Post on 05-Jun-2019
TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
SEMPENA PERBARISAN TAHUNAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA TAHUN 2013
PADA
31 JANUARI 2013 (Khamis)
MASA 9.00 pagi
TEMPAT
IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA
1
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, Yang berusaha saudara/saudari pengacara majlis, YAS Dato’ Mahadi bin Md.Ali
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
YAS Dato’ Haji Amer bin Haji Yusof
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
YS Penolong-Penolong Ketua Pengarah
YBhg Pengarah-Pengarah Bahagian
2
YS Pengarah-Pengarah JBPM Negeri
Dato’-dato’, Dif-dif jemputan, pegawai-pegawai
kanan jabatan, rakan media dan sidang hadirin
yang dihormati sekalian;
1. Alhamdulilah terlebih dahulu saya amat
mengalu-alukan kehadiran Dato’-dato’ dan dif-dif
jemputan, diiringi ucapan jutaan terima kasih di
atas kesudian melapangkan masa untuk
bersama-sama di dalam majlis ini.
Sesungguhnya kehadiran Dato’-dato’ dan
tuan/puan sekalian memberi makna yang besar
kepada kami di Jabatan Bomba dan Penyelamat
3
Malaysia yang sekaligus menunjukkan sokongan
padu kepada perjuangan warga jabatan selama
ini. Pada kesempatan awal ini, saya ingin
mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013
dengan harapan kita semua berazam untuk
terus menyokong jabatan bagi mencapai hasrat
jabatan untuk menjadi sebuah “Organisasi
Yang Berprestasi Tinggi”.
4
Hadirin yang dihormati sekalian, TRANFORMASI MELALUI INOVASI 2. YAB Perdana Menteri telah mengutarakan
enam (6) prinsip baru transformasi sektor awam
yang perlu diperkasa dan direalisasikan. Enam
(6) prinsip tersebut tercantum didalam akronim
CTI dan PCI. CTI bermaksud (Cepat, Tepat dan
Integriti) dan PCI bermaksud (Productivity,
Creativity dan Inovasion). Bagi menyahut
cabaran ini, warga kerja Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia dituntut untuk lebih kreatif
dan berinovatif dengan fikiran dan minda yang
5
lebih berdaya saing, bijaksana dan sentiasa
mencari idea baru untuk meningkatkan lagi
kualiti perkhidmatan yang diberi kepada rakyat.
3. Sejarah peradaban dunia telah
merakamkan kisah beberapa tamadun yang
kegemilangannya boleh dijadikan tanda aras
oleh kita dalam usaha membina kegemilangan.
Kemegahan Constantinopel di Byzantine,
kegagahan Rom dan kegemilangan Tamadun
Uthmaniyyah di Turki, telah meninggalkan legasi
untuk dijejaki dan rahsia-rahsia kejayaan yang
boleh dibongkar. Hakikatnya tamadun-tamadun
6
besar dunia ini bukanlah dibina melalui kekuatan
dan kekuasaan ketenteraan semata-mata,
malah kegemilangannya disumbang dengan
kemunculan tokoh-tokoh yang mempunyai idea
kreatif dan inovatif yang menampilkan kelainan
yang cukup signifikan dan pendekatan serta
cara pelaksanaan yang mendahului zamannya.
Maka, untuk sentiasa berada di hadapan dalam
perlumbaan sengit daya saing global masa kini
jabatan amat bergantung kepada sejauh mana
warganya dapat menggunakan kreativiti dan
inovasi dalam sistem penyampaian
perkhidmatan sebagai pemacu utama jabatan
7
kearah mencapai kecemerlangan. Untuk itu
usaha-usaha menyemarakkan budaya inovasi
akan terus menjadi salah satu agenda utama
jabatan. Sekaligus, semua lapisan kakitangan
diseru untuk mengubah cara pemikiran biasa
bagi menunjangi idea-idea baharu untuk
memajukan Jabatan dan seterusnya membantu
Negara mencapai status Negara berpendapatan
tinggi dan maju pada tahun 2020.
4. Pada kesempatan ini, saya ingin
merakamkan ucapan tahniah kepada Pasukan
IGNIS dari Jabatan Bomba dan Penyelamat
8
Malaysia Negeri Pulau Pinang yang telah
mengungguli Anugerah Inovasi Negara bagi
kategori Perkhidmatan pada tahun 2012.
Dengan kemenangan ini, pasukan IGNIS
berjaya menggondol anugerah berupa insentif
kewangan bernilai RM 50,000.00. Ini merupakan
satu kejayaan yang belum pernah dicapai oleh
Jabatan sebelum ini. Syabas kita ucapkan
kepada Kumpulan IGNIS. Kejayaan ini
membuktikan bahawa benih-benih inovasi dan
kreativiti telah sedia wujud di dalam jabatan dan
apa yang perlu dilakukan ialah untuk
9
mengembangkan lagi benih ini supaya menjadi
suatu budaya yang subur di dalam jabatan ini.
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY
5. Kita biasa tengok anggota bomba
memadam kebakaran rumah dan itu adalah
tugas hakiki Jabatan. Tetapi mungkin jarang kita
tengok anggota-anggota bomba membina
semula rumah yang terbakar. Inilah yang
dikatakan National Blue Ocean Strategy atau
Strategi Lautan Biru Negara yang menjadi salah
satu pendekatan yang diambil oleh kerajaan
pada hari ini. Di bawah strategi ini agensi
10
kerajaan diminta berfikir secara di luar kotak
atau thinking outside of the box atau dengan
kata lain kita dikehendaki berfikir secara luar dari
kelaziman. Kalau kelazimannya anggota bomba
memadam kebakaran rumah, kenapa tidak hari
ini anggota bomba membina pula rumah yang
telah terbakar. Dibawah strategi lautan biru ini
juga kita dikehendaki mencari penyelesaian
kepada pelbagai masalah dengan kaedah yang
cepat, murah dan berimpak tinggi. Pembinaan
semula rumah mangsa kebakaran ini menepati
ketiga-tiga ciri yang saya sebutkan tadi iaitu
Cepat kerana ianya dijangka dapat disiapkan
11
dalam tempoh 1 bulan, Murah kerana
menggunakan kepakaran yang sedia ada di
dalam jabatan dan Berimpak Tinggi kerana kita
membantu anggota masyarakat yang kurang
berkemampuan memiliki sebuah rumah yang
selesa selepas ditimpa bencana yang dahsyat
melibatkan kehilangan tempat tinggal dan harta
benda. Pada tahun 2012, jabatan telah
melaksanakan Program Membina Semula 5
buah Kediaman Yang Terbakar iaitu setiap satu
di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Terengganu. Manakala pada tahun ini jabatan
telah memulakan aktiviti ini dengan tambahan
12
empat (4) projek lagi iaitu di Johor, Melaka,
Sabah dan Sarawak. Sesungguhnya konsep
merakyatkan perkhidmatan awam merupakan
suatu agenda besar dan ianya selari dengan
matlamat 1M “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”,
Jabatan yakin program pembinaan semula
rumah terbakar di bawah strategi lautan biru
Negara ini akan mendekatkan lagi hubungan
mesra yang sedia terjalin JBPM dengan
masyarakat dan ianya selaras selaras dengan
13
hasrat kerajaan untuk merakyatkan
perkhidmatan awam.
MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM
6. Sebelum ini pun Jabatan telah terlebih
melaksanakan agenda “Merakyatkan
Perkhidmatan Awam” melalui Skim Teman Pili
Bomba dan penubuhan Pasukan Bomba
Sukarela. Jabatan akan meneruskan usaha-
usaha murni ini pada tahun ini tahun-tahun
seterusnya.
14
7. Alhamdulillah mulai tahun ini kerajaan telah
bersetuju dengan cadangan Jabatan supaya
setiap ahli pasukan bomba sukarela diberi
perlindungan insuran bernilai RM 15,000.00
sekiranya ditimpa kemalangan atau kematian.
Disamping itu, setiap Pasukan Bomba Sukarela
di seluruh Negara akan menikmati geran
bantuan tahunan bernilai RM3,000.00 bagi
pentadbiran pasukan dan membiayai
perbelanjaan asas seperti insuran kenderaan,
cukai jalan dan penyelenggaraan.
Ini merupakan beberapa inisiatif jabatan untuk
memperkasakan lagi perkhidmatan bomba
15
sukarela yang sentiasa bekerjasama dengan
jabatan bagi menjamin perlindungan kebakaran
dan penyelamatan tercapai walaupun berada
jauh dari balai bomba.
Hadirin yang dihormati sekalian,
KESINAMBUNGAN MENGGARAP KECEMERLANGAN 8. Pada tahun lepas JBPM telah response
kepada sebanyak 64,584 panggilan kecemasan
merangkumi 29,874 panggilan kebakaran,
32,859 panggilan menyelamat dan khidmat
16
kemanusiaan serta 1,851 panggilan tugas-tugas
khas. Bilangan panggilan kecemasan telah
meningkat sebanyak 5.5% berbanding tahun
2011. Bilangan kebakaran juga telah meningkat
sebanyak 4% berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah kerugian harta benda akibat kebakaran
juga telah meningkat sedikit iaitu sebanyak RM
1.12 billion berbanding RM 927 juta ringgit pada
tahun 2011. Angka korban kebakaran juga telah
meningkat iaitu dari seramai 80 orang pada
tahun 2011 kepada 98 orang pada tahun lepas.
Secara keseluruhannya, perangkaan kebakaran
di Negara kita pada tahun lepas agak meningkat
17
berbanding tahunsebelumnya. Ini member
cabaran kepada Jabatan untuk sentiasa berada
dalam keadaan lebih bersiap sedia untuk
member respon yang pantas bagi
mengurangkan kehilangan nyawa dan harta
benda serta perlu menggandakan usaha utnuk
meningkatkan lagi kesedaran awam badi
mengurangkan kebakaran.
9. Pada 4 November 2012, kita digemparkan
dengan kejadian 11 orang pegawai bomba yang
cedera, semasa memadamkan kebakaran tangki
minyak di Kota Bharu, Kelantan. Namun
18
sebenarnya banyak lagi kisah suka duka, pahit
manis dan heroeism didalam jabatan ini yang
masih “tersembunyi” dari pengetahuan umum.
Misalnya pada 27 April 2012, 3 orang
mangsa dari sebuah keluarga telah
diselamatkandari kebakaran rumah mereka
oleh pasukan dari BBP SgBakap, Pulau
Pinang. Manakala pada 1 Mei 2012 pula satu
orang mangsa telah dikeluarkan dengan
selamat oleh pasukan dari BBP Sg Besi,
Kuala Lumpur. Pada 28 November 2012 pula,
satu cubaan membunuh diri telah digagalkan
19
oleh pasukan dari BBP Jalan Perak, Pulau
Pinang.
Ini merupakan sebahagian kecil dari rentetan
sejarah “HEROEISM” yang dapat saya
ketengahkan. Mereka telah berjaya menyahut
cabaran dan membuktikan bahawa taktikal
operasi kebombaan yang tepat dan cepat akan
dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda
rakyat. Saya percaya mulai tahun ini dan tahun-
tahun seterusnya, akan ada lebih banyak lagi
peristiwa “HERORISM” seperti yang disebutkan
sebentar tadi.
20
PENUTUP
10. Sebelum mengundur diri, saya berdoa ke
hadrat Allah S.W.T agar diberi kekuatan dan
keberanian kepada kita semua untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita
dengan amanah dan berintegriti. Saya juga ingin
mengambil kesempatan di sini untuk
merakamkan ucapan penghargaan kepada para
profesional khususnya fire engineers, arkitek,
fire contractors, pertubuhan-pertubuhan NGO
dan individu-individu yang telah bersama-sama
menjayakan misi dan visi jabatan selama ini.
21
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi
mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan
Selamat Tahun Baru Cina. Saya juga
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada jawatankuasa perbarisan tahunan 2013
di atas kejayaan menganjurkan majlis ini dengan
jayanya.
Akhirnya, marilah kita bersatu hati untuk
membentuk satu barisan yang kukuh beserta
dengan keyakinan dan iltizam yang mampan
untuk meneruskan agenda jabatan menjadi
Sebuah Organisasi Yang Berprestasi Tinggi
22
dengan memberi Perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat Negara ini.
Sekian, Walbilahi Taufik Walhidayah
Wasalamulaikum Warahmatullah Hiwabarukatuh.
Terima Kasih.