Post on 03-Apr-2018
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
1/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MASALAH PENDENGARAN
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR
NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
20 Mac 2006
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
2/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
2
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK 1
1.0 PENGENALAN 2-4
2.0 DEFINISI ISTILAH
2.1 Kepekakan 52.2 Masalah pendengaran 62.3 Prelinguistic and Postlinguistic 62.4 Konginatal 6
3.0 OBJEKTIF PENULISAN 7
4.0 DAPATAN KAJIAN 7 -8
4.1 MENGENALPASTI DAN PENTAKSIRAN
4.1.1 Tugas-tugas Audiologis 8 -94.1.2 Ujian Crib-o-gram 94.1.3 Behavioral Observation Audiometry 94.1.4 Pure-tone Audiometry 9 -104.1.5 Speech Audiometry 10
4.1.6 Tahap kehilangan pendengaran 11
4.2 KESAN KEHILANGAN PENDENGARAN
4.2.1 Penguasaan Bahasa dan Pencapaian Akademik 12-164.2.2 Segi Sosial dan psikologi 17-18
4.3 PENDEKATAN PENDIDIKAN
4.3.1 Penempatan dalam Pendidikan 18-194.3.2 Pendekatan Auditory Verbal 19-204.3.3 Pendekatan Oral-Auditory 204.3.4 Komunikasi seluruh 204.3.5 Pertuturan Kiu 204.3.6 Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) 214.3.7 Alat Bantu Pendengaran dan Alat Sokonga n 21-224.3.8 Bilik Darjah Murid Masalah Pendengaran 22-23
5.0 KESIMPULAN 24
RUJUKAN
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
3/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
3
ABSTRAK
Penulisan ini membincangkan dan mendedahkan kita kepada pengenalan kepada
masalah pendengaran. Melalui penulisan ini kita dapat mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan masalah pendengaran dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Penulisan ini berfokuskan kepada empat objektif utama iaitu definisi
istilah-istilah penting dalam berkaitan dengan masalah pendengaran, ujian-ujian yang
digunakan untuk mengenalpasti dan mentaksir individu-individu yang menghadapi
masalah pendengaran. Penulisan ini juga berfokuskan kepada kesan kehilangan
pendengaran kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran dari segi penguasaan
bahasa.pencapaian akademik dan dari segi sosial dan psikologi. Selain itu, penulisan
ini juga berfokuskan kepada pelbagai pendekatan pendidikan yang boleh diberi
kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
4/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
4
1.0 PENGENALAN
Seorang yang pekak selalu di salah sangka sebagai seorang yang normal kerana
kecacatan mereka yang tidak ketara seperti orang buta, Sindrom Down atau spastik.
Mereka juga kurang mendapat simpati seperti orang yang bermasalah penglihatan.
Sungguhpun demikian, kecacatan yang dialami oleh mereka lebih menyedihkan jika
dibandingkan dengan mereka yang mengalami masalah penglihatan ataupun kanak-
kanak yang berkeperluan khas. Kebiasaanya, semenjak bayi dilahirkan ke dunia ini,
salah satu cara dia belajar mengenal alam sekitar adalah melalui pendengaran. Mereka
mula belajar mengenai di antara bunyi yang amat kuat dan perlahan, bunyi yang
tinggi dengan yang rendah dan bunyi yang merdu atau tidak. Mereka juga belajar
bunyi tangisan, pujukan ibu bapa atau ahli keluarga dan dari sumber-sumber bunyi
yang lain. Tetapi hal ini tidak akan berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah
pendengaran dalam kehidupan mereka.
(Safani Bari, 1995).
Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, mereka menerima maklumat
melalui deria penglihatan untuk membentuk persepsi terhadap alam persekitaran.
Kerosakan deria pendengaran menyebabkan mereka sukar untuk belajar bahasa dan
maklumat dengan sempurna. Mereka tidak dapat menerima maklumat secara verbal
dengan kebolehan yang mungkin ada padanya seperti kanak-kanak normal. Masalah
penguasaan bahasa ini membawa kepada kesukaran kepada golongan bermasalah
pendengaran menerima ilmu. Kebanyakan ilmu yang disampaikan melalui bahasa
lisan dan tulisan memerlukan pentafsiran sebagaimana stuktur bahasa manusia yang
dapat mendengar.
Murid-murid bermasalah pendengaran merupakan seorang yang kehilangan
satu deria penting iaitu pendengaran. Ini menyebabkan mereka lebih banyak
menggunakan deria penglihatan untuk teruskan kehidupan. Kekurangan yang di alami
turut mempengaruhi proses pembelajaran dan sedikit sebanyak mempengaruhi
pencapaian akademik mereka. (Hardman et.al 1996).
Terdapat beberapa sebab kecacatan diperolehi seperti yang dinyatakan oleh
Hallahan dan Kaufman (1997) iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
5/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
5
Sebelum kelahiran: baka: disebabkan oleh genetik bukan baka:
i. Jangkitan semasa mengandung seperti rubella, meningitis,
campak, cacar, beri-beri, kencing manis dan sebagainya.
ii. Pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuinin dan
alkohol yang berlebihan dan sebagainya
iii. Toksemia di peringkat akhir mengandung
iv. Mengandung yang terlalu kerap
Semasa mengandung: Kepala bayi yang terlalu lama berada di pintu rahim yang mengaibatkan
tekanan yang kuat terutama pada bahagian telinga bayi Kelahiran yang tidak cukup bulan Kecederaan yang dialami semasa dilahirkan terutamanya di bahagian telinga Penyakit homolisis yang disebabkan oleh factor Rhesus ( Rh)
Selepas mengandung: Mendapat penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus Kemalangan yang menceredarakan bahagian telinga Terdedah kepada bunyi yang terlalu kuat
Terdapat tiga jenis kehilangan pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak
bermasalah pendengaran iaitu:
1) Kehilangan pendengaran konduktif - kehilangan pendengaran di bahagian tengah telinga
- sesetengah bunyi boleh didiskriminasikan dan ada yang tidak boleh
didiskriminasikan
- bunyi vokal tidak mempunyai masalah tetapi bunyi-bunyi konsonan
mempunyai masalah kalau disebut seperti yang didengarnya tidak jelas
- tahap kehilangan pendengaran yang melebihi 60dB
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
6/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
6
2) Kehilangan pendengaran sensori neural
- berlaku kerosakan saraf yang berkekalan dan tidak boleh dipulihkan
- tahap kehilangan pendengaran yang melebihi 60dB
3) Kehilangan pendengaran campuran
- gabungan di antara kehilangan pendengaran yang konduktif dan
sensori neural
- tahap kehilangan pendengaran adalah di dalam lingkungan tahap
kehilangan pendengaran konduktif dan sensori neural
( Safani Bari, 2004, nota kuliah GB3123)
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
7/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
7
2.0 DEFINISI ISTILAH
Dalam penulisan ini, beberapa istilah yang terdapat pada tajuknya yang perlu
dijelaskan maksudnya.
2.1 Kepekakan
1) Asmah Haji Omar (1986), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang
dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat
mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain
dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya
melalui bahasa.
2) Chua Tee Tee (1992), menyatakan kanak-kanak pekak boleh dikatakan
lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan
keadaan, contoh ia mempunyai pendengaran separa, adalah luar biasa
kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi
disekeliling.
3) Seseorang yang dikatakan pekak tidak dapat memahami pertuturan
melalui deria pendengaran dengan ataupun tanpa menggunakan alat
pendengaran. Ini bermakna mereka mengalami kepekakan yang amat
teruk iaitu kehilangan pendengaran sebanyak 90dB hingga 120dB.
( Safani Bari 1999)
Kesimpulannya, kepekakan boleh ditakrifkan sebagai tidak dapat mendengar
langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik.
2.2 Masalah pendengaran ( hard of hearing)
1) Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975), cacat
pendengaran bermakna kehilangan atau kekurangan daya pendengaran
pada satu telinga atau kedua-duanya kekurangan atau kehilangan daya
pendengaran di mana bunyi-bunyi dalam kekuatan bunyi atau intersiti
yang sederhana tidak kedengaran.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
8/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
8
2) Quigley (1984), mendefinisikan cacat pendengaran sebagai kanak-
kanak atau orang dewasa yang tahap pendengarnnya teruk,
terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh
bertutur. Ia disebabkan faktor dalaman dan luaran. Oleh itu, mereka
tidak dapat belajar mendengar bunyi atau mendengar secara spontan.
3) Menurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah
mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan
pendengaran yang jelas.
2.3 Prelinguistic and postlinguistic
1) menurut Meadow-Orlans (1984) dari sumber internet, prelinguistic
adalah tahap kehilangan pendengaran (deafness) yang lebih merujuk
kepada semasa perkembangan bahasa dan komunikasi. Manakala
postlinguistic adalah tahap kehilangan pendengaran yang terjadi
selepas perkembangan bahasa dan komunikasi.
2.4 Konginatal
1) Menurut Meadow-Orlans (1984) dari sumber internet, konginatal
dikenalpasti sebagai satu masalah yang berkaitan dengan kesihatan
yang biasanya berlaku semasa proses kelahiran. Masalah konginatal ini
dapat dikenalpasti sebelum kelahiran, semasa kelahiran atau selepas
beberapa tahun. Masalah konginatal ini disebabkan ketidakstabilan
genetik, persekitaran ketika di dalam rahim dan beberapa faktor yang
tidak diketahui.
3.0 Objektif Kajian
Dalam penulisan ini, diharapkan dapat mencapai beberapa objektif yang dianggap
mendasari topik utama penulisan ini iaitu ;
3.0.1 Melihat sejauh mana pengetahuan terhadap definisi istilah-istilah
penting berkaitan masalah pendengaran.
3.0.2 Mengetahui ujian-ujian yang digunakan untuk mengenalpasti danmentaksir individu yang mengalami masalah pendengaran.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
9/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
9
3.0.3 Melihat sejauh mana kesan kehilangan pendengaran dari segi
penguasaan bahasa, pencapaian akademik dan dari segi sosial dan
psikologi.
3.0.4 Mengetahui pelbagai cara pendekatan pendidikan bagi individu
bermasalah pendengaran.
4.0 DAPATAN PENULISAN
Daripada penulisan ini, dapatan penulisan yang diperolehi adalah seperti berikut:
1. maksud masalah pendengaran adalah ditakrifkan sebagai kanak-kanak
bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran
mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. (Bee H. 1995).
2. terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk mengnalpasti
kanak-kanak yang bermasalah pendengaran iaitu ujian Crib-o-gram, ujian
Behavioral Observation Audiometry, ujian Pure-tone Audiometry dan
ujian Speech Audiometry. Ujian-ujian ini dapat dijalankan ke atas kanak-
kanak bermasalah pendengaran untuk menguji tahap kehilangan
pendengaran.
3. kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami masalah dalam
penguasaan bahasa. Menurut Hallahan dan Kaufman ( 1991), kanak-kanak
bermasalah pendengaran kurang dan tidak diberi peluang untuk bertutur
dan berkomunikasi dengan individu normal. Faktor ini menyebabkan
proses perkembangan bahasa, pencapaian akademik dan psikososial
mereka terjejas
4. pelbagai pendekatan pendidikan yang disediakan kepada kanak-kanak
bermasalah pendengaran untuk mengatasi masalah kekurangan yang
mereka hadapi. Antaranya ialah pendekatan Audiotory-Verbal, pendekatan
Oral-Auditory, komunikasi seluruh, pertuturan Kiu, Kod Tangan Bahasa
Melayu, alat bantu pendengaran dan bilik darjah yang bersesuaian.
4.1 MENGENALPASTI DAN PENTAKSIRAN
Kini terdapat pelbagai ujian yang disediakan untuk mengenalpasti sama ada seseorangkanak-kanak itu mengalami masalah pendengaran atau tidak. Ujian-ujian yang
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
10/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
10
dijalankan dapat mengesahkan seseorang itu mengalami masalah pendengaran. Para
ibu bapa tidak perlu bimbang lagi akan kesahihan ujian ujian ini kerana ujian ini
digunakan di seluruh dunia. Para ibu bapa juga boleh mendapatkan rawatan yang
sesuai dengan tahap kecacatan yang dialami oleh anak-anak mereka. Individu yang
bertanggungjawab dalam mengenalpasti kanak-kanak bermasalah pendengaran ini
ialah audilogis.
4.1.1 Tugas-tugas Audiologis
Penilaian pendengaran dilakukan oleh dua pakar dalam bidang ini iaitu audiologist
dan otologist ( diagnosis dan rawatan ). Antara tugas-tugas seorang audiologist adalah
memberikan perkhidmatan saringan kepada bayi dan kanak-kanak. Mereka
mendiagnosis masalah pendengaran pada kanak-kanak dan dewasa. Mereka menilai,
memilih dan mendispensi alat bantu pendengaran. Mereka juga memberi khidmat
nasihat mengenai pemakaian dan penjagaan alat bantu pendengaran.
Selain itu, mereka memberi khidmat rundingcara mengenai konservasi
pendengaran kepada syarikat-syarikat dan industri. Ahli audiologist juga akan
memberi nasihat dalam pemilihan sistem amplifikasi bilik darjah untuk murid-murid
cacat pendengaran. Ini meliputi alat bantu pendengaran peribadi dan sistem FM.
Mereka juga akan bersama-sama dengan ahli professional lain untuk memilih calon
yang sesuai untuk implant koklea serta melakukan pemetaan koklea. Di samping itu
juga, ahli audiologist ini memberi latihan auditori.
4.1.2 Ujian Crib-o-gram
Terdapat beberapa ujian yang dijalankan oleh pakar-pakar untuk mengenalpasti
kanak-kanak bermasalah pendengaran. Antaranya adalah seperti Crib-o-gram. Ujian
ini dijalankan bertujuan untuk membuat saringan. Ia digunakan di hospital untuk
menguji kehilangan pendengaran bayi yang baru lahir atau dalam rawatan rapi. Alat
ini tidak memberi ukuran yang tepat. Namun ia agak praktikal untuk bayi yang telah
berumur beberapa minggu. Ujian ini hanya memberi gambaran kasar kehilangan pendengaran. ( Safani Bari, 2004, nota kuliah GB3123)
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
11/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
11
4.1.3 Ujian Observation Audiometry Behavioral ( BOA)
Ujian Observation Audiometry Ujian Behavioral ( BOA) pula merupakan prosedur
penilaian yang pasif di mana ia menumpukan pemerhatian terhadap tindak balas bayi
kepada bunyi yang didedahkan kepada mereka. Jika bayi tidak bertindak balas
terhadap bunyi yang diberi maka bayi tersebut boleh dikategorikan sebagai kanak-
kanak bermasalah pendengaran. ( Safani Bari, 2004, nota kuliah GB3123)
4.1.4 Ujian Pure-tone Audiometry
Selain itu juga, ujian Pure-tone Audiometry ataupun ujian bunyi tulen juga boleh
dijalankan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.
Ujian ini dijalankan bagi kanak-kanak berumur lebih 30 bulan. Ujian ini
menggunakan ransangan bunyi yang tulen. Alat yang digunakan adalah audiometer.
Kanak-kanak akan menerima bunyi sama ada melalui earphone atau ujian melalui
tulang telinga ( airconduction/ bone conduction). Hasil ujian boleh
direkodkan dalam carta audiogram. Ujian ini haruslah dijalankan di dalam bilik
kedap bunyi ( acoustic room). ( Safani Bari, 2004, nota kuliah
GB3123)
4.1.5 Ujian Speech Audiometry
Menurut Meadow-Orlans (1984) dari sumber internet, ujian Speech Audiometry pula
adalah sejenis ujian mengenai kepentingan terhadap bahan-bahan atau alat pertuturan
dan pentingnya memperoleh atau memahami pertuturan yang dituturkan. Ujian ini
menjadi alat fundamental yang digunakan dalam penaksiran kehilangan pendengaran.
Ujian ini boleh digunakan secara diagnostik untuk mengenalpasti kebolehan bertutur
melalui sistem auditori dan ia boleh digunakan untuk mengesahkan keberkesanan
ujian Pure-tone Audiometry.
Speech Audiometry menggunakan pertuturan di mana ia adalah satu set bunyiyang kompleks dan pertuturan adalah cara berkomunikasi yang membolehkan kita
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
12/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
12
meluahkan perasaan dengan suara. Pertuturan adalah melibatkan perpaduan bunyi
dengan perkataan, mencantum perkataan kepada unit dan dalam bentuk bunyi yang
mempunyai makna. Ujia n asas yang biasa dijalankan dalam Speech Audiometry Tests
adalah ujian mengenalpasti perkataan ( word recognition testing). Ujian ini dibina
untuk mengukur sejauhmana jelasnya bunyi perkataan yang dituturkan oleh
penyampai dapat difahami oleh penerima. Dalam lain perkataan, bagaimana penerima
dapat menerima maksud komunikasi yang tepat seperti yang disampaikan oleh
penyampai. Jika penerima tidak bertindak balas terhadap bunyi yang diberi maka
penerima tersebut boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pendengaran.
Ujian ini dijalankan dalam 2 buah bilik berasingan. Audiologis bekerja dalam
bilik yang mempunyai peralatan audiometrik, manakala pesakit menjalani ujian dalam
bilik yang lain ( evaluation room). Ujian ini menggunakan bahan-bahan atau alat-alat
komunikasi seperti earphone atau melalui tulang telinga ( bone-conduction vibrator).
4.1.6 Tahap kehilangan pendengaran
Mengikut Jabatan Hidung, Tekak dan Telinga Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia, terdapat empat kategori atau tahap masalah pendengaran seperti yang
berikut:
Ringan atau sedikit ( 20-40 dB)
Kanak-kanak yang mengalami masalah untuk mendengar bunyi yang perlahan dan
jauh. Perbualan diikuti dengan pergerakan fizikal. Kebiasaanya kanak-kanak yang
mempunyai masalah pendengaran pada peringkat ini perlu dekat dengan guru.
Sederhana ( 41-70 dB)
Kanak-kanak yang berada di dalam peringkat ini hanya dapat mendengar bunyi
disekitar 1-1.5 meter daripadanya. Jika hendak berhubung dengan mereka, kita
perlu bercakap dengan suara kuat. Kemungkinan kanak-kanak ini tidak sempurna
pertuturannya kerana pengalaman mereka mendengar terhad.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
13/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
13
Teruk ( 71-90 dB)
Kanak-kanak peringkat ini hanya boleh mendengar bunyi yang kuat sahaja pada
jarak antara 0-30.5 meter. Mereka hanya dapat mendengar bunyi-bunyi vocal
tetapi tidak mungkin dapat membezakan bunyi-bunyi konsonan. sahaja dan
selalunya mengalami masalah pertuturan.
Sangat teruk ( 90 dB ke atas)
Kanak-kanak peringkat ini susah untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat.
Pertuturan biasa mungkin dapat didengar dengan bantuan alat bantu dengar.
( Safani Bari, 2004, nota kuliah GB3123)
4.2 KESAN KEHILANGAN PENDENGARAN
Masalah utama kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kesukaran dalam
pertuturan, bahasa dan berkomunikasi secara lisan. Menurut Hallahan dan Kaufman (
1991), kanak-kanak bermasalah pendengaran kurang dan tidak diberi peluang untuk
bertutur dan berkomunikasi dengan individu normal. Faktor ini menyebabkan proses
perkembangan bahasa, pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas.
4.2.1 Penguasaan Bahasa dan Pencapaian Akademik
Bahasa merupakan satu kaedah komunikasi formal yang terdiri daripada
lambang-lambang atau simbol untuk mewakili idea dan peraturan yang
mempengaruhi penggunaan simbol-simbol tertentu. Komunikasi yang berkesan
bukanlah semestinya
menggunakan bahasa namun begitu tanpa bahasa banyak keperluan yang tidak dapat
dipenuhi.
Menurut American Speech-Language-Hearing Association (1993), masalah
komunikasi adalah kekurangan kebolehan menerima, menyata, memproses dan
memahami konsep atau verbal, nonverbal dan sistem lambang grafik. Masalah
komunikasi terbahagi kepada dua iaitu masalah pertuturan dan masalah bahasa.Kecacatan pendengaran dapat menyebabkan wujudnya kecacatan komunikasi.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
14/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
14
Kanak-kanak yang pekak, tuli atau bisu mungkin tidak mendapat stimulasi melalui
organ pendengaran mereka. Oleh itu, mereka tidak dapat mampu menerima sebarang
bunyi dan akhirnya mereka tidak boleh meniru bunyi-bunyi yang dilambangkan
dalam komunikasi.
Bahasa terdiri daripada lima komponen yang penting iaitu fonologi,
morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Kanak-kanak perlu menguasai kelima-
lima komponen ini terlebih dahulu untuk mencapai peringkat komunikasi yang
sempurna. Jika kanak-kanak tidak dapat menguasai salah satu antara kelima-lima
komponen ini, kemungkinan mereka akan mengalami masalah komunikasi dan akan
mendatangkan pelbagai masalah kepada mereka kelak. ( Jacobson and Halle, 1956).
Komponen-Komponen Bahasa
4.2.1.1 Fonologi
Fonologi merupakan bunyi-bunyi bahasa yang dapat membezakan erti atau maksud
bagi setiap perkataan. Ia dipengaruhi oleh satu set peraturan bunyi sesuatu bahasa. Ia
juga dikenali atau dipanggil sebagai aspek segmental. Contohnya pelajar tidak dapat
membezakan antara bunyi padu dan dadu. Pelajar ini tidak dapat
mendiskriminasikan bunyi apabila huruf / p / diganti dengan huruf / d / . Maka pelajar itu
tidak dapat menyebut perkataan itu dengan jelas dan tepat. ( Jacobson and Halle,
1956).
Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam komponen fonologi ini secara
tidak langsung akan menghadapi masalah dalam pertuturan serta bacaan di mana
mereka tidak dapat menyebut perkataan itu dengan jelas dan tepat. Ini akan
menimbulkan kekeliruan di kalangan guru-guru mereka terutama ketika mereka
menjawab ujian lisan. Kebiasaannya kanak-kanak cacat pendengaran tidak dapat
membunyikan perkataan dengan jelas dan tepat kerana mereka tidak dapat mendengar
dengan baik. Kemungkinan mereka akan membunyikan perkataan yang berlainan
daripada apa yang guru mereka sebut. ( Newcomer & Barenbaum, 2003).
4.2.1.2 Morfologi
Menurut Lahey (1988), morfologi merupakan peraturan ilmu bahasa yang mengkajistuktur, bentuk dan pergolongan kata. Morfem pula ialah unit kecil dalam bahasa
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
15/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
15
yang mempunyai fungsi tatabahasa dan dapat membezakan makna. Contohnya
perkataan sukan, makan dan lihat adalah perkataan berbentuk bebas manakala
perkataan bersukan, memakan dan melihat adalah berbentuk terikat. Jika dilihat dalam
kategori pergolongan kata, pelajar akan mempelajari tentang kata ganti nama ( saya,
di sana dan sesiapa), kata ganti khas ( Abdul Halim, Sang Buaya dan Universiti
Kebangsaan Malaysia) dan kata nama am ( bunga, bukit, kakak).
Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam komponen morfologi ini akan
menghadapi masalah tidak dapat menggunakan imbuhan dengan betul. Selain itu,
kanak-kanak akan mengalami masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil
dipangkal perkataan juga kan menjejaskan markah mereka dalam penulisan. Kanak-
kanak ini juga tidak dapat menulis ayat dengan betul di mana mesej tidak dapat
disampaikan dengan tepat akibatnya mereka memperolehi markah yang rendah dalam
peperiksaan seterusnya pencapaian akademik mereka pun turut terjejas. (
Lahey,1988).
Dalam matapelajaran bahasa Inggeris pula, mereka tidak dapat menggunakan
past tense atau present tense dengan tepat. Termasuklah kebolehan untuk menambah
s untuk menukarkan singular kepala plural. Perkembangan sosial kanak-kanak ini
juga akan menjadi terbatas kerana tidak dapat menggunakan perkataan yang tepat
seterusnya menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.
4.2.1.3 Sintaksis
Menurut Bloom dan Lahey(1978), sintaksis adalah susunan perkataan-perkataan di
dalam ayat. Menurut Noam Chomsky (1957), mendefinisikan sintaksis adalah
mempunyai dua matlamat iaitu pembentukan tatabahasa dan memperkembangkan
rangka kerja bagi menentukan bahasa yang biasa di dalam situasi yang tertentu dan
bagaimana ia boleh digunakan.
Contoh kesalahan yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak yang mengalami
masalah dalam komponen sintaksis ini adalah seperti:
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
16/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
16
1.1. Saya menonton televisyen malam tadi.
1.2. Televisyen menonton saya malam tadi.
Kedua-dua ayat ini mempunyai maksud dan juga susunan perkataan yang berbeza
2.1. Halim bermain layang-layang.
2.2. Layang- layang dimain oleh Halim
Kedua-dua ayat ini mempunyai maksud yang sama tetapi susunan perkataan
sahaja yang berbeza. Ini berbeza dengan ayat yang pertama tadi. Contoh pertama
tadi mempunyai maksud yang berbeza.
Menurut Owen (1991), kesan daripada kesalahan kanak-kanak melakukan
kesilapan dalam susunan perkataan-perkataan di dalam ayat ini boleh menyebabkan
kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyusun perkataan dengan baik ketika
membina ayat. Mereka juga sukar untuk menjawab soalan kefahaman serta membuat
karangan. Selain itu, kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk memahami
arahan, kandungan teks bacaan, menulis jawapan-jawapan pada kertas peperiksaan
dan kadang-kadang jawapan mereka tidak mengikut kehendak soalan.
4.2.1.4 Semantik
Menurut Bloom dan Lahey(1978), Semantik adalah suatu penjelasan makna atau
makna bahasa untuk penyampaian. Semantik juga mempunyai perkaitan akal dengan
psikologi antara pengguna bahasa dengan pendengar. Terdapat tiga cara penjelasan
makna iaitu:
i. Dengan mengecam sifat makna. Kandungan ayat dalam menerangkan
sesuatu peristiwa.
ii. Dengan cara mentafsir makna perkataan.
iii. Dengan menjelaskan proses perhubungan tafsiran yang diterangkan dan
segi makna.
Menurut Bloom dan Lahey(1978) lagi, semantik juga mempunyai kaitan dengan
perhubungan bunyi. Setiap bunyi ada makna tersendiri dan ia mengkaji hakikat makna
itu tersendiri. Sesuatu bahasa mudah difahami perlu mempunyai dua bahagian iaitu
ujaran (sistem bunyi) dan isi ( makna daripada ujaran). Konsep atau makna sesuatu
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
17/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
17
tafsiran bahasa lebih mudah difahami sekiranya pendengar dapat menyelami atau
memahami perasaan penutur bahasa.
Kanak-kanak yang mengalami masalah semantik agak sukar memahami
maksud petikan, perenggan, perkataan dalam pengajaran yang disampaikan. Mereka
juga menghadapi masalah untuk memahami simpulan bahasa atau bahasa kiasan.
Selain itu, kanak-kanak yang menghadapi msalah ini akan hilang minat atau tumpuan
kepada pelajaran kerana mereka tidak dapat memahami makna dan konsep
penyampaian maklumat bahasa. Ini akan menyebabkan objektif dan aras pengajaran
tidak tercapai.
4.2.1.5 Pragmatik
Menurut Owens ( 1991), pragmatik ialah penggunaan sintaksis, morfologi, fonologi
dan semantik pada masa yang sama bila keperluan komunikasi timbul. Wood (1982)
pula berpendapat terdapat dua aspek dalam pragmatik iaitu penyampaian mesej dan
perkembangan bahasa dalam bidang arahan dan tingkah laku. Elemen-elemen yang
mempengaruhi pragmatik ialah kelancaran, efektif bahasa, penggunaan tatabahasa,
menunggu giliran untuk berbincang dengan melakukan penambahan yang sewajarnya.
Menurut M. Farrel (2000:139), dalam komponen bahasa, pragmatik adalah
berkaitan dengan mengetahui tentang apa yang hendak diperkatakan, bila ia patut
diperkatakan dan bagaimana ia diperkatakan. Maka kanak-kanak yang mengalami
masalah pragmatik akan menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa dalam
konteks hubungan sosial. Misalnya, mereka mempunyai masalah untuk mengambil
giliran dalam perbualan atau tidak dapat menunjukkan cirri-ciri atau tanda minat
mereka tentang apa yang dinyatakan atau dikemukakan oleh seseorang. Ini
menjadikan perbualan itu tidak bersangkutan dan tidak bersesuaian serta tidak
menarik.
Implikasi yang timbul dan masalah ini ialah kanak-kanak tidak dapat
mengajukan soalan kepada guru bila mereka tidak memahami sesuatu perkara itu.
Mereka juga tidak dapat mengambil bahagian dalam sesuatu perbincangan. Mereka
lebih suka menyendiri. Guru sukar untuk menyelami perasaan mereka kerana merekatidak meluahkannya. Kesannya mereka kurang maju dalam pelajaran.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
18/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
18
4.2.2 Segi Sosial dan Psikologi
Masalah dalam memperoleh hubungan sosial yang baik di sekolah percantuman
antara kanak-kanak normal dan bermasalah pendengaran dikatakan berpunca dari
kanak-kanak bermasalah pendengaran yang kurang kemahiran dalam menyesuaikan
diri. ( Lynas 1986)
Menurut Ashman & Elkins ( 1998), setiap individu yang dikategorikan
mengalami masalah pendengaran tidak berupaya bertutur berpunca daripada
kehilangan deria pendengaran. Ketidakupayaan mendengar akan menyebabkan
gangguan dan masalah pertuturan dan seterusnya memberi kesan kepada komunikasi.
Hubungan sosial mereka dengan individu lain terjejas dan terbatas kerana pertuturan
adalah penting dalam perhubungan antara manusia. Individu bermasalah pendengaran
tidak berupaya untuk bertutur dan memahami maksud orang lain dan ini merupakan
masalah peribadi dan hubungan sosial mereka.
Kegagalan untuk diterima dengan baik oleh rakan sebaya sering membawa
kepada akibat yang lain yang kurang baik. Kanak-kanak yang kurang diterima oleh
rakan sebaya sering menunjukkan sikap yang mengganggu, agresif dan dalam
sesetengah kes mengasingkan diri dari rakan sebaya. Didapati juga kurang
penerimaan oleh rakan sebaya ini akan membawa kesan jangka panjang yang
mengakibatkan mereka mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dalam
kehidupan dan mendorong kepada pelbagai masalah apabila meningkat dewasa kelak.
( Lynas, 1986)
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat tentang layanan dan
penerimaan kanak-kanak normal terhadap kanak-kanak bermasalah pendengaran,
mereka dikata lebih mudah menerima dan memahami kanak-kanak bermasalah
pendengaran. Ini adalah kerana kanak-kanak normal bersimpati dan mengambil berat
terhadap kanak-kanak bermasalah pendengaran sehingga ada yang membayangkan
mereka menghadapi masalah sedemikian. Selain itu juga, kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini adalah seperti kanak-kanak normal yang lain. Meraka selalu disalah
sangka sebagai seorang normal kerana kecacatan yang mereka alami tidak ketaraseperti orang buta, Sindrom Down atau spastik. Oleh sebab yang demikian, kanak-
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
19/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
19
kanak normal dapat menerima kehadiran kanak-kanak bermasalah pendengaran
disekeliling mereka.
4.3 PENDEKATAN PENDIDIKAN
4.3.1 Penempatan dalam pendidikan
Menurut Kementerian Pendidikan(1997), bagi murid- murid yang mengalami masalah
pendengaran, mereka ditempat di sekolah khas. Melalui program ini, pelajar diajar
menggunakan bahasa isyarat dan menggunakan alat bantuan pendengaran bagi merka
yang berupaya menggunakannya. Sistem persekolahan biasa terdiri daripada 6 tahun
sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah dan 2 tahun untuk pra- universiti
( Chua Tee Tee dalam Safani 1993). Murid-murid cacat pendengaran dibenarkan
memasuki sekolah 2 tahun lebih awal di peringkat sekolah rendah. Bilangan pelajar
cacat pendengaran dalam sebuah bilik darjah adalah di antara 6-12 orang. Dalam
sistem pendidikan khas cacat pendengaran terdapat program pendidikan inklusif dan
program pendidikan percantuman ataupun integrasi.
4.3.1.1 Program Pendidikan Inklusif
Kementerian Pendidikan(1997), menyatakan melalui program ini murid-murid
pendidikan khas belajar bersama-sama dengan pelajar normal dalam satu kelas yang
sama dan diajar oleh guru biasa yang sama dengan dibantu oleh guru sumber
pendidikan khas. Ini bertujuan untuk menggalakkan interaksi di antara murid-murid
khas dengan yang biasa di samping memperakui hak pendidkan yan sama untuk
semua kanak-kanak tanpa mengira perbezaan individu.
4.3.1.2 Program Pendidikan Percantuman ataupun Integrasi
Kementerian Pendidikan(1997), menyatakan program ini merupakan satu program di
mana murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan
pembelajaran ditempatkan di dalam bilik darjah khas di sekolah-sekolah harian biasa.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
20/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
20
Melalui program ini, diharapkan pelajar bermasalah akan dapat bergaul dengan
pelajar biasa dan tidak rasa terpinggir.
Pendidikan secara percantuman ini bukanlah satu perkara yang baru.
Kesedaran bahawa golongan berkeperluan khas adalah sebahagian daripada
masyarakat dan mempunyai hak yang sama telah lam wujud. Di Malaysia, program
pendidikan percantuman untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran telah dimulakan
pada tahun 1962.( Saadiah, 1996).
Akhirnya, jelas program ini dapat membantu bukan sahaja kanak-kanak khas
untuk menyesuaikan diri ke alam normal malah lebih besar lagi dapat membantu
kanak-kanak normal memahami dan menyemai diri dengan kanak-kanak khas.
4.3.2 Pendekatan Auditory Verbal
Pendekatan ini merupakan pendekatan terbaru yang diperkenalkan kepada guru-guru
pendidikan khas. Ia diperkenalkan dalam bengkel Auditory Verbal Asia Pasifik pada
bulan Oktober 1997. Pendekatan ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak
bermasalah pendengaran diajar menggunakan pendengaran mereka untuk
mempelajari bahasa pertuturan melalui alat pendengaran atau implan koklea. Ia
bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah pendengaran menikmati
persekitaran pembelajaran dan kehidupan yang biasa.
Pendekatan Audiotori-verbal membolehkan kanak-kanak bermasalah
pendengaran mempelajari menggunakan sepenuhnya sisa pendengaran yang masih
ada dengan bantuan alat teknologi yang menguatkan bunyi ( contoh: alat Bantu
dengar, implant koklea) untuk mendengar, memproses bahasa verbal dan bertutur.
( Simser, 1997).
Manakala menurut Goldberg dan Flexer ( 1993), pendekatan auditori-verbal
memperkuatkan bunyi amat penting kerana ianya membolehkan kanak-kanak
memperolehi pertuturan dan bahasa secara semulajadi yakni melalui deria dengar.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
21/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
21
4.3.3 Pendekatan Oral-Auditory
Pada September 1995, satu lagi pendekatan diperkenalkan. Pendekatan Oral-
Auditory diperkenalkan dan didedahkan kepada sekumpulan guru-guru khas yang
mana kaedah ini menekankan kepada kemahiran mendengar dari sisa pendengaran
yang dikuatkan dengan penggunaan alat pendengaran untuk menguasai pertuturan
disamping penggunaan deria-deria sentuh dan lihat.
4.3.4 Komunikasi seluruh
Komunikasi seluruh merujuk kepada pendekatan gabungan yang di dalamnya
terkandung komponen-komponen bahasa isyarat, pertuturan, pergerakan badan (
gestures), bacaan bibir dan ejaan jari. Kaedah ini hanya dapat dilakukan secara
berhadapan. (Dr. Mc.Cay Vernah).
4.3.5 Pertuturan Kiu
Satu kaedah sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-bunyi apabila
melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur distingtif
seperti bunyi vocal dan bunyi nasalisasi (sengau). Tangan digerak hampir dengan
muka penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk
menidentifkasikan bunyi-bunyi fitur distingtif ( Cornett,1967). Ianya mengandungi 8
konfigurasi dan 4 kedudukan tangan digunakan senagai tambahan informasi bibir
untuk membuat semua sukukata nampak berbeza dari yang lain sama ada dibibir atau
ditangan.
4.3.6 Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
Menurut Goh dan Teh dalam Abdullah Yusoff (1995), komunikasi Seluruh Kod
Tangan Bahasa Melayu (KTBM) adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh
anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. Bahasa isyarat ini diciptakan
untuk orang pekak dan mula diperkenalkan pada tahun 1998 di sekolah yang
membabitkan pelajar pekak.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
22/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
22
KTBM ini bukanlah Bahasa Melayu Isyarat Tangan, tetapi ia diadakan
menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana
yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia.
Penurunan KTBM ini ke dalam bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang
perbezaan dalam stuktur dan semantic Bahasa Melayu. ( Kementerian Pendidikan
Malaysia 1985).
4.3.7 Alat Bantu Pendengaran dan Alat Sokongan
Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi amplikasi bunyi seperti alat bantu
pendengaran binaural , unit sistem FM dan alat acoustically tuned earmould untuk
mengesan bunyi dan menguatkan bunyi. Alat Ba ntu pendengaran ini dapat membantu
pelajar bermasalah pendengaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di
sekolah. ( Simser, 1997)
Teknologi alat bantu dengar yang lebih baik alat bantu dengar transposisi
frekuensi dan koklea implan membolehkan majoriti diri kanak-kanak bermasalah
pendengaran mencapai potensi pendengaran yang mencukupi untuk belajar
mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa pertuturan. Bagaimanapun, kanak-
kanak ini memerlukan latihan dan bimbingan untuk mencapai potensi pendengaran
yang baik. Kanak-kanak yang memakai alat bantu pendengaran sejak mula
mengalami kehilangan pendengaran tidak menunjukkan sebarang tindak balas negatif
terhadap alat ini berbanding bagi kanak-kanak yang lewat memakainya, mereka tidak
gemar memakai alat ini. Mereka sering mematikan fungsi alat atau menanggalkan
terus dan menyimpannya. ( Simser, 1997).
Oleh sebab kanak-kanak masalah pendengaran kekurangan satu deria penting,
maka guru - guru perlu bijak memilih media yang sesuai dengan menekankan kepada
deria penglihatan dan sentuh dengan menyediakan bahan-bahan maujud supaya dapat
dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak tersebut. Antara bahan yang dapat disediakan
oleh guru adalah seperti carta, foto, OHP ( ABM bagi deria penglihatan) dan model
dan spesimen biologi ( ABM bagi deria sentuh)
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
23/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
23
4.3.8 Bilik Darjah Murid Masalah Pendengaran
Menurut Encik Sungaip bin Semaun ( Penolong Pengarah Unit Kurikulum Cacat
Pendengaran, Jabatan Pendidikan Khas) yang telah menimba 25 tahun selama 25
tahun dalam mendidik murid cacat pendengaran bahawa susun atur bilik darjah bagi
murid bermasalah pendengaran ialah susun atur yang dinamakan U-shape. Susun
atur seumpama ini merujuk kepada susunan tempat duduk murid yang berbentuk
menyerupai huruf U ( bentuk ladam) dan guru mengajar murid sambil duduk. (
rujuk rajah 1)
Selain itu, sesi pembelajaran kanak-kanak bermasalah pendengaran terbahagi
kepada dua iaitu sesi komunikasi total iaitu semasa sesi segala penyampaian
pengajaran diberikan secara total oleh guru tanpa melibatkan sebarang aktiviti lain
melainkan aspek murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yabg
disampaikan oleh guru melalui penggunaan bahasa isyarat. Sesi kedua pula
dinamakan sesi kedua pula dinamakan sesi sudut kerja iaitu sebaik sahaja murid telah
habis melalui komunikasi total maka seterusnya mereka akan berpindah ke meja-meja
yang diletakkan di bahagian belakang bilik darjah bagi melakukan aktiviti-aktiviti
seperti penulisan mahupun tugasan lain.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
24/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
24
Rajah 1: susunan bilik darjah bagi murid-murid masalah pendengaran
Sudutkerja
Kerusi pelajar disusun berbentuk U
Sesi komunikasitotal
Meja pelajar digunakanuntuk kegunaanmelakukankerja
Meja guru
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
25/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
25
4.4 KESIMPULAN
Kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai masa hadapan yang cerah
sekiranya mereka diberikan pendedahan yang awal. Namun yang paling penting,
pendedahan awal sepatutnya diserapkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak
yang bermasalah pendengaran kerana ibu bapa bertindak untuk tidak menghantar
anak-anak mereka ke sekolah walaupun kanak-kanak ini mempunyai tahap
kecerdasaan yang tinggi. Jika ibu bapa mengesan anak-anak mereka mengalami
simpton-simptom kehilangan pendengaran hendaklah segera membawa anak mereka
kepada pakar audiologist untuk mengesahkannya dan memberi rawatan yang
sepatutnya.
Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga hendaklah dilayan seperti kanak-
kanak normal yang lain. Kita tidak perlu membezakan antara satu sama lain. Ini
kerana semua makhluk di dunia ini adalah tidak sempurna dan masing-masing
mempunyai kelemahan yang tersendiri.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
26/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
MOHD. MOKHTAR BIN HJ TAHAR NORAZILLAH CHE ENDUT ( A93758)
26
RUJUKAN
Abdullah Yusuf (1995). Mengajarkan Bahasa kepada Pelajar-Pelajar Pekak . KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ashman, A. , Elkins, J. (pnyt). 1998. Educating Children with Special Needs. Ed.ke-3.Sydney: Prentice Hall.
Asmah Haji Omar (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu . Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bandura, A. (1977). Social Learning Theory . Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Bee, H. (1995). The Developing Child . Ed.7. New York: Harper Collins CollegePublisher.
Bloom, L., & Lahey, M. (1978). Language Development and Language Disorders . New York: John Wiley.
Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Pemulihan Khas dan Asas Bacaan . KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Goldberg, D & Flexer. 1993. Where are they now? Survey of Audiotory Verbal graduates Presentation at the Audiotory Verbal International Conference .Washington.
Hallahan, D.P & Kaufman, J.M. 1991. Exeptional Children: Introduction to Special Education. Ed. Ke-5. New Jersey: Prentice Hall.Inc.
Hardman, M.L et al.1996. Human Exceptionally: Society, School and Family. Ed. Ke-5: Boston: Allyn & Bacon.
Jacobson, R., & Halle, M (1956). Fundamental of Language. The Hague: Mouton.Kementerian Pendidikan Malaysia. 1985. Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu
Kod Tangan . Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Buletin Pendidikan Khas . Jabatan
Pendidikan Khas.
Lahey, M. (1988). Language Disorder and Language Development . Boston: Allyn &Bacon.
Lynas, W.1986. Intergrating the Handicapped into Ordinary School. ( A Study of Hearing-Impaired Pupils). London: Croom Helm.
Newcomer, P.L., & Barenbaum, E. (2003). Test of Phonological Awareness Skills .Austin, TX: PRO-ED.
Owen,R.E, Jr (1991). Language Disorders: A Functional Approach to Assessment and Intervention . Boston: Allyn & Bacon.
7/28/2019 T8 Masalah Pendengaran
27/27
Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
Saadiah Ahmad. 1996. Deaf Education in Malaysia: Then, Now and the Way Ahead. Kertas Kerja 4 th World Federation of the Deaf, Asia Pasific Conference, Putraworld Trade Centre, Kuala Lumpur, 6-8 Disember.
Safani Bari (1995). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Audiotory Oral . BengkelAudiotory Oral bagi Guru-Guru Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di SiewView Hotel, Langkawi. Kedah. Kementerian Pendidikan Malaysia. 27-30Sept.
Simser, J. 1997. Audiotory- Verbal Principle and Technique. Audiotory-VerbalWorkshop for Asian Pacific. Kuala Lumpur. 24-26 October.