tentang struktur

Post on 31-May-2015

444 views 2 download

description

DONT FORGET TO ADD ME AT FACEBOOK (www.facebook.com/izam.lukman) & SKYPE (izam.lukman)

Transcript of tentang struktur

Struktur Bangunan

STRUKTURStruktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan.

2 PROSES REKABENTUK Analisis rekabentuk. Analisis struktur dibuat untuk mengetahui daya yang

bertindak ke atas bahagian struktur.

2 daya yang terlibat dalam analisis rekabentuk:

Daya rincih dan daya momen lentur menghasilkan tegasan dalaman iaitu tegasan ricih dan tegasan lentur. Tegasan lenturan dan rincihan ini perlu dianalisis kerana menjadi punca kegagalan sesuatu rasuk. Bagi struktur ststik boleh tentu, kedua-dua daya dalaman boleh ditentukan dengan menggunakan persamman asas statik

Rekabentuk Struktur Rekabentuk struktur ialah proses kedua setelah daya-

daya diperolehi dari analisis struktur. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz elemen

struktur serta pengiraan tetulang yang diperlukan (bagi kes struktur konkrit tetulang)

Analisa, rekabentuk dan lukisan-lukisan pembinaan ringkas seperti sebuah rumah banglo atau dewan boleh dihasilkan dalam masa hanya sehari pada waktu ini dibandingkan sekitar seminggu sebelum ujudnya komputer.

KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR

RASUK

Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat.

Jenis-Jenis Rasuk Rasuk Utama (Main Beam)

Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang.

Rasuk Kedua (Secondary Beam) Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan

mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut.

Rasuk pengikat (Tie Beam) Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan

mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan.

Rasuk tepi (Edge Beam) Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di

antara tiang-tiang di sebelah luar.3.1.3 Rasuk direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:- a) Rasuk tupang mudahb) Rasuk Selanjar..c) Rasuk julur.d) Rasuk Kerangka

LANTAI Elemen kepingan mendatar yang menanggung

beban-beban lantai dan bumbung terdiri dari jenis tupang mudah, selanjar dan julur.

a) Papak rentangan sehalaBertetulang untuk menanggung beban merentasi rentang yang pendek.

b) Papak dua halaBertetulang untuk menanggung beban secara dua hala kepada penyokong keempat-empat sisinya.

c) Papak PipihPapak lantainya ditanggung terus oleh tiang-tiang tanpa rasuk.

DINDING KONKRIT Elemen kepingan tegak yang mungkin menanggung

beban tegak atau mendatar. Dinding boleh jadi dirembat atau tidak dirembat dan pendek atau lansing.

a) Dinding konkrit tetulangTetulangnya direkabentuk untuk menanggung beban.

b) Dinding konkrit biasaTetularignya tidak diambil kira dalam hitungan kekuatannya. Tetulang diletakan bagi mencegah keretakan sahaja.

c) Dinding ricihMenanggung beban satahan(plane) mendatar dan tegak (in plane loads) yang disebabkan oleh angin dan digunakan untuk merembat bangunan.

TIANG  Jenis-jenis tiang a) Di rembat

Terjadi pada bangunan~bangunan yang beban mendatarnya ditanggung oleh dinding ricih atau lainlain bentuk rembatan.

b) Tak di rembatTerjadi pada bangunan-bangunan kerangka tegar di mana beban mendatar ditanggung secara lenturan oleh rasuk dan tiang.

c) PendekTiang ini gagal secara pecahan konkritnya.

d) LangsingMomen yang disebabkan olih pesongan akibat daripada ledingan hendaklah diambil kira.

ASAS Jenis-Jenis Asas a) Penapak terasing (Pad footing) 

Penapak terasing di bawah tiap-tiap tiang.

b) Penapak Jalur (Strip footing)Penapak selanjar di bawah dinding atau sebaris tiang.

c) Penapak bergabungMenanggung dua tiang ataulebih.

d) Asas rakit dan lantai bawah tanahAsas bergabung yang menanggung keseluruhan bangunan.

e) Asas CerucukDitanggung oleh cerucuk geseran atau galas hujung. Cerucuknya boleh jadi dari pratuang (precast) atau tuang di situ (cast in-situ).

TETULANG Struktur yang dibina dari konkrit bertetulang perlu

diletakan bar-bar keluli di dalam konkrit tetulang untuk menahan daya tegangan dan juga untuk membantu menanggung daya mampatan dalam struktur. Bar tetulang juga merahan ricih dan mengelakan keretakan berlaku.

jenis-jenis bar keluli a) R Bar bulat keluli sederhana (Mild Steel)

b)Y Bar berbunga alah tinggi berkekuatan ikatan tinggi (High Tensile).

Sekian Terima Kasih