Tajuk 8_sistem Pernafasan

Post on 07-Dec-2015

18 views 1 download

description

pernafasan

Transcript of Tajuk 8_sistem Pernafasan

SISTEM PERNAFASAN(RESPIRASI)

DEFINISI

Sistem pengambilan oksigen (O2) dari udara dan penyingkiran karbon dioksida (CO2)

dan wap air.

DEFINISI

• Sistem respiratori ialah proses memperoleh tenaga dalam suatu sel hidup / organisma melalui penguraian sebatian organik. Fungsi utama ialah pertukaran gas, iaitu membenarkan oksigen diserap ke dalam saluran darah dan karbon dioksida keluar daripada saluran darah.

 

DEFINISI

• Sistem respirasi berfungsi bersama dengan sistem kardiovaskular untuk menyempurnakan aktiviti-aktiviti respirasi berikut :– ventilasi pulmonari (pernafasan), proses udara masuk

dan keluar daripada peparu – respirasi luar, pertukaran gas dalam peparu (udara dlm

alveoli dengan darah)– respirasi dalam, pertukaran gas antara darah dengan

bendalir tisu (tissue fluid)– pengangkutan gas ke peparu dan tisu serta keluar

daripada peparu dan tisu

Struktur Asas Sistem Respirasi

4 KOMPONEN

1. LALUAN UDARA

- Laluan udara atas

- Laluan udara bawah

2. PARU-PARU

3. PUSAT PERGERAKAN PERNAFASAN DAN OTOT

4. SALURAN DARAH

Laluan Udara (Airway)• Mulai dari hidung/mulut ke paru-paru• Laluan udara atas

– Hidung dan mulut– Tekak– Kotak suara

• Laluan udara bawah– Trakea– Bronkus– Bronkiol– alveolou

Paru-paru (Pulmonari)

• Sepasang organ yang terletak di ruang toreks dan dilindungi oleh sangkar rusuk, otot-otot interkosta, tulang vertebra dan tulang sternum

• Paru-paru berbentuk kon – 3 segmen di kanan dan 2 segmen di kiri yang memenuhi rongga dada.

• Paru-paru diselaputi oleh selaput yang dipanggil pleura. Di dalamnya terdapat berjuta-juta alveolus yang disaluti kapilari di mana berlakunya pertukaran gas

Pusat Pergerakan Pernafasan dan Otot (Neuromuscular Apparatus)• Tulang-tulang rusuk, tulang sternum,

diafragma dan otot-otot dada (intercostal muscles).

• Satu bahagian di otak yang mengawal dan menggerakkan tulang-tulang rusuk, otot-otot interkostal dan diafragma semasa mengembangkan/menguncupkan ruang rongga dada untuk pernafasan

Saluran Darah (Vessels)

• Arteri pulmonari membawa darah yang tidak beroksigen dari jantung ke paru-paru.

• Jaringan kapilari membuat pertukaran oksigen dan karbon dioksida dengan alveolus

• Vena pulmonari membawa darah beroksigen dari paru-paru ke jantung

LALUAN PERNAFASAN

• Udara masuk melalui hidung dan mulut melalui faring dan laring ke trakea

• Trakea terbahagi kepada 2 cabang, bronkus kanan dan kiri sebelum memasuki paru-paru.

• Di dalam paru-paru, setiap bronkus terbahagi pula kepada beberapa saluran yang dipanggil bronkiol.

• Bronkiol terbahagi lagi dan berakhir di dalam sekumpulan pundi udara yang berdinding nipis dan dikenali dengan alveolus.

• Purata pernafasan seseorang antara 12 – 20 kali seminit dan memerlukan 800ml udara bergantung kepada 3 gerakan iaitu:-– Tarik nafas (inspiration)– Hembus nafas (expiration)– Rehat (pause)

• Mekanisma pernafasan berlaku secara automatik. Ianya berterusan tanpa memerlukan apa-apa usaha atau bantuan. Menarik dan menghembus nafas berlaku dengan kombinasi antara otot-otot dada, diafragma dan tulang rusuk yang bertindak membesarkan dan mengecilkan rongga dada untuk membolehkan udara masuk (inspiration) dan keluar (expiration) pada paru-paru

Mekanisme Pernafasan

• Menarik nafas – Otot interkosta luar menguncup; otot interkosta

dalam mengendur – Sangkar tulang rusuk ditarik ke atas dan ke arah

depan – Otot diafragma menguncup dan turun ke bawah

menjadi mendatar – Rongga toraks: isipadu bertambah dan tekanan

udara menurun

• Menghembus nafas – Otot interkosta dalam menguncup; otot

interkosta luar mengendur – Sangkar tulang rusuk turun ke bawah dan ke

dalam – Otot diafragma mengendur dan naik ke atas

membentuk kubah – Rongga toraks: isipadu berkurang dan tekanan

udara bertambah – Udara didesak keluar daripada peparu

• Tujuan pernafasan ialah untuk membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan CO2 dari darah.

• Komposisi udara seperti berikut:– 78% nitrogen– 21% oksigen– 1% lain-lain gas

• Daripada 21% oksigen yang masuk ke dalam paru-paru hanya 5% sahaja akan diambil untuk kegunaan tubuh.

Rehat (pause)

• Peringkat ini adalah peringkat berehat sebentar antara menarik dan menghembus nafas.

Respirasi Internal & Respirasi Eksternal

Mekanisme kawal atur dalam proses pernafasan

• Semasa melakukan aktiviti cergas, lebih banyak O2 digunakan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan lebih banyak CO2 terbentuk dalam badan hasil daripada respirasi sel.

• Mekanisme kawal atur bertindak mengekalkan kepekatan O2 dan CO2 pada nilai normal masing-masing ketika terdapat perubahan, homeostasis.

• Pada keadaan istirehat, O2 dan CO2 berada pada aras optimum untuk fungsi respirasi, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung berada pd julat normal, iaitu lebih kurang 15-18 kali pernafasan seminit dan denyutan jantung 60-72 kali seminit.

• Dalm keadaan ketakutan, kadar pernafasan dan kadar denyutan jantung meningkat untuk memperoleh O2 yang mencukupi dan menyingkirkan CO2 yang berlebihan. Kadar respirasi meningkat untuk membekal tenaga yang mencukupi

Kawalan respirasi• Pusat kawalan pernafasan manusia terletak di medula oblongata otak dan

bertindak dengan menghantar impuls ke otot respirasi (diafragma & otot interkosta).

Sistem respiratori dan umur

• Pengurangan keanjalan paru-paru mengakibatkan kelemahan pernafasan, iaitu paru-paru tidak berkeupayaan untuk mengekalkan aras normal gas dalam darah arteri.

Akibat kelemahan pernafasan

• - hipoksemia, paru-paru tidak berkeupayaan untuk membekalkan O2 yang secukupnya kepada darah yang mengalir melalui kapilari pulmonari

• - hiperkapnia, paru-paru tidak berkeupayaan untuk mengeluarkan secukupnya CO2 yang dihasilkan oleh tisu sewaktu menjalani metabolisme.

•  

Akibat kelemahan pernafasan

• Empisima -satu keadaan paru-paru yang mengalami kekembungan tetapi kurang udara dalam paru-paru.

• Keanjalan paru-paru hilang -kemungkinan besar kesan daripada merokok

• Membran alveolus mengalami kerosakan di mana permukaan untuk pertukaran gas telah berkurang, kemampuan resapan O2 dan CO2 antara alveolus dengan sel darah merah menurun

•