusta dan tidak berasas.

Mereka yang ingin mendapatkan kitab Syeikh Wahbah ini (dalam bahasa Arab) boleh dimuat

turun di :

http://saaid.net/book/open.php?cat=7&book=1436

 

Mulahazah :

Penulis juga disamping menyedari kedudukan besar Syeikh Wahbah dan jasa beliau dalam

mempertahankan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, pendapat Syeikh Wahbah

bahawa persembahan tarian dan nyanyian yang bercampur lelaki dan wanita semasa

sambutan Maal Hijrah adalah baik dan tidak menyalahi syariat,  kurang wajar kerana perkara

seperti ini boleh membawa kepada fitnah.

Lebih-lebih lagi perkara ini tidak berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat

sedangkan masyarakat di zaman itu lebih maju ketamadunan mereka dan lebih mulia dan

kuat keimanan mereka. Wallahua’lam.