Post on 10-Apr-2019
TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP KESELAMATAN
MAKMAL SAINS SEKOLAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
TINGKATAN EMPAT
EMILY WONG MEE LEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP KESELAMATAN MAKMAL
SAINS SEKOLAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR
TINGKATAN EMPAT
EMILY WONG MEE LEE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penulis : Emily Wong Mee Lee
Tarikh : 1 Mac 2004
iii
DEDIKASI
Kepada ibu tersayang
(TIONG SIEW KIONG)
Serta
Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi dorongan ke arah kejayaan ini
(WONG MEE LING, WONG SIE LUNG, WONG SIE YEW)
dan rakan seperjuangan yang menyokong selama ini.
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia tesis, Tuan
Haji Meor Ibrahim Kamaruddin atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang
tempoh penyelidikan tesis ini.
Kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan
Negeri juga amatlah dihargai.
Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru sekolah dan
pelajar-pelajar di Daerah Sibu, Sarawak atas bantuan yang diberikan dalam menjayakan
projek ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
di Universiti Teknologi Malaysia atas sokongan, bantuan dan teguran yang bernas bagi
menyempurnakan projek sarjana muda ini.
Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek
penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap
keselamatan makmal sains sekolah di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Aspek
yang dikaji dalam kajian ini adalah aspek peraturan am, aspek teknik penggunaan
peralatan dan aspek cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains sekolah.
Kajian ini berbentuk tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang
terdiri daripada 35 item. Sampel kajian terdiri daripada 173 orang pelajar-pelajar
tingkatan empat di Daerah Sibu, Sarawak. Data-data dianalisis secara manual untuk
mendapat min bagi setiap maklum balas responden terhadap item-item yang
dikemukakan. Kaedah analisis purata min digunakan untuk melihat tahap pengetahuan
responden menurut tiga aspek keselamatan makmal. Daripada analisis yang dijalankan,
tahap pengetahuan responden terhadap keselamatan makmal sains sekolah adalah tinggi.
Cadangan-cadangan yang mungkin boleh digunakan oleh pihak-pihak yang berkenaan
untuk meningkatkan tahap pengetahuan terhadap keselamatan makmal sains sekolah
ialah memberikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makmal kepada pelajar
melalui bengkel, seminar, kursus dan sebagainya, mengadakan kursus pengurusan
makmal, mengadakan latihan pertolongan cemas secara kerap ataupun melakukan
pemeriksaaan terhadap makmal sebanyak dua kali setahun.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the level of knowledge of Form Four
students on safety in school’s science lab in Sibu District, Sarawak. This research
covers rules and regulation, technique utilization of equipments and how chemicals are
handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is
a questionnaire consists of 35 items. Research samples are 173 Form Four students in
Sibu District, Sarawak. All data are analyzed manually to obtain the means for every
responds given by the respondents on given items. Average mean analysis is applied to
see the level of the knowledge of respondents in accordance of the three aspects
mentioned. This research shows that the level of students’ knowledge on safety in
school’s science lab is high. Suggestions to improve safety awareness in school’s
science labs including organize workshop, seminars, courses and etc. Lab management
courses and first aid courses can be held frequently or having spot-checks at least twice a
year.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
viii
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Istilah Kajian 9
1.9 Penutup 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Sikap Dan Tanggungjawab Terhadap 12
Peraturan Dan Keselamatan Makmal
2.3 Pengetahuan Mengenai Peraturan Dan 15
Keselamatan Makmal
2.3.1 Peraturan Am Dalam Sebuah 18
Makmal Sains
2.3.2 Sifat-sifat Bahan Kimia 20
2.3.3 Bahaya Bahan Beracun 21
2.3.4 Pertolongan Cemas Di Makmal 23
2.3.5 Peti pertolongan Cemas 24
2.3.6 Penggunaan Dan Pengendalian Radas Atau 25
Bahan Di Makmal
2.4 Penutup 30
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 33
3.5.1 Bahagian A 34
3.5.2 Bahagian B 35
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Kajian 36
3.8 Analisis Data 37
3.9 Penutup 39
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 41
Ciri-ciri Demografi
4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut 42
Jantina
4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 42
Aliran Yang Sedang Diiukuti
4.2.3 Analisis Taburan Responden Mengikut 43
Keputusan Mata Pelajaran Sains Dalam PMR
4.3 Analisis Tahap Pengetahuan Responden 44
x
Tentang Keselamatan Makmal Sains Sekolah
4.3.1 Analisis Aspek Peraturan Am Dalam 45
Makmal Sains
4.3.2 Analisis Aspek Teknik Penggunaan 47
Peralatan Di Dalam Makmal Sains Sekolah
4.3.3 Analisis Aspek Cara Pengendalian Bahan 49
Kimia Di Dalam Makmal Sains Sekolah
4.3.4 Analisis Perbandingan Tiga Aspek Yang 51
Dikaji Tentang Keselamatan Makmal Sains
Sekolah
4.5 Penutup 52
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan 54
5.2.1 Taburan Responden Mengikut Ciri-Ciri 54
Demografi
5.2.2 Tahap Pengetahuan Tiga Aspek Berkaitan 55
Dengan Keselamatan Makmal Sains
5.2.2.1 Peraturan Am Dalam Makmal Sains 55
5.2.2.2 Teknik Penggunaan Peralatan Makmal Sains 57
5.2.2.3 Cara Pengendalian Bahan Kimia Dalam 58
Makmal Sains
5.2.3 Perbandingan Tahap Pengetahuan Aspek-Aspek 60
Berkaitan Dengan Keselamatan Makmal Sains
5.3 Rumusan 61
xi
5.4 Cadangan 62
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63
5.6 Penutup 64
RUJUKAN 65
LAMPIRAN 70
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Simbol-simbol Bahan Kimia 20
3.1 Taburan Item Mengikut Aspek Yang Dikaji 35
3.2 Skor Bagi Setiap Pernyataan 38
3.3 Tahap-tahap Pengetahuan Min 38
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Yang Sedang Diikuti 43
4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Mata 44
Pelajaran Sains Dalam PMR
4.4 Taburan Min Bagi Aspek Peraturan Am Dalam Makmal 45
Sains
4.5 Taburan Min Bagi Aspek Teknik Penggunaan Peralatan 47
4.6 Taburan Min Bagi Aspek Cara Pengendalian Bahan 49
Kimia
4.7 Perbandingan Tiga Aspek Yang Dikaji Tentang Keselamatan 51
Makmal
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Memadam Api Pada Pakaian Dengan Cara Berguling 24
2.2 Cara Menuang Larutan Dari Satu Bekas Ke Bekas Lain 27
2.3 Cara Menuang Larutan Dari Botol Reagen Ke Bekas Lain 27
2.4 Cara Pencairan Asid/Akali 28
2.5 Cara Memegang Botol Dengan Betul 29
2.6 Jauhkan Tabung Uji Daripada Orang Semasa Pemanasan 30
Larutan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 70
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Bahagian 78
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada 81
Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan sains yang semakin pesat berlaku di seluruh dunia telah
mendorong rakyat beralih pandangan ke sektor yang berkaitan dengan penggunaan sains.
Mereka yang terlibat dalam sektor sains sudah tentu tidak dapat berpisah daripada
menjalankan kerja-kerja amali di dalam makmal. Ini kerana makmal merupakan satu
tempat segala teori mengenai sains dipratikkan, menguji, dan mencipta produk baru
berasaskan sains.
Tidak ada perkara yang lebih penting daripada keselamatan ataupun
pengelakkan-kemalangan di rumah, sekolah, kolej, universiti, kilang, lebuhraya dan
pusat-pusat rekreasi (Moazzem, 1985). Maka, keselamatan di makmal juga perlu
dititikberatkan kerana risiko kemalangan di dalam makmal adalah tinggi.
2
Kemalangan akan mengakibatkan kehilangan harta dan nyawa atau setidaknya
kesakitan. Dengan itu, keselamatan di dalam makmal perlu diberi perhatian apabila
menjalankan kerja-kerja amali di makmal. Jika tidak, keadaan sebegini akan
menjejaskan keharmonian dan kualiti hidup.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 kita pernah menyuarakan
tentang keselamatan dan kesihatan semasa kerja. Beliau berkata keselamatan dan
kesihatan adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat penyayang dan prihatin.
Oleh itu, dalam usaha untuk menjadi negara maju, masyarakat perlulah dididik supaya
peka dengan keperluan keselamatan dan kesihatan. Keadaan tempat kerja yang selamat
dan sihat akan menggalakkan para pekerja untuk meningkatkan pengeluaran dan mutu
hasil kerja (Buletin IKKP, bil.1, 1995). Jadi, keselamatan di dalam makmal yang
keadaan kerjanya boleh mendatangkan pelbagai bahaya juga tidak dapat dikecualikan.
Perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan terhadap keselamatan makmal bagi
menjamin keselamatan nyawa dan juga harta benda.
Satu buku panduan pengurusan dan peraturan makmal sekolah telah dikeluarkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977 untuk membantu pihak
pentadbir dan guru mata pelajaran sains bagi memastikan bahawa pelajar di bawah
jagaannya dapat mengikuti proses pembelajaran di makmal dalam keadaan yang selamat.
Sememangnya buku ini amat berguna kepada pelajar kerana segala panduan dan
keselamatan makmal terkandung di dalamnya.
Di Amerika Syarikat, terdapat undang-undang dan akta-akta mengenai
keselamatan seperti OSHA (Occupational Safety And Health Act, 1970) yang bertujuan
untuk menjamin keselamatan dan kesihatan para pekerja di tempat kerja. Akta NEPA
(National Environmental Policy Act of 1969) juga diperkenalkan di Amerika Syarikat
3
untuk menentukan pekerja dapat bekerja secara harmoni tanpa rasa bimbang tentang
keselamatan.
Jadi, amalan dan kesedaran terhadap keselamatan makmal mesti dipupuk dalam
semua pengguna makmal. Keselamatan di dalam makmal hanya dapat dijamin jika
setiap kumpulan yang terlibat dalam pengurusan dan penggunaan makmal sedar dan
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Dengan itu, setiap pengguna
makmal perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kepentingan keselamatan
dan mengamalkan budaya kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat. Kerjasama erat
antara satu dengan yang lain perlu wujud bagi menjamin keselamatan diri, orang lain
dan juga harta benda di dalam makmal.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Merle (1975), kemalangan adalah suatu peristiwa yang tidak dirancang
ataupun keadaan yang berlaku di luar kawalan yang boleh menyebabkan kerugian
kepada mana-mana pihak ataupun kecederaan dan lebih-lebih lagi boleh membawa maut.
Keadaan ini selalu dihadapi oleh manusia dalam aktiviti kehidupan harian, terutamanya
dalam kerja sains yang melibatkan alat radas berbahaya.
Terdapat banyak kejadian kemalangan dalam makmal telah dilaporkan sejak
tahun 1988 lagi. Antara kejadian-kejadian kemalangan makmal yang dilaporkan ialah
pemanasan merkuri oksida dan seterusnya mengakibatkan merkuri masuk ke dalam
badan pelajar oleh seorang guru di Connecticut High School (Morbidity and Mortality
Weekly Report, 1988), dua orang pelajar mengalami kecederaan yang serius kerana
4
memasukkan potassium diklomat ke dalam satu bekas yang mengandungi soda
(Kingsley, 1999), kematian seorang ahli teknikal akibat terdedah kepada asid
hidrofluorik pada tahun 1995 (Murray, 2002) dan banyak lagi.
Dalam KBSM, mata pelajaran berasaskan sains wajib diambil oleh semua pelajar,
sama ada pelajar aliran sains atapun pelajar bukan aliran sains. Pelajar-pelajar ini
banyak terlibat dalam penggunaan makmal apabila menjalankan amali dan teori sains.
Ini kerana hampir 4/5 daripada proses pengajaran dan pembelajaran sains dilakukan di
dalam makmal sains. Ini bermaksud pelajar-pelajar dan juga guru akan terdedah secara
langsung kepada risiko-risiko kemalangan semasa mereka berada dalam makmal sains
sekolah. Risiko-risiko kemalangan ini melibatkan penggunaan bahan beracun, bahan
mudah terbakar, bahan kimia menghakis, pengendalian radas dan peralatan kaca dan
sebagainya.
Kemalangan seperti ini memang akan berlaku ke atas pelajar dan juga guru sains
itu sendiri jika tidak mengambil berat terhadap keselamatan di dalam makmal, seperti
mencampur aduk bahan kimia sesuka hati, mengubah kaedah eksperimen, cara
menggunakan bahan atau radas yang tidak betul dan lain-lain. Oleh itu, keselamatan
dalam makmal perlu dipandang serius oleh pihak sekolah dan juga para pelajar.
Menurut Fong (2000), langkah yang baik untuk mengurangkan kadar
kemalangan industri ialah pendedahan awal terhadap penuntut-penuntut di bangku
sekolah mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ini bermakna
pendidikan di sekolah merupakan langkah yang penting dan wajar dalam usaha untuk
mengurangkan kadar kemalangan di dalam makmal sains sekolah juga. Walau
bagaimanapun, masa dan usaha yang diperlukan untuk mewujudkan seorang yang
prihatin terhadap keselamatan bukanlah sedikit. Oleh itu, “kalau hendak melentur buluh,
biar dari rebungnya”, iaitu bermula semasa dia berada di sekolah (Merle, 1975).
5
Peraturan dan langkah-langkah keselamatan harus diingatkan dari semasa ke
semasa dan dipastikan sentiasa dipatuhi. Selain itu, pelajar juga harus tahu serba sedikit
tentang pertolongan cemas dan diingatkan jangan sekali berasa cemas dan gugup apabila
berlaku kemalangan.
Dengan menguasai sepenuhnya pengetahuan peraturan dan langkah-langkah
keselamatan dalam makmal, para pelajar dapat mengelakkan diri dan juga orang lain
daripada mengalami kemalangan serta mampu mengendalikan pertolongan cemas jika
kemalangan kecil seperti kecederaan terkena kaca itu berlaku.
1.3 Pernyataan Masalah
Makmal sains merupakan satu kawasan berbahaya dan berisiko tinggi. Hal ini
demikian kerana terdapat pelbagai alatan dan radas yang boleh menyebabkan
kemalangan seperti bahan kimia beracun, bahan kimia menghakis dan bahan kimia
mudah terbakar. Jika kemalangan ini berlaku, ia akan mendatangkan kesan yang amat
buruk, misalnya merkuri yang dapat memberi kesan kerencatan otak dan kecacatan
anggota bagi generasi orang yang terkenanya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
menentukan tahap pengetahuan pelajar terhadap peraturan am dalam makmal sains. Di
samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar
tentang teknik yang digunakan dalam penggunaan peralatan serta cara mengendalikan
bahan kimia yang juga merupakan satu aspek penting dalam menjaga keselamatan di
dalam makmal sains sekolah.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meninjau mengenai tahap pengetahuan pelajar
tentang keselamatan makmal sains sekolah di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat.
Tiga aspek yang ingin ditinjau dalam kajian ini ialah aspek peraturan am dalam makmal
sains sekolah, aspek teknik penggunaan peralatan dan aspek cara pengendalian bahan
kimia di dalam makmal sains sekolah. Maka, objektif bagi kajian ini adalah untuk:
i. Meninjau tahap pengetahuan para pelajar mengenai peraturan am dalam
makmal sains sekolah.
ii. Meninjau tahap pengetahuan para pelajar mengenai teknik penggunaan
peralatan di dalam makmal sains sekolah.
iii. Meninjau tahap pengetahuan para pelajar mengenai cara pengendalian bahan
kimia di dalam makmal sains sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif seperti di atas, kajian ini dijalankan untuk
memberikan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:
i. Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai peraturan am dalam makmal
sains sekolah?
7
ii. Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai teknik penggunaan peralatan
di dalam makmal sains sekolah?
iii. Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai cara pengendalian bahan kimia
di dalam makmal sains sekolah?