Post on 19-Aug-2019
UCAPAN
YAS DATO WAN MOHD NOR BIN HJ IBRAHIM KETUA PENGARAH
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BULAN FEBRUARI 2012
PADA 28 Februari 2012 (Selasa)
MASA 8.30 pagi
TEMPAT DEWAN SUTERA
IBU PEJABAT JBPM
2
منالرحیمبسماهللالرح
السألمعلیكمورحمةاهللاوبرگاتھ Selamat pagi, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Yang Berusaha Saudara/Saudari Pengacara Majlis YAS Dato’ Mahadi Bin Md.Ali Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YAS Dato’ Hj Amer bin Hj Yusof Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YS PKPjB Edwin Galan Teruki Penolong Ketua Pengarah (Penyiasatan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YS Penolong-penolong Ketua Pengarah
3
Pegawai-Pegawai Kanan,Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah
S.W.T. kerana dengan limpah dan izin-Nya,
dapatlah kita bersama-sama di dalam Majlis
Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat
bagi Bulan Februari 2012 pada pagi yang
berbahagia ini. Pada kesempatan ini, saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak
penganjur iaitu Bahagian Penyiasatan
Kebakaran yang telah bertungkus lumus
memastikan perjalanan majlis pada hari ini
berjalan dengan lancar.
4
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
Bahagian Penyiasatan Kebakaran boleh
dianggap antara bahagian paling ‘muda’
diwujudkan dalam JBPM ini. Bahagian ini secara
rasminya diwujudkan pada tahun 2008.
Walaupun masih muda tetapi bahagian ini telah
menunjukkan prestasi yang amat
membanggakan serta telah berjaya meletakkan
aspek penyiasatan kebakaran sebagai suatu
yang amat penting yang sebagaimana
sepatutnya dalam masa yang singkat. Dengan
5
perkembangan positif ini, tahap profesionalisme
dikalangan pegawai penyiasat juga perlu
dipertingkatkan semasa menjalankan kerja-kerja
penyiasatan bagi menjaga imej dan nama baik
jabatan. Kewujudan penyiasat-penyiasat
kebakaran dari syarikat swasta seperti insurance
adjuster dan forensik persendirian dilihat
memberi persaingan dalam bidang penyiasatan
kebakaran. Pada masa ini, fasiliti seperti makmal
dan peralatan penyiasatan serta kredibiliti
pegawai penyiasat kebakaran kita dilihat jauh
lebih baik berbanding penyiasat kebakaran
swasta. Namun, kita tidak seharusnya dibuai
6
dengan keselesaan dan kelebihan yang ada,
tapi terus membuat perubahan secara holistik
meliputi aspek latihan, kemahiran interpersonal
pegawai dan penambahbaikan peralatan
penyiasatan.
2. Jabatan sememangnya menyedari
kompleksiti aktiviti penyiasatan kebakaran ini,
yang sentiasa memerlukan pengetahuan dan
pendekatan teknologi terkini. Justeru,
memorandum persefahaman antara JBPM
dengan institut pengajian tinggi yang
sememangnya terkenal dengan kemampuan
7
penyelidikan serta modal insan yang berwibawa
telah dilaksanakan. Pada tahun 2004 dan 2009
memorandum perjanjian persefahaman telah
diwujudkan dengan USM dan UTM, manakala
pada tahun lalu, satu lagi memorandum
bersama institut pengajian tinggi telah berjaya
dimeterai iaitu antara JBPM dan UKM. Melalui
memorandum persefahamaan seperti ini, saya
yakin bidang penyiasatan kebakaran akan dapat
dikembangkan lagi sehingga mampu
menghuraikan segala kesulitan dan kerumitan
aktiviti penyiasatan kebakaran dengan adanya
8
penyelidikan-penyelidikan dan percambahan
idea-idea saintifik dari pihak universiti.
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
3. Suka saya ingatkan sekali lagi sepertimana
ucapan saya yang lepas bahawa “ we want to be
a great organisation, not just ordinary
organisation”. Untuk menjadi great organisation
kita memerlukan great officer atau pegawai yang
benar-benar berkualiti yang mampu menjadi
pemimpin dan individu yang berkebolehan serta
mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.
9
Sejajar dengan itu, latihan yang komprehensif
dan terkini dari pakar-pakar terkemuka sesuatu
bidang perlu diberikan secara konsisten kepada
pegawai-pegawai untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran mereka. Saya lihat,
Bahagian Penyiasatan Kebakaran telah
mengorak langkah ke arah teknologi
penyiasatan yang lebih canggih. Kaedah baru
untuk menganalisis kebakaran secara simulasi
telah diperkenalkan kepada pegawai-pegawai
penyiasat iaitu dengan menggunakan Fire
Dynamic Simulator (FDS). FDS merupakan satu
program yang dibangunkan bertujuan untuk
10
menganalisis dan menggambarkan sesuatu
kebakaran secara visual bagi membantu
pegawai penyiasat dalam menjalankan siasatan.
Bagi memastikan program ini dapat
diaplikasikan oleh pegawai penyiasat, sesi
latihan daripada pakar-pakar luar negara dalam
bidang tersebut telah dijalankan. Saya percaya,
program FDS yang digunapakai ini akan
memberikan dimensi baru dalam bidang
penyiasatan kebakaran di Malaysia.
Dalam masa yang sama, bagi
mempertingkatkan dan mendedahkan para
11
pegawai kepada teknologi dan pengetahuan
terkini di dalam bidang forensik kebakaran,
setiap tahun jabatan telah menghantar beberapa
orang pegawai mengikuti program anjuran
International Association of Arson Investigators
(IAAI) di luar negara. IAAI merupakan satu
badan yang menghimpunkan pakar-pakar dalam
bidang forensik kebakaran sama ada pakar
akademik mahupun penyiasat-penyiasat
kebakaran berpengalaman dari seluruh dunia.
Dikesempatan ini, saya menyeru kepada
pegawai-pegawai kanan di Bahagian
Penyiasatan Kebakaran untuk terus menjadi ahli
12
kepada IAAI. Penglibatan-penglibatan seperti ini
penting kepada pegawai penyiasat kita sebagai
pendedahan kearah era globalisasi penyiasatan
kebakaran di Malaysia.
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
4. Sebagai sebuah jabatan yang
mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan
khidmat bakti adalah untuk melihat
kesejahteraan dan kemakmuran dinikmati
semua pihak tanpa pengecualian. Dalam
konteks ini, saya sentiasa mahukan setiap
13
anggota di jabatan ini memberikan perkhidmatan
terbaik kepada masyarakat. Justeru itu, saya
menyeru pegawai-pegawai penyiasat untuk
memastikan Kertas Penyiasatan Kebakaran bagi
sesuatu kes dapat disiapkan dalam masa 21
hari. Ianya seiringan dengan slogan jabatan,
“Cepat dan Mesra”, dimana pegawai-pegawai
penyiasat perlulah mempunyai sikap “sense of
urgency” dan pemikiran memudah carakan
orang ramai ketika melaksanakan siasatan dan
menyiapkan laporan demi kebaikan dan faedah
masyarakat umumnya.
14
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
5. Kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan
kes-kes kebakaran bangunan tinggi dan kes
letupan melibatkan kebocoran gas LPG dan
natural gas yang mencatat kerugian mencecah
jutaan ringgit. Kita juga berhadapan dengan
kebakaran yang melibatkan kemusnahan
menyeluruh struktur dan isi premis, telah
menyukarkan pegawai penyiasat mencari bukti-
bukti fizikal. Justeru, cabaran-cabaran seperti ini
perlulah dijadikan landasan agar dapat
15
memantapkan lagi kemahiran dan fasiliti dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diberi.
Selain itu, seperti yang diketahui umum,
bukti-bukti fizikal dan kesan kebakaran
merupakan elemen penting sesuatu siasatan
kebakaran. Usaha-usaha menjaga dan
memelihara bahan bukti tersebut hendaklah
dilakukan secara kolektif. Lantaran itu,
kerjasama pasukan operasi dalam memastikan
bahan bukti tidak musnah semasa operasi
permadaman dan overhaul dijalankan perlu
16
diberi perhatian serius. Teknik pemadaman yang
efisien dan aktiviti overhaul yang berhemah
adalah penting bagi mencapai objektif ini.
6. Seperkara lagi yang perlu kita perhatikan,
setiap tahun, masalah peralatan dan
pendawaian elektrik menjadi faktor utama
kepada kebakaran struktur yang berlaku di
negara kita. Bahkan, kebakaran disebabkan
masalah peralatan dan pendawaian elektrik ini
meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun
2008, jumlah kebakaran disebabkan
pendawaian elektrik hanyalah 839 kes iaitu 31
17
peratus dari keseluruhan siasatan kebakaran.
Namun, pada tahun lepas, ia telah meningkat
pada 1,565 kes iaitu menyumbang kepada 37
peratus dari keseluruhan siasatan. Punca utama
peningkatan ini adalah disebabkan sikap
penghuni premis yang menggunakan peralatan
elektrik secara tidak berhemah, penyambungan
pendawaian oleh individu tidak kompeten selain
penyelenggaraan yang tidak dilakukan secara
berkala. Disebabkan itu, tindakan bagi memberi
kesedaran kepada masyarakat peri pentingnya
menitikberatkan keselamatan apabila
menggunakan peralatan dan pendawaian
18
elektrik perlu dilaksanakan bagi memastikan
permasalahan dapat diatasi.
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
7. Keupayaan dan kepakaran jabatan ini
dalam mengendalikan siasatan kes-kes
kebakaran berprofil tinggi sentiasa mendapat
perhatian umum. Kejayaan siasatan kes-kes
kebakaran seperti ini telah membuka mata
agensi-agensi utama di Malaysia seperti
Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad,
PDRM, tentera dan pelbagai agensi yang lain
19
terhadap hasil siasatan yang dilakukan oleh
pegawai penyiasat jabatan ini. Laporan-laporan
hasil siasatan kita telah dijadikan panduan oleh
agensi-agensi terbabit untuk membuat
penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berulang lagi. Kualiti dan
komitmen perkhidmatan yang kita berikan, telah
merangsang keyakinan dan perhatian
masyarakat.
Dari satu sudut yang lain, didapati latihan
dan pengetahuan yang disalurkan kepada
pegawai-pegawai penyiasat telah mula
20
membuahkan hasil. Dalam tempoh 5 tahun,
jumlah penyiasatan kebakaran dilihat meningkat
begitu ketara iaitu sebanyak 5,721 kes pada
tahun lalu berbanding hanya 3,326 kes yang
telah disiasat pada tahun 2007, iaitu
peningkatan jumlah siasatan sebanyak 72
peratus. Keadaan ini didokong dengan
pertambahan bilangan pegawai penyiasat dan
peningkatan tahap kemampuan pegawai
penyiasat melaksanakan tugas-tugasnya.
Sejajar dengan itu, kadar peratusan punca
kebakaran yang tidak diketahui telah menurun
21
daripada 11 peratus pada tahun 2008 kepada 6
peratus pada tahun 2011. Penurunan peratusan
ini menunjukkan pegawai-pegawai penyiasat
semakin berkemahiran dalam mencari punca
kebakaran khususnya dan menjalankan kerja-
kerja penyiasatan umumnya.
8. Disamping itu, saya dapati berlaku
peningkatan kompetensi di kalangan pegawai
yang menjalankan tugas pendakwaan di negeri-
negeri. Pada tahun 2011, 103 kes telah
didaftarkan ke mahkamah yang mana telah
menunjukkan peningkatan berbanding tahun
22
2010, dimana hanya 54 kes yang didaftarkan.
Kejayaan untuk mensabitkan kesalahan pada
kes yang didaftarkan di mahkamah turut
meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun
2010, hanya 63 peratus dari kes yang
didaftarkan pada tahun tersebut telah disabitkan
kesalahan berbanding tahun 2011 yang
mencatatkan peningkatan kepada 80 peratus. Ini
menunjukkan peningkatan dari segi
pengetahuan dan ketegasan pegawai yang
menjalankan kerja pendakwaan dalam
mengendalikan kes-kes di mahkamah.
23
9. Akhir kata, saya percaya pegawai
penyiasat jabatan ini akan berdiri sebaris
dengan pakar-pakar forensik kebakaran di
persada antarabangsa. Sebagai sebuah jabatan
yang sedang membangun dan bercita-cita
besar, kita pastinya tidak akan sunyi daripada
dihambat pelbagai dugaan dan rintangan.
InsyaAllah, semuanya akan kita harungi dan
tempuhi dengan semangat dan perancangan
yang tersusun. Inovasi dan perubahan demi
perubahan perlu dijana dikalangan pegawai-
pegawai bagi memangkinkan kemajuan jabatan.