Post on 21-Dec-2014
description
PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DAN ELEKTRONIK
(KPT 6044)
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN
PENGGUNAAN ICT DAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SAINS DI
SEKOLAH
PENSYARAH:PROF. MADYA DATO’ DR. ABDUL LATIF BIN HAJI GAPOR
NAMA PELAJAR:NOOR SUZIANA ISMAIL M20122001290
Abstrak
Pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer merupakan agenda penting pada zaman era
teknologi maklumat. Inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah tepat pada masanya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dan
komputer dalam pengajaran di kalangan guru sains di sekolah menengah. Tiga aspek telah dikaji
bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dan komputer dalam P&P
Sains, kelemahan penggunaan ICT dan komputer dalam P&P Sains dan masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru sekolah menengah dalam menggunakan ICT dan komputer dalam P&P Sains.
Sampel kajian terdiri daripada lima belas orang guru sains yang mengajar sebuah sekolah
menengah di Jinjang, Kepong. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu temubual dan
cerapan terhadap guru Sains di SMK Jinjang. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
analisis kualitatif. Dapatan kajian mendapati guru-guru Sains kurang meggunakan ICT dan
komputer dalam P&P Sains. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan
dan komputer ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia
selain faktor pelajar yang kurang pendedahan dengan ICT dan komputer. Beberapa usul telah
dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru Sains dan pihak sekolah bagi
memantapkan lagi penggunaan ICT dan komputer dalam P&P Sains.
PENGGUNAAN ICT DAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU SAINS DI SEKOLAH
Noor Suziana Binti IsmailFakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Abstract
Knowledge and skill in using computers is an important agenda in the era of information
technology. Initiatives to integrate ICT and computers in teaching and learning is very timely .
The purpose of this research is to study the use of ICT and computers in the teaching of science
teachers in secondary schools . Three aspects have been investigated in this study the
advantages of using ICT and computers in teaching and learning science , the disadvantages of
using ICT and computers in teaching and learning science and the problems faced by secondary
school teachers in using ICT and computers in teaching and learning science . The sample
consisted of fifteen science teachers who teach a secondary school in Jinjang , Kepong. The
study used two survey techniques such as interviews and observations of science teachers at
SMK Jinjang . Data analysis is done by using qualitative analysis . The results showed that
science teachers less use of ICT and computers in teaching and learning science . This is caused
by external factors such as inadequate ICT facilities and unsuitable content has been available.
In addition to teaching the students a factor of less exposure to ICT and computers. Several
proposals have been submitted to the parties involved that talent , science teachers and the
school to enhance the use of ICT and computers in teaching and learning science .
Katakunci: ICT, Komputer, Guru sains, pelajar, Pengajaran dan Pembelajaran.
PENGENALAN
Permulaan era teknologi maklumat memberi banyak cabaran kepada sekolah-sekolah di
Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang pendedahan ICT atau komputer. Di
Malaysia, Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan satu mekanisme baru dan
sedang diberikan perhatian khas dalam bidang pendidikan era abad ke-21 bagi membantu
mewujudkan golongan pelajar dan masyarakat yang berpengetahuan (k-ekonomi) dan celik IT.
Malaysia juga mahu menjadikan sistem pendidikan negara ini ke arah Pendidikan Bertaraf
Dunia. Dengan itu, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains
dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat.
Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan
kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik,
liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
Perubahan era globalisasi menerusi ledakan maklumat dan kemajuan teknologi
multimedia telah menukar wajah dunia pendidikan daripada ‘sage on stage’ (pendita atas pentas)
kepada ‘guide by the side’ (pembimbing di sisi). Pencetusan era globalisasi ini juga telah
menghasilkan satu pencetus idea baru bagi reformasi pendidikan dengan menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication Technology (ICT)
sebagai medium terkini dalam sistem pendidikan di negara kita (Nor Azan. 2000).
Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI)
yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula
mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer sebagai penggunaan
komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta
membolehkan maklum balas.
ICT membolehkan guru mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran harian. Ia
merupakan satu usaha untuk mengukuhkan penglibatan aktif pelajar dalam pendidikan mereka
sendiri. ICT menjadikan kandungan pendidikan dan kaedah pengajaran berinovatif, berkesan dan
berkualiti Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat dalam dua aspek,
iaitu aspek pengajaran oleh guru dan aspek pembelajaran oleh pelajar (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001).
Penyataan Masalah
Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat
dan komunikasi kerana penggunaan ICT dan computer dalam proses P&P di sekolah sudah lama
digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi dan masalah yang yang timbul mengenai
penggunaannya terutama di kalangan guru-guru lama yang sudah terbiasa dengan proses P&P
berasaskan papan hitam dan kapur di samping masalah pelajar yang kurang pengetahuan ICT
dan komputer. Selain itu, sekolah juga menghadapi masalah kemudahan prasarana ICT seperti
kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang kurang baik serta maslah makmal-makmal
komputer. Pihak yang berkaitan perlu mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru
sains dan mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P berasaskan ICT
dan computer dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada mengenalpasti
sejauh mana guru Sains mengaplikasikan penggunaan ICT dan computer dalam P&P di sekolah.
Adakah penggunaan ICT dan komputer ini dapat membantu para pendidik dan pelajar dalam
proses P&P ?
Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan
berasaskan objektif kajian seperti berikut :
i. Mengenalpasti penerimaan guru sains terhadap penggunaan
pengajaran pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
ii. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Sains
terhadap penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan ICT dan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
iii. Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan yang diperolehi dalam
penggunaan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P).
iv. Untuk meninjau dan mengenalpasti tahap penggunaan ICT dan
computer di kalangan guru sains dalam P&P.
v. Mengenalpasti kemudahan atau pun bantuan yang diperolehi oleh pelajar dan guru yang
belajar berteraskan ICT dan computer dalam membantu mencapai kejayaan.
Soalan-soalan Kajian
Berikut adalah soalan soalan kajian berdasarkan objektif-objektif kajian di atas:
i. Bagaimanakah penerimaan guru sains terhadap penggunaan pengajaran
pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P)?
ii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru Sains terhadap
penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan ICT dan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
iii. Apakah kelebihan dan kelemahan yang diperolehi dalam penggunaan
ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)?
iv. Sejauh manakah tahap penggunaan ICT dan computer di kalangan guru
sains dalam P&P?
v. Apakah kemudahan atau pun bantuan yang diperolehi oleh pelajar dan guru yang belajar
berteraskan ICT dan computer dalam membantu mencapai kejayaan?
Objektif kajian ini ialah ingin mengetahui penggunaan ICT dan computer dikalangan guru Sains
dalam P&P Sains. Penggunaan ICT ini dipercayai mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang
tersendiri. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi guru Sains dalam menggunakan ICT dalam P&P Sains.
Kepentingan Kajian
i. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran
dan pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping
memperolehi pembelajaran yang bermakna.
ii. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan
suasana pengajaran dan pembelajaran Sains.
iii. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan
ICT dan computer seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka.
iv. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan
ICT dan komputerdalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.
Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini bakal dilakukan terhadap para guru yang mengajar matapelajaran Sains. Lima belas
orang guru Sains akan dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan ICT dan
computer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains di kalangan guru-guru Sains. Kajian ini juga
terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk memberi kerjasama dan
kesediaan untuk ditemubual. Di samping itu, kekangan masa juga agak terhad kerana penglibatan
guru dengan pelbai aktiviti-aktiviti sekolah selain P&P sedikit sebanyak membataskan kajian yang
dijalankan.
METODOLOGI
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi dan sampel kajian bagi kajian ini adalah dipilih daripada lima orang guru yang
mengajar matapelajaran Sains di sekolah. Sampel kajian penting dalam menjalankan
penyelidikan ini untuk mengetahui tahap penggunaan ICT dan computer yang perlu dikaji dan
jumlah data yang perlu dikumpulkan. Seramai 15 responden sampel akan digunakan bagi
menjalankan kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah pensampelan rawak mudah. Sampel ini
amat sesuai dipilih kerana kedudukan sekolah yang strategik secara tidak langsung ia dapat
mewakili populasi sekolah yang berada di sekitarnya. Penyelidik turut menemubual 15 orang
guru Sains yang dipilih secara rawak dari beberapa buah sekolah yang terlibat dengan kajian ini
untuk menjawab drngan lebih jelas soalan-soalan berkaitan kajian.
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan penelitian dokumentasi. Satu set
soal selidik telah digunakan untuk tujuan pungutan data kajian, iaitu soal selidik kajian tentang
penggunaan ICT dan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sains di
sekolah. Pengkaji telah menemubual beberapa orang guru yang mempunyai banyak pengalaman
serta pengetahuan mendalam berkenaan topik kajian ini. Temubual ini dilakukan untuk memberi
sokongan terhadap dapatan yang diperolehi daripada soal selidik dan dokumen-dokumen seperti
buku, artikel, journal dan juga akhbar.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan bagi mengumpul data-data ialah melalui kaedah set
soalan-soalan kaji selidik. Kaedah ini dipilih berdasarkan kesesuaian kajian dan bertujuan
mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan kukuh. Selain itu, kaedah soal selidik juga lebih
mudah digunakan kerana kaedah ini lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada
responden dan dapat menghasilkan item-item yang konsisten serta boleh dipercayai. Kaedah ini
juga dapat menampung bilangan responden yang ramai di samping boleh meningkatkan
kebolehpercayaan kajian.
Menurut Mohd Najib ( M.Najib, 1999) yang menyatakan instrumen berbentuk soal
selidik dan temubual adalah dua cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat.
Menurut Mohd Majid (M.Majid,1993) mengatakan bahawa soal selidik dapat meningkat
ketepatan dan kebenaran derak balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi
oleh gerak laku penyelidik. Kenyataan beliau telah disokong oleh Mohd Najib (1999) yang
menyatakan bahawa soal selidik dapat meningkatkan keputusan dan kebenaran gerak balas
subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi. Gerak balas atau jawapan yang diberikan oleh
subjek tidak akan sesekali dipengaruhi oleh personality dan tingkahlaku penyelidik.
Kaedah soal selidik ini juga dipilih berdasarkan beberapa kebaikan seperti yang telah
dinyatak oleh Ee Ah Meng (1989) iaitu:
a) Tidak memerlukan kakitangan yang ramai untuk menguruskannya, cukuplah 1-20 orang
digunakan.
b) Menjimatkan masa.
c) Maklumat boleh dikutip sekaligus dalam satu kumpulan yang ramai.
d) Soal selidik boleh dilakukan kajian rintis untuk menentukan sama ada responden dapat
menjawab soalan dengan mudah atau tidak.
Temubual adalah kaedah di mana responden dan penyelidik hadir bersama dalam proses
memperoleh maklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorang
responden (Mulhern, 1989). Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan
mendalam, terutamanya apabila membincangkan mengenai proses pemikiran responden itu.
Soalan temubual merupakan salah satu instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya
digunakan bagi mendapatkan data berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik menyokong
hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atas responden. Ianya juga digunakan untuk
memperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaran yang telah dipilih oleh responden.
Terdapat dua jenis temubual, iaitu temubual berstruktur dan temubual separuh berstruktur.
Namun dalam kajian ini penyelidik hanya menggunakan temubual separuh berstruktur yang
merupakan temubual temubual yang melibatkan soalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi
kebebasan kepada responden untuk mengutarakan respon mereka. Jangkaan jawapan tidak
disediakan dan segala kemungkinan jawapan daripada responden diterima.
Penyelidik memilih kaedah ini kerana temubual bersifat fleksible. (Azizi, 2007 ). Penemubual
berkesempatan memerhatikan responden dan situasi mereka memberikan jawapan. Melalui
kaedah ini juga penemubual dapat memperolehi informasi yang lebih daripada responden apabila
jawapan yang diperolehi tidak sempurna ataupun tidak relevan. Ini akan memudahkan penyelidik
untuk menjawab persoalan kajian iaitu mengenai kelebihan dan kelemahan penggunaan ICT
serta masalah-masalah yang dihadapi guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam P&P
Matematik.
Kaedah pemerhatian turut dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dalam
kajian ini, menerusi proses pemerhatian, maklumat dalam konteks yang lebih luas dapat
diperoleh. Pemerhatian yang telah dijalankan merupakan pemerhatian yang tidak melibatkan diri
dan ianya telah dilaksanakan berdasarkan jadual tinjauan guru pelatih semasa mengajar. Jadual
tinjauan disediakan bagi memudahkan kerja semasa menjalankan proses pemerhatian. Di
bahagian akhir jadual tinjauan, dapatan baru atau komen akan ditulis oleh penyelidik sendiri
selepas menjalankan pemerhatian.
Dalam kajian ini kesahan dan kebolehpercayaan soalan temubual turut diberi perhatian.
Menurut Merriam (2001), kajian kualitatif mementingkan huraian yang realistik bagi kes yang
dikaji. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan pula, beberapa teknik digunakan bagi memastikan
keputusan boleh dipercayai. Pertama adalah dengan menerangkan anggapan dan teori yang
menyokong kajian, kedudukan pengkaji berkenaan kumpulan yang dikaji, asas untuk memilih
huraian tentang sampel serta konteks sosial bagi lokasi pengumpulan data (Merriam, 2002).
Teknik kedua pula adalah dengan menyemak pemerhatian dengan sumber data lain untuk
mengetahui sama ada semua data tersebut selaras dengan konteks keseluruhan (Neuman, 1991).
Teknik terakhir ialah, untuk ditemubual, pengkaji menilai konsistensi respon dari sampel dengan
menyoal mereka soalan-soalan yang sama dalam bentuk yang berbeza beberapa kali (Best dan
Kahn, 1998).
DAPATAN DAN PERBICANGAN
Berdasarkan kajian kes yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa tahap
penggunaan ICT dan komputer dalam P&P di kalangan guru sains adalah rendah. Terdapat
pelbagai faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dan komputer dalam P&P di kalangan guru
sains
ICT sebagai Alat Komunikasi
Aspek-aspek komunikasi peralatan ICT hanya dihasilkan apabila sumber Sains, guru dan
pelajar boleh menerima, menghantar dan berkongsi bahan Sains di lokasi yang berbeza.
Komunikasi dibuat dalam bentuk komputer peribadi atau personal computer (PC), computer riba
dan telefon bimbit. Perbezaan dari segi jarak antara sumber, guru dan pelajar boleh diatasi
dengan merentasi sempadan negara dan sempadan masa. Bahan dikongsi boleh wujud dalam
bentuk (Intel Education, 2007):
1. Teks
2. Graf
3. Audio
4. Video
5. Mod gabungan yang pelbagai
Kelebihan Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.
Menurut responden B contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan
harian boleh ditunjukan dengan menggunakan komputer dan LCD. Jadi, pelajar boleh
mengaitkan perkara yang dipelajari dengan kehidupan harian. Dengan menggunakan ICT,
contoh-contoh penggunaan Sains dalam kehidupan seharian dapat ditunjukkan dengan lebih
menarik. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan perkara yang dipelajari dan ini akan
menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih bermakna. Ini akan memberikan peluang kepada
pelajar untuk mengalami pembelajaran yang bermakna. Melalui pembelajaran yang bermakna,
pelajar akan lebih mudah memahami isi pengajaran dan akan merasakan keseronokan
mempelajari Sains. Untuk memberi respon terhadap petikan di atas Douglas mengatakan
komputer adalah peralatan yang ideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikan
pengalaman yang berbeza. Pengalaman yang berbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenis
pembelajaran Sains yang bermakna.
Penggunaan ICT dan komputer mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran Sains. Ini kerana menurut responden A dan C, penggunaan ICT seperti CD Rom
dan Courseware mampu menarik perhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar.
Dengan menggunakan ICT pelajar-pelajar sangat-sangat memberi perhatian kerana pelajar
tertarik dengan apa yang dipaparkan. Ini di sokong oleh (Robin J. Ittigson, Edd dan John G.
Zewe, 2004) yang menyatakan bahawa teknologi memberi kuasa kepada pelajar untuk
meningkatkan gaya pembelajaran mereka dan dapat membuat konsep yang menarik dan mudah
difahami.
Kelemahan Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Sains.
Melalui temuramah yang dijalankan, responden C menyatakan bahawa kelemahan dalam
menggunakan ICT adalah penggunaan CD yang disediakan adalah objektif yang ingin dicapai
dan objektif yang terdapat dalam CD yang disediakan tidak selari. Untuk sesetengah tajuk, CD
yang disediakan mempunyai banyak objektif yang ingin dicapai, jadi isi kandungan CD tersebut
tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran kerana objektif yang ingin dicapai pada
sesi pengajaran tersebut kurang arasnya berbanding dengan isi kandungan pengajaran CD
tersebut. Perisian pengajaran yang memerlukan komputer berfikir sebelum bertindak sukar untuk
dibangunkan (Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias, 1996).
Berdasarkan analisis data dalam bab 4, pengkaji mendapati bahawa walaupun kebanyakan guru
Sains bersetuju proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan berkesan dengan
menggunakan ICT, namun menurut responden ini hanya untuk sesetengah tajuk sahaja. Majoriti
responden berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah chalk and talk lebih berkesan berbanding
penggunaan ICT. Ada topik dimana penggunaan ICT tidak membantu. Contohnya tajuk-tajuk
yang memerlukan penerangan yang mendalam dan langkah penyelesaian lebih mudah di jelaskan
melalui kaedah chalk and talk. Maksud kaedah chalk and talk disini adalah responden
menerangkan isi pengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam. Responden menerangkan
mengenai isi pengajaran dan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah satu persatu
tanpa bantuan komputer dan LCD projektor. Pelajar juga lebih suka jika guru menggunakan
kaedah chalk and talk. Ini kerana perisian kursus yang bermutu tinggi amat susah untuk
dihasilkan. Beratus-ratus jam tenaga mahir diperlukan bagi tujuan ini. Tenaga pengajar yang
mahir mengendalikan komputer sukar didapati. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah
penghalang utama mengapa perisian kursus yang bermutu tinggi sukar untuk dihasilkan.
(Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda alias, 1996).
Menurutnya lagi, ia memerlukan pengetahuan kecerdasan buatan dan merupakan bidang yang
masih baharu. Penggunaannya masih terhad kepada sesuatu bidang sahaja sehingga kini, banyak
usaha sedang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggunakan konsep kecerdasan buatan
dalam pembelajaran.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Sains
Masa guru adalah sentiasa pada premium, dan kajian Becta menekankan bahawa perkara ini
penting untuk penangguhan masa depan. Ini membuktikan bahawa betapa berharganya masa
bagi seorang guru. Guru memerlukan lebih masa flexible agar guru dapat menggunakan software
dalam apa jua keadaan yang berisiko serta menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan peralatan yang disediakan pada masa yang telah ditetapkan tanpa perlu
adanya penangguhan masa pengajaran dan pembelajaran ( Peter D.Jones dan Steve
Wheeler,2008 Ini kerana masalah utama penggunaan ICT adalah masalah dari segi kekangan
masa. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati melalui penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ini, masa pengajaran yang sebenarnya akan berkurang.
Guru-guru Sains didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas
beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang
dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P.
i. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari
kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini
akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang.
ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini
kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.
Responden A dan B hanya perlu memasang peralatan-peralatan iaitu komputer dan LCD
projector sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana peralatan-peralatan
ini telah disediakan didalam kelas. Tetapi responden perlu mengambil masa selama lima hingga
sepuluh minit masa pengajaran.
Responden C pula perlu membawa peralatan-peralatan yang ingin digunakan ke kelas yang
berkenaan kerana peralatan-peralatan tersebut tidak disediakan di dalam kelas tersebut.
Manakala responden D dan E pula perlu menunggu kehadiran semua pelajar untuk ke bilik
komputer.
Sistem sekarang tidak memberi guru dan pelajar peluang untuk menanam minat yang
lebih mendalam mengenai subjek yang diajar kerana masalah masa (Norhashim Abu Samah,
Mazenah Youp dan Rose Alinda alias, 1996). Mereka juga kurang menggemari menggunakan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana tiada kemudahan yang disediakan atau
kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan
bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum
digunakan. Hasil dapatan ini disokong oleh Peter D. Jonh dan Steve Wheeler,2008 dalam
petikannya iaitu : Terdapat pelbagai halangan eksploitasi terhadap pendidikan teknologi wujud,
termasuk kekangan teknologi seperti masalah had jalur lebar dan kekurangan peralatan.
Menurut laporan Becta dalam Peter D. Jonh dan Steve Wheeler,2008, sekolah perlu
mempunyai staf yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan bidang pengajaran.
Sekolah juga perlu mempertimbangkan pelantikan pembelajaran teknologi di sekolah-kakitangan
yang mempunyai kedua-dua kepakaran teknikal dan pendedahan pedagogi untuk
membangunkan dan memberi sokongan. Masalah lain yang dihadapi oleh responden adalah
masalah program komputer yang diserang virus dan menyebabkan komputer tidak dapat
berfungsi dengan baik. Penggunaan teknologi maklumat (ICT) secara langsung boleh
menyebabkan etika baru serta virus komputer (yang boleh merosakkan dan memadam program-
program atau kehilangan data pada komputer tanpa disedari oleh pengguna komputer (Cleborne
D. Maddux, D.lamont Johnson dan Jerry W. Willis,2003)
KESIMPULAN
Secara keseluruhan melalui penganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat
dirumuskan bahawa penggunaan ICT dan komputer di kalangan guru Sains dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah yang bergantung kepada kemudahan yang
disediakan disekolah.
Guru-guru Sains didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas
beberapa faktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang
dimaksudkan adalah dari segi masa penyediaan untuk memulakan P&P. Untuk memulakan
pengajaran didalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke makmal
komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa
pengajaran sebenar berkurang. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti
pemasangan projector LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke
dalam kelas.
Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi
dan bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu
sebelum digunakan. Penggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan.
Penggunaan ICT oleh guru Sains ini hanya digunakan untuk sesetengah tajuk yang memerlukan
daya imaginasi pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan
membantu memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan.
Semua ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru Sains
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar.
.
RUJUKAN
Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan : Teori, Analisis danInterpretasi Data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Best, J. W. and Kahn, J. V. (1998). Research in Education. 8th ed. Needham Height, MA: Ally & Bacon.
Cleborne D. Maddux, D. Lamont Johnson and Jerry W. Willis (2001), Educational Computing Learning With Tomorrow’s Technologies. Ally & Bacon.
Criswell, J.R., 1989, ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43.
Faharol Razi Shaari, 1998, ''Psikologi kognitif dalam pembinaan bahan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer'', Jurnal IPDA, 5: 38–44.
Intel Education. (2007). Intel Brings ICT for Education Initiative To Malaysia. School Adoption project: 1 : 1 e-Learning on April 24, 2007 1. Kuala Lumpur: Intel Malaysia
John P. D. & Wheeler S. (2008), The Digital Classroom Harnessing Technology for the Future.Routledge Taylor & Francis Group, London & Newyork.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Application in Education, Revised and Expanded from Case Study Research in Education. California: Jossey- Bass Publisher.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.