Post on 09-Jun-2019
TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK
YANG MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS : KAJIAN DI SEKOLAH
MENENGAH DI NEGERI KELANTAN
ROSNITA BINTI MOHAMAD ZIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK YANG
MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH
DI NEGERI KELANTAN
ROSNITA BINTI MOHAMAD ZIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Segala puji hanya untukMu, Allah yang Maha Esa
Yang dikasihi,
Ma, Siti Sarah binti Awang Noh. Segala nasihat, doa, pengorbanan dan kasihmu
Sangat bernilai dan kusanjung tinggi serta ku jadikan pedoman hidup ini
Yang disanjungi, Ayah, Mohamad Zin bin Awang
Yang sentiasa berkorban untuk melihat kejayaanku ini, Pengorbananmu tidak ternilai dan akanku abadikan
Yang disayangi,
Adik-adik, Ahmad Mul’in, Mohamad Abdul Bari dan Ibrahim Anak-anak saudara, Ayu Nadirah, Zuliana Sofiyah dan Mohd Hafiz Han Safwan
Bekas pelajar-pelajar SMK Rengit 2004 dan SMK Parit Bunga 2005 Semoga kejayaan ini menjadi idola, inspirasi dan perangsang buat kalian
Yang teristimewa,
Seluruh keluargaku, Yang sentiasa menanti kejayaanku Doa dan harapanmu takkan ku persiakan
Yang disayangi dan disanjungi,
Pensyarah Pembimbing, Prof Madya Dr Mohini Mohamed Segala pengorbanan dan jasamu takkan kulupakan
Semoga pertolongan ikhlas darimu kan peroleh rahmat dariNya
Khas buat rakan-rakan seperjuangan, Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan
Akanku abadikan segala kenangan dalam lipatan memoriku.
Kuiringi sekalung doa, Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah perjalanan hidup kalian
Kumohon pada Ilahi Semoga semuanya berbahagia di dunia dan akhirat
Amin........
Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya, kajian ini telah dapat disempurnakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga
ditujukan kepada Yang Berbahagia, Prof Madya Dr. Mohini binti Mohamed selaku
penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, galakan, nasihat,
bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan sangat
berharga dan semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya.
Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada EPRD, JPN Kelantan,
Pengetua-Pengetua Sekolah,Guru-Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia
Matematik, Pihak Pentadbiran Sekolah dan Guru-Guru Matematik di Sekolah Menengah
di Negeri Kelantan yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam kajian
ini.
Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah di
Fakulti Pendidikan yang tidak jemu menyumbangkan ilmu pengetahuan sepanjang saya
berada di Universiti Teknologi Malaysia.
Ucapan paling istimewa saya tujukan kepada Bonda, Ayahnda dan keluarga
tercinta di atas pengorbanan, perangsang, dorongan, doa, kerjasama dan bantuan yang
diberikan.
v
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan terutama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan, kerjasama
serta sokongan moral. Kenangan bersama kalian tidak akan dilupakan.
Mudah-mudahan segala usaha dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak,
samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini akan
mendapat ganjaran sebaik-baiknya disisi Allah S.W.T………. Amin.
Wassalam.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat punca dan tahap stres di kalangan guru-guru
Matematik di sepuluh buah sekolah menengah di negeri Kelantan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seramai 74 orang guru
Matematik telah diambil sebagai responden dan telah memberi kerjasama untuk
menjayakan projek ini. Kajian ini difokuskan kepada empat punca utama yang
menyebabkan stres iaitu bebanan tugas, hubungan interpersonal, masalah pengajaran dan
masalah pelajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu soal selidik yang terdiri
daripada tiga bahagian iaitu soalan-soalan tentang demografi, tahap stres dan punca-
punca stres. Instrumen kajian telah diuji untuk menentukan kebolehpercayaannya
berdasarkan skala Alpha Cronbach. Data-data dikumpulkan dan di analisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) Versi 13.0
berdasarkan jumlah kekerapan, peratus dan min. Kaedah deskriptif telah digunakan bagi
menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap stres di
kalangan guru-guru Matematik di negeri Kelantan adalah pada tahap yang rendah iaitu
71.6 peratus, 25.7 peratus tahap yang sederhana dan hanya 2.7 peratus daripada
responden mengalami tahap stres yang tinggi. Punca-punca yang lebih dominan
menyebabkan stres ialah masalah pelajar dan bebanan tugas. Dari segi demografi pula,
aspek jantina, umur, kategori sekolah, bilangan anak, pengalaman mengajar, tahap
pendidikan dan bidang pengkhususan, pada keseluruhannya juga berada pada tahap stres
yang rendah. Daripada dapatan kajian, penyelidik menyarankan agar permasalahan stres
dapat di atasi oleh guru-guru Matematik. Pihak-pihak yang terlibat juga disarankan
mengambil langkah tertentu bagi mengatasi masalah ini.
vii
ABSTRACT
The purpose of the research is to find the sources and level of stress among
Mathematics teachers in ten secondary schools in the state of Kelantan which implement
the Mathematics teaching in English. A total of 74 teachers were used as respondents
and they have been cooperative to make this survey a success. The study focus on four
sources that causes stress namely work load, interpersonal relations, teaching problem
and student problem. The instrument is a questionnaire, which is divided into three parts
which covered demographic aspects, level of stress and causes of stress. The reliability
of instrument has been tested using the Alpha Cronbach scale. The data collected and
were analyzed by using Statistical Package For The Social Science (SPSS) Version 13.0
based upon score frequency, percentage and mean. Descriptive methods were used to get
the answer for the study. The overall research finding showed that stress of mathematics
teacher is a low level only. It is a 71.6 percent for low, 25.7 percent for moderate and
only 2.7 percent for high value. The dominant sources that causes stress was student
problem and teacher’s work load. For the demographic factor, aspects likes sex, age,
school of category, the number of son, experience of teaching, level of education and
major of study are at the lowest level. As a result for this study, suggestions were made
to minimize this stress level among the Mathematics teacher. Various recommendations
are suggested to relevant authorities in order to take certain measures to over come the
problem of stress.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan Pelajar ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv - v
Abstrak vi
Abstract vii
Halaman Kandungan viii - xi
Halaman Senarai Jadual xii - xiii
Halaman Senarai Graf xiv
Halaman Senarai Singkatan xv
Halaman Lampiran xvi
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
ix
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Definisi Istilah 12
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Kepentingan Kajian 13
1.9 Penutup 15
BAB II SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Konsep Stres Di Kalangan Guru 17
2.3 Peranan Guru Matematik 20
2.4 Punca-punca Stres Di Kalangan Guru Matematik
2.4.1 Bebanan Tugas 22
2.4.2 Hubungan Intepersonal 23
2.4.3 Masalah Pengajaran 25
2.4.4 Masalah Pelajar 26
2.5 Kajian-kajian Tahap Stres 30
2.6 Kajian-kajian Punca Stres 31
2.7 Kesan-kesan Stres 34
2.8 Cara Mengatasi Stres 35
2.9 Penutup 37
x
BAB III METADOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Persampelan 39
3.4 Lokasi Kajian 40
3.5 Kajian Rintis 41
3.6 Prosedur Kajian 42
3.7 Pembentukan Instrumen Kajian
3.7.1 Bahagian A : Demografi 43
3.7.2 Bahagian B : Tahap Stres 44
3.7.3 Bahagian C : Punca Stres 45
3.8 Analisis Data 48
3.9 Penutup 49
BAB IV ANALISIS DATA 50
4.1 Pengenalan 50
4.2 Dapatan Kajian Mengikut Faktor Demografi 50
4.3 Dapatan berdasarkan Persoalan Kajian Pertama 55
4.4 Dapatan berdasarkan Persoalan Kajian Kedua
4.4.1 Punca-Punca Yang Menyebabkan 57
Stres Yang Dikenalpasti Adalah
Bebanan Tugas, Hubungan
Interpersonal, Masalah Pengajaran
dan Masalah Pelajar.
xi
4.4.2 Punca-punca Stres Mengikut Item 58
4.5 Dapatan Kajian untuk Persoalan Kajian Ketiga 68
4.6 Penutup 75
BAB IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 76
5.1 Pengenalan 76
5.2 Perbincangan Objektif Pertama : Mengenalpasti 77
tahap-tahap stres di kalangan guru-guru
matematik sekolah menengah di negeri Kelantan
5.3 Perbincangan Objektif Kedua : Mengenalpasti 79
punca utama yang menyebabkan stres di kalangan
guru matematik (bebanan tugas, hubungan
interpersonal, masalah pengajaran dan masalah
pelajar
5.4 Perbincangan Objektif Ketiga : Melihat hubungan 82
tahap stres dari aspek demografi (jantina, umur,
kategori sekolah, status perkahwinan, bilangan
anak, pengalaman mengajar, kelayakan akademik
dan bidang pengkhususan)
5.5 Rumusan 85
5.6 Cadangan 87
5.7 Cadangan kajian akan datang 90
5.8 Penutup 92
RUJUKAN 93
LAMPIRAN 100
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
2.1 Pelbagai komplikasi akibat stres 34
3.1 Nama sekolah dan bilangan sampel bagi setiap sekolah 40
3.2 Nama dan kategori sekolah serta daerah yang terlibat 41
dalam kajian
3.3 Nilai alpha bagi tahap dan punca stres 42
3.4 Nilai min, tahap dan jenis stres 45
3.5 Punca-punca stres beserta item masing-masing 45
3.6 Perincian item soal selidik bagi punca-punca stres 46
3.7 Perincian item bagi punca-punca stres berdasarkan 47
konstruk
3.8 Nilai min, tahap dan jenis stres 48
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 51
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 52
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kategori Sekolah 52
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bilangan Anak 53
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 53
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan 54
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Bidang Pengkhususan 54
xiii
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
4.8 Tahap Stres Di kalangan Guru-guru Matematik di Negeri 55
Kelantan
4.9 Nilai Min dan Sisihan Piawai berdasarkan Punca-punca 57
Stres
4.10 Kedudukan, Peratus dan Min bagi Item-item untuk 59
Bebanan Tugas
4.11 Kedudukan, Peratus dan Min bagi Item-item untuk 62
Hubungan Interpersonal
4.12 Kedudukan, Peratus dan Min bagi Item-item untuk 64
Masalah Pengajaran
4.13 Kedudukan, Peratus dan Min bagi Item-item untuk 66
Masalah Pelajar
4.14 Hubungan tahap stres dengan jantina 68
4.15 Hubungan tahap stres dengan umur 69
4.16 Hubungan tahap stres dengan kategori sekolah 70
4.17 Hubungan tahap stres dengan bilangan anak 71
4.18 Hubungan tahap stres dengan pengalaman mengajar 72
4.19 Hubungan tahap stres dengan tahap pendidikan 73
4.20 Hubungan tahap stres dengan bidang pengkhususan 74
xiv
SENARAI GRAF
NO. TAJUK MUKA SURAT
GRAF
4.1 Tahap Stres di kalangan guru-guru Matematik di negeri 56
Kelantan
xv
SENARAI SINGKATAN
1. PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris
2. KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
3. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
4. KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
5. ETeMS - English Teaching Mathematics and Science
6. PMR - Penilaian Menengah Rendah
7. SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
8. EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
9. SPSS - Statistical Package for Social Science for Windows
10. UTM - Universiti Teknologi Malaysia
11. MPKB - Maktab Perguruan Kota Bharu
12. BI - Bahasa Inggeris
13. BM - Bahasa Melayu
14. BBM - Bahan Bantu Mengajar
15. LCD - Liquid Crystal Display
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN. TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 100
B Keputusan Analisis Data Menggunakan SPSS 106
Untuk Kajian Rintis
C Surat Akuan Pelajar 108
D Surat Kebenaran EPRD 109
E Surat Kebenaran JPNK 111
F Jadual Analisisa Bilangan Sekolah Mengikut 113
Jajahan
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Kejayaan atau kegagalan
sesuatu inovasi pendidikan dapat dilihat dalam masa sepuluh atau lima belas tahun
kemudian. Oleh kerana pendidikan merupakan aspek penting dalam pembangunan
negara, maka untuk merealisasikan kejayaan tersebut, perancangan yang bermula dari
peringkat pusat dan perlaksanaannya hingga ke peringkat sekolah hendaklah dijalankan
dengan bijak supaya kejayaan dapat diraih oleh negara (Azizi et. al, 2003).
Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini bergerak pantas sesuai dengan
kemajuan negara. Tugas guru juga semakin mencabar. Isu Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekali lagi mencabar kewibawaan
guru. Sebagai guru, mereka berasa lebih bimbang kerana tanggungjawab untuk
memastikan kejayaan dasar negara ini terletak di bahu mereka. Jika dasar ini gagal,
tentulah yang paling bertanggungjawab adalah golongan guru, khususnya guru yang
mengajar subjek Matematik dan Sains kerana mereka merupakan golongan yang berada
di barisan paling hadapan untuk melaksanakannya.
2
Jika dilihat sekali imbas, ramai akan menyatakan kerja sebagai guru merupakan
kerja yang mudah. Bukan sahaja dikatakan kerjanya hanya separuh hari, bekerja hanya
lima hari dalam seminggu malah menjadi madu yang sentiasa dicemburui kakitangan
awam lain apabila dihadiahkan cuti yang panjang. Walau bagaimanapun, jika diteliti
dengan lebih mendalam, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru amat berat.
Guru bukan sekadar mengajar tetapi juga berperanan mendidik para pelajar sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
(Pusat Perkembangan Kurikulum,2003)
Selain itu, guru juga diberikan tugas-tugas perkeranian dan perlu menghabiskan
sebahagian besar masanya di sekolah dengan mengadakan kelas tambahan, terlibat
dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.
Tugas seorang guru tidak mudah seperti yang disangkakan. Selain menuntut
kesabaran dan ketabahan, seseorang guru juga perlu menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan termasuk ilmu psikologi. Di sekolah, guru menjadi “ibu” dan “bapa”
kepada pelajar. Lantaran itu, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan, disiplin
dan pencapaian akademik pelajar.
Isu guru-guru menghadapi kes mental telah menjadi isu yang besar di dalam
masyarakat. Isu ini diperbesarkan oleh akhbar dan berpunca daripada keluarga profesion
3
perguruan sendiri yang mendakwa tiap-tiap sekolah di negara ini mempunyai guru sakit
jiwa kerana beban tugas dan tanggungjawab (Omar, 1993). Kenyataan tersebut
menggambarkan betapa ramainya di kalangan guru-guru yang mengalami stres.
Berhubung dengan stres, para pengkaji telah memberikan pelbagai definisi yang
berbeza-beza. Menurut Abd Fatah (2001), stres atau ketegangan jiwa boleh menurunkan
keberkesanan prestasi seseorang itu jika tidak dikawal. Jika disalurkan dengan cara yang
betul, stres boleh memberikan tenaga untuk meningkatkan prestasi dan pengembangan
diri. Stres boleh ditakrifkan dalam konteks ini sebagai reaksi psikologi dan fizikal
kepada diri seseorang apabila ia tidak boleh mengimbangkan antara tugas dan
tanggungjawabnya dengan kemampuan atau keupayaannya untuk menyelesaikan tugas
itu.
Menurut Atkinson (1988), stres merupakan tekanan berlebihan yang dihadapi
oleh seseorang dalam melaksanakan tanggungjawab sehariannya. Apatah lagi, sekiranya
seseorang itu dipertanggungjawabkan dengan beban kerja yang banyak dalam sesuatu
tempoh masa yang singkat.
Tekanan atau stres seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga
(2002) ialah sesuatu yang menekan dengan kuat atau berupa desakan dan paksaan serta
emosi yang mengganggu perjalanan fikiran seseorang. Ia juga merujuk kepada
ketegangan, kerisauan dan keletihan.
Namun begitu, tegas Kyriacou (1987) stres kerja di kalangan guru adalah
merupakan emosi negatif seperti kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan
kemurungan yang dialami oleh seorang guru akibat daripada aspek tugas guru yang
dipersepsikan sebagai ancaman terhadap kebahagiaan atau kesejahteraan psikologi dan
fizikal.
Menurut Asmawati (2002) pula, stres adalah respon seseorang individu terhadap
situasi yang mana sesuatu peristiwa atau suatu aspek persekitaran menyebabkan individu
4
merasa dirinya tercabar. Penyebab tekanan dikenali sebagai penekan atau stressor.
Penekan adalah perubahan-perubahan dalam persekitaran yang mencabar individu untuk
menghadapi dan ‘mengurus’ situasi yang mereka hadapi.
Daripada definisi-definisi di atas, jelaslah stres merupakan satu bentuk tekanan
yang diterima oleh seseorang individu dari segi tingkah laku, emosi, mental dan fizikal
yang boleh mengganggu ketenangan dan menghasilkan pelbagai penyakit. Stres juga
merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Ia
lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk
mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan seharian. Jika persoalan stres
dibiarkan di kalangan guru, maka lahirlah guru-guru yang telah dikuasai oleh stres.
Bayangkanlah apa yang akan berlaku kepada pelajar-pelajarnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam era teknologi dan komunikasi maklumat, profesion perguruan semakin
mencabar dan mengalami perubahan. Perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat
sememangnya menjadi cabaran kepada para guru. Sebagai pendidik yang berwawasan,
guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan, maklumat terkini dan
tidak gentar dengan apa-apa jua cabaran atau rintangan yang mendatang serta
melengkapkan diri dengan ciri-ciri sahsiah diri agar dapat memenuhi aspirasi negara
seterusnya dapat menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia.
Banyak kajian yang membuktikan bidang perguruan merupakan satu profesion
yang sangat mencabar (Mahathir, 2001; Mook, 2000). Keputusan kabinet yang
diumumkan melalui Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad menyatakan
bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam Bahasa Inggeris bermula
dari tahun satu di sekolah-sekolah rendah dan tingkatan satu serta enam rendah di
5
sekolah menengah mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2008
telah menyebabkan profesion perguruan menerima satu lagi tanggungjawab yang besar
untuk dilaksanakan (Utusan Malaysia, Februari 2003).
Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan serta
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu
Matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja
yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Umumnya, rasional perlaksanaan pengajaran
dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris ialah untuk meningkatkan
penguasaan penggunaan Bahasa Inggeris secara maksimum di kalangan pelajar sekolah.
Kerajaan mendapati bahawa kemahiran tersebut merupakan satu keperluan yang tidak
dapat dielakkan dalam menghadapi cabaran dan persaingan sengit dalam era globalisasi
(Noor Hadayah, 2003).
Sehubungan itu, dalam melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
dan Menengah (KBSR dan KBSM) yang memerlukan pelbagai tuntutan dan keperluan
termasuklah tuntutan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris
ini, sudah tentu guru-guru terpaksa melakukan kerja-kerja lebih masa untuk persediaan
pengajaran, kerja-kerja perkeranian, menguasai perkakasan komputer, menghadiri
kursus-kursus, bengkel dan seminar di samping melakukan pelbagai penyesuaian
terhadap kaedah pengajaran yang digunakan (Nur Hafizah, 2004).
Dalam suasana yang sedemikian dengan persekitaran kerja yang tidak menarik,
bilangan murid yang ramai dalam satu-satu kelas dan peluang kenaikan pangkat yang
terhad, menjadikan profesion perguruan kini semakin dianggap tidak menarik, menekan
dan membosankan. Suasana sebegini telah menjadikan guru-guru hilang semangat dan
berasa letih untuk melakukan kerja mereka sebagai seorang pendidik yang baik dan
berkesan (Syed Mohamed Syafiq, 1997).
6
Bagi sesetengah guru mungkin akan menganggap perubahan ini adalah
merupakan bebanan kepada mereka dan jika tidak dikawal mungkin akan menyebabkan
ketegangan. Keadaan inilah yang boleh menyebabkan guru diserang penyakit yang
dinamakan stres akibat ketegangan dalam kerja, samada disedari atau tidak disedari.
Sebenarnya masalah penyakit stres ini akan menyerang sesiapa sahaja yang menerima
tekanan yang berlebihan dan tidak berupaya untuk mengawalnya.
Di samping itu, pihak kementerian, ibu bapa dan masyarakat, meletakkan
harapan yang tinggi terhadap peranan guru-guru sebagai pembentuk masyarakat yang
bertamadun untuk generasi akan datang. Kenyataan ini jelas dalam akhbar bahawa
kemakmuran negara yang dinikmati kini adalah sebahagian daripada kejayaan yang
dicanai dan dibentuk oleh guru (Berita Harian, Mei 2002). Apabila tekanan dan desakan
yang bertubi-tubi ke arah guru, keadaan ini mungkin akan menjadi penyebab dan punca
ketegangan serta ketakstabilan berlaku dalam diri guru, seterusnya mengalami stres
(Ahmad Azhari,1998).
Masalah stres atau tekanan jiwa di kalangan guru-guru sering diperkatakan
dewasa ini. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Berita Harian,
30 Ogos (2005), telah berkata;
“Kementerian mengakui ada sesetengah guru berasa tertekan (stres) dengan
bebanan tugas yang diberi terlalu banyak, sehingga mengganggu kelancaran proses
pembelajaran di bilik darjah”.
Kenyataan ini menunjukkan bahawa jelas sekali terdapat gangguan stres yang perlu
ditanggung oleh guru. Menurut Kyriacou (1987), tekanan yang dihadapi oleh guru
dikatakan lebih serius jika dibandingkan dengan kerjaya lain. Ini kerana guru-guru
terpaksa menghadapi pelbagai karenah pelajar yang mempunyai sifat dan sikap yang
pelbagai. Selain itu, mengajar juga merupakan satu pekerjaan yang tinggi tahap stresnya.
7
Memang telah diakui umum bahawa sepanjang hari guru berhadapan dengan
aktiviti yang mencabar emosi dan kesabaran. Menurut Sapora (2002), di antara tahun
1990 hingga 1996, sejumlah 4, 045 remaja lelaki dan 166 remaja perempuan di antara
umur 13 hingga 16 tahun di dapati melakukan kesalahan juvana. Pelajar sekolah bukan
sahaja dikatakan berani melanggar peraturan sekolah malah ada di antara mereka yang
terlibat dengan kegiatan jenayah. Antara masalah-masalah gejala sosial yang kerap
dihadapi di sekolah ialah merokok, ponteng sekolah, mencuri, peras ugut, kes buli,
mengganggu pembelajaran dalam kelas dan sebagainya. Senario ini menunjukkan betapa
mencabarnya peranan guru pada alaf baru dan sedikit sebanyak akan memberi kesan
kepada jiwa seorang pendidik.
Dalam perspektif pendidikan, Kyriacou (1987) menjelaskan bahawa terdapat
bukti kukuh yang menunjukkan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan
mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan
prestasi pelajarnya kerana stres menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru.
Menurut Suradi (1985) pula, kesihatan mental guru adalah satu bahagian penting dalam
pekerjaan guru itu sendiri. Tidak ada pekerjaan lain di mana kepentingan kesihatan
mental adalah mengatasi pekerjaan sebagai guru. Kesihatan mental guru memainkan
peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang tidak sihat
mental boleh menyebabkan kerosakan yang sangat besar kepada masyarakat, bangsa dan
negara kerana ia bukan sahaja akan memberi bimbingan yang lemah tetapi juga akan
membawa kesan negatif kepada pelajar.
Jika keadaan ini dibiarkan berterusan sudah pasti suasana pengajaran dan
pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan
akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Fenomena
sedemikian dapat dilihat dengan jelas apabila terdapat aliran mendadak guru yang
berhenti dan bersara awal. Isu guru bersara lebih awal sebenarnya telah lama
diperkatakan. Daripada sumber Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan Kementerian
Pendidikan menjelaskan bilangan guru-guru yang bersara awal bertambah seramai 457
orang pada tahun 1984 kepada 599 orang pada tahun 1985 dan seterusnya kepada 674
8
orang pada tahun 1986. Statistik mendapati di antara tahun 1982 hingga 1985 lebih
kurang 3000 orang guru telah bersara awal daripada umur persaraan mereka (Syed
Mohamed Syafeq, 1997).
Ke semua senario di atas menggambarkan betapa stres memberi kesan dan
pengaruh dalam rutin kehidupan harian terutama kepada guru-guru di tempat kerja. Ia
jelas mengalami satu keadaan yang memerlukan perhatian semua pihak. Oleh itu, kajian
terhadap tahap-tahap stres dan punca-punca stres seharusnya dikaji untuk membantu
guru-guru Matematik yang mengalami tekanan di dalam tugas mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Peranan dan tanggungjawab yang disandarkan kepada guru amatlah krikital dan
berharga di mata masyarakat. Ia dianggap satu tanggungjawab yang penting dan tugas
yang amat mulia dalam memenuhi harapan dan hasrat masyarakat serta negara ke arah
persediaan dalam menghadapi abad ke-21 seterusnya dapat membangunkan sistem
pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.
Memandangkan pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dijalankan dalam
Bahasa Inggeris telah menjangkau usia tiga tahun perlaksanaannya, penyelidik
terpanggil untuk melihat samada guru Matematik berjaya atau tidak melaksanakan
perubahan kurikulum yang telah dijalankan dan apakah halangan-halangan yang
mungkin dihadapi oleh mereka semasa menjalankan perubahan kurikulum tersebut.
Walaupun program ini pada mulanya tidak dipersetujui oleh segelintir guru, ibu bapa,
masyarakat dan orang perseorangan namun usaha ini menampakkan hasil yang baik
apabila berlakunya peningkatan dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris semasa
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang lepas. Sebanyak 84 peratus daripada
440,000 calon PMR tahun 2005 lulus dalam mata pelajaran Matematik. Statistik
9
menunjukkan peningkatan gred A dalam Matematik sebanyak 1.2 peratus dan
peningkatan 2.3 peratus gred A dalam Bahasa Inggeris (Utusan Malaysia, Disember
2005).
Guru Matematik di negeri Kelantan dipilih sebagai responden dalam kajian ini
memandangkan tidak ramai penyelidik yang menjalankan kajian di negeri ini. Walaupun
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
menunjukkan peningkatan, namun mengetahui tentang kadar stres adalah penting
terutamanya kepada golongan pendidik kerana stres berkait rapat dengan tahap kawalan
seseorang individu terhadap tugas dan tanggungjawab mereka (Hamdan et al.,2003).
Justeru, stres pada tahap tertentu dapat memotivasikan golongan guru. Sekiranya tidak
dikawal, stres yang melebihi tahap tersebut akan mewujudkan pelbagai masalah,
terutama dari aspek pengajaran dan pembelajaran sekaligus menjejaskan mutu
kecemerlangan pendidikan negara.
Stres sering dikaitkan sebagai satu masalah yang berpanjangan yang jika tidak
dibendung boleh memberikan kesan kepada mental dan fizikal seseorang. Masalah-
masalah yang berkaitan dengan stres akan timbul seperti tidak hadir bekerja, kecewa,
‘burn-out’, penurunan semangat kerja berpasukan dan sebagainya. Ketidakpuasan kerja
yang berhubung dengan stres memberikan kemungkinan pekerja meninggalkan profeion
perguruan.
Stres merupakan antara faktor terpenting yang mempengaruhi hidup manusia.
Ianya adalah satu perkara atau fenomena yang perlu diberikan perhatian khusus
sekiranya manusia ingin meningkatkan kualiti hidup dari semasa ke semasa. Andainya
stres dibiarkan membelenggu kehidupan manusia, maka kehidupan itu ibarat “api dalam
sekam”, membara dan membarah yang mana akan memudaratkan kehidupan dan
masyarakat keseluruhannya. Disebabkan hal tersebut, perlulah dikaji masalah stres ini
agar ianya tidak akan menjadi permasalahan yang boleh menggugat kehidupan manusia
seharian (Mohd Taib dan Yusof, 1999).
10
Stres juga adalah faktor utama yang menjadi punca berlaku pelbagai penyakit
kepada tubuh manusia dan boleh menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Kajian
tentang stres telah dilakukan oleh ramai ahli cendikiawan semasa di dalam dan luar
negeri. Ahli-ahli akademik dan pakar psikologi juga memberikan pandangan mereka
tentang punca-punca stres.
Setelah pembacaan dibuat, pengkaji merumuskan terdapat empat punca stres
yang berlaku di kalangan guru-guru Matematik. Empat punca utama stres ini boleh
digunakan sebagai panduan asas semasa membina item soal selidik nanti. Di antara
punca-punca berlakunya stres ialah:
1. Bebanan tugas
2. Hubungan interpersonal
3. Masalah pengajaran
4. Masalah pelajar
Daripada pernyataan di atas, penyelidik merasakan bahawa stres di kalangan
guru wajar diberi perhatian. Di sini timbul persoalan samada stres berlaku kepada guru-
guru Matematik sekolah menengah di negeri Kelantan. Apakah punca dan tahap stres
mereka atau mereka langsung tidak mengalaminya. Kajian ini diharapkan akan
membantu mengesan serta memperbaiki masalah stres di kalangan guru-guru
bersesuaian dengan matlamat untuk meningkatkan lagi mutu kecemerlangan pendidikan
negara.
11
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini secara umumnya ialah untuk meninjau punca dan tahap stres di
kalangan guru Matematik. Secara khususnya, kajian ini mempunyai tiga objektif utama
iaitu untuk:
1. Mengenalpasti tahap-tahap stres di kalangan guru-guru Matematik sekolah
menengah di negeri Kelantan.
2. Mengenalpasti punca paling dominan yang menyebabkan stres di kalangan
Guru Matematik (bebanan tugas, hubungan interpersonal, masalah pengajaran
dan masalah pelajar)
3. Melihat hubungan tahap stres dari aspek demografi (jantina, umur, kategori
sekolah, bilangan anak, pengalaman mengajar, tahap pendidikan dan bidang
pengkhususan)
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap stres di kalangan guru-guru Matematik sekolah menengah di
negeri Kelantan?
2. Apakah punca paling dominan yang menyebabkan stres di kalangan guru
Matematik (bebanan tugas, hubungan interpersonal, masalah pengajaran dan
masalah pelajar)?
3. Apakah hubungan tahap stres dari aspek demografi (jantina, umur, kategori
sekolah, bilangan anak, pengalaman mengajar, tahap pendidikan dan bidang
pengkhususan)?