Tatacara Solat Jenazah

Post on 29-Nov-2014

33.252 views 15 download

description

 

Transcript of Tatacara Solat Jenazah

KAIFIAT (TATACARA) SOLAT JENAZAH

MENANTI DI BARZAKH – FAR EAST

PENGERTIAN SOLAT JENAZAH

Maksud solat Jenazah: Solat yang dilakukan oleh orang yang hidup ke atas orang yang telah mati.

Hukum solat jenazah: Fardu Kifayah ke atas orang hidup yang tinggal di kawasan itu (kecuali mati syahid).(Fardu Kifayah: Jika sebahagian muslim melaksanakannya, maka terlepaslah muslim yang lain daripada tanggungjawab itu. Tetapi sekiranya tiada seorang pun yang melaksanakannya, maka seluruh muslim di kawasan tersebut menanggung dosa.)

PENGERTIAN SOLAT JENAZAH

Tujuan: 1. Memohon rahmat Allah ke atas si

mati.2. Mendoakan si mati agar

diampunkan dosanya dan dikurangkan bebanan siksaan kuburnya.

3. Mendoakan si mati agar ditinggikan martabatnya.

SYARAT SAH SOLAT JENAZAH

Menutup aurat

Suci daripada hadas & najis

Menghadap kiblat

A

S

K

Waktu solat jenazah: pada bila-bila masa sahaja asalkan jenazah sudah dimandikan dan sudah dikafankan.

PERSEDIAAN SOLAT JENAZAH

1. KEDUDUKAN IMAM & JENAZAH:

Jenazah diletakkan di depan imam melintang ke kiblat.

Jenazah lelaki: Kepalanya di sebelah kiri imam dan

imam berdiri di sebelah kepala atau dada jenazah.

Jenazah perempuan: Kepalanya di sebelah kanan imam

dan imam berdiri di pinggangnya.

Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap kiblat tanda ada jenazah di depan.

PERSEDIAAN SOLAT JENAZAH

2. SAF / BARISAN: Boleh dilakukan secara berjamaah atau seorang

diri. Sunat dijadikan 3 saf dan makmum

digalakkan melebihi 40 orang.

RUKUN SOLAT JENAZAH

Berdiri betul bagi yang berkuasa

Niat

Takbir empat kali termasuk takbiratul ihram

Membaca surah Al-Fatihah

Membaca selawat

Membaca doa

Memberi salam pertama

LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH

Jenazah Lelaki Dewasa. Jenazah Perempuan Dewasa. Jenazah Ramai (Lelaki / Perempuan) Jenazah Kanak-kanak Lelaki. Jenazah Kanak-kanak Perempuan.

NIAT SOLAT JENAZAH

Lelaki Dewasa:

“Sengaja aku solat ke atas mayat (lelaki) ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”

NIAT SOLAT JENAZAH

Kanak-kanak Lelaki:

“Sengaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (lelaki) ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”

NIAT SOLAT JENAZAH

Perempuan Dewasa:

“Sengaja aku solat ke atas mayat (perempuan) ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”

NIAT SOLAT JENAZAH

Kanak-kanak Perempuan:

“Sengaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (perempuan) ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”

NIAT SOLAT JENAZAH

Ramai (lelaki / perempuan)

“Sengaja aku solat ke atas mayat-mayat ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”

TAKBIR PERTAMA

Takbiratul ihram - Beserta dengan niat. Kemudian baca surah Al-Fatihah:

TAKBIR KE-2

Takbir - 4َا8للُهَأ8ْك:َب8ْر:

Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW:

TAKBIR KE-3 Takbir – Membaca doa:Maksudnya:

“Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka)”

TAKBIR KE-3

Doa jenazah kanak-kanak:

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah orang yang masih hidup di antara kami dan yang telah mati, orang yang hadir di antara kami dan yang ghaib, anak-anak kecil dan dewasa, lelaki dan wanita. Ya Allah, orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dia dalam keadaan Islam dan yang Engkau matikan, matikanlah dalam keadaan iman. Ya Allah, jangan Engkau haramkan atas kami pahalanya dan jangan sesatkan kami setelahnya.”

TAKBIR KE-4 Takbir - Sunat membaca doa:

Maksudnya:“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

SALAM

Memberi salam:

Husnul Khatimah @ Su’ul Khatimah?!Apakah pilihan kamu?.....

IKTIBAR DARIPADA SEBUAH KEMATIAN