Teks Pengacara Majlis Penutupan Perkhemahan Bersama Sk Buluh Nipis Dan Sk Kampong Aur 2014

Post on 04-Oct-2015

567 views 64 download

description

Teks Pengacara Majlis Penutupan Perkhemahan Bersama Sk Buluh Nipis Dan Sk Kampong Aur 2014

Transcript of Teks Pengacara Majlis Penutupan Perkhemahan Bersama Sk Buluh Nipis Dan Sk Kampong Aur 2014

Teks Pengacara Majlis Penutupan Perkhemahan Bersama Sk Buluh Nipis dan Sk Kampong Aur 2014.Semua peserta diminta bersedia kerana majlis penutupan akan dimulakan sebentar lagi.

Bismillhirrahmanirrahim....

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Rasmi Perkhemahan....................Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa seribu makna kepada kita semua.

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang berusaha GB sk buluh nipis,................

Hadirin hadirat sekalian,

Perkhemahan ini diadakan bermatlamat untuk memupuk semangat, menggilap potensi diri serta keyakinan para peserta yang terlibat. Perkhemahan sebegini juga dapat meningkatkan kekuatan dari segi fizikal dan mental murid untuk mengharungi pelbagai cabaran yang akan datang.

Bagi memulakan majlis pada hari ini, semua hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, dan negeri pahang.

Sebagai tanda syukur bahawa kem ini berjalan dengan jayanya, dengan hormatnya dipersilakan al-fadil Ustaz ............................

Amin ya rabbal alamin.....

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan GB ................. untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Terima kasih diucapkan kepada ....................... atas ucapan sebentar tadi. Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.........................

Penyampaian hadiah dimulakan dengan.....................

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada.......................... yang sudi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi. Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan.......................

Terima kasih atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Dari Rokan ke InderagiriMembawa tinta ke Kuala LinggiPulanglah tuan rehatkan diriLain kali bersua lag

Majlis berakhir di sini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua para pemenang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Sekian, assalamuaikum wbt.