Teori Kemoralan Sosial - Bab 2

Post on 01-Jul-2015

692 views 8 download

description

Teori kemoralan Sosial Muthualagan et. al (2009). Pendidikan Moral. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Transcript of Teori Kemoralan Sosial - Bab 2

Bab 2Teori Kemoralan Sosial

Disediakan oleh:Nor Izzuddin Bin Norrahman

Pensyarah Pengurusan, Perbankan dan Kewangan IslamKolej Astin, Puchong

Pengenalan…• Terdapat banyak teori etika dalam sejarah falsafah.

• Teori-teori ini sebagai PANDUAN kepada manusia dalam menentukan sesuatu perbuatan itu bermoral atau tidak.

• Teori Kemoralan Sosial (TKS) berkaitan dengan etika dan moral.

• TKS dikaitkan dengan:– Peraturan– Adat– Undang-undang

Sambungan…

• TKS merupakan teori yang berkaitan dengan peraturan moral sesebuah masyarakat.

• TKS juga dipengaruhi oleh pegangan agama sesebuah masyarakat.

• Dalam TKS, segala PERATURAN, nilai dan adat yang diwujudkan itu adalah sesuatu yang dipersetujui bersama dalam masyarakat tersebut.

• Contoh: Peraturan tidak mencuri dalam masyarakat dipersetujui bersama dalam masyarakat Malaysia.

Sambungan…

• Satu lagi ciri penting bagi TKS ialah penglibatan PEMERINTAH atau pihak yang berkuasa dalam menetapkan peraturan-peraturan yang dipersetujui bersama.

• Dalam erti kata lain, teori ini lahir daripada KEPATUHAN seseorang individu itu kepada AUTORITI yang sah. (Webber)

Kritikan TKS (1)

• Oleh kerana TKS ini bermatlamatkan kepentingan masyarakat, ia dikatakan bersifat authoritarian.

• Teori ini MENYEKAT kuasa dan kebebasan INDIVIDU dalam:– Memilih– Menilai– Mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh

masyarakat.

• TKS tidak memberi ruang kepada individu untuk melakukan pertimbangan sendiri.

Kritkan TKS (2)

• TKS dibuat berdasarkan PERATURAN yang dipersetujui BERSAMA dalam sesebuah masyarakat.

• Wujud PERBEZAAN peraturan antara masyarakat yang membawa kepada konflik.

• Contoh: – Masyarakat Melayu dan masyarakat India/Cina.

Kritikan TKS (3)

• Oleh kerana peraturan-peraturan di dalam teori TKS ini ditentukan oleh PANDANGAN umum, ianya menjadi satu kritikan kepada teori ini.

• Sesuatu peraturan yang ditetapkan itu mungkin TIDAK BETUL. Ianya berlaku kerana manusia sendiri yang menetapkan peraturan tersebut.

Kritikan TKS (4)

• Teori ini memerlukan seseorang itu PATUH kepada autoriti yang sah.

• Keadaan ini boleh membawa kesan buruk kerana mengajar manusia untuk PATUH SECARA MEMBUTA TULI/TERPAKSA.

• Ia dipanggil sebagai bersifat dogmatic.• Membuatkan manusia leka dan hanya

mengikut arahan sahaja.

Kesimpulan

• TKS menjadi antara teori etika yang digunapakai dalam menentukan sama ada suatu tindakan itu baik atau buruk.

• Akan tetapi, terdapat beberapa kritikan-kritikan yang timbul dalam TKS ini yang perlu kita kaji.

Terima Kasih

• Soalan?

Nota

Bab 2: Teori

Kemoralan Sosial

Tutorial

• Berikan maksud teori kemoralan sosial berdasarkan fahaman pelajar.

• Berikan contoh peraturan yang mengguna teori kemoralan sosial.