UCAPAN YAS DATO WAN MOHD NOR BIN HJ IBRAHIM KETUA …
Transcript of UCAPAN YAS DATO WAN MOHD NOR BIN HJ IBRAHIM KETUA …
UCAPAN
YAS DATO’ WAN MOHD NOR BIN HJ IBRAHIM
KETUA PENGARAH
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BULAN JUN 2013
PADA
14 JUN 2013 (JUMAAT)
MASA
9.00 PAGI
TEMPAT
DEWAN SUTERA
2
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Selamat pagi, salam sejahtera dan Salam
1Malaysia.
Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis
YS PKPjB Mohammad Hamdan bin Hj.
Wahid
Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
selaku Pengerusi Penganjur Majlis
Perhimpunan Bulanan Bulan Jun ini.
3
YS Penolong-penolong Ketua Pengarah
Pegawai-Pegawai Kanan,Tuan-tuan dan
Puan-puan yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat
Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya, dapatlah kita bersama-sama di
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat
Ibu Pejabat bagi Bulan Jun 2013. Pada
kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah
dan syabas kepada pihak penganjur iaitu
Bahagian Latihan yang telah bertungkus
lumus memastikan perjalanan majlis pada hari
ini berjalan dengan lancar.
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
4
Umumnya, istilah latihan seringkali membawa
maksud usaha-usaha yang dilaksanakan oleh
sesebuah organisasi bagi meningkatkan ilmu
pengetahuan supaya seseorang individu
boleh melakukan sesuatu tugas dengan baik.
Namun begitu, definisi ini adalah terlalu luas
dan ia boleh juga digunakan untuk
mendefinisikan pendidikan dan pembangunan
pegawai dan anggota Bomba amnya.
Bagi sesebuah organisasi, latihan merupakan
satu proses yang sistematik khusus untuk
memberikan pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang bersesuaian bagi sesuatu
tugas atau pekerjaan. Ini bermakna latihan
menjurus kepada sesuatu yang spesifik dan
menumpu kepada prestasi masa yang
terdekat.
5
Apabila sesebuah program latihan dibentuk,
sudah tentu program tersebut diharapkan
dapat melahirkan pekerja yang lebih baik dan
akhir sekali dapat meningkatkan hasil kepada
organisasi. Oleh itu, program latihan yang
baik memerlukan perancangan dan
pembentukan yang teliti dan ini boleh
dilakukan dengan pendekatan sistem.
Pendekatan sistem merupakan satu
pendekatan yang teratur yang melibatkan
input, proses, output dan maklum balas.
Membentuk program latihan yang berkesan
dengan menggunakan pendekatan sistem
akan melibatkan empat fasa penting:
6
i. Fasa menilai keperluan yang
memberikan pelbagai jenis input
kepada program latihan yanng
dibentuk.
ii. Fasa mereka bentuk program
yang mana merupakan suatu
bentuk proses
iii. Fasa pelaksanaan iaitu output
kepada fasa reka bentuk
iv. Fasa penilaian yang menjadi
maklum balas tentang
keberkesanan program yang telah
dibentuk dan dilaksanakan.
7
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
Terdapat berbagai-bagai jenis latihan yang
boleh diberikan kepada pegawai dan anggota
JBPM. Oleh itu, sesebuah organisasi perlu
tahu apakah jenis latihan yang diperlukan, di
mana latihan diperlukan, siapa yang perlu
menghadiri latihan dan apakah kaedah yang
terbaik untuk menyampaikan latihan kepada
pegawai JBPM.
Analisis keperluan latihan (training need
analysis) merupakan titik permulaan bagi
merancang dan membentuk latihan yang
berkesan melalui pendekatan sistem. Analisis
keperluan latihan juga merupakan satu
pendekatan sistematik untuk mengenalpasti
8
keperluan latihan bagi mengukuhkan lagi
prestasi pegawai dan anggota JBPM.
Terdapat tiga analisis yang perlu dilakukan
iaitu analisis organisasi, analisis tugas dan
analisis pekerja.
1. Analisis Organisasi
Analisis organisasi merupakan usaha-
usaha untuk melihat dan memahami
persekitaran, strategi dan sumber-
sumber organisasi bagi menentukan di
jabatan atau bahagian mana latihan
patut diutamakan. Ini adalah kerana
apa-apa perubahan yang berlaku pada
persekitaran atau sumber organisasi
akan mewujudkan keperluan kepada
latihan. Analisis organisasi perlu
9
dilakukan bagi mengetahui faktor-faktor
yang mempengaruhi sesebuah
organisasi dan kesannya terhadap kerja
dan kemahiran.
2. Analisis Tugas
Analisis tugas melibatkan usaha
mengenalpasti aktiviti yang
dilaksanakan dalam JBPM yang
diperlukan bagi melaksanakan aktiviti
tersebut. Untuk tujuan ini, maklumat
daripada deskripsi dan spesifikasi kerja
adalah amat berguna dalam
memberikan maklumat yang berkaitan.
Maklumat tentang piawaian prestasi
perlu juga didapati bagi menjadi rujukan
apakah tahap prestasi yang dianggap
10
terbaik untuk organisasi. Dengan
maklumat daripada analisis prestasi ini
bolehlah ditentukan jenis latihan yang
diperlukan dalam sesebuah pekerjaan.
Ringkasnya selepas menjalankan
analisis tugas, akan diketahui sekiranya
terdapat pekerjaan yang telah
mengalami perubahan akibat perubahan
teknologi dan sebagainya yang
menjadikan mereka yang melakukan
pekerjaan tersebut memerlukan
kemahiran baru.
3. Analisis Pekerja
Analisis individu atau pekerja pula
adalah bertujuan untuk mengenalpasti
pekerja yang memerlukan latihan serta
11
jenis latihan yang diperlukan oleh setiap
daripada mereka. Perkara pertama
yang perlu dilakukan adalah menyemak
rekod penilaian prestasi setiap pekerja.
Walau bagaimanapun, maklumat
penilaian prestasi seringkali
memberitahu kepada kita prestasi siapa
yang kurang memuaskan, tetapi tidak
ada maklumat tentang sebab prestasi
yang kurang baik. Maklumat ini adalah
penting kerana tidak semua masalah
prestasi boleh diselesaikan dengan
latihan.
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
12
Walaupun kita telah membincangkan
tentang kepentingan analisis keperluan latihan
dan reka bentuk latihan, akan tetapi
hubungan antara organisasi dengan latihan
adalah amat penting dimana kefahaman yang
mendalam tentang konsep organisasi itu
penting kerana pengurusan latihan dan
organisasi merupakan satu hubungan yang
tidak dapat dipisahkan. Wujudnya sesebuah
organisasi itu sama ada organisasi kecil atau
besar, swasta atau awam memerlukan
pengurusan latihan atau pengendalian aktiviti-
aktiviti organisasi.
Henri Fayol (1841-1925) yang digelar
sebagai Bapa Pemikiran Pengurusan telah
memberi sumbangan terhadap teori
organisasi. Ianya perlakuan menekankan
13
proses psikologi dan sosiologi seperti sikap,
dorongan, dan struktur kumpulan yang
mempengaruhi prestasi pekerja. Ini
bermakna, secara tidak langsung ianya
memfokuskan pekerja di dalam pekerjaan
tersebut dimana terdapat 14 Prinsip yang
dikemukakan oleh Fayol adalah :-
1. Pembahagian kerja Division of
Work: Pembahagian kerja dapat
meningkatkan produktiviti kerana
pekerja menjalankan tugas yang
khusus dan dengan demikian
mengurangkan beban dan
tanggungjawab pekerja.
2. Autoriti Authority : Fayol
mentafsirkan autoriti sebagai hak
14
untuk memberi arahan dan sebagai
kuasa untuk menarik seseorang
supaya menurut arahan itu.
3. Disiplin Discipline: Asas disiplin ialah
menurut arahan dan prosedur serta
menghormati persetujuan yang telah
dibuat di antara organisasi dan
kakitangannya.
4. Satu perintah Unity of Command:
Fayol percaya bahawa seseorang
pekerja mesti menerima arahan-
arahan daripada seorang ketua
sahaja. Ini dapat mengelakkan
daripada berlakunya kekeliruan dan
15
konflik di dalam penerimaan dan
pemberian arahan.
5. Satu arahan Unity of Direction:
Aktiviti yang mempunyai objektif yang
sama hendaklah disatukan di dalam
satu rancangan dan diurus oleh
seorang ketua sahaja.
6. Mengutamakan kepentingan
organisasi Subordination of
individual interest: Kepentingan
organisasi hendaklah diutamakan
daripada kepentingan peribadi atau
individu. Objektif-objektif organisasi
adalah paling penting daripada
objektif individu.
16
7. Pembayaran upah Remuneration:
Pekerja mestilah dibayar dengan
bayaran yang sewajarnya. Kerja-
sama, sokongan dan ketaatan dapat
diperolehi daripada pekerja yang
diberi bayaran sewajar dengan
perkhidmatan mereka.
8. Pemusatan Centralization:
Walaupun pengurus
bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas organisasi, kakitangan bawahan
hendaklah juga diberi kuasa yang
cukup untuk menjalankan tugas
dengan efektif.
17
9. Rantai pemerintahan Scalar chain
(Line of Authority): Rantai
pemerintahan ini menunjukkan
hierarki autoriti bermula dari
peringkat atasan hingga ke peringkat
bawahan di dalam struktur
organisasi. Rantai autoriti ini juga
menunjukkan arah aliran komunikasi
formal di dalam organisasi.
10. Susunan Order: Fayol menggunakan
prinsip susunan material dan sumber
manusia yang mana material dan
manusia itu hendaklah ditempatkan
di tempat yang betul mengikut masa
yang tepat.
18
11. Keseimbangan Equity: Pekerja
hendaklah diberi layanan dan
keadilan yang seimbang untuk
melahirkan ketaatan mereka kepada
organisasi.
12. Kestabilan personel Stability of
Tenure of Personnel: Firma yang
berjaya mempunyai kumpulan
pengurus yang stabil. Pihak
pengurusan atasan hendaklah
mengimplementasikan amalan yang
menggalakkan penglibatan
kakitangan kepada organisasi.
13. Inisiatif Initiative: Kakitangan
hendaklah diberi kebebasan
19
untuk memajukan dan
mengimplementasikan rancangan.
14. Kekitaan Esprit de Corps :
Keharmonian di kalangan
kakitangan mewujudkan perpaduan
dan keteguhan organisasi.
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
Dengan memberikan fokus yang serius
dari aspek kualiti latihan yang telah sedia ada,
kita boleh bergerak lebih jauh ke hadapan
dengan pengetahuan dan teknologi terkini
yang kita persiapkan kepada setiap pegawai.
Saya berharap agar usaha ini dapat terus
20
dikekalkan dan lebih banyak lagi kajian
keperluan latihan serta penyelidikan dan
pembangunan latihan yang akan dapat
dilaksanakan pada masa akan datang.
Suka saya mengingatkan sekali lagi
sepertimana ucapan saya yang terdahulu
bahawa “we want to be a high performance
organization, not just an ordinary
organisation”. Untuk merealisasikan hasrat
tersebut, kita memerlukan high performance
officer atau pegawai yang benar-benar
berkualiti yang mampu menjadi pemimpin
dan individu yang berkebolehan serta
mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.
Sejajar dengan itu, latihan yang komprehensif
dan terkini dari pakar-pakar terkemuka dalam
sesuatu bidang perlu diberikan secara
21
konsisten kepada pegawai-pegawai untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka.
Seringkali apabila seseorang pekerja
balik daripada menjalani latihan, jarang sekali
kita dapat melihat perubahan gelagat kerja
mereka yang menunjukkan bahawa mereka
mengaplikasikan apa yang mereka pelajari
dalam pekerjaan mereka. Ini bukan bermakna
latihan yang mereka jalani itu adalah tidak
berguna, tetapi di atas beberapa sebab yang
tertentu mereka tidak memindahkan
pengetahuan dan kemahiran baru mereka di
tempat kerja. Pemindahan latihan yang
bermaksud pengaplikasian yang berkesan
tentang apa yang dipelajari kepada keperluan
22
pekerjaan, adalah sangat penting dalam
melihat keberkesanan latihan.
Organisasi sekarang ini dilanda dengan
pelbagai bentuk perubahan dari segi ekonomi,
teknologi dan trend sosial. Ini telah
menjadikan latihan sebagai satu perkara yang
sangat penting bagi memastikan prestasi dan
produktiviti pekerja yang tinggi. Oleh yang
demikian, semua pihak dalam organisasi perlu
terlibat dalam membentuk program latihan
supaya latihan yang disediakan betul-betul
memenuhi keperluan organisasi dan akan
memberi pulangan yang sepatutnya kepada
Jabatan khususnya.
23
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian,
Pepatah Melayu ada menyebut,
“Mengharapkan kejayaan tanpa adanya
usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di
daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan
mustahil akan berlaku”. Oleh itu, sebagai
pengakhir kalam, saya berharap agar nilai-
nilai kerja bermutu tinggi, Latihan yang
effisien, kehebatan bertindak, kesungguhan,
ketabahan, proaktif dan komitmen jitu sebagai
satu pasukan terus disemai, tumbuh,
kembang dan mewangi dalam jabatan ini.
Itulah tonggak peradaban bangsa yang
mampu mencapai kecemerlangan.
24
Mawar berduri indah jambangan
Dititip orang buat hadiah
Kerja kita lambang kecemerlangan
Mestilah dengan bersusah payah
Duri bukan sebarang duri
Duri nibong tajam berbisa
Tingkat usaha motivasi diri
Baru boleh dikenang jasa
Julang tinggi patung cendana
Diusung rakyat hadiah diraja
Bodek-membodek takkan ke mana
Kuatkan tekad ikhlas bekerja”.
25
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini
untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
jawatankuasa penganjur di atas usaha dan
inisiatif mereka menjayakan majlis kita pada
pagi ini. Mudah-mudahan, tahun 2013 ini
menjanjikan pelbagai lagi kejayaan buat kita
semua.
Sekian, Wabbillahhi Taufiq Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Terima kasih.