Post on 19-Jul-2015
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 22
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Kurikulum Standard SekolahRendah
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIAINTERNET
3.0MENGENALINTERNET
TAHUN
5
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 23
Standardkandungan:
3.0 Mengenal Internet
Standardpembelajaran:
3.1 Menyatakan maksud Internet
3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet
Masa: 60 minit
NOTA RUJUKAN
1. Apa itu Internet?
Internet adalah rangkaian jaringan komputer yang terbesardi dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer diseluruh dunia. Banyak organisasi termasuk agensi kerajaan,swasta, institusi pendidikan dan individu yang telahdisambungkan ke Internet.
Masyarakat di seluruh dunia menggunakan internet setiaphari untuk urusan seperti berikut:
Berkomunikasi dalam talian
Mengakses pelbagai sumber maklumat, berita, danpenemuan penyelidikan
Membeli-belah bagi barangan dan perkhidmatan
Perbankan elektronik
Mengikuti kelas pembelajaran maya
Mengakses sumber seperti permainan dalam talian,video, buku dan majalah
Berkongsi maklumat
MODUL SRDI 3
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 24
2. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet
2.1 Perkhidmatan Capaian Maklumat
Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol : FTP)
FTP membolehkan pengguna memindah fail denganmudah diantara dua komputer yang berada dalamjaringan komputer.
Muat turun
Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadangkala disebut sebagai memuat turun fail. Ini keranaInternet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail laintermasuk permainan, grafik, font, bunyian, muzik, videodan lain-lain.
2.2 Perkhidmatan Carian Maklumat (enjin carian)
Disebut enjin carian atau ‘search engine’. Ia digunakanuntuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebihpantas. Terdapat beberapa enjin carian iaitu :
Yahoo (www.yahoo.com) Google (www.google.com) Bing (www.bing.com)
2.3 Perkhidmatan KomunikasiTerdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yangboleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu :
E-mel Laman sosial Blog
KEPERLUAN PERISIAN
Microsoft Office – MS Word, MS PowerPoint
Internet Explorer
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 25
KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer
LCD
AKTIVITI 1
Langkah 1: Guru mewujudkan satu situasi.Contoh:
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 26
Marina adalah seorang remaja yang inginmengikuti perkembangan fesyen terkini.Bagaimanakah dia boleh mengetahui tentangperkara tersebut?
Langkah 2 : Sesi Simulasi ( lakonan)a. Guru memilih beberapa murid untuk memainkan
watak yang terdapat di dalam situasi. Marina – watak utama Kavitha – rakan Marina yang arif sedikit
mengenai internet. Jacyntha – rakan Marina dan Kavitha yang
selalu melayari internet danmenambah lagi pernyataanKavitha.
b. setiap watak diberikan penerangan mengenaiwatak yang dilakonkan oleh 3 watak tersebut.
c. Setelah selesai, murid ditanya apakah masalahMarina sudah dapat diselesaikan? Bagaimana iadapat diselesaikan?
d. Guru membuat rumusan bahawa Internet adalahsatu sumber maklumat yang tiada sempadanuntuk diterokai.
Langkah 3 : Guru menerangkan perkhidmatan-perkhidmatanInternet yang biasa digunakan menggunakan slaidpersembahan.
AKTIVITI 2
Arahan : Guru hendaklah memastikan komputer murid di dalamkeadaan bersedia.
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 27
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.Satu kumpulan mempunyai maksima 5 orang ahli.
2. Setiap kumpulan diberi beberapa situasi yang berbeza.i. Anita telah diberi tugas mencari maklumat
mengenai kelebihan dan kekurangan penggunaankomputer selain mengepilkan imej di dalam kerjakursus di sekolah.
ii. Rajiv seorang penggemar muzik. Dia ingin memuatturun lagu dan klip video terbaru terkini.
iii. En. Lim merupakan seorang guru di salah sebuahsekolah di Saritok, Sabah. Beliau merasakantertinggal di dalam maklumat terkini mengenaipendidikan zaman sekarang.
iv. Cassandra berasa begitu sunyi berada di rumahpada hujung minggu kerana ibu bapanya selalu keluar negara di atas urusan kerja. Dia inginberinteraksi dengan rakannya tetapi tidak sukamelepak di luar rumah.
3. Guru memberi beberapa laman web untuk setiap kumpulandan menyesuaikan laman-laman tersebut selain memberijustifikasi kepada pilihan mereka.
i. www.yahoo.comii. www.4shared.comiii. www.moe.gov.my
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 28
PENILAIAN
1. Apakah maksud Internet?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Tanda (/) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataanyang salah.
a. Internet boleh dilayari di atas talian dan juga luar talian. ( )
b. Internet boleh dilayari oleh semua individu termasuklah organisasikerajaan dan swasta. ( )
c. Perkhidmatan membeli dan menjual barang tidak boleh dilakukandi dalam talian Internet. ( )
d. Kita boleh menghantar e-mel kepada rakan walaupun kita tidakada akaun e-mel. ( )
e. Kita boleh memuat turun dan memindah fail melalui ProtokolPindahan Fail. ( )
f. Pencarian di perkhidmatan carian maklumat boleh dimulakan http://dan www. ( )
g. Kita boleh berkomunikasi dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan luar negara melalui e-mel dan juga blog. ( )
h. Perkhidmatan-perkhidmatan Internet termasuklah seperti mengikutikelas, membeli-belah dan berkomunikasi bersama rakan-rakan.( )
SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 29
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:Tahun:Kelas
Modul: DI 3
StandardKandungan:
3.0 Mengenal Internet.
StandardPembelajaran:
3.1 Menyatakan maksud Internet.3.2 Menyenaraikan perkhidmatan Internet.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian CatatanYa Tidak
1 Menyatakan maksud Internet2 Menyenaraikan perkhidmatan
InternetKEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&TarikhDisahkanoleh: Tandatangan&Tarikh