Post on 21-Oct-2015
description
TEORI HURAIAN BAHASA
Nahu TradisionalStrukturalTransformasi GeneratifTeori Fungsional
Pembentang : Epredjolly Justin Fatimah Azaharah Mohama Muhammad Ikhwan Saaroni
PENGENALAN
Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada tiga iaitu aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif.
Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut.
Persamaan daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan.
Pengenalan Ciri-ciri
tatabahasa Kelemahan
TEORI TRADISIONAL (PANINI)
Pengenalan
Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M).
Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli falsafah Yunani mengkaji tabii alam.
Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logikal. Hal ini menyebabkan penyelidik tidak dapat memberikan penilaian yang sama rata terhadap ciri-ciri bahasa yang dikaji.
Kata
Plato (429-327 S.M) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan perbuatan (noun dan verb)
Kata nama yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan perbuatan menggambarkan tindakan (predikat)
Ayat Pembahagian ayat pula berdasarkan
fungsi bahagian-bahagian ayat tersebut.
Ayat definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap.
Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya, seru dan perintah.
Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan.
Kewujudan kesemua bahagian ayat telah menampilkan istilah-istilah utama seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif.
Tatabahasa
Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan logikal dalam ayat.
Tatabahasa merupakan satu cara atau proses pengkajian bahasa tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang dibuat berdasarkan makna.
Ciri-ciriKONSEP NAHU TRADISIONAL
Bukan formal atau struktural
Gabungan semantik dan tatabahasa
Tiada pola-pola contoh dalam aspek sintaksis atau morfologi
Tidak utamakan pemilihan dan pemeringkatan bahan pengajaran (gramatik atau leksikon); berasaskan mudah
kepada lebih rumit.
Bahasa hidup dan berubah-ubah.
Bahasa ialah tulisan, lisan kurang penting.
Bahasa bersifat konvensional.
Kelemahan terlalu mengutamakan tindakan
menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata
guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran
akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis
analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan bahawa kategori-kategori bahasa bersifat universal
Pengenalan Konsep Rumusan
Analisis Struktural (Bloomfield)
Pengenalan dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’
atau ‘bloomfeildian’.
muncul akibat bertentangan dengan aliran tradisional
tentangan utama ialah dasar nasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal
Konsep aliran struktural mengkaji bahasa sebagai
lambang-lambang pertuturan.
data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji
analisis struktural bersifat ‘sturcture centered’- setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan linguistik
Konsep
setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik
analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa,klausa dan aat serta unsur-unsur supra segmental
ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya (kedudukan).
konstituen yang paling kecil ialah perkataan,diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat.
Cara yang digunakan untuk menghubungkan konstituen-konstituen dalam sesuatu konstruk
Rumusan kajian dibuat secara objektif dan
penggolongan kata serta peraturannya berasaskan analisis struktural yang terdapat pada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis
menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik serta perkara-perkara yang tidak dapat difahami
tidak mengaitkan dengan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logikal dan metafizik.
tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa
Pengenalan Konsep Jenis ayat Ciri-ciri teori Penukaran
struktur Kesimpulan
Transformasi Generatif(Chomsky)
Pengenalan muncul dalam tahun 50-an selepas aliran
struktural dipelopori oleh Noam Chomsky transformasi bermaksud menukar atau
mengubah, dalam konteks ini, menulis semula
generatif bermaksud menerbitkan iaitu bermula dengan unsur-unsur terhad kemudian berkembang dan bertambah menjadi lebih besar
teori ini menekankan kepada menukarkan bentuk ayat kepada bentuk ayat yang lain tanpa mengubah makna asalnya
Konsep“Grammar is caught and not taught.”
-Noam Chomsky Aspek tatabahasa diserap oleh kanak-kanak
secara semula jadi dan bukannya diajarkan secara formal
Sewaktu lingkungan umur 3 tahun, kanak-kanak sudah bercakap menggunakan tatabahasa secara Transformasi Generatif
Kanak-kanak yang boleh berbahasa dikatakan telah menguasai “kebolehan bahasa”
Manakala kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan mengenai bahasa misalnya struktur ayat dan sistem bahasa pula menguasai “pengetahuan bahasa”
Kebolehan dan pengetahuan ini tidak diajar secara formal, tetapi ditiru oleh kanak-kanak.
Konsep
Teori ini menyatakan bahawa penutur asli sesuatu bahasa:
Mempunyai kecekapan berbahasa Mampu membentuk dan memahami
pelbagai ayat dalam bahasa Berupaya membezakan pelbagai struktur
ayat dan mengenal pasti kegramatisan ayat yang merupakan intuitif (gerak hati) seseorang penutur asli
Jenis Ayat
Ayat berparafrasa Iaitu ayat yang mempunyai kelainan struktur
permukaan Tetapi mempunyai struktur dalaman yang
sama
Contoh:Anjing mengejar kucing.
Kucing dikejar oleh anjing.
Jenis AyatAyat yang mengandungi unsur ketaksaan
Iaitu ayat yang mempunyai satu struktur permukaan
Tetapi mempunyai dua atau lebih struktur dalaman
Contoh:Ibu bapa Ahmad, telah berangkat ke Mekah.
Boleh membawa maksud:1. Nenek Ahmad (Ibu kepada bapa Ahmad)
telah berangkat ke Mekah.2. Kedua-dua ibu dan bapa Ahmad telah
berangkat ke Mekah.
Ciri-ciri Teori
Penutur jati berupaya menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan
Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi
Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental
Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus bahasa.
Bahasa bersifat sejagat dan kreatif Ayat mempunyai struktur dalaman (ayat
dasar yang membawa maksud) dan permukaan (ayat dasar yang telah mengalami perubahan)
Penukaran Struktur
Penukaran struktur dinamakan transformasi, manakala ayat yang terbit daripada proses ini dipanggil terbitan
Terbitan adalah berasaskan kepada rumus struktur frasa dan rumus transformasi
Kedua-dua jenis rumus ini (struktur frasa dan transformasi) menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang
Penukaran yang berlaku ialah penukaran struktur dalaman kepada struktur permukaan yang melibatkan kesan perluasan, pengguguran dan penyusunan semula
Penukaran Struktur
Proses Maksud Contoh
Perluasan Penambahan unsur-unsur dalam ayat baru.
Kilang kain itu milik saya + Kilang itu terletak di Arau, Perlis.
Perluasan: kilang kain milik saya itu terletak di Arau, Perlis.
Pengguguran Transformasi atas struktur ayat yang menyebabkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat.
Pada peringkat permukaan unsur yang digunakan tidak lagi wujud.
- Anda boleh daftar esok. Pengguguran: boleh daftar esok
- Aidil Zafuan bermain bola sepak di Bukit Jalil + Aidil Zaquan bermain bola sepak di Bukit Jalil. Pengguguran: Aidil Zafuan dan Aidil Zaquan bermain bola sepak di Bukit Jalil.
Penukaran Struktur
Proses Maksud Contoh
Penyusunan semula
Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam struktur ayat gramatis yang baharu.
Guru menghadiahkan jam tanya kepada Shahurain Abu Samah.
Penyusunan Semula:Guru menghadiahi Shahurain Abu Samah jam tangan.
Kesimpulan
Teori ini menekankan sifat semula jadi atau keaslian yang terdapat dalam diri manusia iaitu potensi berbahasa yang wujud dalam diri seseorang di mana pembelajaran bahasa itu boleh berlaku tanpa pengajaran yang formal
Keupayaan berbahasa secara semula jadi boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui penguasaan tatabahasa.
Pengenalan Aplikasi teori Kriteria
TEORI FUNGSIONAL
Pengenalan Teori ini berkembang pada tahun 1960-an
dan 1970-an
Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins
Kajian bahasa bukan sahaja dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi
Anggapan-anggapan ahli bahasa fungsional tertentu terhadap bahasa :
Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi merupakan sistem yang terbuka & dinamik.
Bahasa sebagai alat komunikasi, bukan sahaja berfungsi untuk menggambarkan fikiran, perasaan, keadaan penuturnya tetapi juga seluruh situasi.
Aplikasi teori
Bahasa yang digunakan mestilah mempunyai standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati
Bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan
Penguatkuasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis
Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna hendaklah dilaksanakan
Penyediaan rancangan pembelajaran yang kemas dan teratur
Kriteria
Bahasa yang baik, betul dan tepat Pendekatan lisan diutamakan
Penguasaan pertama kanak-kanak adalah daripada orang yang hampir dengannya
Senang dikuasai Kemahiran lisan merupakan kemahiran
menulis dan membaca
Penggunaan bahasa standard yang diterima masyarakat
Kriteria
Bahan-bahan Pengajaran
• Sesuai dengan tujuan dan tahap pencapaian murid
1. Pemilihan
• Disusun dengan tertib dari peringkat awal ke peringkat akhir
2. Penyusunan
• Kawal masa dan bahan-bahan pengajaran yang digunakan supaya sesuai dengan waktu diperuntukkan
3. Kawalan
Kriteria
Pemeringkatan Bahan-bahan Pengajaran
Bahan-bahan pengajaran dibahagikan secara berperingkat mengikut kesesuaian
Penguasaan kemahiran mengikut susunan :
I. MendengarII. BertuturIII. MembacaIV. Menulis
Aktiviti menarik dan bermakna secara terancang
Kriteria
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Menyusun rancangan pengajaran dengan kemas dan teratur
Ciri-ciri rancangan pengajaran yang baik : Bersifat komprehensif (tingkah laku yang
boleh diukur dan kemahiran) Mempunyai matlamat dan objektif yang
spesifik Disusun dan dirangka dengan baik mengikut
perkembangan pelajaran
Rumusan
TEORI RUMUSAN
Nahu Tradisional (Panini) Kajian bahasa yang dibuat terhadap bentuk-bentuk tulisan
Tatabahasa Struktural (Bloomfield)
Bahasa ialah satu sistem bunyi yang bersifat arbitrari. Bahasa juga merupakan salah satu media perhubungan.
Tatabahasa Transformasi Generatif ( Chomsky)
Manusia berkeupayaan berbahasa secara semula jadi dan boleh dikuasai melalui penguasaan tatabahasa.
Teori Fungsional (Halliday) Bahasa sebagai media komunikasi. Pengukuhan bahasa boleh dicapai melalui verbal dan nonverbal.
Sekian…..