TOKOH

Post on 24-Dec-2015

36 views 3 download

description

tokoh

Transcript of TOKOH

Tajuk: Sumbangan Tokoh-tokoh Pendidik Luar Negara dan

Tempatan dalam Mengembangkan

Pendidikan

Dibentangkan oleh:Amanda Wong Seow Jyun

Chieng Shaw Hwa

Tokoh-tokoh Pendidik Barat

1. Jean Piaget (1896-1980)•Dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896.•Pada umur 10 tahun, beliau mahir membuat pemerhatian yang begitu rapi mengenai alam sekeliling•Pengkhususan beliau di peringkat kedoktoran adalah dalam bidang zoologi.•Ahli psikologi yang terkenal, khasnya dalam kajian perkembangan kognitif kanak-kanak•Beliau meninggal dunia pada tahun 1980.

Sumbangan•Pada tahun 70an dan 80an, pemikiran Piaget menjadi sumber inspirasi bagi reformasi pendidikan negara Eropah dan Amerika yang lebih cenderung kepada pendekatan berpusatkan kanak-kanak.•Merujuk “Perbualan Bersama Jean Piaget”, beliau berpendapat bahawa pendidikan bermaksud menghasilkan pencipta dan pereka bentuk tetapi bukan mereka yang hanya akur dan menjadi pengikut sahaja.

•Piaget juga percaya bahawa kanak-kanak adalah pembina ilmu yang aktif, serta ahli sains muda yang sering mencipta dan menguji teori-teori dalam dunia mereka.

•Dalam era sains dan teknologi kini seperti komputer dan Internet memang memberi kanak-kanak kebebasan untuk meneroka dunia maya yang amat luas.

•Dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian lima konsep asas seperti berikut:•(a) Skema (Schema)•(b) Adaptasi dan Keseimbangan (Adaptation & Equilibration)•(c) Asimilasi dan Akomodasi (Assimilation & Accomodation)

2. John Dewey (1859-1952)• Dilahirkan di Burlington,Vermont

pada tahun 1859.• Mengambil jurusan falsafah di

Universiti John Hopkins.• Bertugas di Universiti Minnesota

selama 10 tahun• Pada tahun 1894 bertukar ke

Universiti Chicago menjadi ketua Jabatan Falsafah, Psikologi dan Pedagogi.• 2 tahun kemudian, beliau

menubuhkan Sekolah Makmal Universiti.

• Akibat kontroversi yang timbul di sekolah tersebut, Dewey pun meletak jawatan lalu berpindah ke Kolej Guru Columbia.• Kolej tersebut seterusnya menjadi tempat sebaran ilmu mengenai teori-teori Dewey.• Beliau pernah dijemput ke negara Jepun, Cina, Turki, Mexico, Afrika Selatan dan Russia di mana beliau banyak menghasilkan laporan pendidikan.•Dewey telah bersara wajib pada tahun 1930. • Beliau kekal dengan jawatan Professor Emeritus sehingga tahun 1939.• Beliau meninggal dunia di New York pada tahun 1952.

Sumbangan• Bukunya Demoracy and Education,• “Secara keseluruhan, pendidikan boleh dianggap sebagai

satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka.”

• “Di dunia kini yang senantiasa berubah, pendidikan bukan lagi dianggap sebagai sesuatu sesuatu yg tetap dan muktamad; keadaan dan keperluan berbeza antara negara yang lain. Oleh itu, satu-satu sistem pendidikan mungkin sesuai dan berkesan di satu-satu tempat atau untuk satu-satu sasaran tertentu pd satu masa sahaja. Namun, besar kemungkinan ia tdk bersifat sedemikian di tempat, pada masa atau untuk sasaran yang lain.

• “Setiap individu mempunyai potensi yang unik tanpa mengambil kira ciri-ciri fizikal atau psikologi masing-masing. Justeru,matlamat pendidikan ialah untuk membantu setiap individu mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat.”

• “Para pendidik bertanggungjawab untuk membantu individu memahami serta menghargai norma dan amalan satu-satu budaya. Ini membawa implikasi bahawa pemupukan kemahiran kreatif dan kritis agak penting untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada dalam masyarakat kini agar dapat menuju ke arah pembentukan semula masyarakat yg lebih baik.”

• “Kaedah mengajar tidak boleh diasingkan daripada kandungan mata pelajaran. Kedua-dua kompnen ini adalah saling bergantungan. Seorang pendidik yang berkesan seharusnya berupaya untuk megaitkan kandungan dengan keperluan , kehendak, minat dan tahap perkembangan murid bersesuaian dengan konteks fizikal, sosial dan politik di mana mereka berada.”

• “Pendidikan tidak seharusnya tamat apabila individu meninggalkan bangku sekolah; ia seelok-eloknya berlaku sepanjang hayat seseorang demi perkembangan yang berterusan.”

•Cara yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengetahuan adalah menggunakan kaedah penyelesaian masalah.•Usaha mencari penyelesaian sesuatu masalah dilahir daripada keperluan dan minat.•Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing murid menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan.

•Menurut Dewey, sekolah hendaklah berperanan untuk mendorong kerjasama dalam kalangan anggota-anggotanya, di samping mengamalkan kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.•Proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk prinsip “membuat sambil belajar”.

3. Albert Bandura (1925-kini)•Dilahirkan pada tahun 1925 di Mundare, Kanada.• Selepas mendapat ijazah di Universiti Columbia, Vancouver, beliau meneruskan pengajian di Universiti Iowa(AS) dan mendapat ijazah sarjana (psikologi) pada tahun 1951.•Kemudiannya dilantik sebagai pensyarah Universiti Stanford.•Pada tahun 1964, dinaik pangkat sebagai Profesor.•Pada tahun 1976-1977, beliau mengetuai Fakulti Psikologi.•Dikurniakan “Hadiah Sumbangan Istimewa dalam Psikologi” pada tahun 1980.

Sumbangan•Buku Psikologi Bandura:•(a) Adolescent Aggression (1959)•(b) Social Learning and Personality Development (1963)•(c) Aggression : A Social Learning Analysis (1973)•(d) Theory of Social Learning (1977)•(e) Foundation of Thought and Action : A Social Cognitive Theory (1986)•(f) Self-Efficacy : The Exercise of Self Control (1997)

•Pada tahun 1974, Bandura telah digelar David Starr Jordan Professor of Social Science in Psychology oleh Universiti Stanford.•Dalam buku “Self Efficacy : The Exercise of Control”, beliau mengutarakan teori efikasi kendiri serta aplikasinya dalam bidang pendidikan, kesihatan, psikopatologi, olahraga perniagaan dan hal-ehwal antarabangsa.

4. Carl Rogers (1902-1987)•Dilahirkan di Illinois, Chicago, Amerika Syarikat.•Masuk Universiti Columbia pada tahun 1926.•Mengkaji psikologi klinikal, mendapat ijazah sarjana(1928) dan PhD. (1931).•Memegang jawatan Profesor Psikologi di Universiti Ohio dan menubuhkan Pusat Bimbingan dan Kausenling (1940-1945).

Sumbangan• Rogers telah menghasilkan buku pertama yang berjudul

“The Clinical Treatment of the Problem Child” (1939).• Dengan itu, Rogers telah diberi gelaran Profesor di Ohio

State Universiti pada tahun 1940.• Yang berikut juga merupakan terbitan buku Rogers :a. Counseling and Psychotherapy: Newer Concept in

Practice (1942)b. Client – Centered Therapy (1951)

• Rogers dianugerahkan Award for Distinguished Professional Contributions to Psychology oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA).• Beliau juga terpilih untuk menerima anugerah “Ahli Humanis Tahun 1964” oleh Persatuan Humanis Amerika.•Menjelang hujung hayat, beliau telah dicalonkan untuk anugerah Nobel Prize atas jasa beliau terhadap konflik antara kumpulan nasional di Afrika Selatan dan Ireland Utara.• Nama Rogers menduduki tempat yang keenam dalam senarai nama ahli psikologi abad ke-20 yg terkenal.

• Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri yang utama seperti berikut:

a) Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logical.b) Setiap individu mempunyai kecenderungan dan

hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.c) Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik

melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu lain.

d) Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.

e) Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.

5. Maria Montessori (1870-1952)•Dilahirkan di Chiaravallel, Itali pada tahun 1870.•Doktor perempuan yang pertama di Itali.•Tidak lama kemudian menjadi seorang pendidik.•Punca: Pengalaman pemerhatian atas kanak-kanak terencat akal.•Beliau membuka Casa dei Bambini, sebuah sekolah untuk kanak-kanak normal yang berkeliaran pada tahun 1980.

Sumbangan•a) Kaedah Montessori: i. Kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran dan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa.

ii. Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri. •Kedua-dua prinsip di atas telah mengilhamkan usaha Montessori dari segi reformasi penddkan, metodologi, psikologi, pengajaran dan latihan perguruan.

•b) Pameran bilik darjah (digelar glass house) di Pemeran Antarabangsa Panama-Pasifik di San Francisco pada tahun 1915.•c) Pusat Latihan Montessori di Laren, Netherlands.(1938)•d) Siri kursus latihan perguruan di India. (1939)•e) Pusat Montessori di London (1947).

TOKOH-TOKOH

PENDIDIK TIMUR

1. Confucius (551-479 SM)•Pengasas Konfusianisme.•Dilahirkan di negeri Lu (Wilayah Shandong), China pada tahun 551 SM.•Membuka sekolah sendiri pada umur 30 tahun.•Pakar adat-istiadat negeri China.•Bermautastin di luar negeri Lu selama 14 tahun.•Tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China.

Sumbangan

•Menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia.•Berpendapat pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat.•Kemudian mengekalkan kebudayaan yang penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.•Nilai baik hati yang terdapat dalam fitrah manusia dapatlah diperkembangkan melalui proses pendidikan.

•Untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya untuk memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, murid hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat.•Confucian Analects, Book of Mercius, The Great Learning, dan The Doctrine of Mean mengandungi falsafah pendidikan Konfusianisme yang dibelajari oleh kanak-kanak zaman dahulu.•Sehingga tahun 1911, aliran fahaman Konfusianisme menjadi falsafah pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China.

2. Lao Tze• Juga merupakan Lao Tzu.•Adalah seorang ahli falsafah negara China serta pengasas Taoism.•Menurut sejarah, beliau dilantik sebagai Penyimpan Arkib Imperial oleh Raja Zhou di Luoyang.

Sumbangan•Taoisme berkembang sebagai aliran pemikiran semasa kontemporari Confucius.•Seorang legenda yang dikatakan pernah meninggalkan penulisan teks Taoisme berjudul Dao De Jin (Klasik Moral).•Mangandungi 81 ajaran berbentuk puisi – dua komponen utama : Jalan yang Betul dan Prinsip Nilai Murni.

•Dao sebagai sumber asal bagi semua perwujudan dunia.•De sebagai nilai-nilai murni, yang beroperasi di bawah Dao.•Dao sebagai jalan yang betul membimbing pelaksanaan De sebagai amalan kesejahteraan hidup manusia.•Taoisme mengutamakan etika hidup berdasarkan komprehensif terhadap realiti semula jadi.

3. Hamka (1908-1981)•Nama penuhnya ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah.• Tokoh pendidikan Islam yang paling terpengaruh di Indonesia dalam abad ke-20.•Digelarkan Buya, yang bermaksud “orang yang dihormati”.•Dilahirkan di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera pada tahun 1908.•Dilantik sebagai Rektor Perguruan Tinggi Islam dan Professor Universitas Mustopo di Jakarta.

Sumbangan• Seorang yang aktif dalam gerakan Islam

serta politik.• Minat mengkaji karya ulamak dan tokoh-

tokoh utama Timur Tengah.•Karya sarjana tokoh-tokoh Inggeris, Perancis, dan Jerman juga dikaji oleh beliau.•Sifat beliau yang tekun membaca dan gemar bertukar-tukar idea dan pendapat dengan tokoh-tokoh lain menjadi beliau seorang ahli pidato yang disegani ramai.

• Beliau juga merupakan seorang wartawan, penulis, penyunting dan penerbit.

• Antara hasil karya adalah seperti:1. Karya ilmiah Islam seperti al-azhar sebanyak 5 jilid.2. Karya kreatif seperti novel dan cerpen.• Sebagai tanda pengahargaan beliau dalam bidang sastera,

beliau telah dianugerahkan kehormatan daripada dua universiti.• Iaitu Doktor Honoris Causa, Universiti al-Azhar (1958) dan

Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangasaan (1974).

Tokoh-tokoh Pendidikan Negara Malaysia

1. Za’ba (1895-1973)• Nama penuhnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad.• Dilahirkan di Negeri Sembilan pada tahun 1895.• Tokoh Pendidik Negara, seorang nasionalis Melayu, ahli bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris dan sasterawan yang terkenal.•Merupakan murid Melayu yang pertama mendapat sijil Senior Cambrigde pada tahun 1915.

SumbanganAntara karya hasilnya: 1.Pelita Bahasa Melayu2.Ilmu Mengarang Melayu3.Daftar Ejaan Melayu Jawi/Rumi4. Falsafah Takdir Penggal 15.Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Qadha dan Qadhar

•Menghasilkan banyak rencana yang mendedahkan punca masalah kemunduran orang Melayu•Mengusulkan cadangan-cadangan yang membina untuk mengatasi masalah tersebut melalui ajaran Islam.•Oleh sebab sumbangan dan jasa Za’ba dalam bidang kesasteraan dan pendidikan, beliau dianugerah:

i. Gelaran Pendita oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (1956)

ii. Doktor Persuratan (daripada Universiti Malaya) 1959

iii. Doktor Persuratan (daripada Universiti Kebangsaan Malaysia) 1973

iv. Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

2. Aminuddin Baki (1926-1965)•Digelar Bapa Pendidikan Malaysia, bekas Ketua Penasihat Pendidikan.• Lahir di Chemor, Perak.• Tamat persekolahan di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh.•Memperoleh Ijazah Sarjana (kaedah mengajar) dan ditawar jawatan pensyarah di Maktab Perjuruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.•Meninggal dunia pada tahun 1965.

Sumbangan•Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru guru terlatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran).•Melibatkan diri dalam Penyediaan Penyata Razak pada tahun 1955.•Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960.•Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).•Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

3. Burhanuddin Helmi (1911-1969)•Dilahirkan di Changkat Tualang, Perak.• Seorang yang sentiasa senyum dan tidak mudah marah sehingga digelar “Abi Halim”.•Menggunakan gelaran “Al Hulaimi”, kemudian ditukar menjadi “Al Helmi” yang membawa maksud “orang yang tidak pemarah”.• Suka menganalisis kehidupan manusia serta kedudukan bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Sumbangan• Beliau Berjaya menghasilkan banyak karya dalam pelbagai bentuk seperti rencana untuk akhbar, majalah-majalah dan buku-buku. • Antaranya:1. Mutu Kerajinan dan Asuhan Kesihatan (tahun 30-

an). Mengajar aspek-aspek kerajinan dan kesihatan

2. Mencari Allah (tahun 30-an). Bercorak agama dan falsafah.

3. Perjuangan Kita (1946)4. Agama dan Politik (1954). Merupakan ucapan

dalam ceramah semasa kursus politik anjuran Pemuda UMNO Pontian

5. Ideologi Politik Islam (1957). Mengandungi ceramah tersusun anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya, Singapura.

6. Falsafah Kebangsaan Melayu (1954). Mengandungi bahan-bahan ucapan yang tersiar dalam Mingguan Melayu antara tahun 1953 hingga 1954.

7. Simposium Tasauf dan Tariqat (1960). Menghuraikan 26 tajuk yang berkaitan dengan amalan tasawuf dan tariqat.

8. Arah Perjalanan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963).

• Beliau juga telah memulakan projek menterjemah al-Quran ke dalam Bahasa Melayu sebagai penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa beliau.• Beliau juga telah mengusahakan sebuah kamus Jawi Melayu-Inggeris-Arab.

4. Awang Had Salleh (1934-kini)•Dilahirkan di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Pulai Pinang pada tahun 1934.•Memulakan pendidikan rendah di Sekolah Melayu Balik Pulau, kemudian di Sekolah Melayu Kuala Ketil, Semiling dan Gurun di Kedah.•Megikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris dari tahun 1951 hingga 1954.

Sumbangan• Skop penulisan beliau agak luas dan merangkumi cerpen, drama, esei, dan novel.• Contohnya:i. Perbendaharaan kata Itali-Melayu. Merupakan

karya terjemahan oleh Antonio Piagafetta,ii. Mengikuti Novel (sebuah esei);iii. Selindung Bulan Kedah Tua (sebuah cerpen);iv. Merah Kuning Biru (kumpulan cerpen);v. Biru Warna iaitu sebuah novel yang

membicarakan mengenai hubungan antara kaum.

•Selain itu, beliau telah banyak menumpukan perhatian kepada penulisan bukan sastera seperti drama. Pada tahun 1974, beliau telah mengemukakan dua buah drama berjudul Buat Menyapu si Air Mata dan Pelarian Seorang Tua kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesimpulannya• Jiwa tokoh-tokoh pendidik ini sememangnya sebati dengan alam pendidikan. Mereka menceburi diri dalam bidang pendidikan sama ada sebagai guru atau pelaksana tugas yang berkaitan. •Mereka amat komited terhadap perlaksanaan sistem pendidikan dan komitmen ini terbukti melalui sumbangan mereka dalam bentuk penulisan, kajian dan sebagainya. • Tokoh-tokoh ini menyebarkan idea-idea mereka berkaitan dengan penemuan dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Kuiz

•1. Nyatakan lima orang tokoh barat yang memberi sumbangan dalam mengembangkan pendidikan.• Jean Piaget• John Dewey•Albert Bandura•Carl Rogers•Maria Montessori

•2. Nyatakan tiga orang tokoh timur yang memberi sumbangan alam mengembangkan pendidikan.

•Confucius•Lao Tze•Hamka