Teknik gurisan

Post on 23-Jul-2015

2.663 views 0 download

Transcript of Teknik gurisan

Bidang : Menggambar Tema : Alam BendaTajuk : Hidupan LautTeknik : Gurisan

Oleh : Salihin Binti NarawiDPLI-PSV

Apa itu teknik gurisan…..????1. Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan

dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.

2. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Contoh-contoh hidupan laut….

Langkah demi langkah……• 1. Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda

boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar dibawah. Apa yang penting adalah kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon.

• 2. Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, langkah seterusnya ialah menyapu dakwat hitam “Indian Ink” hingga menutupi keseluruhan warna tadi. Kamu boleh menggunakan warna hitam krayon bagi menggantikan dakwat hitam. Sapuan perlulah rata dan kemas.

• Setelah itu barulah kamu mula menggambar menggunakan pen mata tajam atau pensel mekanikal. Hujung pensel yang tajam akan menghakis lapisan warna hitam setiap kali gurisan dilakukan. Mulalah melukis hidupan laut yang kamu imaginasikan……

• Setelah itu barulah kamu mula menggambar menggunakan pen mata tajam atau pensel mekanikal. Hujung pensel yang tajam akan menghakis lapisan warna hitam setiap kali gurisan dilakukan. Mulalah melukis hidupan laut yang kamu imaginasikan……