TEORI KOGNITIF

Post on 15-Apr-2017

147 views 2 download

Transcript of TEORI KOGNITIF

TEORI KOGNITIF – JEAN PIAGET

- Dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos1896. - Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. - Mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. - Dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist.“- Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

KONSEP TEORI KOGNITIF PIAGET

Skema - Potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. - Menentukan bagaimana seseorang bertindakbalas dengan persekitarannya.

Asimilasi - Proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. - Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

Akomodasi -Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak- kanak.

Adaptasi-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud

keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Wujud apabila kanak- kanak mempunyai kecenderungan untuk mencipta hubungan dengan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)

Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun)

Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Implikasi Teori Jean Piaget dalam Pembelajaran

Belajar akan lebih berhasil apabila disesuaikan dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.

Kanak-kanak hendaklah diberi kesempatan untuk melakukan eksperimen dengan objek fizik, yang ditunjang oleh interaksi dengan rakan sebaya dan bimbingan guru.

Guru hendaklah memberikan banyak rangsangan kepada kanak-kanak supaya boleh berinteraksi secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kanak-kanak yang belajar melalui pengalaman tidak mudah merasa bosan.