Post on 12-Mar-2019
TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN, TERENGGANU
NORAINI BINTI SAFA’I
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
“Syukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat
ini”
Kutujukan khas buat...
Bonda.......
Kamariah Yusof
Bonda Mertua dan Ayahanda Mertua.......
Kamariah Ismail dan Yusof Ahmad
Doa, kasih sayang dan perhatian kalian membantu ku dalam
mengharungi setiap kesukaran dalam hidup ini,
Suami yang dikasihi.....
Mohd Nor bin Yusof
Pengorbananmu begitu besar buatku,
Demi sedikit harapan.............
Melihat kejayaanku dunia dan akhirat,
Terima kasih atas doa dan restumu,
Semoga Allah merahmati dunia dan akhiratmu.
Anak-anakku yang disayangi….
Ahmad Hakimi, Alya Jazilah, Ahmad Haziq, Aqilah Yasmin
Ingatan dan kasih sayang kalian
menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku……
Buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPH , semoga kejayaan menjadi
milik kita semua
Insya Allah.......
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala
tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam buat junjungan
kita Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut
baginda hingga ke hari kemudian. Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-
Nya, maka saya telah dapat menyiapkan projek penyelidikan ini bagi memenuhi
syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup).
Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Ahmad Johari bin Sihes selaku
penyelia projek saya atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, sokongan, dorongan
dan nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin Dungun Terengganu di atas kesudian membenarkan saya menjalankan
penyelidikan di sini. Kerjasama yang diberikan oleh Pn Zainon Md Zain dan Pn Nik
Hayati Nik Abdullah dalam menjayakan projek penyelidikan ini juga amat saya
sanjungi.
Terutama buat Tn Hj. Zainuddin Hassan, rakan-rakan seperjuangan, terima
kasih di atas idea dan buah fikiran serta kerjasama yang tidak terhingga dalam
menjayakan penyelidikan ini.
Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang dapat
dimanfaatkan oleh semua pihak ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu
pendidikan negara.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja
dalam kalangan pensyarah. Antara aspek yang dikaji adalah faktor persekitaran,
rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri
daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun,
Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik skala
likert. Data mentah yang diperoleh, dianalisis menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package For The Social Science : Version 11.5) untuk mendapatkan nilai
min, peratusan dan kekerapan responden. Kajian rintis telah dijalankan ke atas
instrumen dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi dari ujian statistik Alpha
Cronbach’s adalah 0.800. Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian menunjukkan
aspek kepuasan kerja mencapai tahap min yang tinggi iaitu 3.78. Aspek rakan
sekerja adalah penyumbang utama kepada kepuasan kerja responden dimana nilai
minnya berada pada tahap tinggi iaitu 3.98, diikuti dengan aspek kenaikan pangkat
dengan nilai minnya juga adalah tinggi iaitu 3.96. Aspek persekitaran dan gaji juga
berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 3.81 dan 3.68. Walau bagaimanapun
aspek beban tugas berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.45. Dalam hal ini
beberapa cadangan telah dikemukakan agar Pensyarah Politeknik dapat mencapai
tahap kepuasan kerja yang maksima.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to identify the level of the job satisfaction that
influence among lecturers. The factors which are taken into consideration are the
working environment, colleagues, promotion, work load and salary. 150 lecturers in
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu were chosen to be the
respondents of the study. Likert scale questionnaire was manipulated as the research
instrument in this study. Data obtained was analyzed using the SPSS (Statistical
Package For The Social Science : Version 11.5). A pilot study was carried out to
ensure the reliability of the test item. The Cronbach’s Alpha value for the pilot study
is 0.800. The findings indicated that the cumulative mean value for the job
satisfaction is 3.78. Colleagues are the factors which affect the respondents the most.
The mean value for this factor is 3.98. The second most affecting factor is promotion
with mean value 3.96 followed by working environment and salary. The mean value
for working environment is 3.81 while mean value for salary is 3.68. As for
workload, the level of satisfaction is at moderate level which is 3.45. From the
findings, a few suggestions are proposed to improve the level of job satisfaction
among lecturers in polytechnics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop & Batas Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 16
viii
2 SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kajian Tentang Kepuasan Kerja 19
2.2.1 Teori Hierarki Keperluan (Kehendak) 24
2.2.2 Teori Motivasi Pencapaian 25
2.2.3 Teori Dwi Faktor 25
2.2.4 Teori Ekuiti 27
2.2.5 Teori Atribusi 28
2.2.6 Teori Pengharapan 29
2.2.7 Teori X dan Y 30
2.3 Kajian-kajian lepas 31
2.3.1 Persekitaran 32
2.3.2 Rakan Sekerja 33
2.3.3 Kenaikan Pangkat 34
2.3.4 Beban Tugas 35
2.3.5 Gaji 36
2.4 Rumusan Kajian Lepas 36
2.5 Penutup 38
3 METODOLOGI KAJIAN 39
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.4 Instrumen Kajian 41
3.4.1 Bahagian A 42
3.4.2 Bahagian B 42
3.5 Kajian Rintis 43
3.6 Proses Pengumpulan Data 45
3.7 Analisis Data 45
3.8 Penutup 47
ix
4 ANALISIS DATA 48
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Data Bahagian A 50
4.2.1 Jantina 50
4.2.2 Umur 51
4.2.3 Bangsa 51
4.2.4 Pengalaman Mengajar di Politeknik 52
4.2.5 Pendapatan Keseluruhan 53
4.2.6 Jawatan Yang di Sandang Sekarang 54
4.2.7 Status Perkahwinan 54
4.2.8 Kelulusan Akademik Tertinggi 55
4.2.9 Mewakili Jabatan 56
4.2.10 Bilangan Waktu Mengajar Seminggu 56
4.3 Analisis Data Bahagian B 57
4.3.1 Analisis Data Soalan Kajian 1 58
4.3.2 Analisis Data Soalan Kajian 2 61
4.3.3 Analisis Data Soalan Kajian 3 64
4.3.4 Analisis Data Soalan Kajian 4 67
4.3.5 Analisis Data Soalan Kajian 5 70
4.4 Analisis Keseluruhan 73
4.5 Penutup 75
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 76
5.1 Pengenalan 76
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian A 76
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 78
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 79
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 80
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 82
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 83
5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 85
x
5.4 Rumusan 86
5.5 Cadangan Kajian 87
5.5.1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 87
5.5.2 Pentadbir Politeknik 88
5.5.3 Pensyarah Politeknik 88
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.7 Penutup 89
RUJUKAN 91
LAMPIRAN 98
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Skala Likert 43
3.2 Ringkasan Kandungan Item Bagi Bahagian B 43
3.3 Pekali Alpha Cronbach 44
3.4 Skala Pemeringkatan 46
3.5 Darjah Persetujuan dan Analisis Akhir 46
3.6 Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 47
4.1 Darjah Persetujuan dan Analisis Akhir 49
4.2 Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 50
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 50
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur 51
4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 52
4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar di Politeknik 52
4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Pendapatan Keseluruhan 53
4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jawatan Yang di Sandang Sekarang 54
4.9 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Status Perkahwinan 54
xii
4.10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 55
4.11 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jabatan 56
4.12 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Waktu Mengajar Seminggu 57
4.13 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Persekitaran 58
4.14 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Rakan Sekerja 61
4.15 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Kenaikan Pangkat 64
4.16 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Beban Tugas 67
4.17 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Gaji 70
4.18 Peratusan Keseluruhan Responden Berdasarkan Aspek Kepuasan Kerja 73
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Bentuk Dorongan Dalam Pengurusan Di Pejabat 20
2.2 Komponen Penyumbang Kepada Prestasi Pekerja 21
2.3 Teori Pengurangan Dorongan 21
2.4 Hubungan Antara Iklim Organisasi Dan Kepuasan Kerja 22
2.5 Komponen Dalam Level Keperluan Pekerja 23
2.6 Teori Hierarki Keperluan 24
2.7 Teori Dwi Faktor 26
2.8 Kedudukan Faktor-faktor Motivator Dan Hygiene 27 4.1 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada aspek Persekitaran 59 4.2 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Persekitaran 60 4.3 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Rakan Sekerja 62 4.4 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Rakan Sekerja 63 4.5 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Kenaikan Pangkat 65 4.6 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Kenaikan Pangkat 66
xiv
4.7 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Beban Tugas 68 4.8 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Beban Tugas 69
4.9 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Gaji 71 4.10 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Gaji 72 4.11 Peratusan Keseluruhan Responden Berdasarkan Aspek Kepuasan Kerja 74
4.12 Purata Peratusan Keseluruhan Responden Berdasarkan Aspek Kepuasan Kerja 74
xv
SENARAI SINGKATAN
DYMM _ Duli Yang Maha Mulia
PSMZA – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
PDT _ Politeknik Dungun Terengganu
KPTM – Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
JKE – Jabatan Kejuruteraan Elektrik
JKA – Jabatan Kejuruteraan Awam
JKM – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
JMSK – Jabatan Matematik, Sains & Komputer
JTMK – Jabatan Teknologi Maklumat & Komputer
JPA – Jabatan Pengajian Am
P&P – Pengajaran dan pembelajaran
IPTA _ Institusi Pengajian Tinggi Awam
SPSS _ Statistical Package For Social Science
HPNM _ Himpunan Purata Nilaian Mata
PTK _ Penilaian Tahap Kecekapan
LNPT _ Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
KPSL _ Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
% _ Peratus
f _ Frekuensi
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 98
B Pengesahan Soal Selidik 105
C Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 107
D Surat Pengesahan Pelajar 108
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di Malaysia, keperluan untuk membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan merupakan satu strategi untuk mengekalkan pertumbuhan yang tinggi
serta terus berdaya saing bagi mencapai Wawasan 2020. Dengan tenaga manusia
yang terdidik dan terlatih, negara akan lebih mudah menghadapi sebarang cabaran
pada masa depan. Sudah terbukti bahawa sesebuah negara itu boleh membangun dan
maju jika mempunyai sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi. Oleh itu, kerajaan telah mula bergerak ke arah melatih pekerja-
pekerja mahir dan separuh mahir untuk memenuhi pasaran ekonomi masa depan
negara (Woo, 2007).
Untuk menuju ke arah negara maju berasaskan kepada perindustrian,
Kementerian Pelajaran khasnya dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional
telah pun diberi tumpuan. Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah penting untuk
melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan. Oleh itu, kerajaan
telah menyediakan lebih banyak Sekolah Teknik dan juga Politeknik dalam
Rancangan Malaysia Kelima dan Rancangan Malaysia Keenam sebagai langkah awal
kerajaan bagi melahirkan tenaga mahir dan separa mahir seperti yang dikehendaki
oleh sektor perindustrian negara (Yahya, 1993).
Bidang pekerjaan dalam era abad ke 21 menjadi semakin meluas. Setiap
orang bebas memilih pekerjaan bergantung kepada minat dan kemampuan masing-
2
masing. Setiap individu yang bekerja sudah semestinya berhadapan dengan tekanan
kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu
kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh
mendatangkan tekanan mental. Semua pekerja akan bahagia, jika lingkungan tempat
kerjanya aman, sihat dan nyaman. Tidak ada satu pun pekerja yang menginginkan
tempat kerjanya penuh dengan bahaya atau risiko. Tekanan kerja yang sedikit adalah
perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja
berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan
merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.
Lantaran itu, kepuasan bekerja merupakan elemen penting untuk
meningkatkan lagi daya produktiviti. Kepuasan kerja dapat didefinisikan sebagai
satu keadaan emosi yang menyeronokkan hasil daripada taksiran seseorang terhadap
pekerjaannya (Locke,1969). Menurut Smith, Kendell, Hulin (1969), kepuasan kerja
ditakrifkan sebagai perasaan atau tindak balas emosi terhadap aspek sesuatu kerja.
Ahmad (1992) melaporkan bahawa kepuasan kerja merujuk kepada sikap
seseorang individu, sementara nilai moral menggambarkan perasaan secara
menyeluruh bagi kumpulan yang bekerja. Herzberg (1959) pula menyatakan
seseorang individu itu akan mencapai kepuasan kerja yang maksimum jika pihak
majikan dapat memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, maruah diri, status
dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, pendidik merupakan golongan yang mendahului
agensi-agensi lain untuk memainkan peranan aktif dalam melaksanakan pendidikan
yang bermutu untuk menentukan matlamat Pendidikan Teknik dan Vokasional
berjaya. Tenaga pengajar teknikal diberi tanggungjawab besar dalam melatih dan
melahirkan generasi muda yang serba berkemahiran. Oleh sebab itu golongan tenaga
pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yang
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Blum dan Naylor (1968), melihat
kepuasan kerja dengan mengaitkannya dengan sikap. Bagi mereka kepuasan kerja
dikaitkan sebagai satu set sikap yang dipunyai oleh seseorang individu dalam
menjalankan sesuatu pekerjaan.
3
Antara kandungan set sikap tersebut ialah :
• Sejauh manakah individu itu suka kepada pekerjaannya ?
• Sampai bila seseorang individu itu ingin terus kekal dalam pekerjaannya ?
• Sejauh mana pekerja tersebut dapat memenuhi keinginan-keinginan individu itu ?
• Sejauh mana pekerja tersebut berbangga dengan kejayaan dan kemajuan
organisasi tempat bekerja ?
1.2 Latar Belakang Masalah
Dasar pembangunan negara yang berteraskan perindustrian amat memerlukan
pekerja mahir dan separa mahir. Namun, pendidik merupakan agen penggerak
terakhir sesuatu dasar yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menyalurkan ilmu-ilmu kemahiran yang dimiliki kepada para pelajar. Tenaga
pengajar dari aliran teknik dan vokasional merupakan pemangkin utama dalam
pendidikan berkonsepkan kemahiran. Golongan pendidik ini memainkan peranan
yang penting dalam menyediakan generasi muda ke arah dunia perindustrian yang
kian berkembang pesat (Zakiah, 2001).
Kajian Castillo et al. (1999) mengenai sikap dan minat terhadap profesion
perguruan di kalangan pensyarah pertanian di Ohio telah mendapati bahawa
kebanyakan tenaga pengajar tidak puas hati dengan keadaan kemudahan yang
disediakan di tempat kerja. Mereka juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas
yang kian bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk
menyelaraskan aktiviti yang lebih kreatif.
Lim (2005) telah membuktikan bahawa sesetengah tenaga pengajar tidak kira
golongan guru di sekolah atau pensyarah di institut pengajian tinggi memang
mengalami perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil keputusan untuk
berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini disebabkan ketidakpuasan
kerja kerana peranan yang kabur terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi.
4
Kebanyakan individu mungkin berpendapat gaji dan kenaikan pangkat
menjadi faktor utama terhadap kepuasan kerja. Adakah ia benar atau sekadar
anggapan atau andaian sahaja? Dari segi organisasi pula, bagaimana untuk
mewujudkan kepuasan kerja di kalangan pekerja adalah menjadi satu perkara yang
serius. Organisasi kerap mendengar aduan-aduan daripada pengguna-pengguna
mengenai kelalaian, kekurangan mutu dan kerosakan dalam berbagai-bagai barangan
keluaran. Ada pula kritikan-kritikan dan cemuhan-cemuhan daripada orang ramai
terhadap sikap malas dan lalai di kalangan pekerja-pekerja di jabatan kerajaan dan
perkhidmatan awam. Semua ini mencerminkan kekurangan sikap yang positif
terhadap pekerjaan di kalangan pekerja
Peluang kenaikan pangkat dalam dunia perguruan adalah terlalu kecil.
Mengikut kajian kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pendidikan hanya lapan
peratus iaitu 19 200 daripada 240 000 orang tenaga pengajar dinaikkan pangkat pada
tahun 2000 (EPRD, 2000). Ini bermakna hampir 220 000 orang daripada mereka
iaitu 92 peratus tenaga pengajar tidak diberi perhatian (Woo, 2007).
Menurut Jaafar (1997), pekerja akan menghargai kerja yang menarik minat
dan berpeluang membentuk kebolehan serta mendapatkan kenaikan pangkat mereka.
Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999) menunjukkan
bahawa pekerja yang mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan adalah
lebih komitmen terhadap tugas yang dijalankan. Kenyataan ini telah disokong oleh
Shaan (2001) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penentu kepada
komitmen terhadap pekerjaan. Beliau menegaskan bahawa pihak pengurusan di
tempat kerja perlu berusaha bagi memenuhi kepuasan kerja kakitangan mereka
supaya komitmen mereka terhadap organisasi dapat dihasilkan.
Banyak langkah telah cuba dijalankan untuk menghadapi masalah yang
berkaitan dengan kepuasan kerja. Kebanyakan orang merasakan jawapannya adalah
mudah iaitu dengan cara memberi bayaran yang lebih. Dengan itu, pekerja akan
merasa puas lalu menghasilkan kerja yang baik. Walau bagaimanapun kita juga
kerap mendengar bahawa para eksekutif dan para pengurus yang bergaji tinggi tidak
pernah puas dengan pekerjaan mereka, sedangkan pekerja lain yang menerima gaji
yang tidak seberapa boleh berpuas hati dengan apa yang ada.
5
Di sini jelas wang dan gaji bukan jawapan muktamad kepada masalah
kepuasan kerja bagi setiap individu yang bekerja. Di sana terdapat aspek-aspek lain
yang boleh mempengaruhi kepuasan bekerja. Sekiranya masalah ketidakpuasan ini
berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja akan mengalami masalah tenaga
pengajar yang tiada komitmen, tidak dedikasi dan tidak profesional malahan akan
kehilangan pendidik yang berkualiti dan seterusnya akan menjejaskan produktiviti
dan kualiti Pendidikan Teknik dan Vokasional (Ruhland, 2001).
Berdasarkan pemerhatian, penyelidik mendapati setiap tahun terdapat
sebahagian Pensyarah Politeknik yang memohon pertukaran antara Politeknik dan
tidak kurang juga yang ingin bertukar dari Politeknik masuk ke sekolah. Penyelidik
juga mendapati sebahagian daripada mereka ada yang mengambil peluang
melanjutkan pelajaran samada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan juga
PhD secara sepenuh masa, separuh masa atau pendidikan jarak jauh. Adakah di sana
timbul ketidakpuasan kerja terhadap pekerjaan mereka atau sebaliknya?
Berdasarkan pemerhatian tersebut dan juga kajian-kajian yang telah
dijalankan terhadap pelbagai bidang tugas, terdapat beberapa faktor yang boleh
menyumbang kepada fenomena ini. Justeru itu, penyelidik cuba mengkaji apakah
senario yang berlaku itu disebabkan Pensyarah Politeknik telah hilang minat
terhadap pekerjaan mereka atau tempat mereka bekerja atau adakah tahap kepuasan
kerja mereka berada pada tahap yang minima.
1.3 Penyataan Masalah
Sejak dahulu hingga kini, persoalan yang dihadapi oleh setiap individu yang
bekerja tidak jauh berbeza. Berbagai-bagai cubaan dan dugaan yang mereka alami
dari semasa ke semasa untuk mewujudkan kepuasan bekerja dalam diri masing-
masing sehinggakan kadang-kadang boleh berhadapan dengan tekanan di tempat
kerja. Setiap individu sebenarnya akan menghadapi tekanan di tempat kerja, tetapi
bergantung kepada individu tersebut bagaimana untuk menanganinya. Sehubungan
dengan itu, kajian yang akan dijalankan ini mengkaji tahap kepuasan kerja dalam
6
kalangan Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.
Ini memandangkan kebanyakan kajian-kajian lepas mengkaji kepuasan kerja di
sekolah-sekolah dan sektor pekerjaan awam dan swasta yang lain. Antara aspek
yang dikaji ialah faktor persekitaran, rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas
dan faktor gaji.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :
i. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin daripada aspek persekitaran.
ii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin daripada aspek rakan sekerja.
iii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin daripada aspek kenaikan pangkat.
iv. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin daripada aspek beban tugas.
v. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan
Zainal Abidin daripada aspek gaji.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah :
i. Apakah tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin daripada aspek persekitaran?
ii. Apakah tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin daripada aspek rakan sekerja?
iii. Apakah tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin daripada aspek kenaikan pangkat?