Post on 23-Nov-2015
KAJIAN TERHADAP KEPERLUAN DIET PEMAKANAN DALAM SUKAN DI KALANGAN ATLET OLAHRAGA DI TIGA BUAH SEKOLAH PROJEK
SUKAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR.
MOHAD NANZERI BIN MD KARIM
D 20041019387
IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN SAINS SUKAN
FAKULTI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2007
KAJIAN TERHADAP KEPERLUAN DIET PEMAKANAN DALAM SUKAN DI KALANGAN ATLET OLAHRAGA DI TIGA BUAH SEKOLAH PROJEK
SUKAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR.
MOHAD NANZERI BIN MD KARIM
D 20041019387
Latihan Iimiah Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Ketetapan
Kursus QSS 4103 Latihan Iimiah bagi memperolehi Ijazah Sarjanamuda pedidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Sukan Universiti pendidikan Sains Sukan April 2007
II
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan
sumber rujukannya.
.............................. .......................................................
Tarikh MOHAD NANZERI B MD KARIM D 20041019387
III
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima da diluluskan untuk memenuhi syarat Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi Ijazah Sarjanamuda
Pendidikan Sains Sukan Fakulti Sains Sukan
Universiti pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.
....................................................................
( EN. YUSOP BIN AHMAD )
Penyelia
Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah.
IV
PENGESAHAN
Penulisan ilmiah ini telah diterima da diluluskan untuk memenuhi syarat
Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah bagi memperolehi Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Sukan
Fakulti Sains Sukan Universiti pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak.
.................................................................................
( PN NUR HAZIYANTI BT MOHAMAD KHALID )
Penyelaras
Kursus QSS 4103 Latihan Ilmiah
V
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang ,
Teristimewa buat keluargaku,
Ayahandaku.. Md Karim B Md Yassin,
Bondaku.. Darimah Bt Md Janggi,
Kesabaran dan ketenangan kalian membakar semangatku,
Isterikuku tercinta.. Normah Bt Piei
Jasamu, Pengorbanan, Kesusahan dan Kesetiaanmu,
membuat jiwaku tegar dan mengenal erti kesabaran dan kepayahan hidup,
Kasih sayang dan ketabahanmu,
membuat aku tidak berpaling dan bertekad dengan kesungguhan
lalu terhasilnya,
penulisan ini adalah bahan bukti kegigihanku,
Putera kesayanganku..........Muhd Aiman,
Puteri kesayangankuIzzah Hani, Alya Maisarah
Senyumanmu, ceria wajahmu dan telatah cerdikmu serta pengorbanan
jiwamu,
sememangnya menguatkan lagi azam dan cita-citaku,
yang sentiasa dalam ingatanku
yang menjadi sumber inspirasiku,
Nadi kejayaanku
VI
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.
Segala puji hanya untuk-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabatnya. Bersyukur kepada
Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya mem berikan saya keutuhan semangat,
kekuatan, akal yang sihat dan pertolongan sehingga berjaya dan dapat
menghasilkan penulisan ilmiah ini dengan sempurna. Sesungguhnya Ya
Allah, Engkaulah yang telah memberi petunjuk dan kemudahan serta Engkau
Maha Besar di atas segala-segalanya terhadap hamba-Mu yang serba
kekurangan ini.
Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan
terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pensyarah pembimbing,
Encik Yusop B Ahmad kerana beliau telah banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar dalam menghasilkan penulisan yang terbaik serta mengikut
kehendak syarat. Dorongan dan bimbingan secara terus daripada beliau,
menyedarkan saya kepentingan menghasilkan penulisan ilmiah yang
berkaitan dengan amalan dan pengetahuan pemakanan terhadap atlet di
tempat yang saya kaji. Idea-idea dan pembuka minda yang beliau berikan
sedikit sebanyak telah membantu dan memperkemaskan kajian ini.
VII
Di samping itu juga, segala tunjuk ajar beliau yang telah berikan
menjadi panduan bagi mempelajari dan memahami selok belok
menghasilkan sebuah hasil penulisan ilmiah yang baik dan memenuhi kriteria
yang ditetapkan. Ketegasan beliau dan ketelitian saya dalam menyiapkan
kerja ini memudahkan tugasan saya sehingga terhasilnya penulisan ilmiah :
Kajian terhadap keperluan diet pemakanan dalam sukan di kalangan atlet
olahraga di tiga buah sekolah projek sukan di Wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur.
Sejuta penghargaan saya tujukan kepada isteri tersayang, Puan
Normah Bt Piei yang banyak memberi sokongan, dorongan, nasihat, memberi
cabaran dan membakar semangat saya dalam usaha melengkapkan tesis ini.
Segala pengorbanan dan kesabaran beliau amat saya hargai dan junjungi.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada pensyarah
penyelaras kursus QSS 4103, Puan Nur Hazianti Bt Muhamad Khalid yang
telah banyak membantu saya dalam mempersiapkan penulisan ilmiah ini
terutama dalam analisis data hasil dapatan kajian. Beliau telah banyak
menabur bakti dan masa bagi membantu dan memandu saya melengkapkan
bab IV dan V dalam penulisan ilmiah ini. Keikhlasan dan budi baik beliau
amat saya sanjungi dan ingati serta semoga Allah membalasnya dengan
keberkatannya.
VIII
Sekalung budi turut diberikan kepada pihak yang terlibat khususnya
guru dan pelajar di sekolah yang terlibat dalam memberi ruang kepada saya
untuk mendapat maklumat seterusnya membantu saya melaksanakan kerja
ilmiah ini. Salam penuh hormat dan terima kasih yang tidak terhingga buat
kalian semua.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
terlibat dalam memberi sokongan moral, bantuan dan sanggup berkorban
demi memberikan kesempatan untuk belajar dalam keadaan selesa dan
dapat menyempurnakan projek penyelidikan saya. Semoga usaha dan
bantuan kalian mendapat rahmat ALLAH S.W.T
Sekian, terima kasih.
MOHAD NANZERI B MD KARIM
Ijazah Sarjana muda
Pendidikan Sains Sukan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
IX
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Tajuk . . . . . . . . ii Pengakuan . . . . . . . . iii Pengesahan . . . . . . . . iv Pengesahan . . . . . . . . v Dedikasi . . . . . . . . vi Penghargaan . . . . . . . . vii Isi Kandungan . . . . . . . . x Senarai Jadual . . . . . . . . xvi Abstrak . . . . . . . . xviii
X
BAB 1 Pengenalan . . . . . . . 1
Pernyataan Masalah . . . . 12 15 Objektif Kajian . . . . 15 Persoalan Kajian . . . . 15 Kepentingan Kajian . . . . 16 18 Definisi Operasional . . . . 18 Definisi Terminologi . . . . 18 20 Rumusan . . . . 21 22
BAB 2 Tinjauan Literatur . . . . 23 Pengenalan . . . . 23 26 Kerangka Konseptual . . . . 27 Kajian Lampau . . . . 28 46 Rumusan Kajian berkaitan . . . 46 48
XII
BAB 3 Metodologi kajian . . . . . . 49 Pengenalan . . . . . . 49 Rekabentuk Kajian . . . . . 50 Prosedur Kajian . . . . . 53 Kerangka Kajian . . . . . 55 Populasi dan Persempelan . . . 55 Instrumen Kajian . . . . . 56 Kajian Rintis . . . . 59 Kesahan dan Kebolehpercayaan . . 60 Pengumpulan Data . . . . 62 Analisis Data . . . . 63 Rumusan . . . . 64
XIII
BAB 4 Penganalisaan Data Bahagian A . . . . . 66 Latar belakang Responden . . 66 69 Sumber Utama Mendapatkan Maklumat 70 - 76 Bahagian B Tahap Amalan Pemakanan Atlet . . 77 87 Bahagian C Pengetahuan Pemakanan Dalam Sukan 88 101 Rumusan . . . . . . 102 - 103 BAB 5 Perbincangan Pengenalan . . . . . . 104 Persoalan 1 . . . . . . 105 108 Persoalan 2 . . . . . . 109 111 Persoalan 3 . . . . . . 112 - 115 Rumusan . . . . . 115 - 116 Cadangan . . . . . 116 - 119 Penutup . . . . . 120 - 121
XIV
Bibliografi . . . . . . . . 122 Lampiran A Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia . 127 Lampiran B Borang Soal Selidik . 128
XV
SENARAI JADUAL
RAJAH PERKARA MUKA SURAT Bahagian A. 1. Bilangan responden berdasarkan bangsa 67 2. Bilangan responden berdasarkan umur 68 3. Bilangan responden berdasarkan peringkat 68 penyertaan. 4. Bilangan responden berdasarkan penyertaan 69 dalam kursus pemakanan. 5. Sumber utama perolehi maklumat pemakanan. 70 6. Data sumber utama mendapatkan maklumat. . . 71 Bahagian B. 1. Tahap amalan pemakanan atlet. . . . . 77 Bahagian C. Pengetahuan Pemakanan Dalam Sukan. Data Item Pengetahuan Pemakanan Sukan. . . 88 Analisis Item Pengetahuan Pemakanan Sukan . . 90 Peratusan Tahap Pengetahuan. . . . . 102
XVI
Practical Learned Abstract submitted to Sports Science Education
Programme of
Universiti Pendidikan Sultan Idris, to fulfill the needs of
Bachelor In Sports Science Education
NUTRITION KNOWLEDGE LEVEL IN SPORTS AMONG ATHLETES
AT SELECTED THREE PRIMARY SPORTS SCHOOLS IN
WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR.
By
MOHAD NANZERI BIN MD KARIM
APRIL 2007
Supervisor : Mr. Yusop Bin Ahmad
Faculty : Sports Science Education
The purpose of this research is to identify the nutrition knowledge level
and nutrition practices in sports especially among athletes at selected
secondary schools in Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 75 respondents
whose age between 15 to 18 years old have been randomly selected. The
research was in the form of review, which use the questionnaire contained 35
questions. The questions will drive to obtain the sports nutrition information
and rest the nutrition practices together with the nutrition knowledge level.
The questions and answers given by the respondents then were
analyzed using the SPSS 11.5 for windows ( Statistical Package for the Social
Science ). The overall marking result, which was obtained form the
percentage of data also, showed that sports nutrition practices among
respondents was at the good level.
Therefore, to realize the successfulness and the excellence hoped by
both athletes and coaches, they should apply the nutrition practices in sports
based on the knowledge. Every physical activities and training must always
parallel with the nutrition practices. It will be a catalyze to their
successfulness. This is because, sports nutrition is a scope of researches that
apply the nutrition strategy to encourage the healthy, adapted the practices,
fast recovery from training and optimal performance during tournament.
XVIII
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Sistem pemakanan dalam sukan sekarang mula mendapat tempat yang penting
bagi kebanyakan jurulatih dan atlet. Pemakanan yang sesuai dapat memberi
kesan secara tidak langsung terhadap persembahan atlet. Penerimaannya
semakin meluas dengan menjadikan jadual pemakanan atlet sebagai suatu
rangka program yang perlu dimasukkan dalam perancangan jadual latihan atlet.
Dalam memberi kesan maksimum terhadap prestasi seseorang atlet, pemakanan
berasaskan diet terkawal dan seimbang perlu diberi perhatian.
2
Olahraga merupakan sukan paling digemari dan mempunyai jutaan
peminat di seluruh dunia. Oleh itu setiap kejohanan, media massa sentiasa
memberikan laporan yang meluas mengenai perkembangan dan prestasi atlet
olahraga baik diperingkat Asia mahupun diperingkat Olimpik serta kejohanan
dunia. Kecemerlangan seseorang atlet di dalam sesuatu pertandingan dan
kejohanan banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kemahiran di
dalam sukan, persediaan teknikal dan tektikal, dan psikologi serta kecergasan
fizikal untuk mencapai prestasi yang cemerlang sebagaimana yang dijelaskan
oleh Hamilton, Thompson, & Hopkins (1994).
Cambell & MacFadden (1984) telah menjalankan satu kajian ke atas
120 orang perenang tentang pengetahuan am pemakanan dan pengetahuan
pemakanan dalam sukan. Didapati bahawa skor min pengetahuan am
pemakanan adalah rendah iaitu hanya 45%. Kebanyakan perenang berpendapat
bahawa pemakanan yang normal dan seimbang sahaja diperlukan untuk
menampilkan prestasi yang baik walaupun tanpa pembekalan pemakanan yang
sistematik. Kenyataan ini menampakkan betapa para atlet kurang
berpengetahuan di dalam aspek pemakanan. Jika mereka tidak dibimbing dari
aspek ini, dikhuatiri mereka akan mempunyai salah tanggapan terhadap bidang
pemakanan di dalam sukan.
Williams, (2002) telah melaporkan bahawa jumlah ambilan nutrien tidak
mencukupi oleh atlet olahraga bagi kedua-dua jantina iaitu lelaki dan
perempuan dalam semua peringkat sekolah tinggi hingga ke peringkat rendah.
3
Ulasan Williams seterusnya iaitu pengambilan diet nutrien yang tidak cukup ini
agak ketara terutama kepada atlet olahraga perempuan jika dibandingkan
dengan atlet olahraga lelaki. Kekurangan diet yang paling bermakna dalam
kebanyakan seperti zat besi, kalsium, protein dan beberapa butir vitamin B.
Katch & Mc Ardle (1993), menyatakan bahawa pemakanan dalam
sukan telah menjadi tumpuan para ahli psikologi sukan, pakar pemakanan,
jurulatih, atlet dan profesional lain yang terlibat dalam sukan. Persediaan secara
fizikal dan mental sebelum hari pertandingan dan amalan pemakanan yang baik
merupakan dua faktor yang penting yang dapat mempengaruhi pencapaian
seseorang atlet. Beliau juga perlu diperjelaskan bahawa perlu diperbanyakkan
kajian formal terhadap pemakanan bagi memperkembangkan program
pendidikan kesihatan. Oleh itu jurulatih mahupun pengurus pasukan sepatutnya
membuka mata dan minda mereka terhadap kepentingan amalan pemakanan
dalam sukan dan mengamalkannya.
Di sebabkan banyak pihak yang beranggapan bahawa kejayaan
seseorang atlet dalam sesuatu pertandingan dikatakan banyak bergantung
kepada tahap kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot, ketangkasan,
kekuatan, kemahiran psikologi, taktik, teknik dan strategi pertandingan, maka
terjadi keadaan di mana kebanyakan jurulatih dan atlet hanya menekankan
perkara-perkara di atas telah menyebabkan mereka lupa bahawa pemakanan
yang optimum merupakan salah satu elemen yang tidak kurang pentingnya
4
dalam menentukan kejayaan seseorang atlet dalam permainan atau pertandingan
yang disertai.
Aspek terpenting dalam perancangan pemakanan jangka panjang dalam
sukan adalah untuk memastikan atlet mengambil diet yang membekalkan
kesemua nutrien yang penting dan tenaga yang diperlukan untuk latihan dan
kesihatan yang baik. Pendekatan yang terbaik adalah dengan menggalakkan
atlet mengambil pelbagai jenis makanan yang berbeza. Dengan kepelbagaian
pemakanan, kemungkinan nutrien penting diabaikan dapat dielakkan atau
dikurangkan.
Banyak persoalan yang timbul di kalangan atlet dan jurulatih
mengenai amalan pemakanan yang baik untuk meningkatkan prestasi atlet.
Oleh kerana itu, kajian ini menjurus kepada usaha bagaimana untuk
meningkatkan persembahan atlet melalui amalan diet pemakanan sukan yang
betul dan selamat. Secara tidak langsung, pihak pengurusan, jurulatih dan atlet
boleh diberi kesedaran bahawa amalan mengambil makanan tambahan atau
terlalu bergantung kepada kapsul pemberi tenaga dengan andaian akan
meningkatkan ketahanan badan, prestasi dan sebagainya bukanlah kaedah yang
tepat malah boleh mendatangkan kesan negatif berpanjangan kepada atlet itu
sendiri.
Bidang pemakanan dalam sukan merupakan satu kajian yang saintifik
mengenai jumlah dan spesifikasi pengambilan nutrien makanan di kalangan
5
atlet. Jumlah pengambilan nutrien oleh seseorang atlet adalah bergantung
kepada jumlah penggunaan tenaga setiap atlet yang berbeza mengikut jantina,
umur dan acara yang disertai. Pengetahuan dalam bidang pemakanan yang baik
akan membantu seseorang atlet memenuhi keperluan penggunaan tenaganya
dalam sesuatu latihan atau pertandingan bagi mencapai prestasi yang optimum
dan dapat mengurangkan risiko kecederaan (Economos & Bortz ,1993).
Nutrien yang betul semasa dalam latihan adalah kunci kejayaan dalam
sesuatu pertandingan. Ini adalah kerana penggunaan tenaga akan bertambah
dalam jangkamasa sesuatu latihan dijalankan. Kenyataan ini diperkukuhkan
oleh pendapat daripada Felder, Burke & Lowdon (1998), yang menyatakan
bahawa aspek pemakanan merupakan salah satu faktor yang penting dalam
bidang sukan. Selain daripada faktor genetik, latihan dan motivasi,
kecemerlangan seseorang atlet dalam arena sukan ditentukan oleh status amalan
pemakanannya. Keperluan pengambilan kalori adalah penting bagi memenuhi
keperluan tenaga untuk menjalani latihan seharian dan ketika bertanding.
Hubungan diet pemakanan harian dengan tahap kesihatan dan prestasi atlet
adalah antara penentu utama pencapaian yang baik dan cemerlang di dalam
sukan.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa hal yang perlu diberi perhatian
penting semasa latihan sukan diadakan. Misalnya, pada fasa permulaan sesuatu
latihan, badan akan mula membuat beberapa penyesuaian dalam sistem tenaga
supaya ia dapat berfungsi dengan lebih cekap. Ini dikenali sebagai Kesan
6
Latihan Kronik (Cronic-Training-Effect) dan penyesuaian ini tidak tertumpu
kepada nutrien yang spesifik (Thomson, Block, Hasler ,1999). Menurut mereka
lagi, salah satu kesan kronik dalam larian jarak jauh ialah penambahan
kandungan hemoglobin dalam darah sel-sel otot. Ketiga-tiga komponen ini
memerlukan zat besi yang mencukupi bukan sahaja untuk memenuhi keperluan
harian malah membantu badan untuk membuat penyesuaian yang berkaitan
dengan Kesan Latihan Kronik. Pengambilan pemakanan yang tidak bersesuaian
dengan jumlah penggunaan tenaga dan jenis latihan atau pertandingan akan
menyebabkan atlet tidak dapat mempersembahkan prestasi yang optimum.
Kesedaran haruslah ditanam di kalangan pihak-pihak yang terlibat dalam
pemakanan atlet kerana setiap kali apabila selesainya sesuatu kejohanan atau
pertandingan akan kendengaran adanya atlet yang didapati bersalah kerana
mengambil steroid atau dadah perangsang yang biasanya ditemui dalam bahan-
bahan makanan tambahan atau kapsul perangsang ini. Sama ada secara sedar
atau tidak sedar, mereka ini seharusnya mempunyai pengetahuan dan kesedaran
bahawa pengambilan pemakanan atau bahan-bahan tersebut bukanlah
penyelesaian kepada matlamat mereka untuk menang atau berjaya dalam
sesuatu lapangan sukan yang diceburi. Dengan penerapan konsep dan amalan
pemakanan yang betul, langkah mengambil jalan singkat untuk kejayaan ini
akan dapat dihindarkan.
Di samping itu, pemahaman dan pengetahuan dalam pemakanan
bukanlah hanya bertujuan mendedahkan jurulatih dan atlet tentang amalan
7
pemakanan yang sihat tetapi diharapkan ia akan menjadi suatu rutin harian.
Apabila seseorang pelajar mengamalkan kaedah pemakanan yang betul ketika di
bangku sekolah lagi, mereka diharapkan akan menjadi pemangkin kepada
kesedaran amalan pemakanan seimbang di kalangan ahli keluarga dan rakan-
rakan sebaya mereka. Apabila kesedaran dan amalan ini menjadi suatu budaya
atau perkara rutin maka tentunya akan melahirkan masyarakat yang
berpengetahuan dalam mengamalkan budaya pemakanan yang baik. Dengan itu,
faedah amalan pemakanan yang sihat akan menjadi budaya hidup sihat dan
cergas sepanjang hayat.
Dalam bidang sukan, tujuan utama pemakanan ialah untuk memastikan
sejumlah tenaga yang mencukupi untuk keperluan latihan dan bersukan ketika
itu dan faedah yang diperolehi selepasnya. Disebabkan bersukan secara
kompetitif memerlukan pengamalan budaya hidup sihat, maka dengan itu,
amalan mengambil alkohol, nikotin, dan makanan ringan perlu dielakkan.
Alkohol dan nikotin akan menyebabkan kepekaan dan reaksi tubuh badan
menjadi berkurangan. Manakala makanan ringan atau junk food dianggap
mengandungi kekurangan bahan berkhasiat (vitamin dan mineral) tetapi
mempunyai kadar kandungan gula dan lemak yang tinggi. Oleh itu, kesedaran
tentang amalan pemakanan yang tidak sihat ini akan membantu mereka memilih
gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan yang selamat.
Suatu ketika dahulu, kebanyakan atlet dilarang makan dan minum ketika
pertandingan kerana dikhuatiri akan mengalami kekejangan atau kesakitan
8
perut. Namun hasil kajian dan penyelidikan terkini membuktikan kenyataan
tersebut tidak benar. Ini kerana pertandingan intensif yang mengambil masa
yang lama akan menyebabkan kehilangan air dan kandungan mineral melalui
mekanisme perpeluhan. Simpanan karbohidrat vital atau utama juga digunakan.
Apabila atlet kehilangan air melalui perpeluhan, ia berkait dengan kehilangan
air dari darah. Ini menyebabkan isipadu darah berkurangan dan semakin pekat.
Akibat seterusnya menyebabkan jantung perlu melakukan lebihan kerja untuk
mengangkut oksigen vital dan nutrien kepada sel-sel badan. Kadar latihan
intensif tanpa penggantian air dan elektrolit yang mencukupi akan menyebabkan
kesan dehidrasi kepada seseorang atlet. Apabila keadaan ini berlaku, prestasi
atlet akan terjejas.
Seseorang yang bersukan juga amat bergantung kepada simpanan tenaga
dalam badan. Untuk gerak kerja otot, sumber karbohidrat terpenting ialah
glikogen yang tersimpan dalam otot itu sendiri. Peningkatan simpanan glikogen
otot dapat mempertingkatkan prestasi. Peningkatan sintesis glikogen otot akan
berlaku dalam masa 24-48 jam selepas latihan dengan peningkatan penggunaan
tenaga karbohidrat. Sintesis glikogen otot akan meningkat mengikut kadar
peningkatan jumlah penggunaan karbohidrat dalam diet.
Tahap glikogen otot di peringkat permulaan intensiti latihan adalah
merujuk kepada daya tahan atlet. Apabila penumpuan lebih tinggi terhadap
glikogen, atlet akan berupaya melakukan latihan dalam tempoh masa yang lama
sebelum berlakunya pengurangan glikogen. Pelari jarak jauh umpamanya, perlu
9
memiliki lebih banyak simpanan glikogen otot untuk membolehkan mereka
melakukan aktiviti pada tahap yang tinggi bagi jangka masa yang panjang.
Melalui latihan yang tersusun dan amalan diet yang sistematik, simpanan
glikogen otot boleh meningkat dua kali ganda daripada tahap biasa. Bagi atlet
elit, otot mereka mempunyai kapasiti besar untuk menyimpan glikogen dan
menggunakan tenaga dengan lebih efisyen. Perbezaan diet semasa latihan inilah
yang akan membezakan prestasi seseorang atlet semasa pertandingan
berlangsung.
Penggunaan tenaga bagi atlet olahraga remaja biasanya adalah sebanyak
3,000 kilokalori hingga mencecah kepada 5,000 kilokalori sehari sewaktu
menjalani sesi latihan mahupun pertandingan. Perlulah sebenarnya bagi
seseorang atlet itu khususnya atlet olahraga peka terhadap pengambilan jumlah
tenaga yang tepat dan betul dari sumber pemakanan mereka sama ada sebelum,
semasa mahupun selepas latihan atau pertandingan agar mereka dapat
meningkatkan stamina mereka. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi sebagaimana
menurut Manore, Barr & Butterfield (2001), menyatakan bahawa aktiviti
fizikal, prestasi atlet dan pemulihan daripada latihan dapat ditingkatkan melalui
pemakanan secara optimum. Pemilihan makanan yang sesuai dan bendalir yang
dirancang dalam pengambilan pemakanan seseorang atlet olahraga dapat
meningkatkan prestasi mereka ke tahap yang optimum. Jumlah pengambilan
tenaga dari sumber karbohidrat adalah disarankan sebanyak 50-60 % daripada
jumlah keseluruhan kalori yang diambil, 15-20 % daripada sumber protein dan
25-30 % dari sumber lemak.
10
Kesesuaian pemakanan terhadap seseorang atlet perlu diambil kira
beberapa perkara seperti sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Menurut
Eisenman, Johnson & Benson (1990), sajian makanan semasa pra pertandingan
perlu mengikut kesesuaian atlet. Makanan yang diambil perlulah makanan yang
biasa diambil dan elakkan dari mengambil makanan yang berbeza bagi
mengelakkan rasa tidak selesa semasa latihan atau pertandingan. Pada
umumnya, hidangan berbentuk pepejal seperti karbohidrat disarankan diambil 3
hingga 4 jam sebelum pertandingan. Keadaan ini membolehkan masa yang
mencukupi untuk proses penghadaman supaya perut kita kosong dan
mengelakkan kelaparan yang minimum. Pengambilan karbohidrat dengan kadar
segera sebelum latihan kecergasan selama dua jam atau lebih mungkin akan
membantu seseorang atlet daripada berasa letih. Prestasi atlet akan bertambah
baik sekiranya berlatih pada paras lebih daripada 50 peratus Vo2 max iaitu
mungkin pada paras seperti 60% hingga 75 %. Di samping itu faktor lain seperti
yang telah dikenal pasti iaitu keadaan padang yang boleh mempengaruhi
prestasi atlet.
Keadaan ini akan menyebabkan tindak balas insulin ke atas glukosa
memberikan keseimbangan paras glukosa dalam darah. Menurut Benardot &
Palombo (2000), menjelaskan bahawa kandungan karbohidrat yang digunakan
untuk latihan yang memerlukan jangka masa panjang akan membantu
menyelaraskan kandungan glukosa dalam darah.
11
Pengambilan air juga boleh dilakukan dengan mengambil jus yang tidak
pekat dan air buah-buahan seperti tembikai dan anggur. Selepas dipaksa berlatih
dengan intensiti yang tinggi, tubuh badan seseorang atlet amat memerlukan
sekurang-kurangnya dua hari untuk keseimbangan semula. Pemulihan tersebut
adalah bergantung sehingga penambahan glikogen dalam tubuh. Oleh itu, bagi
pemulihan yang cepat pengambilan nutrien yang mengandungi karbohidrat
kompleks, atau karbohidrat ringkas seperti gula-gula, madu, jem dan gula amat
digalakkan. Ini kerana bagi seseorang yang aktif seperti para atlet, 55-60 %
keperluan kalori harian mestilah dalam bentuk karbohidrat kompleks.
Karbohidrat yang kaya dan baik terdapat dalam diet akan membantu
meningkatkan penyimpanan glikogen disamping rehat yang mencukupi bagi
pemulihan tubuh (Hamim, Baharudin & Suhaina , 2000).
Kajian ini akan memberikan manfaat dan membuka minda kepada
atlet, jurulatih mahupun pengurus mengenai pengetahuan pemakanan yang
seharusnya disampaikan kepada setiap individu yang memerlukannya serta
perlu diamalkan. Oleh itu, konsep mengenai perhubungan antara pemakanan
dan atlet yang betul perlu disampaikan kepada atlet. Walau bagaimanapun
terdapat juga maklumat yang diberikan tidak sampai ke kumpulan sasaran yang
tepat atau mengelirukan. Ini mengakibatkan atlet mengamalkan pemakanan
yang tidak bersesuaian dengan bidang yang mereka ceburi, yang membawa
kepada kesan atlet tidak dapat memenuhi keperluan penggunaan tenaganya
dalam sesuatu latihan atau pertandingan bagi mencapai prestasi optimum dan
pengurangan risiko kecederaan.
12
1.2 Penyataan Masalah
Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan dan diet
pemakanan di kalangan atlet olahraga di sekolah projek sukan Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur yang menjalani latihan pusat di bawah seliaan
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan. Kajian ini penting kerana seringkali
faktor pemakanan diabaikan oleh atlet, jurulatih dan pihak pengurusan pasukan
dalam usaha mereka mencapai matlamat pertandingan. Oleh kerana
pengetahuan dan tabiat pemakanan di kalangan atlet masih pada tahap yang
tidak memuaskan, adalah sangat penting kajian ini dilakukan untuk
mengenalpasti sama ada amalan dan tabiat pemakanan tersebut bertepatan
dengan intensiti latihan yang dilakukan serta kesesuaiannya bagi keperluan
harian tubuh badan.
Di samping mengharapkan atlet mengamalkan tabiat pemakanan yang
betul, seseorang atlet wajar mempunyai pengetahuan tentang pemakanan agar
dapat membantu mereka mengambil diet yang sesuai dengan tenaga yang akan
digunakan semasa latihan dan pertandingan. Lebihan atau kekurangan kalori
yang diambil oleh seseorang atlet akan mengundang masalah kepada prestasi
atau persembahan mereka dalam acara larian atau acara padang.
Jika pengamalan diet tidak seimbang seseorang atlet berpunca daripada
sikap terlalu percaya kepada setiap maklumat dan iklan berkaitan diet yang
disiarkan di media-media massa, seseorang atlet tentunya tidak berupaya
13
mengekalkan tubuh badan yang sihat sebagai seorang ahli sukan. Ini kerana
tanpa pengetahuan yang betul berkaitan pemakanan yang diambil, mereka tidak
dapat menilai dan memahami kepentingan diet tersebut dalam amalan seharian.
Untuk itu disarankan agar setiap atlet mengetahui jenis makanan yang harus
mereka makan sama ada untuk mengekalkan kesihatan, melakukan kegiatan
latihan dan menikmati cara hidup yang sempurna menerusi amalan pemakanan
sihat.
Dengan mengetahui amalan pemakanan yang patut mereka amalkan,
atlet dapat mengambil langkah-langkah bagi membolehkan mereka mencapai
matlamat di dalam perkara-perkara berkaitan pengurusan berat badan dan risiko
pengambilan makanan manis dan berlemak yang akan menjurus kepada masalah
kesihatan seperti obesiti dan sebagainya. Dari segi psikologi, atlet mungkin
tertekan untuk memastikan berat badan yang sesuai berdasarkan kategori acara
yang disertai jika perkara ini tidak diberi perhatian serius.
Tanpa pengetahuan dan tabiat pemakanan yang betul, atlet akan
terdedah kepada masalah penyalahgunaan dadah dalam sukan. Mereka pastinya
mudah terpengaruh dengan sesetengah atlet yang mengamalkan pengambilan
kapsul tambahan yang mungkin mengandungi dadah rangsangan yang
diharamkan dalam sukan. Ini tentunya memberi kesan negatif kepada karier
sukan mereka pada masa hadapan. Oleh itu, adalah diharapkan atlet lebih
mempercayai dan mengambil berat terhadap jadual dan program pemakanan
yang disediakan oleh pihak pengurusan.
14
Kos yang tinggi diperlukan untuk melatih dan membentuk seseorang
atlet yang berjaya. Sejak pembabitan awal atlet tersebut, segala kos berkaitan
keperluan latihan dan kebajikan diperuntukkan kepada mereka. Malangnya
disebabkan ketidakprihatinan atlet terhadap amalan pemakanan yang betul
semasa menyertai sesuatu pertandingan, maka timbullah isu seperti atlet
dilarang atau digantung daripada mengambil bahagian dalam acara-acara yang
dipertandingkan. Isu-isu lain termasuklah masalah berkurang atau
bertambahnya berat badan atlet dalam acara-acara yang melibatkan timbangan
berat badan dan ujian air kencing positif mengandungi dadah atau steroid
termasuklah penggunaan hormon-hormon untuk membina otot dalam acara
tertentu. Apabila keadaan ini berlaku, selain negara yang menanggung keaiban,
kos yang diperuntukkan kepada atlet berkenaan akan menjadi sia-sia.
Bagi sesetengah atlet pula, mereka berpendapat bahawa pengetahuan
mengenai pemakanan bukanlah sesuatu yang penting kerana mereka
beranggapan perkara tersebut menjadi tanggungjawab jurulatih atau pihak
pengurusan yang terlibat. Tanggapan tersebut adalah tidak benar sama sekali
kerana dalam era sukan moden masa kini, kesedaran diri sendiri berhubung
tahap latihan dan pemakanan mesti diketahui oleh atlet. Ini amatlah penting
apabila atlet menyertai sesuatu pertandingan pada tahap tertinggi. Adalah
diharapkan melalui kajian seperti ini akan memberikan input berguna kepada
atlet berhubung keperluan guna tenaga melalui pemakanan yang diambil.
Mereka seterusnya berupaya menilai dan membuat penelitian terhadap amalan
15
pemakanan yang betul dan seterusnya mempraktikkan dalam latihan dan
kehidupan seharian.
1.3 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan pemakanan di kalangan atlet olahraga
lelaki dan wanita di sekolah projek sukan olahraga Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur.
2. Meninjau diet pemakanan di kalangan atlet olahraga lelaki dan wanita di
sekolah projek olahraga Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
3. Mengenalpasti sumber maklumat berkenaan pemakanan di kalangan
atlet olahraga lelaki dan wanita di sekolah projek olahraga Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan, kajian ini akan cuba mendapatkan
jawapan kepada soalan-soalan berikut :
1. Adakah atlet olahraga di sekolah projek sukan Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur mempunyai pengetahuan tinggi mengenai pemakanan?
2. Adakah atlet mengamalkan diet pemakanan yang sihat dalam kehidupan
seharian?
16
3. Daripada manakah atlet-atlet tersebut mendapat maklumat berkaitan
pemakanan?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian yang akan dijalankan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan
diet pemakanan di kalangan atlet olahraga di sekolah projek sukan Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur dan dianggap sebagai sains kesihatan yang penting
untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian atlet dalam pertandingan. Ia
merupakan satu faktor penting untuk atlet meningkatkan kecemerlangan
pencapaian di sepanjang penglibatan mereka.
Adalah amat penting bagi para atlet, jurulatih mahupun pengurus
pasukan, mengetahuai kepentingan amalan pemakanan di dalam sukan
khususnya kepada para atlet olahraga. Pengetahuan yang cetek akan
memberikan impak yang besar terhadap prestasi atlet. Selain daripada faktor
latihan dan genetik, aspek pemakanan juga amat penting di dalam
menyumbangkan kejayaan dan kecemerlangan prestasi atlet di dalam era
persaingan sukan yang sungguh kompleks di alaf baru ini. Justeru, kajian
berbentuk tinjauan ini dapat memberi manfaat dan sebagai garis panduan
kepada para atlet untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang, lengkap dan
bersistematik dalam diet hariannya terutama semasa latihan atau pertandingan.
17
Para jurulatih sukan olahraga mahupun pengurus perlulah peka bagi
mengenalpasti tahap pengetahuan pemakanan dalam sukan dikalangan atlet
didikannya dan mampu merencana program pemakanan di dalam sukan yang
sesuai dan relevan untuk atlet tersebut. Harapan untuk mengharumkan nama
sekolah, daerah, negeri mahupun negara dalam olahraga akan terlaksana apabila
program pemakanan yang dijalankan kepada para atlet dapat di jalankan dengan
berkesan dan terancang. Penyelidik menjalankan kajian ini untuk meninjau
sama ada aspek pemakanan di kalangan atlet olahaga di peringkat sekolah
menengah di daerah yang dikaji, khususnya atlet olaharaga remaja sekitar umur
15 hingga 18 tahun dapat difahami dengan jelas dari segi konsep dan amalan
pemakanan terutamanya aspek pemakanan di dalam bidang sukan. Penyelidik
juga ingin mendapatkan gambaran yang jelas sejauh mana peka dan prihatinnya
program pemakanan ini diterapkan kepada kumpulan atlet olahraga di peringkat
sekolah menengah dalam membantu mereka meningkatkan prestasi dalam
sukan yang diceburi.
Oleh itu hasil daripada tinjauan nanti akan dapat memberi gambaran
sejauh manakah pengetahuan dan diet pemakanan atlet untuk meningkatkan
pencapaian mereka. Atlet juga diharapkan akan memastikan pengambilan
makanan berdasarkan jadual pemakanan yang disediakan oleh pihak
pengurusan.
Kepada jurulatih, diharapkan mereka akan dapat mengaplikasikan ilmu
pengetahuan berkaitan prinsip-prinsip, tabiat dan amalan pemakanan atlet
18
sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Dengan itu, semasa sesi latihan dan
pertandingan, jurulatih akan memperingatkan dan memberi kesedaran kepada
atlet berhubung kepentingan perkara tersebut.
Kepada pihak pengurusan pasukan pula, selain menyediakan jadual
atau program makanan yang bersesuaian dengan keperluan atlet sebelum,
semasa dan selepas pertandingan, panduan pemakanan yang bersesuaian dan
terkini perlu diberikan kepada atlet.
1.6 Definisi Operasi
Keperluan diet harian merujuk kepada jenis-jenis makanan yang lazimnya di
makan dan pilihan jenis-jenis makanan atlet olahraga di sekolah projek Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur dengan menggunakan alat ukur Foodwise.
1.7 Definisi Terminologi
1.7.1 Kajian
Di dalam kajian ini, tinjauan dibuat berdasarkan keputusan atau maklumbalas
yang diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik.
19
1.7.2 Pemakanan
Pemakanan merupakan bidang sains pemakanan yang berkait rapat dengan
kajian di dalam menyediakan sesuatu organisma dengan makanan yang cukup
supaya organisma tersebut dapat membesar, membiak dan implikasinya
terhadap aspek psikologi, biokimia, fisiologi dan sosial. (Hikerson & Wolinsky,
2001)
1.7.3 Pemakanan Sukan
Penggunaan strategi makanan untuk memajukan kesihatan yang baik dan
penyesuaian kepada latihan, proses pemulihan yang cepat selepas menjalani sesi
latihan, dan prestasi yang dipersembahkan secara optimum semasa
pertandingan. (Louise Burke, 1992).
1.7.4 Pengetahuan Pemakanan
Kemampuan kognitif untuk mengetahui sumber makronutrien dan mikronutrien
yang penting untuk pembinaan tenaga bagi menghasilkan prestasi yang
optimum dan membentuk kesihatan dan gaya hidup yang sihat.
1.7.5 Diet Pemakanan
Pengambilan diet harian yang diamalkan oleh seseorang atlet yang berbentuk
makanan atau minuman yang mengandungi sumber makronutrien dan
mikronutrien yang penting bagi menghasilkan sumber tenaga yang optimum.
Pengambilan makanan berdasarkan saranan yang telah ditetapkan untuk atlet
tertentu dalam sukan.
20
1.7.6 Atlet
Orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan, individu-individu yang
terdiri daripada ahli sukan, olahragawan dan olahragawati mewakili sekolah
dalam sukan di dalam pertandingan atau kejohanan tertentu. (Kamus Dewan,
1993).
1.7.7 Sekolah Projek
Sekolah yang mengandungi aras pembelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, dan 6. Sekolah
projek ini menempatkan semua atlet setiap zon yang berpotensi untuk dilatih
menjadi atlet peringkat negeri, seterusnya ke peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
1.7.8 Olahraga
Salah satu sukan yang memerlukan kekuatan dan kelajuan (berlari, melompat
dan lain - lain), latihan gerak badan, sport yang mengandungi pelbagai acara
yang dikategorikan iaitu terdiri daripada acara padang dan acara balapan. Acara
balapan merangkumi semua acara larian jarak dekat, jarak sederhana dan jarak
jauh. Manakala acara padang merujuk kepada semua acara lompatan dan
balingan.(Kamus Dewan, 1993)
21
1.8 Rumusan.
Aspek pemakanan dalam sukan amat penting dan perlu diberi perhatian serius
untuk diamalkan dalam sukan agar prestasi sukan lebih cemerlang, dan
meningkat maju. Fenomena atlet dan jurulatih tiada atau kurang pengetahuan
yang mendalam mengenai pemakanan untuk diaplikasikan di dalam sukan yang
diceburi amat membimbangkan dewasa ini. Ini dapat diperjelaskan lagi iaitu
keperluan nutrien lebih tertumpu kepada wanita dan lelaki muda yang terlibat
dalam latihan fizikal dengan giat terutamanya dalam olahraga. Kebanyakan atlet
kurang berpengetahuan dalam aspek pemakanan dan kandungan nutrien dalam
pemakanan.
Tanpa pengetahuan dan tabiat pemakanan yang betul, atlet akan
terdedah kepada masalah penyalahgunaan bahan terlarang dalam sukan. Mereka
pastinya mudah terpengaruh dengan sesetengah atlet yang mengamalkan
pengambilan makanan tambahan berbentuk kapsul tambahan yang mungkin
mengandungi dadah rangsangan yang diharamkan dalam sukan. Ini tentunya
memberi kesan negatif kepada karier sukan mereka pada masa hadapan. Oleh
itu, adalah diharapkan atlet lebih mempercayai dan mengambil berat terhadap
jadual dan program pemakanan yang disediakan oleh pihak pengurusan.
Justeru itu kajian ini diharapkan dapat membantu atlet tentang
kepentingan mereka mengetahui serta mengamalkan pengambilan diet makanan
yang betul dan bertepatan dengan sukan yang diceburi. Di harapkan dapatan
22
kajian ini boleh membantu mereka yang terlibat dalam sukan untuk merangka
program supaya kejayaan atlet lebih menyerlah di peringkat negeri dan
diketengahkan pada peringkat kebangsaan. Tidak hairanlah mengapa atlet kita
masih berada ditahap lama dan gagal mencapai sasaran kejayaan kerana ada
faktor lain yang membantutkan persembahan mereka.
Atlet kita sering dikecam kerana gagal mencapai sebarang kejayaan
walaupun sejumlah besar perbelanjaan dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Program pembangunan atlet perlu penekanan terhadap pemakanan disamping
corak latihan terkini dengan dibimbing oleh jurulatih yang berkaliber. Oleh itu
aspek diet pemakanan seimbang perlu ditekankan oleh jurulatih kepada atlet
jika inginkan kejayaan yang cemerlang. Kejayaan tidak dapat dicapai tanpa
usaha dan perancangan yang menyeluruh daripada segenap segi.
23
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan.
Dalam melengkapkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah membuat rujukan
untuk mendapatkan bahan berkaitan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh
penyelidik yang lepas berkaitan permasalahan yang dikaji. Hasil dapatan
daripada kajian lepas telah memberi maklumat tambahan kepada pengkaji untuk
meneliti dan cuba mendapatkan gambaran yang sebenar selaras dengan objektif
kajian.
Menurut Mohd Majid ( 2000 ), beberapa peranan boleh dimainkan oleh
dapatan yang berkaitan di dalam sesuatu penyelidikan. Maklumat yang
diperolehi daripada kajian yang berkaitan membolehkan penyelidik menjelas
24
dan menerangkan latar belakang sesuatu masalah. Penyelidik boleh
mengenalpasti sejauh mana sesuatu kajian telah dijalankan dan berapa banyak
masalah yang wujud dikaji dan diselesaikan.
Aspek pemakanan merupakan salah satu penyumbang terpenting
terhadap pencapaian prestasi tinggi seseorang atlit. Namun begitu banyak kajian
menunjukkan bahawa ramai atlet dan para jurulatih mempunyai tanggapan yang
kurang tepat terhadap peranan aspek pemakanan di dalam bidang sukan
(Cherry, 1987). Prestasi yang baik dan optimum hanya boleh dicapai melalui
program latihan dan amalan pemakanan yang berkualiti, sistematik dan
tersusun. Justeru, atlet dan jurulatih perlu mempunyai maklumat dan
pengetahuan yang tinggi dan terkini dalam aspek pemakanan sukan bagi
menyediakan atlet yang berkualiti dan profesional. Kajian yang dilakukan oleh
Shoaf ( 1986 ) ke atas sekumpulan atlet lelaki di sebuah institusi pendidikan
awam di Tennesse mendapati 85% atlet kolej tersebut yang mengamalkan diet
pemakanan seimbang berjaya meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, jurulatih serta pakar pemakanan merupakan sumber
rujukan yang penting kepada atlet bagi memperoleh maklumat mengenai
pemakanan sukan.
Pelan pemakanan yang munasabah akan memastikan kejayaan dalam
latihan dan pertandingan, setimpal dengan komitmen dalam latihan yang
ditunjukkan. Selain daripada faktor genetik dan latihan, tabiat pemakanan atlet
juga turut mempengaruhi prestasi mereka. Justeru, amatlah penting bidang
25
kajian pemakanan dan amalan pemakanan ini dijadikan sebagai aset utama
dalam menyediakan atlet yang mempunyai prestasi yang cemerlang. Tidak
mengamalkan pemakanan dalam sukan khususnya di peringkat sekolah lagi
menjadi faktor kebanyakan atlet remaja kita tidak dapat pergi jauh atau tidak
berupaya untuk memberikan saingan yang begitu hebat apabila bertanding di
peringkat yang lebih tinggi.
Keadaan sedemikian sering berlaku disebabkan walaupun mereka
menjalani latihan yang begitu intensif, tetapi sumber tenaga yang betul untuk
bertindak balas dalam fisiologi tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Dalam persaingan dunia sukan yang semakin kompleks, seseorang ahli sukan
tidak boleh bergantung semata-mata kepada bakat untuk mencipta
kecemerlangan. Pengetahuan pemakanan yang dijadikan amalan akan lebih
membantu seseorang atlet itu melakukan sesuatu aktiviti fizikal khususnya
dalam sukan yang diceburi dengan lebih efisyen dan dapat menandingi saingan
yang lebih hebat.
Aspek pemakanan amat penting dan perlu diberi perhatian serius untuk
diamalkan dalam sukan agar prestasi sukan lebih cemerlang, dan meningkat
maju. Situasi dimana atlet dan jurulatih tiada atau kurang pengetahuan yang
mendalam mengenai pemakanan untuk diaplikasikan di dalam sukan yang
diceburi amat membimbangkan dewasa ini. Ini dapat diperjelaskan lagi iaitu
keperluan nutrien lebih tertumpu kepada wanita dan lelaki muda yang terlibat
dalam latihan fizikal dengan giat terutamanya dalam olahraga. Kebanyakan atlet
26
lelaki dan wanita kurang berpengetahuan dalam aspek pemakanan dan
kandungan nutrien dalam pemakanan.
Hasil dapatan daripada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji
pengkaji terdahulu, menunjukkan bahawa kepentingan pemakanan tidak diberi
penekanan oleh atlet dan jurulatih yang terlibat dalam sukan. Mereka hanya
menumpukan kepada tahap prestasi atlet dengan kerahan tenaga terhadap
latihan keras sebelum pertandingan. Jika aspek latihan pemakanan yang
sempurna tidak diberi perhatian, berkemungkinan sebahagian besar objektif
latihan mungkin tidak akan tercapai. Sebaliknya, dalam keadaan tertentu
masalah pengambilan diet pemakanan dan kekurangan pemakanan yang
seimbang secara langsungnya akan merencatkan prestasi latihan.
27
2.2 Kerangka Konseptual.
Pemakanan Sukan
Olahraga
Umur
Amalan Pemakanan Sumber Maklumat Pengetahuan Pemakanan
Sek. Men. Seri Sentosa
Sek. Men. Raja Abdullah
Sek. Men. Tinggi Setapak, K.L
Kesan Peningkatan Prestasi
Latar belakang responden dan sumber perolehi maklumat.
Amalan Pemakanan
Instrumen Kajian Soal Selidik
Pengetahuan Pemakanan
Sukan
28
2.3 Kajian Kajian Lepas.
Kajian saintifik awal mengenai pemakanan atlet telah dilaporkan oleh Noakes
(1991). Beliau telah menjalankan kajian pemakanan ke atas 108 peserta Olimpik
Irish dan melaporkan makanan para atlet mengandungi terlalu banyak lemak
iaitu 40%, mengandungi protein dengan 15%, dan terlalu sedikit karbohidrat
sebanyak 45%. Begitu juga dengan pengambilan zat besi yang tidak mencukupi.
Menurut beliau, pemakanan atlet yang optimum terutama bagi atlet daya tahan
seharusnya mengandungi kira-kira 70% karbohidrat, dengan 15% lemak serta
pengambilan protein sebanyak 15%. Pengambilan vitamin dan asid nikotin
adalah sub-optima atau sebagai bahan sampingan kepada atlet.
Menurut Anderson & Palombo (1998), menyatakan kebanyakan atlet
olahraga didapati mempunyai pengetahuan umum yang baik dalam prinsip asas
pemakanan. Walau bagaimanapun mereka ini masih cetek berkenaan
penambahan karbohidrat dalam pemakanan. Mereka kurang pengetahuan
mengenai penggunaan tenaga yang ideal dalam makanan yang mengandungi
karbohidrat, protein dan juga lemak. Kebanyakan atlet dalam acara larian atau
balapan masih menganggap bahawa protein merupakan sumber tenaga penting
apabila simpanan glikogen rendah. Mereka percaya bahawa makanan tidak
mengandungi protein yang mencukupi untuk sesuatu latihan yang berintensiti
tinggi dan pengambilan protein tambahan adalah penting.
29
Kajian yang dilakukan oleh Bedgood & Tuck (2000), yang menguji
pengetahuan pemakanan di kalangan 152 orang jurulatih sekolah tinggi di Texas
mendapati 66 % daripada mereka memperolehi pengetahuan pemakanan dari
jurnal yang professional, 52% daripada majalah dan surat khabar serta 36%
peratus daripada media, radio dan televisyen. Hasil kajian mereka juga
menunjukkan bahawa sebanyak 92% daripada jurulatih tersebut bersetuju
mereka perlu mengambil tindakan tegas dalam memberi nasihat dan panduan
kepada atlet berhubung dengan soal amalan pemakanan. Mereka juga bersetuju
bahawa kursus asas tentang pemakanan harus diberi kepada jurulatih dan atlet
untuk membolehkan mereka melatih atlet dengan lebih berkesan.
Kajian Fallowfield, William & Singh (1995), mengenai saranan kepada
amalan pemakanan atlet, penekanan diberikan kepada peraturan pengambilan
karbohidrat, protein dan lemak. Secara umumnya adalah didapati bahawa untuk
latihan yang berat (berintensiti tinggi) terdapat peningkatan dari segi keperluan
zat-zat makanan yang perlu diambil. Dalam mengekalkan prestasi, tenaga utama
perlu diperolehi dari sumber karbohidrat dan lemak. Walau bagaimanapun
pengambilan yang berlebihan (lebih 35 %) tidak disarankan kepada atlet kerana
ia berkemungkinan besar akan mengurangkan keupayaan daya tahan.
Wee Eng Hoe (2001), menyatakan bahawa dalam bidang sukan,
pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan
pemakanan. Faktor genetik tidak boleh diubah tetapi faktor latihan dan faktor
pemakanan boleh diubah. Faktor latihan pada amnya ditangani oleh jurulatih
30
dengan baik dan berkesan, tetapi faktor pemakanan lazimnya tidak diberikan
perhatian yang sewajarnya dalam persiapan latihan atlet. Tambah beliau lagi,
walaupun pemakanan sebelum sukan utama penting, sebenarnya pemakanan
semasa latihan dijalankan memainkan peranan yang lebih penting dalam
pencapaian sukan atlet. Latihan sukan harian menuntut keperluan pemakanan
khas bagi seseorang atlet. Keperluan khas ini wujud untuk semua peringkat
latihan sukan. Pulangan latihan yang maksimum akan dicapai sekiranya
keperluan makanan dipatuhi. Tanpa latihan pemakanan yang optimum,
sebahagian besar objektif latihan mungkin tidak akan tercapai. Sebaliknya,
dalam kes-kes tertentu masalah pemakanan dan kekurangan pemakanan secara
langsungnya mencacatkan prestasi latihan.
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Perron & Endres (1985), yang
telah menjalankan ujian ingat kembali 24 jam dan rekod makanan 48 jam ke
atas 31 orang pemain bola tampar wanita yang sedang menuntut di sekolah
tinggi di Amerika Syarikat. Berdasarkan kajian ini didapati 42 % daripada atlet
wanita ini berjaya menjawab soalan mengenai pengetahuan am pemakanan
dengan betul. Ini menunjukkan masih ramai atlet yang mempunyai pengetahuan
pemakanan di dalam sukan yang rendah. Oleh itu atlet perlu diberi maklumat
serta pengetahuan yang lengkap dan terkini mengenai aspek pemakanan di
dalam sukan kerana aspek ini merupakan antara faktor utama peningkatan
prestasi sukan atlet.
31
Kepentingan pemakanan ke atas pencapaian atlet mungkin juga
bergantung kepada pelbagai faktor termasuk jantina, umur, berat badan, jenis
latihan, makanan yang dimakan, gaya hidup, alam sekeliling, dan jenis sukan
yang terlibat. Sebagai contoh keperluan nutrien bagi seseorang pelari maraton
ialah ia memerlukan tenaga yang berlebihan jika dibandingkan dengan pemain
golf atau pemain baseball berdasarkan latihan dan pertandingan yang berbeza.
Keadaan ini diperkukuhkan lagi oleh William (2002), dalam kajiannya
menyatakan bahawa seseorang atlet harus mengetahui jenis makanan yang
membekalkan tenaga supaya dapat mencapai kecemerlangan yang baik dalam
bidang sukan yang diceburi. Bagi meluaskan lagi pengetahuan dari aspek
pengetahuan pemakanan di kalangan para atlet, peranan pakar pemakanan,
jurulatih serta pengurus adalah penting di dalam mengatasi masalah pemakanan
ini. Oleh itu, atlet yang terlibat di dalam bidang berkenaan bukan sahaja boleh
mencapai kemenangan dalam pertandingan yang disertai malah, mampu
mengekalkan tahap kesihatan dan keperluan fisiologi yang optimum.
Bagi Wee Eng Hoe (2001), pula menyatakan bahawa makanan
karbohidrat memainkan peranan yang penting dalam prestasi sukan. Sumber
kritikal bahan bakar karbohidrat datang daripada simpanan di dalam bentuk
glukosa darah dan glikogen yang di dalam hati dan otot. Walau bagaimanapun
simpanan tersebut hanya cukup untuk senaman 90 minit sahaja. Pengambilan
karbohidrat yang banyak membolehkan tahap glikogen dipulihkan dengan lebih
cepat. Pengambilan karbohidrat yang tinggi dan penggantian glikogen yang
32
sempurna dilakukan untuk membolehkan atlet melakukan latihan setiap hari
secara berterusan.
Rentetan daripada pernyataan beberapa ahli pengkaji, Douglas &
Douglas (2000), telah memperkukuhkan lagi bahawa karbohidrat merupakan
sumber tenaga utama kepada atlet olahraga. Ia mempunyai peranan yang
penting bagi mengawal kandungan glukos dalam darah untuk menggantikan
glikogen otot yang telah digunakan semasa sesuatu latihan atau pertandingan.
Douglas & Douglas telah menyarankan pengambilannya sekitar 6 hingga 10
g/kg daripada berat badan atlet. Pengambilan protein pula adalah bertujuan
untuk mengekalkan kandungan berat badan bagi atlet dengan dicadangkan
sekitar 1.2 hingga 1.4 g/kg daripada berat badan. Jumlah pengambilan lemak
bagi atlet adalah penting bagi membekalkan sumber tenaga untuk atlet olahraga.
Pendapat Douglas & Douglas itu mendapat sokongan daripada William
(2002), dengan menyatakan bahawa lemak membekalkan tenaga dalam bentuk
makanan yang penting kepada atlet seperti olahraga. Pengambilan lemak dalam
makanan lambat dicernakan dan dikeluarkan dari perut berbanding dengan
karbohidrat dan protein. Oleh itu, lemak akan memberikan rasa kenyang.
Kandungan lemak dalam membran sel mempengaruhi pengaliran cecair dalam
sel. Asid lemak yang sangat panjang dan tepu akan memberi kekuatan kepada
membran sel sementara asid lemak tak tepu akan meningkatkan kadar
pengaliran cecair dalam sel. Peningkatan kadar pengaliran dari melalui
33
membran sel akan memberi lebih tenaga kepada atlet bagi menjalani atau
melakukan sesuatu aktiviti dengan maksimum.
Seterusnya Murry dan Horswill (1998), menyatakan bahawa
pengambilan lemak sebanyak 35% daripada jumlah keseluruhan kalori harian
disarankan kepada atlet kerana ia berkemungkinan mengurangkan keupayaan
daya tahan kardiovaskular. Pengambilan tenaga bergantung kepada banyaknya
makanan pemberi tenaga seperti karbohidrat, lemak dan protein yang dimakan
dan jumlah tenaga yang diperlukan untuk aktiviti fizikal. Penggunaan tenaga
tidak seimbang kurang atau lebih 3500 kcal dalam seminggu biasanya akan
menyebabkan penurunan atau penambahan satu paun berat badan. Burke (1992)
pula menyatakan bahawa keperluan protein oleh para atlet telah dibahaskan
iaitu atlet sukan dalam kategori kekuatan didapati melakukan pengambilan
protein dalam jumlah yang banyak untuk pembesaran otot. Bagi atlet sukan
kategori daya tahan pula memerlukan pengambilan karbohidrat yang banyak
tetapi mereka mengurangkan pengambilan protein . Keputusan yang diperolehi
menunjukkan permintaan protein bertambah dengan peningkatan aktiviti
latihan. Justeru, para atlet dinasihatkan supaya mengelakkan pengambilan
protein tambahan. Protein yang telah digunakan untuk aktiviti fizikal haruslah
digantikan melalui pengambilan makanan yang mengandungi protein.
Jacqueline & Suzanne (1999), dalam kajiannya menyatakan bahawa
pemeliharaan imbangan cecair dalam tubuh adalah amat penting ketika
melakukan aktiviti fizikal yang maksimum. Perpeluhan semasa menjalani
34
latihan adalah satu mekanisma yang menunjukkan bahawa intensiti atau
jangkamasa latihan semakin meningkat terutamanya dalam keadaan sekeliling
yang panas. Keadaan yang lebih teruk boleh berlaku bila dehidrasi boleh
mempercepatkan kepanasan dan keletihan malah boleh menyebabkan
berlakunya kematian.
Sugiura, Suzuki & Kobayaki (1999), telah menjalankan kajian terhadap
64 orang atlet elit Jepun di dalam acara balapan dan padang yang bertanding di
dalam kejohanan olahraga Asia di Hiroshima, Jepun pada tahun 1994. Hasil
kajian didapati 63 peratus daripada atlet yang menjawab soalan-soalan
mengenai pengetahuan am pemakanan dengan betul. Ini adalah kerana
kebanyakan atlet diberi pendedahan tentang pemakanan ketika sesi kaunseling
yang berpandukan kepada Japanese Recommended Dietary Allowances (JRDA)
bagi mengoptimumkan pengambilan zat-zat penting di dalam pemakanan ini
dikalangan atlet-atlet olahraga negara Jepun telah memberi implikasi yang
penting kepada pasukan mereka kerana berjaya meningkatkan kedudukan pingat
daripada tempat keempat di kejohanan yang lalu kepada tempat kedua pada
kejohanan ini.
Menurut Noakes (1991), terdapat tiga peraturan asas pemakanan.
Pertama, badan kita memerlukan nutrien penting iaitu karbohidrat, protein dan
lemak sebagai pembekal tenaga yang utama kepada tubuh badan seseorang atlet.
Kedua, nutrien tersebut terkandung dalam empat kumpulan makanan iaitu
kumpulan daging dan ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, susu dan hasil
35
tenusu dan kumpulan roti. Ketiga, nisbah makanan tersebut untuk satu hari bagi
daging dan ikan ialah 2 hidangan, susu dan hasil tenusu 2 hidangan, roti dan
bijirin 4 hidangan serta sayur-sayuran dan buah-buahan 4 hidangan.
Menurut Manore et.al (2000), aktiviti fizikal, prestasi atlet dan
pemulihan daripada latihan dapat dipertingkatkan melalui pemakanan yang
optimum. Pemilihan makanan dan bendalir atau elektrolit yang sesuai perlu
dirancang dalam setiap pengambilan makanan atlet olahraga sebelum, semasa
dan selepas sesuatu latihan atau pertandingan. Jumlah pengambilan makanan
mestilah berdasarkan jumlah guna tenaga seseorang atlet berdasarkan bidang
sukan yang diceburinya atau faktor jantina serta usia. Ini membuktikan jumlah
pengambilan makanan seseorang atlet adalah berbeza kerana ia bergantung
kepada sesuatu acara sukan yang diceburinya seperti pelari jarak dekat,
sederhana atau jarak jauh selain faktor jantina dan usia.
Bagi Bar (1986) pula telah melaporkan dalam kajiannya terhadap atlet
maraton dan atlet kecergasan wanita di Kanada menunjukkan secara
keseluruhannya atlet maraton mempunyai tahap pengetahuan pemakanan yang
lebih tinggi iaitu 50 % berbanding dengan atlet kecergasan 45 %. Didalam
bidang pengetahuan am tentang pemakanan, atlet maraton dilaporkan turut
mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi iaitu 60 % berbanding 45 % di
antara atlet kelas kecergasan. Manakala dari segi pengetahuan dalam
pemakanan dan perkaitannya dengan aktiviti fizikal, atlet maraton lebih peka
dan prihatin iaitu 50 % berbanding atlet kelas kecergasan berjumlah 30%
36
sahaja. Keadaan ini disebabkan oleh pelari maraton lebih mementingkan aspek
pemakanan di dalam sukan berbanding atlet kecergasan wanita. Mereka juga
menganggap bahawa aspek pemakanan amatlah penting untuk mereka bagi
membekalkan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi dalam acara daya tahan atau
endurance. Berikutan beberapa kenyataan dan kajian yang telah dijalankan
terhadap kepentingan pemakanan dalam sukan untuk meningkatkan prestasi
atlet dan kurangnya pengetahuan tentang pengambilan nutrien ideal dalam diet
harian untuk tenaga, beberapa orang pengkaji juga turut memperjelaskan
kepentingan setiap kelas makanan yang perlu diambil oleh atlet dalam
menyempurnakan diri sebagai atlet yang berjaya.
Rontoyannis, Skoulis & Pavlon yang disebut dalam Eden & Abernethy
(1998), melaporkan bahawa atlet yang menjuarai acara 1,500 km mengambil
500 mg vitamin C dan pil protein dua kali sehari. Purata pengambilan tenaga
atlet ini adalah sebanyak 43,370kj (10,330kcal) sehari dengan 97% daripada
karbohidrat, lemak 35% dan protein 18%. Walau bagaimanapun ia
mencadangkan atlet yang mengambil jumlah yang besar daripada pelbagai jenis
makanan adalah tidak perlu menggunakan nutrien tambahan seperti vitamin atau
garam mineral.
Menurut Katch & Mc Ardle (1993), pengambilan cecair semasa
pertandingan disarankan sebanyak 150 mililiter setiap 15 minit ketika
pertandingan. Minuman tenaga berkarbonat amat digalakkan bagi membekalkan
tenaga dalam simpanan glikogen otot. Dalam keadaan cuaca yang panas
37
terutamanya dehidrasi kerap berlaku yang membawa kepada keletihan. Oleh
yang demikian sebelum tahap penyimpanan karbohidrat menurun, bagi
sesetengah atlet sukan penambahan air dalam tubuh diambil dengan
menggunakan cecair polymer glukose. Pengambilan cecair dan pencegahan
dehidrasi dalam aktiviti fizikal khususnya dalam acara olahraga amatlah penting
sekali. Kekurangan pengambilan cecair dan pemakanan merupakan antara
faktor-faktor yang boleh mengurangkan serta mengganggu prestasi sukan atlet.
Kesan kekurangan pengambilan cecair adalah lebih cepat dirasai dan
mendatangkan risiko yang lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan kesan
kekurangan pemakanan. Walau apapun kedua-duanya amat penting dan perlu
diseimbangkan.
Menurut Burke (1992), atlet yang menggunakan kekuatan dan
ketangkasan memerlukan lebih banyak sumber karbohidrat berbanding atlet
bina badan yang lebih banyak mengambil protein bagi membina dan
membesarkan tisu otot. Pengambilan karbohidrat bagi atlet remaja lelaki pula
lebih banyak berbanding atlet yang telah melepasi umur 30 tahun. Pengetahuan
yang spesifik terhadap pengambilan makanan yang bersesuaian dengan sesuatu
acara yang diceburi akan membolehkan seseorang atlet meningkatkan jumlah
penggunaan tenaga ke tahap maksimum dan seterusnya mencapai prestasi yang
cemerlang.
Harrison dan rakan-rakan (1991), menyatakan bahawa kajian lampau
tidak menunjukkan dengan jelas sama ada peringkat latihan atau status
38
pertandingan memberi kesan ke atas tabiat pemakanan dan pengetahuan
pemakanan di kalangan atlet. Mereka mungkin membuat jangkaan bahawa
dengan peningkatan penggunaan masa latihan atau peningkatan motivasi untuk
kemenangan akan mendorong atlet untuk cuba mengetahui dengan lebih
mendalam tentang pemakanan dan amalannya. Pengetahuan dan amalan
pemakanan yang betul merupakan faktor penting untuk atlet tersebut mencapai
prestasi optimum.
Menurut Anderson dan Palombo (1998), kebanyakan atlet olahraga
didapati mempunyai pengetahuan umum yang baik dalam prinsip asas
pemakanan. Akan tetapi, mereka mempunyai pengetahuan yang cetek berkaitan
keperluan penambahan karbohidrat. Mereka kekurangan pengetahuan tentang
nisbah tenaga yang ideal dalam makanan yang mengandungi karbohidrat,
protein dan lemak. Di kalangan atlet atau pelari masih menganggap protein
merupakan sumber tenaga penting apabila simpanan glikogen rendah berlaku.
Mereka menegaskan perlunya atlet mengambil makanan yang mengandungi
protein yang mencukupi untuk sesuatu latihan yang berintensiti tinggi.
Sekiranya pengambilan protein tersebut masih tidak mencukupi, pengambilan
supplemen protein oleh atlet berkenaan perlu dilakukan.
Hamilton et.al (1994), telah membuat kajian ke atas 90 orang atlet elit
jarak sederhana. Subjek kajian diperoleh daripada senarai yang dibekalkan oleh
New Zealand Amateur Athletic Association (NAAA). Atlet-atlet elit ini
merupakan atlet yang dipilih untuk pasukan senior dan mengambil bahagian
39
dalam pertandingan olahraga kebangsaan New Zealand 1988. Kesemua atlet
tersebut telah diberikan borang soal selidik yang mengandungi lima bahagian
iaitu maklumat umum (seperti jantina, umur dan status ekonomi), pengetahuan
pemakanan secara umum, pengetahuan pemakanan dalam sukan, sumber
mengenai pemakanan dan amalan pemakanan.
Sumber maklumat yang paling kerap digunakan bagi mendapatkan
maklumat berkaitan pemakanan datangnya daripada jurulatih iaitu sebanyak
(47%), majalah (45%), doktor (45%), buku (28%), dan rakan sebaya atau atlet
lain sebanyak (28%). Menurut Hamilton et.al (1994), atlet yang menggunakan
majalah sebagai sumber maklumat mempunyai skor yang tinggi dalam
pengetahuan am dan pemakanan dalam sukan. Begitu juga dengan atlet yang
menggunakan buku dan akhbar sebagai sumber rujukan. Bagi atlet yang
merujuk kepada jurulatih dan ibu bapa, mereka didapati mempunyai skor yang
rendah untuk pengetahuan am tentang pemakanan. Walau bagaimanapun, kajian
menunjukkan bahawa jurulatih merupakan sumber maklumat paling penting
untuk atlet di mana mereka yang bertanggungjawab memberi maklumat tentang
pemakanan dan memberi panduan diet kepada atlet mereka. Maka jurulatih
memainkan peranan yang penting dalam pendidikan pemakanan untuk atlet.
Suriah et. al (1998), telah menyatakan dengan lengkap berkaitan kaedah
pemakanan khusus untuk atlet yang perlu diamalkan sebelum, semasa dan
selepas pertandingan yang disertai. Pada masa dua hingga tiga hari sebelum
pertandingan, setiap kali selepas latihan dijalankan atlet perlulah makan
40
makanan yang mengandungi rendah kandungan lemak, dan tinggi kandungan
karbohidrat. Mereka juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan
makanan masin untuk mengelakkan ketidakseimbangan bendalir dan perubahan
berat badan. Atlet itu juga perlu minum lapan gelas atau lebih bendalir. Ini
termasuklah air dan jus. Atlet juga dilarang mengambil kafien seperti kopi, teh,
kola, koko, ubat yang mengandungi kafien, alkohol atau ubat diuretik. Minum
minuman yang serupa, cuma kurangkan makanan yang berbentuk pepejal pada
hari tersebut dan dapatkan nisbah kalori yang lebih daripada jus dan minuman
manis yang lain.
Menurut Burke (1992), selain karbohidrat, pengambilan makanan
daripada sumber protein akan meningkat seiring dengan peningkatan intensiti
sesuatu latihan. Oleh itu, kebanyakan atlet mengambil protein untuk
menggantikan kandungan protein yang telah digunakan semasa sesuatu latihan
atau pertandingan. Amalan ini perlu dielakkan kerana ia akan mendatangkan
kesan sampingan kepada keseimbangan kandungan protein dalam tubuh badan
atlet. Adalah digalakkan seseorang atlet mengambil protein daripada sumber
makanan dan bukannya daripada protein tambahan berbentuk kapsul atau
cecair. Jika kandungan protein dalam badan seseorang atlet tidak seimbang, ia
akan menyebabkan seseorang atlet itu tidak mampu mengoptimumkan
penggunaan tenaga yang tersimpan dalam sel otot untuk melakukan aktiviti
berintensiti tinggi.
41
Menurut Williams (2002), lemak membekalkan bentuk tenaga makanan
yang paling penting dan utama kepada atlet olahraga. Lemak dalam diet lambat
dicernakan berbanding dengan karbohidrat dan protein. Lemak akan memberi
rasa kenyang yang berpanjangan. Hampir semua tisu boleh menggunakan asid
lemak untuk tenaga. Gliserol hanya boleh dioksidakan di dalam beberapa tisu,
dengan itu kebanyakannya dibawa ke hati di sini gliserol akan dioksidakan
untuk mendapat tenaga atau digunakan dalam sintesis trigliserida baru.
Peningkatan metabolisme lemak ini akan memberi lebih tenaga kepada atlet
bagi menjalani atau melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih maksimum.
Menurut Burke (1992), vitamin adalah satu kumpulan sebatian organik
yang penting untuk mengekalkan kesihatan badan. Ia terdapat dalam kuantiti
yang sedikit dalam makanan. Ia tidak menghasilkan tenaga tetapi kekurangan
vitamin akan menyebabkan penyakit defisiensi (penyakit kekurangan zat).
Apabila tahap vitamin turun kepada tahap yang rendah, ia akan melemahkan
metabolisme badan dan juga akan mempengaruhi prestasi sukan. Walau
bagaimanapun, jika vitamin sentiasa dibekalkan, maka metabolisme badan tidak
akan terganggu.
Menurut Thomson et.al (1999), kajian masih tidak dapat membuktikan
bahawa keperluan vitamin oleh para atlet adalah tinggi daripada tahap yang
disyorkan oleh (Recommended Dietary Intake) RDI. Biasanya atlet yang
mengalami masalah pengambilan vitamin merupakan atlet vegetarian dan atlet
yang rendah dalam pengambilan kalori. Air pula adalah mustahak untuk segala
42
proses tubuh badan. Tujuh puluh peratus daripada badan manusia adalah air. Air
penting untuk kerja-kerja penghadaman, mengawal kepekatan darah, mengawal
suhu badan, membawa dan membantu pembuangan bahan kumuh daripada
badan serta membantu memelihara kepekatan plasma darah.
Menurut Palombo dan Benardot (2000), air juga merupakan faktor
penting yang mempengaruhi prestasi sukan. Ramai di kalangan atlet tidak
menyedari bahawa mereka telah kehilangan air semasa bersukan. Seseorang
atlet boleh kehilangan air dari badan mereka sebanyak 2%-3% daripada berat
badan atau 1-2 liter per jam melalui perpeluhan. Ini bermakna atlet yang terlibat
dalam sebarang jenis sukan atau latihan yang berintensiti tinggi iaitu yang
melebihi 60 minit harus menjaga jumlah pengambilan air dengan betul.
Begitu juga dengan pendapat Mohd Nasir & Rokiah (2000) yang
menjelaskan bahawa untuk mengatasi masalah berlakunya kehadiran dehidrasi,
pengambilan air yang secukupnya amat perlu untuk mengurangkan risiko
hipertemia dan tekanan dalam sistem peredaran darah. Pencegahan awal adalah
satu langkah yang sangat penting dan berkesan untuk mengawal dehidrasi.
Kekerapan pengambilan air dingin dalam jumlah yang kecil iaitu 100 hingga
200 ml setiap satu minit semasa melakukan aktiviti fizikal adalah disarankan
bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi. Oleh itu secara keseluruhannya dengan
apa yang dapat diperjelaskan oleh Pate & Horn (1998), aspek terpenting dalam
pemakanan atlet adalah mengikut panduan asas untuk amalan pemakanan sihat.
43
Atlet harus mengetahui bahawa tiada sejenis makanan sahaja yang boleh
membantu dalam peningkatan prestasi atlet. Untuk menghasilkan data yang
lebih bermakna dan informatif, kajian masa depan ke atas amalan pemakanan di
kalangan atlet haruslah meliputi kaedah-kaedah yang lebih komprehensif dalam
penentuan pengambilan makanan, keperluan tenaga, status pemakanan dan
komposisi badan. Kaedah yang biasa digunakan untuk mengumpul dan menilai
data pemakanan adalah daripada catatan pengambilan makanan dalam seminggu
iaitu selama 7 hari, ingatan kembali dalam masa 24 jam, soal selidik tentang
kekerapan pengambilan makanan dan sejarah pemakanan.
Seterusnya Economos & Bortz (1993), menjelaskan bahawa persediaan
secara fizikal serta mental sebelum pertandingan, dan amalan pemakanan
merupakan dua faktor penting yang mempengaruhi pencapaian seseorang atlet.
Menurut mereka lagi, lebih banyak kajian formal diperlukan untuk
memperkembangkan program pendidikan pemakanan. Pengenalan kecergasan
fizikal dan pemakanan seimbang serta sistematik di kalangan atlet adalah
penting bagi peningkatan prestasi.
Massad, Shier, Koceja & Ellis (1995), telah membentuk satu skala untuk
mengukur pengetahuan dan pengambilan suplemen pada ahun 1993. Skala ini
adalah dalam bentuk soal selidik yang mengandungi data demografi, senarai 23
jenis suplemen dengan penunjuk kekerapan digunakannya, 21 item kuiz untuk
menguji pengetahuan tentang suplemen dan satu bahagian menunjukkan
penglibatan sukan serta sebab menggunakan atau tidak menggunakan suplemen.
44
Menurut mereka, atlet olahraga mengambil suplemen untuk tujuan ergogenik.
Keinginan untuk menang telah membawa kepada pengambilan produk-produk
suplemen yang mampu merangsang prestasi seperti vitamin, mineral, minuman
sukan dan serbuk protein. Hasil kajian lampau ke atas atlet - atlet remaja
menunjukkan lazimnya mereka mengambil suplemen vitamin dan mineral.
Mereka mengharapkan faedah hasil dari pengambilan dadah anarobik serta
pengambilan suplemen protein dalam usaha untuk meningkatkan prestasi.
Harrison et.al (1991), telah menggunakan kaedah soal selidik untuk
membuat kajian perbandingan terhadap pengetahuan pemakanan dan amalan
pemakanan ke atas 122 orang atlet elit dan bukan elit di New Zealand. Soal
selidik ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu biodata, soalan
pengetahuan latihan dan pemakanan serta bahagian amalan pemakanan. Mereka
melaporkan ramai atlet telah melahirkan rasa minat dalam aspek pemakanan.
Penekanan prinsip-prinsip pemakanan semasa latihan dan pertandingan didapati
dapat meningkatkan prestasi atlet. Dapatan kajian menunjukkan atlet balapan
dan padang didapati mempunyai pengetahuan pemakanan dan aktiviti fizikal
yang lebih baik berbanding atlet-atlet acara lain.
Benardot (2000), menyatakan kemajuan atlet adalah suatu proses yang
berlanjutan. Apabila atlet berlatih, ia akan membina sel-sel di samping
pengambilan makanan yang optima, mereka akan menjadi lebih sihat. Kadar
pemulihan pula akan menjadi lebih cepat dan rasa lemah-lemah badan
berkurangan. Latihan dan pemakanan yang sihat dapat membantu atlet
45
meningkatkan prestasi mereka dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam
sukan yang diceburi.
Menurut Byer (1995), jurulatih dan atlet khususnya memerlukan
pendidikan pemakanan yang lebih berkesan. Mereka bukan sahaja harus
mengetahui pemakanan untuk kecergasan dan sukan tetapi juga pengetahuan
dalam penggunaan pil-pil supplemen dan produk-produk lain yang terdapat di
pasaran. Mereka harus berwaspada agar tidak terpedaya dengan iklan dan
maklumat-maklumat palsu. Ini memerlukan pengetahuan yang tinggi tentang
aspek pengetahuan pemakanan di kalangan atlet.
Bedgood & Tuck ( 2000 ), menyatakan bahawa pengambilan makanan
tambahan sangat meluas di kalangan atlet yang bertanding di peringkat
pertandingan tinggi. Kebanyakkan makanan tambahan ini tidak memberi kesan
kepada peningkatan prestasi dan ada yang mendatangkan bahaya terhadap
kesihatan bila mengambil dos yang berlebihan dalam jangka waktu yang
panjang. Terdapat bukti kandungan di dalam makanan tambahan yang dijual
tidak menyatakan spesifikasinya dan melanggar peraturan Jawatankuasa
Olimpik Antarabangsa dan Agensi Anti Doping Sedunia.
Dalam kajian terhadap pengambilan makanan ke atas 100 orang atlet
kebangsaan Norway, 84% menggunakan mikronutrien tambahan. Walau
bagaimanapun, ramai atlet menyatakan pengambilan diet yang normal adalah
pendekatan yang lebih baik, tambahan pula bukan semuanya makanan
46
tambahan itu selamat digunakan untuk atlet. Oleh itu, atlet perlu tahu jenis
bahan makanan tambahan yang boleh mencemar dan mendatangkan bahaya
baik dari segi prestasi mahupun kesihatan ( Ronsen, Sundgot, Borgen &
Maehlum, 1999 ).
2.4 Rumusan Kajian Berkaitan
Apa yang dapat disimpulkan di sini bahawa, aspek pemakanan bukan sahaja
merupakan penyumbang utama bagi orang yang bukan atlet dalam mengekalkan
kesihatan dan cara hidup yang sihat tetapi ia juga merupakan amalan dan faktor
yang sangat penting untuk atlet dalam pencapai prestasi yang lebih tinggi,
cemerlang dan mempunyai daya saing yang tinggi. Amalan pemakanan yang
seimbang dari segi pengambilan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan
mineral perlu dipatuhi oleh setiap atlet agar tubuh badan dapat diadaptasikan
dengan proses fisiologi dalam badan. Amalan pemakanan ini perlu diterapkan
dan dilaksanakan adalah lebih afektif ketika atlet itu di peringkat sekolah lagi.
Para atlet jika diberikan pengetahuan dan pemahaman berkaitan
pemakanan, mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut dan dijadikan
sebagai amalan sehingga mereka berjaya ke peringkat yang lebih tinggi seperti
di peringkat Antarabangsa atau Olimpik. Prestasi yang tinggi sebenarnya
banyak bergantung terhadap program latihan dan program pemakanan yang
47
seimbang. Kedua-duanya perlu diseimbangkan. Pemakanan sukan boleh
membantu individu meningkatkan prestasi sukan dan sekaligus meningkatkan
tahap kesihatan. Walau bagaimanapun aspek latihan perlulah diberikan
perhatian seiring dengan aspek pemakanan. Sebenarnya rancangan latihan yang
berjaya bergantung kepada latihan yang berkesan dan pemakanan sukan yang
berjaya.
Pemakanan merupakan sains kesihatan yang penting dan mempunyai
peranan dalam penjagaan kesihatan. Penyelidikan pemakanan sukan dan
kepentingannya kepada atlet terus berkembang. Ia adalah satu bidang ilmu yang
baru. Oleh itu kebanyakan konsep dan pengetahuan yang diperoleh sehingga
kini masih boleh diubahsuai dan ditambah dengan maklumat baru apabila lebih
banyak pengetahuan baru diperoleh. Keadaan pemakanan akan terus berubah
selari dengan corak gaya hidup sihat.
Setiap permasalahan perlulah diambil tindakan sebagai langkah
mengatasi permasalahan tersebut khususnya mengena pengetahuan dan amalan
pemakanan, perubahan sikap bagi setiap individu dalam masyarakat pada hari
ini adalah sangat penting. Sebagaimana Mohd Nasir & Rokiah (2000),
memberikan pendapatnya bahawa pendidikan pemakanan adalah sangat penting
sebagai langkah jangka panjang untuk membekalkan pengetahuan positif
tentang makanan dan amalan pemakanan kepada setiap individu. Pendidikan
pemakanan bertujuan menggalakkan kesihatan yang baik dan mencegah
penyakit dengan membolehkan orang dewasa mahupun kanak-kanak membuat
48
pemilihan makanan dan minuman yang sesuai dan sihat. Walaupun tingkah laku
makan dipelajari, namun amalan pemakanan berbeza di antara kaum dalam
masyarakat majmuk di Malaysia ini.
Oleh itu, wajarlah atlet dan jurulatih itu mempunyai pengetahuan dalam
pemakanan dan merancang amalan pemakanan berdasarkan pengetahuan yang
diperolehi. Pemantauan dan saranan peningkatan pengambilan makanan harian
atlet perlu diperbaiki untuk menjamin prestasi sukan mereka. Diharapkan jika
kedua-dua belah pihak dapat memainkan peranan masing-masing, kejayaan atlet
kita akan lebih cemerlang diperingkat Asia dan antarabangsa.
49
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan. Bab ini menerangkan mengenai rekabentuk kajian yang akan dijalankan. Di
dalam rekabentuk kajian ini terdapat kaedah kajian dan prosedur kajian.
Terdapat juga kerangka kajian yang merangkumi pembolehubah bebas dan
pembolehubah bersandar. Penerangan juga mengenai populasi dan persampelan,
instrumen kajian yang digunakan merangkumi kajian rintis dan kesahan dan
kebolehpercayaan hingga kepada pengumpulan data , analisis data, prosedur
kajian dan cara data dianalisis. Semua aspek yang dirancangkan adalah untuk
memastikan kajian berjalan dengan lancar.
50
Menurut Mohd Majid Konting (2000), kaedah merupakan cara atau jalan
menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah penyelidikan merupakan
segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif penyelidikan.
Maka, objektif sesuatu penyelidikan dan jenis penyelidikan perlu dikenal pasti
untuk menentukan kaedah yang tepat.
Kesesuaian penyelidikan akan membantu penyelidik untuk
mengumpulkan data serta mendapatkan hasil maklumat yang lengkap dalam
menjalankan kajian. Jika data yang diperolehi kurang bermaklumat, kajian yang
hendak dijalankan kurang keesahan dan kebolehpercayaannya. Data yang
diperolehi tidak membantu penyelidik dalam membuat rumusan terhadap kajian
yang dijalankan.
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.2.1 Kaedah Kajian
Reka bentuk kajian yang dipilih untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan
diet pemakanan di kalangan atlet olahraga di sekolah projek dibawah seliaan
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ini adalah berbentuk
deskriptif dan dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan set soal selidik.
Penyelidikan jenis deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana ia merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan suatu perkara yang sedang
51
berlaku. Penyelidikan deskriptif juga sering kali bermatlamat untuk menerokai
sesuatu bidang yang masih kurang dikaji.
Soal selidik digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan
fakta-fakta, kepercayaan dan kehendak subjek. Segala maklumat yang diterima
ditafsirkan secara kuantitatif. Selain itu, kedudukan subjek yang berjauhan
antara satu sama lain memerlukan kajian yang dapat meminimumkan kos
perbelanjaan, masa dan penggunaan tenaga bagi proses pengumpulan data.
Pemilihan kaedah deskriptif yang menggunakan borang soal selidik ini juga
dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap
rangsangan soalan yang diberi (Mohd Majid Konting, 1994).
Menurut Kerlinger (1973), reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk
mencari maklumat dan mengawal varians yang tidak berkaitan dengan
penyelidikan. Oleh itu satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk
mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Dalam kajian ini,
penyelidik telah memilih reka bentuk tinjauan (survey) dengan menggunakan
kaedah soal selidik. Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian
seperti ini kerana tinjauan yang hendak dilakukan hanya mengenai pengetahuan
dan amalan responden terhadap tajuk persoalan yang dikemukakan. Selain itu
kajian hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat daripada
responden yang terlibat sahaja.
52
Menurut Isaac (1982), kaedah tinjauan adalah satu cara untuk
mengumpul maklumat bagi menjelaskan ciri-ciri atau sifat pelbagai data
termasuk data yang merangkumi pandangan dan sikap. Maklumat yang
diperolehi akan digunakan untuk menyatakan keadaan sebenar sesuatu perkara
yang berkaitan dengan sesuatu komuniti dalam konteksnya yang tersendiri.
Babbie (1983) menyatakan, kaedah tinjauan menggunakan soal selidik
sebagai alat kajian adalah bersifat logik, saintifik dan khusus. Ukuran secara
kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi dan dengan ini dapat membantu
penyelidik dalam meninjau pandangan responden berkaitan pengalaman dan
kefahaman mereka.
Menurut Sudman & Bradburn (1993), soal selidik adalah satu alat yang
penting bagi seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal selidik akan
menentukan nilai penyelidikan pada keseluruhannya. Jika soalan dalam soal
selidik kabur, maka jawapan yang diperolehi itu tidak akan memberikan
pengertian yang nyata.
Bentuk soalan yang dikemukan dalam soal selidik adalah soalan
tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden
untuk memberikan jawapan kerana dia hanya dikehendaki memilih satu
daripada beberapa jawapan yang diberikan (Sudman & Bradburn ,1993).
53
3.2.2 Prosedur Kajian.
Bagi melaksanakan tugasan penyelidikan yang melibatkan atlet yang bernaung
di bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, penyelidik
terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran.
Apabila kebenaran telah diperolehi secara rasmi, penyelidik akan berurusan
dengan Penyelaras pusat latihan dan jurulatih di sekolah berkenaan bagi
mengenalpasti subjek yang dikehendaki bagi tujuan kajian ini. Ketetapan tarikh
dan masa diputuskan supaya perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.
Kajian ini akan dijalankan pada bulan Januari 2007. Penyelidik akan
pergi ke pusat latihan olahraga , di Komplek Sukan Bukit Jalil dan trek
olahraga di SMK Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur dan akan bertemu dengan
Penyelaras pusat tersebut yang akan dimaklumkan terlebih dahulu tentang
penyelidikan ini.
Setelah mendapatkan senarai nama atlet berkenaan daripada Penyelaras
pusat berkenaan, penyelidik bersama Penyelaras pusat latihan olahraga dan
jurulatih pusat akan berjumpa dengan semua atlet yang terbabit berdasarkan
persetujuan masa dan tempat perjumpaan yang telah diaturkan.
Penyelidik akan menerangkan prosedur menjawab soal selidik dan