Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik

Post on 23-Jun-2015

2.591 views 1 download

Transcript of Teknik dan-kaedah-pengajaran-matematik

LAW CHII CHIN

4 PISMP PC/PJ/MT

KAEDAH INDUKSI

• Digunakan untuk mendapat rumusan, fakta atau ciri am daripada kajian ke atas beberapa contoh matematik yang khusus.

• Murid perlu mengkaji contoh-contoh matematik, membuat perbandingan dan penganalisaan sehingga mendapat rumusan.

PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH INDUKSI

Membuat rumusan

Mendapat fakta matematik

Mendapat konsep matematik

Mendapat hukum matematik

Contoh–contoh matematik

khusus yang mengandungi rumusan yang

sama

Mengkaji, membanding dan

menganalisa contoh-contoh

untuk membuat generalisasi

KAEDAH DEDUKSI

• Menggunakan rumus, hukum atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapat rumusan atau generalisasi matematik yang baru.

• Dengan kaedah ini, murid dapat memperolehi pengalaman yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup untuk mendapatkan rumus, hukum atau teorem matematik baru.

PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH DEDUKSI

Rumus, hukum atau teorem

matematik yang diketahui

Kaedah deduksi

Rumus, hukum atau teorem

matematik yang diperolehi

KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN

Merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui.

OBJEKTIF:

I. Membantu murid menjawab perkara-perkara yang mereka ingin tahu

II. Memperluaskan pengetahuan pelajar

III. Menggalakkan pelajaran berfikiran kritis dan kreatif

PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN

Mengenalpasti masalah

Merancang strategi penyelesaian

Mengumpul maklumat

Mengkaji dan menganalisa maklumat yang dikumpulkan

Membuat rumusan

KAEDAH PERBINCANGAN

OBJEKTIF:

I. Mencabar pemikiran

II. Meransang sikap dan kepercayaan

III. Membina kemahiran berinteraksi

IV. Menggalakkan perkembangan mental

V. Melatih pelajar berfikir dengan teliti

Permulaan:

guru akan mengemukakan perbincangan dan soalan-soalan yang berkaitan dengan sesuatu topik.

Perbincangan:

• pelajar digalakkan memberi pandangan masing-masing

• Guru bertindak sebagai pemerhati, meransang pelajar mengeluarkan pendapat dan membimbing pelajar membuat rumusan

Aspek yang perlu diberi tumpuan semasa perbincangan adalah:

I. Kerelevanan perbincangan

II. Ketepatan fakta

III. Kesesuaian dan idea-idea yang dikemukakan

IV. Perjalanan dan suasana perbincangan

KAEDAH PENYOALAN OBJEKTIF:

Menolong murid mengingat kembali dan memperkukuhkan konsep atau kemahiran yang telah dipelajari.

Membimbing murid menyertai secara aktif dalam aktivit pembelajaran.

Membimbing murid menggunakan daya pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah.

Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid.

Menolong murid mengulangkaji pelajaran matematik.

TEKNIK PENYOALAN Garis panduan yang dapat menolong guru matematik menguasai teknik penyoalan dengan cekap dan berkesan:

Gunakan bahasa matematik yang sesuai dengan taraf pencapaian murid.

Soalan harus dibentukkan secara ringkas, tepat, jelas dan hanya mengandungi satu konsep atau satu fakta sahaja.

Gunakan soalan yang dapat mendorongkan murid berfikir.

Gunakan soalan yang tepat mengikut objektif pengajaran.

CIRI-CIRI PENYOALAN

Ciri-ciri Penyoalan

Kekerapan

Taburan yang

saksama

Penggerak

Masa menunggu

Kekerapan • Merujuk kepada bilangan soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses P&P.

• Hasil kajian mendapati kekerapan penyoalan menggalakkan penglibatan ramai pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian (Pratton & Hales,1986).

Taburan yang saksama

• Guru tidak boleh bersikap mengabaikan pelajar yang lemah dan hanya menyoal pelajar yang cerdas.

• Guru perlu elak daripada menyoal secara beramai-ramai.

• Guru tidak digalakkan memanggil nama pelajar sebelum menyoal kerana bimbang hanya pelajar yang namanya dipanggil sahaja yang akan berfikir.

Penggerak Guru menanyakan soalan atau memberi arahan untuk mendapat maklumat atau jawapan daripada pelajar yang telah gagal menjawab atau memberi jawapan yang kurang lengkap.

Masa menunggu

• Merupakan suasana yang senyap seketika menunggu jawapan.

• Masa menunggu jawapan adalah agak pendek iaitu kurang daripada satu saat.

Manfaat masa menunggu ialah: I. Pelajaran boleh berjalan dengan lancar dan

berfokus. II. Kualiti dan kuantiti jawapan pelajar juga meningkat. III. Kegagalan untuk menjawab berkurangan kerana

pelajar yang mengambil bahagian untuk menjawab secara sukarela meningkat.

PERINGKAT-PERINGKAT PENYOALAN

Penilaian

Sintesis

Penganalisisan

Penggunaan

Kefahaman

Pengetahuan

Peringkat-peringkat penyoalan menurut Taksonomi Bloom

KATEGORI

AKTIVITI PELAJAR CONTOH PERKATAAN

Pengetahuan Ingat Fakta Terminologi Definisi Konsep Prinsip

Apakah…? Senaraikan… Namakan… Definisikan… Perihalkan…

Kefahaman Kefahaman tentang makna bahan

Terangkan… Ringkaskan… Beri contoh… Terjemahkan… Ramalkan…

Penggunaan Memilih konsep/kemahiran dan gunakan untuk menyelesaikan masalah

Selesaikan… Gunakan… Binakan… Kirakan…

KATEGORI AKTIVITI PELAJAR CONTOH PERKATAAN

Penganalisisan Membahagikan bahan kepada beberapa bahagian dan menerangkan perkaitannya

Bagaimanakah data-data tersebut digunakan? Kenapakah…? Bagaimana…berkait dengan…? Apa perbezaan… Antara… dan…

Sintesis Menghasilkan sesuatu yang tulen setelah membahagikan bahan-bahan kepada komponen tersebut

Bagaimana data-data tersebut menyokong…? Apakah yang boleh diramalkan hasil daripada data…

Penilaian Membuat keputusan berasaskan kriteria-kriteria sebelum pembuktian

Apakah keputusan yang anda boleh buat…? Bandingkan dan bezakan… Kriteria untuk…?

KERJA AMALI • Menurut Zol Azlan (2000), kaedah amali boleh

didefinisikan sebagai seorang, sepasang ataupun sekumpulan kecil pelajar dibekalkan dengan alatan untuk menjalankan kerja amali.

• Guru bertindak sebagai fasilitator, pelajar akan menjalankan kerja-kerja amali .

• Menerusi kaedah ini, murid dapat menemui prinsip, hukum teorem matematik dengan sumber atau alatan matematik.

• CTH: membina model-model matematik yang akan memberi gambaran secara konkrit konsep-konsep matematik yang abstrak.

EKSPOSITORI • Merupakan cara penyampaian pelajaran melalui

penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.

• Guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya.

Penerangan isi pelajaran

Murid mendengar penerangan

Murid mengingat dan merekod isi

penting

KELEBIHAN KEKURANGAN

• guru- jimatkan masa, mudah mengawal disiplin

• Murid- diam, dengar, berkesan untuk sampaikan kemahiran, konsep dan prinsip matematik.

• Membosankan • Menjadi syarahan jika

digunakan dalam seluruh P&P.

LABORATORI • Murid-murid yang belajar matematik memerlukan

aktiviti-aktiviti konkrit untuk memahami simbol dan tatatanda matematik yang abstrak.

• Murid menggunakan sumber atau alatan matematik yang ada dalam makmal untuk menemui prinsip, hukum dan teorem matematik.

• CTH: mendapat perkaitan di antara unit-unit ukuran dan sukatan seperti 1kg=1000g, 1L=1000ml, 1m=100cm, dengan menggunakan alat penyukat, penimbang dan pengukur dalam makmal matematik.

DEMONSTRASI • Merupakan suatu teknik P&P yang melibatkan

kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.

• Melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid.

• CTH: mendemonstrasikan cara membina sudut dengan protraktor

OBJEKTIF:

• Murid dapat mencontohi dengan lebih tepat serta mudah untuk mereka laksanakan sendiri

• Demonstrasi yang baik dapat mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah melaksanakannya

• Memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat untuk belajar

• Murid dapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh

• Guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku. Mutu persembahan murid dapat dipertingkatkan

• Dapat membina keyakinan murid supaya dapat melaksanakan demonstrasi secara individu

• Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjukcara

• Dapat mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya

• Murid tidak akan melaksanakan aktiviti sesuka hati dan dapat mengelakkan sebarang kemalangan.

PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

• Merupakan suatu strategi pengajaran di mana pelajar saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.

• Pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan sepasukan mereka, selain daripada pembelajaran diri sendiri.

• Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif.

• Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas.

• Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.

PERSAMAAN:

• mementingkan pembelajaran aktif

• guru berperanan sebagai fasilitator.

• pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid.

• memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.

• pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri.

• menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.

• membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.

• menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan.

• menggunakan kepelbagaian pelajar.

PERBEZAAN:

KORERATIF KOLABORATIF

• Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.

• Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.

• Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.

• Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.

• Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

• Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran.

• Pelajar-pelajr merunding dan mengorganisasi usaha sendiri

• Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.

• Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.

• Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.

PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU

• Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.

• Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru.

Contoh pengajaran berpusatkan guru

Bercerita

demontrasi

syarahan

Ciri-ciri

Komunikasi sehala

Murid pasif dan

mendengar sahaja

Kepimpinan bercorak

autokratik

Sifat-sifat sosial kurang

dipupuk

Guru berkuliah

Murid kurang berminat terhadap

penerangan guru

Guru mengarah dan

mengawal pembelajaran

PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR

• Pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar.

• Pelajar mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru.

• Guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjwab terhadap pelajar.

• Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri-penemuan.

Ciri-ciri strategi

pemusatan pelajar

Komunikasi dua hala

Kepimpinan bercorak

demokratik

Murid aktif dalam aktiviti

pengajaran dan

pembelajaran

Menanam sifat sosial

yang positif seperti

bekerjasama, tolong-

menolong.

Menekankan pencapaian

objektif pembelajaran

murid

PENDEKATAN BERPUSATKAN MEDIA

• Guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain dalam menjalankan pengajarannya.

• Penggunaan bahan semasa P & P harus berdasarkan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran dan kebolehan pelajar.

• Kepelbagaian media / bahan yang digunakan semasa P & P dapat meningkatkan proses P & P serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental.

Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran ialah :

i) Slaid dan jalur filem

ii) Projektor lutsinar

iii) Pita rakaman dan televisyen

iv) Model-model tiga dimensi seperti glob dan

rangka manusia

v) Modul terancang

vi) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.